KARIPAP PUSING ~ Gebu, Ranggup dan Sedap


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Kuih untuk minum petang 'Karipap Pusing' yang saya sediakan semalam

rasa nya  ..........
gebu, ranggup dan alhamdulillah sedap sekali kulit nya
ditambah pula dengan inti daging dengan rasa manis, pedas dan sedikit berempah menjadikan ia bertambah-tambah sedap

sebenar nya saya ni amat fobia nak masak karipap pusing
bukan nya apa...
sebelum ini hasil karipap saya 'terlalu gebu'
apabila kita menikmatinya terasa teramat 'muak'
akibat nya menjadi makanan tong sampah !

mungkin silap saya..
samada silap timbang atau tersilap tengok sukatan dalam resepi

sebenar nya jika sukatan 'Vegetable Shortening' terlalu banyak, ia menjadikan karipap kita terlalu gebu dan muak bila makan
nak masuk mulut pon tak sanggup

tapi kali ini saya kuatkan hati nak mencuba resepi Puan Shiela, dimana resepi Karipap Pusing nya ini amat menarik hati saya untuk mencuba
alhamdulillah menjadi...

beberapa tips yang diberikan dari Mak Puan Sheila amat berguna sekali
'Kalo nak cantik guna Vegetable Shortening'
'Kalo nak sedap guna Margerin'
'Butter jangan guna sebab hasil nya Tak Sedap'
jadi kita balance balance kan !
Terima Kasih Puan Sheila

Jom kita semak resepi

INTI
Bahan A
500 gram Ubi Keledek Oren/selepas dibuang kulit menjadi 400 gram (Dipotong kiub)
Bahan B
1 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
Bahan C
3 sudu besar penuh (bun-bun) serbuk kari daging 'Babas'
1/2 cawan air
150 gram daging (potong kecil)
Bahan D
80 gram gula putih
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan Inti
1. Rebus kiub-kiub ubi keledek sehingga 3/4 masak, angkat dan toskan air nya.
2. Dalam periuk yang berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga hampir garing dan berbau harum.
3. Masukkan bahan C. Masak sehingga kuah menjadi pekat, kemudian keluarkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
4. Masukkan bahan D, ubi keledek dan gaul sehingga rata.
5. Tutup periuk dan perlahankan api supaya rempah meresap kedalam ubi keledek dan inti masak dengan sempurna.


DOH
Bahan Doh A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar Vegetable Shortening (saya guna 1 sudu besar penuh bun-bun)
2 sudu besar Margerin (saya guna 3 sudu besar bun-bun Margerin Pelangi)
* Oleh kerana kurang pasti sama ada 2 sudu bermaksud 'paras rata' atau 'penuh menimbun', jadi saya hanya gunakan 1 sudu saja tapi penuh menimbun untuk Shortening

Bahan Doh B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan Minyak Jagung
1 1/2 cawan air ~anggaran  (saya guna hanya 3/4 cawan, mungkin ia bergantung kepada jenis tepung gandum. saya guna dari keluaran Faiza)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya 
Doh A
1. Satukan semua bahan doh A kedalam mangkuk dan gaulkan sehingga ia sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bulatkan ia.

Doh B
2. Masukkan tepung gandum kedalam mangkuk yang berasingan dan lubangkan bahagian tengah nya.
3. Panaskan minyak jagung dan tuang kedalam lubang yang dibuat.
4. Dengan menggunakan sudu, gaulkan minyak dan tepung sehingga ia menjadi saperti serbuk roti.
5. Masukan air yang bercampur garam kedalam adunan secara 'sedikit-sedikit'  sambil menguli dengan tangan sehingga sebati, LEMBUT dan TAK MELEKAT DI TANGAN'.
* Kuantiti air yang digunakan bergantung kepada jenis tepung, saya hanya menggunakan 3/4 cawan saja.
6. Doh ini juga dibahagikan kepada 4 bahagian dan bulatkan ia.
Kiri- Doh B,  Kanan- Doh A

7. Ambil 1 bahagian doh B, leperkan ia. Masukkan doh A kedalam/ bahagian tengah Doh B dan tutup. (Saperti kita masukkan inti cucur badak).
Doh A berada dalam Doh B
8. Ambil 1 doh diatas dan digelek mejadi sederhana tebal saperti dibawah.

9. Kemudian gulung saperti berikut.


10.  Pusing kan gulungan tadi dan gelek sekali lagi saperti berikut. Jika mahukan lapisan Karipap kita rapat lingkaran/pusingan, kita boleh gelek lebih panjang.

11. Gulung sekali lagi saperti berikut.

12. Potong gulungan ini kepada 6 bahagian. Hasil nya kita akan dapat 24 ketul karipap (4 x 6).
* Maaf tiada gambar untuk penerangan ini

13. Ambil satu bahagian potongan dan gelek 'manja-manja' untuk memastikan ia tidak merosakkan corak pusingan. Pastikan tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.

14. Masukkan inti dibahagian tengah. Pastikan inti tidak terlalu banyak kerana akan menyukarkan kita menutup/melipat doh. Pastikan tepi doh bercantum sebelum di 'klim'.

* Sebelum memasukkan inti, sila pastikan bahagian yang terdapat 'urat-urat lingkaran yang jelas' berada dibahagian luar/bawah dan bahagian yang kurang cantik, diletakkan inti di atas nya.
* Pada peringkat ini jika mengalami kesukaran untuk mencanai doh, kita boleh menabur sedikit tepung gandum.
Buat sehingga habis

15. Panaskan minyak yang banyak (kita akan goreng tenggelam). Pastikan minyak betul betul panas, untuk mengelakkan karipap menyerap minyak.
16. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan minyak berlebihan dengan 'tisu dapor' .

* Selamat menjamu selera ...


2 comments:

  1. Mesti guna minyak jagung shj ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shazs... apa-apa minyak masak pon boleh. Tapi seelok nya minyak jagung atau yang sewaktu dengan nya lah.
      Kadang nak pakai sikit saja, takkan nak beli sebotol kan. Jadi gantikan dengan minyak sawit biasa pon boleh.

      Delete

Powered by Blogger.