UDANG GORENG BERJINTAN


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....

Anda tentu dah biasa makan 'Udang goreng kunyit' kan ? Apa kata cuba pula 'Udang Goreng Berjintan', emmm menyelerakan. Resepi udang dibawah boleh juga diganti dengan ayam, daging atau sotong. Memang sedap. Saya lebih suka goreng berjintan dari goreng biasa kerana aroma nya boleh membuatkan kita  berselera makan.

Jom kita semak RESEPI ...

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menggoreng (Sedang-sedang sahaja. Tidak terlalu banyak atau sedikit. Kerana kita  akan menggunakan keseluruhan minyak tersebut dalam masakan)

BAHAN B (Diperap 1 jam)
1 Kilo Udang yang bersaiz besar
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu teh Jintan Manis (ditumbuk halus)
1 sudu teh Jintan Putih (ditumbuk halus)
sedikit garam

BAHAN C
2 biji bawang besar (di potong bulat dan bersaiz tebal)
2 biji cili merah (dipotong menyerong)
1 biji cili hijau (dipotong menyerong)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan Udang yang telah diperap tadi (bahan B). Pastikan gorengan udang tidak terlebih masak.
3. Sebelum angkat, masukkan bahan C. Kacau ~ 3 minit boleh lah terus diangkat.
4. Untuk lebih sedap lagi boleh lah ditambah sedikit kicap Masin kipas udang semasa memasukkan bahan B tadi.

* Selamat menjamu selera .....

4 comments:

  1. Aroma jintan putih (terutamanya) memang mampu membangkitkan selera!

    ReplyDelete
  2. salam sure sedap .. x pernah goreng macam ni

    ReplyDelete
  3. nak cuba la baru belajar masak..

    ReplyDelete
  4. MAU CARI SITUS BANDAR JUDI YANG TERBAIK DAN TERPERCAYA PASTINYA DI ZEUSBOLA.

    Buruan Mainkan gamenya, Jadilah Pemenang dalam situs Favorite Anda
    Nikmati Berbagai Game Dengan Kualitas Terbaik Di Asia Hanya Di Situs ZEUSBOLA

    DENGAN 1 USER ANDA SAJA SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME DAN MENDAPATKAN BANYAK KEUNTUNGAN.


    INFO SELANJUTNYA SEGERA HUBUNGI KAMI DI :
    WHATSAPP :+62 822-7710-4607

    ReplyDelete

Powered by Blogger.