JEMPUT-JEMPUT JAWA ... yang ranggup dan menyelerakan !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Ini sarapan pagi saya 2 hari lepas.
JEMPUT-JEMPUT JAWA

Kali ini disediakan oleh Chef Areffin pulak

Sekarang ni masing-masing dah tunjukkan bakat memasak yeee..
Jangan kata orang lelaki tak pandai memasak
Sekali keluar .... Fuhh yo !
Sedap  ! Sungguh ranggup !
Makan dengan sambal manis

Ala-ala potato Fritters gitu ..
Tetapi yang ini tak serap minyak. Memang terasa kentang nya dan ranggup tepung nya

Lepas ni boleh lah belajar banyak lagi masakan orang Jawa
Makan hari tu memang tak cukup !


JEMPUT-JEMPUT JAWA

Bahan A
200 g Tepung Gandum
200 g Tepung Beras Campuran
2 ulas bawang kecil (dihiris nipis)
1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
Air Masak secukup nya
Sedikit Daun Bawang
Sedikit Daun Sup *optional
Sedikit Garam

Bahan B
2-3 biji kentang  (dikupas dan dipotong dadu)
Minyak untuk goreng tenggelam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam besen dan gaul sehingga rata.
2. Panaskan minyak.
3. Apabila minyak telah panas, baru sendukkan sedikit adunan tepung, masukkan ubi, ratakan dalam tepung dan jemput ke dalam minyak.
4. Goreng sehingga ia bertukar keperangan kemudian angkat dan toskan.
5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis.

* Elakkan ubi bercampur dalam adunan tepung terlalu lama kerana air ubi akan keluar dan texture cucur kurang menarik.


SAMBAL MANIS

Bahan A (Dikisar halus)
3 biji bawang merah
10 biji cili kering (direndam dalam air mendidih selama 1/2 jam dan ditoskan air nya)
1/2 camca besar udang kering
Minyak secukup nya
* Tiada penggunaan air

Bahan B
Sedikit gula merah (sesuaikan kemanisan yang disukai)
Sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kisar Bahan A dengan menggunakan minyak sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisar dan bahan B kedalam kuali. Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan terbit minyak.

* FHA Selemak Santan

1 comment:

  1. thanks banget infonya,, membantu sekali
    jangan lupa liat lihat link kami di http://idblackwalet.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.