SUP AYAM PEKAT YANG SEDAP... manis bawang, lemak buah keras amat memikat selera !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ..

Sup kali ini memang sedap sangat !!!
Dimasak pekat dengan penggunaan bawang merah yang banyak menjadikan kuah nya manis-manis bawang dan lebih beraroma kerana ia ditumis diawal tumisan.
Ditambah dengan kelemakan buah keras memang sedap ...

Dulu saya  memang jarang menggunakan buah keras dalam masakan harian keluarga.
Tapi semenjak diperkenalkan oleh pembantu rumah yang berasal dari Indon, memang saya macam dah terikut-ikut rentak masakan mereka.
Kadang tu jenguk-jengkuk juga apa yang dimasukkan semasa menumis, itu yang terperasan penggunaan buah keras.
Biasa nya ia akan digoreng sedikit lama bersama rempah-empah yang lain.
Hasilnya masakan akan menjadi lebih lemak dan sedap rasa nya..

Kali ini saya masak dengan ketulan isi ayam. Tapi kalau gantikan dengan kambing lagi sedap....
Dapat cecah dengan roti benggali memang kena sangat-sangat
Menggantikan nasi diwaktu tengah hari memang cukup-cukup mengenyangkan
Tambah pula ia dimakan semasa ia masih panas berasap 

Jomm.....


Bahan A
1/2 ekor ayam (dipotong kepada ketulan sederhana besar)
Air secukup nya
1 kiub pati ayam
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
4 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 inci halia(dihiris nipis)

Bahan C
3 biji buah keras (ditumbuk halus)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 camca besar 'penuh' rempah sup
1 batang serai (diketuk lebam)
5 biji cili padi merah (diketuk lebam)
sedikit air

Bahan D
Daun Bawang
Daun Sup
Limau kasturi
Bawang Goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis hirisan bawang besar sehingga layu dan beraroma.
2. Kemudian baru masukkan kesemua bahan B yang lain. Goreng sehingga bawang putih bertukar hampir keperangan.
3. Masukkan bahan C,  perlahankan api dan biar rempah masak dengan perlahan dan sempurna. Kacau-kacau selalu untu mengelakkan rempah berkerak.
4. Setelah minyak terbit dari rempah baru dimasukkan air dan besar kan sedikit api supaya ia mendidih.
5.  Masukkan ayam, garam dan bahan perasa. Masak sehingga kuah mendidih semula.
6. 5 minit sebelum angkat, masukkan sedikit hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
7. Tabur dengan tambahan bahan D sebelum dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

7 comments:

Powered by Blogger.