DAGING DENDENG BALADO ... sambal biar garing lagi sedap !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Masih lagi dengan resepi dari sahabat FB kita Adnilsam Apart ia-itu DAGING DENDENG BALADO.
mmmmmmmmmm......
memang sedap !
Biasa nya bila masak daging dendeng, bahan rebusan daging akak yang simple-simple saja.
Tapi yang ini ada sedikit bahan rempah yang dicampurkan,
Hasil nya memang lagi sedap.

Masa buat ni akak goreng sedikit kurang garing, saperti dalam foto, maklum dah kelaparan ....
Tapi lepas digoreng balik untuk lebih garing, fuyoooo meletup-letup sedap !


Jadi........
Untuk lebih ump !! Pastikan sambal tu digoreng sampai kecut kecoklatan atau 'hampir garing'

Akak guna limau kasturi  dalam resepi ini. Kulit nya saperti kebiasaan dimasukkan sekali kedalam kerana memang suka dengan rasa pahit-pahit kulit limau apabila dimakan bersama daging dan sambal.
Tapi kalau tak nak tak payah lah .......... OK !

Terima Kasih Adnilsam untuk resepi umphh ini.!!!

Jom cuba !!! 


Bahan A
1kg Daging batang pinang(hiris2 daging... jgn terlalu kecik..)

Bahan B (dikisar)
1 inci Halia 
3 ulas Bawang Putih
1 inci Kunyit Hidup sedikit
1 batang serai- hiris nipis sblm kisar

Bahan C (Untuk Lada)
2 biji Bawang Besar
Tomato/Asam Jawa/Limau Kasturi
7-8 biji Lada Merah 
Garam
Gula 
Perasa

Cara Menyediakan nya
1.  Blend lada, bawang,Tomato (jika nak pakai tomatola... kalau nak pakai asam atau limau letak waktu menggoreng lada nanti, tak payah laa campur tomato ye.. Melainkan anda mmg suka rasa lebih masam..



2.  Daging yg dihiris tu perlu direbus dengan Bahan Kisar dan letakkan garam



3. Bila daging dah menyerap semua bahan2 kisar tadi... angkat.. Tapi jangan buang dulu air rebusan ye..
ps.. akak goreng sampai kering





4. Tumbuk daging tersebut dengan batu lesung la..... agak2 ye.. jgn hancur lumat pulak..





5.  Lepas semua siap ditumbuk.. panaskan minyak dan goreng....
Kalau suka daging ni dimakan kering lamakan masanya, jika sebaliknya cukup laa warna keperangan.... Jgn risau daging ni memang dah masak.... sbb dia menjalani proses rebusan tadi...

6.Lepas tu letak tepi daging tadi.





Sekarang kita buat ladanya..

7. Panaskan Minyak (gunakan minyak menggoreng daging tadi)
8. Hiriskan bawang dan goreng bersama minyak yg panas....(bagi sesiapa yg tak suka banyak bawang tak payah ikut proses ni ok sebab lada tadi dah di kisarkan bawang sekali)
9.Setelah bawang bertukar warna masukan lada yg di blend tadi....(boleh laa masukkan asam jawa atau limau kasturi jika tak menggunakan Tomato)
10 Masukan garam,gula dan serbuk perasa jika mahu....(berapa banyak kuantiti lada yg paling sesuai digunakan? lagi banyak lagi pedas.... ikut la kesesuaian daging)
11.Tunggu sehingga pecah minyak dan lada garing..tu tandanya lada dah masak.. Masukkan sedikit air rebusan daging tadi.. Kacau lagi hingga agak kering..
12. Bagi yg tak suka minyak banyak.. buangla minyak yg berlebihan tadi..tp jgn buang semua sbb nanti tak sedap kat daging...
13. Masukkan daging tadi kedalam lada yg sudah masak...

Siap untuk dihidang....

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. rumit jgk yek nk bt dendeng ni kak... ptt la dana tak penah cuba masak heheheh...
    tp nengok siap ada limau tu mcm sedap je, rasa dia msti kecur je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul .. Sedikit remeh. Tapi kalau sedap rasa berbaloi ni Dana

      Delete

Powered by Blogger.