Sunday, 29 September 2013

NASI MANDY KAMBING... Ayam Goreng



Assalamualaikum dan Salam sejahtera ...

Hari ni sekali lagi jamu selera dengan nasi ARAB.
Tetapi kali ni nasi Mandy Kambing .....

Ini kes selepas menikmati Nasi Mandy Kambing di Restoren Hadramawt la... dah jadi ketagih pula.

Jangan terkejut, lauk ayam goreng yang disediakan ini adalah penyelamat kepada pemintaan yang melebihi pengeluaran .....

Cili untuk nasi Mandy digantikan dengan 'air asam cili padi' yang lebih kena dengan citarasa orang melayu di Malaysia.
Kambing yang siap direbus akan dicecah dengan air asam ini.

Masak hari ni lebih sikit untuk keluarga dan juga sebagai bekalan untuk tamu yang pulang ke Port Dickson.

Jom kita semak resepi.

BAHAN A 
1 kilo Daging Kambing 

BAHAN B 
Senarai dibawah ditumbuk halus
1 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
14 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh lada hitam biji
1 camca teh jintan manis biji
1 camca teh jintan putih biji

BAHAN C
5 helai daun pandan
5 ulas bawang putih (dimasukkan seulas-seulas)
1 biji bawang besar (potong 6 atau 8)
Air untuk merebus

BAHAN D
1 kiub Daging lembu KNOR
garam

BAHAN E
1 sudu besar minyak sapi Ghee Blend
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

BAHAN F
1 biji tomato biji yg bersaiz besar (dibelah 6 atau 8)
3 biji cili hijau (dipatah-patahkan)
1/2 sudu teh lada hitam (sebiji-sebiji)
1/2 sudu teh ketumbar biji (sebiji-sebiji)
1 sudu besar Tomato Puri
3 helai daun pandan

BAHAN G
4 cawan Beras brasmathi (dibasuh,  direndam selama 1/2 jam dan ditoskan)

BAHAN H
sedikit saffron + air mawar 

BAHAN I (Air Asam. Campur semua sekali)
2 biji tomato biji (dipotong kecil-kecil)
2 ulas bawang besar (dibelah 2 dan dihiris sederhana tebal)
15-20  biji cili padi merah (dipotong nipis)
2 biji limau kasturi
sedikit asam jawa  anggaran 2 ibu jari (di ambil air nya)
sedikit garam
sedikit belacan

Cara-Cara Memasak Sup untuk Nasi:-
1. Masukkan bahan A,B dan C kedalam periuk dan rebus sehingga daging empok.
2. Sesudah empok, masukkan bahan D, masak ~ 5 minit lagi dan angkat.
3. Asingkan kuah dengan daging.

Cara-Cara Memasak Nasi:-
1. Panaskan minyak sapi Ghee Blend dalam rice cooker dan tumis bahan E sehingga wangi.
2. Masukkan bahan F dan goreng selama~ 5 minit lagi
3. Masukkan 7 cawan air rebusan daging, 1 cawan susu cair. 
4. Apabila air sudah mendidih, masukkan beras. 
5. Apabila nasi telah masak, biarkan ia ~ 10 minit, kemudian renjiskan bahan H dan tutup kembali tudung periuk. 
6. Biarkan 5-10 minit barulah di gembur.

* Selamat menjamu selera ...






Thursday, 26 September 2013

KAMBING PANGGANG Black Pepper


Assalamualaikum semua ...

Hari ni kita layan lagi menu kambing.
Masak pon ala-ala mat Sallleh gitu... mata biruuuu


Jom kita semak resepi ...

BAHAN A (Untuk Daging)
2 keping daging kambing
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
1 sudu teh rempah biji (ditumbuk)
Air untuk rebusan

Cara-cara memasak:
1. Daging direbus dengan bahan-bahan diatas sehingga empok
2. Keluarkan dari periuk dan lumurkan dengan sedikit saja garam dan sedikit minyak (jangan masin sebab sos nya nanti akan berperasa)
3. Panggang sekejap diatas api (kalau guna api arang lagi sedap)

BAHAN B (Untuk Sos nya)
1 sudu besar penuh butter
2 sudu besar tepung gandum
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
2 kiub pati ayam KNOR
sedikit kicap masin
Air secukupnya

Cara-cara memasak:
1. Panaskan butter didalam periuk sehingga cair.
2. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga bawang layu
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung masak atau bertukar warna. Jangan ditinggalkan untuk mengelakkan tepung hanggit.
4. Masukkan 1 cawan air dan cepat-cepat sebatikan/adun dengan pemukul telur/whisk. Jika rasa pekat boleh lah ditambah air lagi
5. Masukkan lada hitam, kiub KNOR dan sedikit kicap (sekadar mewarna kan ia saja. Jangan lebih kerana kiub ayam sudah tersedia rasa masin)
6. Masak sehingga mendidih dan boleh lah diangkat.

BAHAN C (Sampingan)
3 biji ubi kentang
(Maaf, nanti saya akan update name ubi ini.  Ubi ini bersaiz besar. Texture ubi ini amat gebu sekali. Sesuai sangat untuk dibuat fries. Sebiji macam yang dijual di KFC . Tidak sesuai kalau dimasukkan kedalam kari atau masakan kerana ia akan cepat hancur). Saya beli di TESCO.  Dibelah 6 dan digoreng seketika sudah mencukupi.
3 biji tomato segar
sedikit daun Salat

* Selamat menjamu selera ...





Wednesday, 25 September 2013

AIR LIMAU NIPIS ...penawar segala nya


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua !

Air Limau Nipis...... emm....... bestttttt
Juga salah satu minuman kesukaan saya ............


LIMAU NIPIS...
Sejenis limau yang bersaudara kepada limau Kasturi tetapi mempunyai saiz yang lebih besar.
Sebenar nya amat jarang kita dapat temui gerai atau restoren yang menyediakan air limau nipis sebagai salah satu minuman yang tercatat dalam senarai menu.

Pertama kali minum di gerai 'Kak Long di bandar Tun Hussein Onn, KL', terus terpikat !

Sebenar nya buah limau nipis banyak kegunaan nya, selain dijadikan sebagai penyedap masakan terutama dalam sajian mee, meehon, sambal belacan dan banyak lagi, ia juga menjadi penawar untuk menghilangkan dahaga, juga dapat menghindarkan sembelit dan menghindarkan kedut-kedut pada wajah.

Banyak kelebihan yang terdapat pada limau nipis yang saya petik dari sumber Laman Web Rasmi Hospital Taiping

>>>>>>
Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh.

Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.

Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu antioksidan.

Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Ada pun pospor memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk.

Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap di atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan kicap mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di kedai-kedai ubat Cina.
Selain itu limau nipis dicampur dengan sesudu madu lebah dan secawan air suam dapat mengurangkan batuk.

Jom kita lihat bagaimana limau nipis dapat membantu kita dalam hidup seharian ......


DEMAM
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.



BATUK
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak.


MEROKOK
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.


BAU KETIAK YANG TIDAK MENYENANGKAN
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.


MENGURANGKAN MINYAK DI WAJAH
Perahkan sebiji limau nipis dan campurkannya dengan satu sudu teh timun dan beberapa titis pasti bunga ros. Sapukan campuran ini di wajah dan biarkan selama 15 minit sebelum membersihkannya.


MENGHILANGKAN JERAWAT
Potong limau nipis dan perahkan jusnya ke dalam mangkuk. Campurkan jus itu tadi dengan satu sudu teh serbuk sulfur. Kemudian, sapukannya pada bahagian wajah yang berjerawat.


MENGURANGKAN KEDUTAN
Potong dan perah jus nipis secukupnya ke dalam mangkuk. Campurkannya dengan satu sudu makan minyak kayu putih dan 1/4 sudu makan serbuk kapur sirih. Kacau hingga rata dan sapukan pada wajah seperti anda memakai bedak sejuk.


MEMBERSIH WAJAH
Tumbuk kacang pecan hingga hancur kemudian campurkan dengan jus perahan limau nipis dan kacau hingga rata. Cuci wajah menggunakan campuran ini selama 15 minit sebelum membilasnya seperti biasa.


MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM
Potong limau nipis kepada beberapa hiris dan tekapkannya pada kawasan wajah yang bermasakah selama 10 minit.

Jom kita cuba untuk kebaikan bersama.....

Saturday, 21 September 2013

SOTONG GORENG BER'AROMA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !

Saperti biasa menu tengahari saya simple-simple aja... iaitu berlaukkan Sotong yang digoreng dengan dengan cili hidup dan ditambah sedikit daun kari untuk menaikkan aroma masakkan.

Jom kita semak Resepi .....

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
4 tangkai daun kari
1 sudu teh perencah Maggi 'Cukup Rasa'

BAHAN B (diperap 1/2 jam)
1 Kilo Sotong (Saya masak sekor-sekor sebab sotong bila dah masak ia akan mengecut)
sedikit kunyit
sedikit garam

BAHAN C (ditumbuk)
4 biji cili hidup
1 biji bawang besar

Cara-cara memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan sotong dan goreng <> 5-7 minit untuk mengecutkan / mengeluarkan air dari sotong.
3. Keluarkan sotong dari kuali (*untuk mengelakkan ia terlebih masak).

4. Masukkan bahan C dan 'Daun Kari' kedalam kuali yang berisi minyak dan air sotong tadi dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
5. Masukkan kembali sotong kedalam kuali dan balik-balikkan <> 5 minit dan boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera .....

Sunday, 15 September 2013

NASI ARAB KABSA Kambing ...





Assalamualaikum..

Menu hari ini special dari hari-hari biasa..... NASI ARAB KABSA 'KAMBING' ....

Semalam ke Tesko Seberang Jaya.. plan asal hanya nak beli udang...sebab Udang di Tesco memang murah... besar lagi !

Rancang-rancang  tu nak buat masak lemak udang saja untuk hari ni. Entah macam mana terbeli pulak Kambing hehehe..

Jadi....plan A kena tukar ke plan B lah nampak gaya nya. 
Tapi plan B... tak kan nak panggang saja.. 

Kalau masak nasi arab tentu sedapkan .....

FHA pernah makan 'Nasi Mandhi berlaukkan Kambing' yg dijual di Kantin 'Ibu Pejabat Tabung Haji, KL' sedapppppppp U, sampai tak terkata-kata sebab sakit kepala . Kambing lah kan hahaha......

Tapi hari ni FHA teringin nak makan.....
Harap-harap jadi ubat .....

Jadi semalam FHA pujuk jugak-jugak Pakcik Google suruh selongkar dapur kawan-kawan cari resepi.
Selongar punya selongar, akhir nya Pakcik berkenan dengan resepi Raidah Resepiraidah.

Selepas congak-congak ada bahan yang tak ada dalam simpanan pulak.
Tak apalah guna saja apa yang ada kat dapur.. kita saja yang nak makan kan....

Sosnya pula FHA tak buat, FHA nak menikmati nasi dan daging saja. Cukup memadai dengan gorengan bawang besar bersama Cili Padi.

***** (5 bintang) diserahkan kpd Raidah kerana ...FHA boleh habiskan nasi walaupon tanpa lauk. Amat sedap sekali .....


Jom kita semak resepi ...

BAHAN A 
2 keping daging Kambing ~ 1/2 kilo

BAHAN B (Rempah Kabsa)
Senarai dibawah disangai secara berasingan dan ditumbuk haluskemudian dibahagi kpd 2,
-1 bahagian untuk diperap dgn daging dan direbus
-1 bahagian lagi akan digaul semula pada daging yang telah siap direbus/sebelum dibakar

8 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh lada hitam biji
1 camca teh jintan manis biji
1 camca teh jintan putih biji
1 camca teh kunyit
1 camca teh serbuk cili (* tidak dimasukkan)
buah pelaga hitam (* tidak dimasukkan)

BAHAN C
3 helai daun pandan
Air untuk merebus

BAHAN D
1 sudu besar minyak sapi Ghee Blend
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

BAHAN E
1 biji tomato  (di belah 4)
1 sudu besar Tomato Puri
3 helai daun pandan
1/2 kiub Daging lembu KNOR
1/2 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 biji cili hijau (dipotong besar)
garam

BAHAN F
2 cawan Beras brasmathi (dibasuh,  direndam selama 1/2 jam dan ditoskan)

BAHAN G
Sedikit pewarna orange dan merah
sedikit saffron + air mawar

BAHAN H
1/2 camca besar butter
2 biji bawang besar (dihiris tebal)
10-15 biji cili padi merah

Cara-Cara Memasak Sup untuk Nasi:-
1. Perap daging dengan sebahagian dari rempah Kabsa sekurang-kurang nya 2 jam.
2. Masukkan daging bersama bahan perapan(bahan B) dan bahan C kedalam periuk dan rebus sehingga daging empok.
3. Angkat dan asingkan daging dengan Sup nya.

Cara-Cara Memasak Nasi:-
1. Panaskan minyak sapi Ghee Blend dalam rice cooker dan tumis bahan D sehingga hampir garing.
2. Masukkan bahan E dan goreng selama~ 5 minit.
3. Masukkan bahan F (beras) dan goreng lagi ~ 5 minit
4. Masukkan 3 cawan air rebusan daging (Pastikan air rebusan yang panas/baru mendidih) masak saperti masak nasi biasa.
5. Apabila nasi telah masak, biarkan ia ~ 10 minit, renjiskan bahan G dan tutup kembali periuk 
6. Biarkan 5-10 minit barulah di gembur.

Cara-Cara Membakar Daging
1. Daging yag telah siap direbus tadi diperap sekali lagi dengan sebahagian dari Rempah Kabsa (bahan B).
2. Panaskan kuali pembakar dan letakkan sedikit butter dan bakar daging.
3. Tidak perlu bakar terlalu lama kerana daging dah di masak tadi.

4. Akhir sekali, dengan butter lebihan dari bakaran daging, tumis bawang besar dan cili padi,
5. Goreng sehingga layu,
6 Angkat dan taburkan diatas daging.

* Selamat menjamu selera ...








Saturday, 14 September 2013

CURRY AYAM Ghee Blend...


Assalamualaikum  semua...

Hujung-hujung minggu ni, jom layan menu ayam ........

FHA suka sangat kalau kari ayam atau daging dimasak dengan Minyak Sapi ....

Harum Kari semasa menumis emmmm .... satu rumah sampai keluar !

 .... sedap sunguh-sungguh !


Jom kita semak resepi ...


3 sudu besar minyak sapi Ghee Blend

BAHAN A
2 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai Daun Kari 
Halia di hiris nipis memanjang
8 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 biji Bawang Besar (ditumbuk)

BAHAN B (Campur semua sekali)
4 sedu besar penuh Serbuk Kari Ayam Babas
1 sudu teh Jintan Manis  (Tumbuk halus)
1 sudu teh Jintan Putih (Tumbuk halus)
1 sudu teh Lada Hitam/Putih (Tumbuk halus)
1 'biji buah pala' (Tumbuk halus)
sedikit air

BAHAN C
Santan Cair dari 1/2 biji kelapa
3 biji Ubi mengala/kentang
2 keping Asam gelugor
Garam

BAHAN D
Ayam 1 ekor (dipotong mengikut saiz kesukaan)

BAHAN E
1 biji buah Tomato (dibelah 2)
Sedikit daun bawang (potong panjang)

Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bahan A dan goreng wangi dan garing.
3. Masukkan Bahan B. Bila rempah mendidih, kecilkana api .
   Masak sehingga terbit minyak yang banyak. Kacau selalu supaya tidak berkerak.
4. Masukkan ubi mengala. Biarkan seketika sehingga ia 1/3 masak dan mesra dengan rempah.
5. Masukkan Santan dan dikacau supaya bercampur sempurna dengan rempah. Terus masukkan ayam, asam keping, buah tomato dan garam.
6. Kecilkan api dan biarkan ayam masak perlahan-lahan dengan sempurna.
7. Sebelum angkat, masukkan Bahan E.
8. Siap dan boleh di hidangkan.

* Selamat menjamu selera ...

Thursday, 12 September 2013

PASTA REGGIA di CASERTA


Assalamualaikum semua...

Resepi hari ini  enak sangat-sangat jika dihidangkan sebagai minum petang bersama kopi panas.

Amat menyelerakan sekali ....

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A (di rebus terlebih dahulu sehingga lembut dan di toskan)
2 cawan Pasta (sebarang jenis pasta, saya guna Pasta REGGIA dlm simpanan)
* boleh juga gunakan macoroni

BAHAN B
6 ulas bawang putih (di tumbuk)
1 ketul isi ayam (di potong kecil-kecil)
1 keping daging berger 'Ramly'
Sedikit daging cincang 'Ramly brand'
1/2 biji sayur Gobis
1 kiub ayam KNOR
1/2 sudu besar lada hitam (di tumbuk)
1 biji cili merah + Daun Sup + Daun bawang (potong kecil-kecil)
garam

BAHAN C
10 biji telur ayam, kacau sedikit

Cara-Cara Memasak:-
1. Panas kan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih dan goreng sehingga hampir garing.
3. Masukkan ayam dan daging. Goreng sehingga masak & sedikit garing.
4. Masukkan Kiub KNOR, lada hitam dan garam.
5. Masukkan Pasta yg telah di rebus tadi.
6. Masukkan Gobis.
7. Sebelum angkat masukkan cili, Daun Sup dan Daun bawang.

8. Sapukan mentega dalam bekas bakar.
9. Masukkan 1/2 pasta yg telah di adun tadi dan ratakan.
10. Tuang kan 1/2 bancuhan telur ke atas pasta, cucuk sedikit supaya telur menyerap kedalam pasta.
11. Masukkan lebihan pasta.
12. Tuangkan kesemua bancuhan telur.
13. Bakar dlm ketukar (160 C) selama 45-1 jam. Kalau telur dah keras boleh di angkat (tak semesti nya dibakar selama 1 jam).

Taburkan bawang goreng Cili merah potong dan daun sup/bawang
Enak di-Makan dengan cili padi potong atau SOS Cili.

* Selamat menjamu selera ...

Wednesday, 11 September 2013

PUDING KELAPA Nona ...



Assalamualaikum semua....

Jom..Jom.. Jom.....hari ni kita layan sekali lagi PUDING KELAPA NONA.

Saperti biasa FHA alter-alter mengikut selera FHA yang gemarkan puding yang lembutttttt....

Jadi FHA tambahkan lebih air dan gula untuk balancekan rasa kemanisan puding tersebut !

Jom kita semak resepi ...


BAHAN A
1 kotak Puding Kelapa 'Nona' (85 g)
1000 ml air 
1 sudu besar gula putih
4 helai daun pandan

Cara-Cara Memasak:-
1. Masukkan kesemua bahan A kedalam periuk dan masak dengan api yang perlahan sehingga serbuk puding larut.
2. Sejukkan sedikit ~ 5 minit dan tuangkan kedalam gelas/mangkuk
3. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurang nya 2 jam.

* Selamat menjamu selera ...






Tuesday, 10 September 2013

NASI AYAM HAINAN... menu sihat





Assalamualaikum semua...

Menu untuk dikongsi hari ini adalah tergolong dalam kategori menu sihat....
Amat sesuai kepada yg inginkan sedikit kelainan.....
Juga kepada yang sangat-sangat menitik beratkan soal makanan berminyak,  adalah dicadangkan ..... NASI AYAM HAINAN

Keistimewaan Nasi Ayam Hainan ini adalah terletak pada Ayam, Sup dan Nasi yg dimasak.

Kelembutan isi ayamnya tidak saperti rebusan ayam yg biasa kita buat di mana texture ayam nya TERamat-amat lembut dan licin.

Sup ayam nya amat simple sekali .

Perbezaan antara nasi ayam ini dengan nasi ayam yang lain adalah teknik memasak Sup dan Ayam nya

Jom kita  semak Resepi ...

BAHAN A (SUP)
1 ekor Ayam
1 inci Halia (dihiris nipis dan memanjang)
3 ulas Bawang Putih (dihiris nipis)
sedikit Garam
1 kiub pati Ayam 'KNOR'
Air sebagai kuah
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
(Nota:TIDAK PERLU rempah 4 sekawan, Rempah Sup,Bawang besar atau minyak utk menumis)

Cara-Cara memasak Sup dan Ayam
1. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih 'Membuak-buak'.
2. Kecilkan api (sekecil kecil yg boleh) dan masukkan ayam.
3. Tutup periuk dgn tudung supaya wap ayam tidak keluar.
4. Biarkan ayam masak perlahan-lahan sehinggga air sup hampir mendidih kembali (sedikit dah mencukupi)
5. Terus masukkan bawang putih, halia, garam dan kiub KNOR
6. Biarkan <> 3-5 minit terus angkat

BAHAN B-Ayam
Ayam yg telah masak dalam sup diatas
sedikit minyak bijan
Peraha air Limau Kasturi
(Utk lebih sedap, sebelum makan renjiskan  di atas ayam)

BAHAN C-Nasi (Masukkan semua kedalam periuk dan masak saperti biasa)
Beras
Air sup dari rebusan ayam
4 helai daun pandan
Sedikit kunyit serbuk
* 1 camca besar butter (jika suka)

BAHAN D-KICAP (Campur semua dan dimasak sedikit)
Kicap manis kicap udang
Kicap Masin kicap udang
1/2 sudu besar lada hitam (tumbuk)

BAHAN E-CILI (Mesin semua sekali)
3 biji Cili merah
1 ulas bawang putih
4 sudu besar gula putih
2 biji limau kasturi (Perah dan diambil Airnya)
(Jangan campur dgn air)
* Untuk kali ini saya gantikan dengan cili padi kampong fresh...

BAHAN F-Ulam
Daun Salat
Timun
Tomato
Lobak Merah

* Selamat menjamu selera ...

Sunday, 8 September 2013

JOM KITA KE KEBUN .....

Assalamualaikum semua...

Hari ni FHA nak bawa sahabat-sahabat semua jenguk-jenguk kebun sayur FHA. 

Kebun tu tak lah jauh mana sangat aieh....belakang rumah saja. 
Walaupon tak sebesar mana, cukup lah menjimatkan wang saku FHA daripada membeli.



Yang diatas ni semua orang tahu kan.. Pokok kunyit.
Ada berpasu-padu pokok kunyit kat belakang rumah ni.
FHA cuma guna daun nya saja, ubi FHA jarang pakai sebab selalu beli kunyit serbuk yang ready made... emmm malas nak tumbuk....... ahaks



Yang ni pulak pokok Kadok... ia lah kot, FHA pon tak pasti...
Kakak yang tanam... 



Haaaaaaa... pokok pandan ni pembantu rumah Kakak yang tanam. Menjadi juga lah.
Orang yang tanam tu pon dah balik Indon.

Percaya tak kalau FHA kata sehelai daun pandan harga nya 30 sen... 
Betul.... kedai kat rumah FHA di Kuala Lumpur..
Terkujut FHA masa nak membeli tu.
Taulah harga minyak naik 20 sen, tapi tak kan lah harga daun pandan pon 30 sen sehelai.

Kalau macam ni FHA ingat nak buat kebun Pandan lah selepas ni ..........  
Projek setahun dah boleh beli rumah batu... hehehe



Pokok daun bawang ni pula FHA tanam, 
Selepas sepagi projek kemas mengemas dapor, bawang-bawang yang dah hampir rosak/busuk FHA campakkan saja dalam pasu, tau-tau bila balik dari KL 2 minggu lepas tu... ini lah hasil nya.
Daun-daun nya dah tumbang sikit sebab semalam hujan lebat.  
Jimat 0.50 sen sebab tak beli daun bawang....... nangis Nonya kat pasar tu




Ni pula pokok Cili Padi (aka cili burung).. 
Pembantu rumah FHA yang tanam.
Pembantu rumah tu kalau tanam pokok, semua nya 'hidup segan .. mati tak mau'.
Orang penang kata 'hidup lit..lit..lit..lit......'.
Hanya pokok cili padi saja yang hidup, tu pon selepas dia dah balik Indon... baru pokok ni hidup segar...



Jangan terkujut tengok pokok nenas dalam pasu..
Berbuah weii... 
Yang ni baru tanam...

OK yang ni saja yang FHA sempat snap.. nanti kita sambong snap-snap lagi ya...

Saturday, 7 September 2013

GULAI SOTONG Rempah Daging


Assalamualaikum , salam hujung minggu...

Hari ni saya masak simple-simple saja, Gulai Sotong Kurita, tapi rempah nya dengan rempah daging, Kebiasaan nya untuk gulai sotong selalu nya saya guna rempah Ikan.

Tapi ntah macam mana kerana nak cepat, buka peti ais, terus capai rempah daging, bila dah tumis baru perasan bukan rempah ikan tapi rempah daging, sebab haruman rempah daging berbeza dengan rempah ikan semasa kita menumis.

Tapi OK, sedap lah pula.
Jom kita semak resepi ....

BAHAN A
Minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari

BAHAN B
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu teh jintan manis (ditumbuk halus)
1 sudu teh jintan manis (ditumbuk halus)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
4 keping asam gelugor
1 cawan air
garam

BAHAN C
Santan dari 1/2 biji kelapa
1 kiub pati Ikan Bilis 'Knor'

BAHAN D
1 kilo sotong Kurita
7 -10 kacang buncis (dipotong serong)
5 biji cili kering

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A, Goreng sehingga garing dan berbau harum.
2. Masukkan bahan B, apabila mendidih, kecilkan api dan masak sehingga terbit minyak yang banyak,
3. Masukkan bahan C dan ratakan snatan dengan rempah.
4. Masukkan bahan D.
5. Apabila sotong kurita kelihatan kecut sedikit, itu menandakan dah masak, Boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera ...





Thursday, 5 September 2013

PUDING MANGGA Nona Manis ...



Assalamualaikum dan Salam Syawal...

Jom..Jom.. Jom..... kita ikut nona manis ni ke dapur..... kita layan Puding Mangga

BAHAN A
1 kotak Puding Mangga 'Nona' (85 g)
1000 ml air (Saya tak ikut sukatan air yang yg tercatat pada kotak, kerana saya lebih suka texture puding yang amat-amat lembut. Jadi saya lebih kan air dan tambahkan sedikit gula putih)
1 sudu besar gula putih
3 helai daun pandan

Cara-Cara Memasak:-
1. Masukkan kesemua bahan A kedalam periuk dan masak dengan api yang perlahan sehingga serbuk puding larut.
2. Sejukkan sedikit ~ 5 minit dan tuangkan kedalam gelas.
3. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurang nya 2 jam.

* Selamat menjamu selera ...




Tuesday, 3 September 2013

KETAM GORENG BER'JINTAN




Assalamualaikum dan Salam Syawal ...

Dua Tiga  kucing berlari
Mana nak sama kucing si kintan
Sedap nya menu hari ini
Ketam digoreng bersama Jintan

heheheh....Lauk Ketam kita hari ini

FHA memang suka lauk-lauk goreng berjintan ni, harum saja aroma nya......
Tak kisah lah ayam ke, sotong ke, udang ke, daging atau pon ketam.

Tapi kalau bab ketam FHA selalu kena fikir 2,3 kali
Nak makan tu mesti dengan penuh kesopanan baru boleh menikmati keenakan dan kenikmatan isi ketam tu ...takut sangat-sangat... kulit ketam tu.
Jadi masa makan tu kena bayangkan semua orang sedang memerhati kita makan... hahah...

Hari ni FHA masak sedang-sedang saja, kalau terlalu garing banyak isi yang melekat pada kulit dan tak banyak mana yang boleh kita nikmati.
Hasil nya 95 % isi dapat dikeluarkan dari kulit dengan mudah sekali.

Cara nya..
1. Masukkan sedikit air perapan ketam semasa menggoreng
2. Tutup kuali semasa menggoreng
3. Api jangan terlalu besar
4. Goreng jangan terlalu lama

Jom kita semak resepi ....

BAHAN A
3 ekor ketam yang sederhana besar
Minyak untuk menggoreng

BAHAN B
1 sudu teh Jintan Manis (ditumbuk halus)
1 sudu teh Jintan Putih (ditumbuk halus)
1 sudu teh Lada Hitam (ditumbuk halus)
serbuk kunyit
garam

BAHAN C
3 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (dipotong bulat besar)
10 biji cili kering

Cara-Cara Memasak:-
1. Perap ketam dengan bahan B selama ~ 1/2 - 1 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ketam.
3. Goreng mengikut tips yang dinyatakan diatas.
4. Sebelum angkat, masukkan Bahan C, goreng ~ 5 lagi.
5. Siap

* Selamat menjamu selera ...

Sunday, 1 September 2013

'Intai-Intai Dapur FHA' dlm Majalah AROMA Sept 2013






Assalamualaikum dan Salam Syawal ...

emmmm.........

macam tak percaya lah pulak bila 'resepi-resepi dari Intai-Intai Dapur FHA' kini terpapar dalam majalah !

Betul !, Memang tak pernah terlintas dan terfikir ponnnn.
Yang selalu terlintas, bila 'lintas' saja depan kedai mamak yang jual majalah, 'terlintas' nak sambar majalah Masakan.


Walaubagaimana pon, Terima kasih yang tidak terhingga buat editor majalah Aroma iaitu Puan Siti Dimiati kerana sudi mempelawa dan memberi ruang kepada FHA untuk memeriahkan lagi majalah Aroma.
Juga kepada Izzat kerana sanggup datang dari jauh ke pejabat FHA meredah 'Jem' untuk mengambil bahan yang disediakan.

Kebetulan ketika menerima pelawaan dari Puan Siti, FHA dah kurang sibuk dengan urusan pejabat (eh macam lah sibuk sangat..kalahkan Perdana Menteri eh ! eh! ehhhh !)
jadi FHA tidak keberatan untuk menerima pelawaan tersebut.

Sebab bagi FHA, apa sahaja yang nak dibuat mestilah dengan sepenuh hati, jangan main redah saja. Lagi-lagi bila nak di masukkan dalam majalah.

Pulak tu resepi dari dapur FHA, tak lah macam resepi kawan-kawan yang lain.
Resepi FHA biasa-biasa saja, maklumlah resepi harian keluarga lebih kepada lauk pauk ala-ala utara.
kadang-kadang bila fikir balik .. malulah pulak  hehehe...

Walau apa pon, FHA harus pastikan bahan-bahan yang nak diberikan paling bermutu setakat yang FHA ada.

Saperti biasa resepi dari dapur FHA memang ringkas, langkah-langkah nak memasak kalau boleh diringkaskan akan diringkaskan sebaik mungkin, Tapi yang penting mesti NAK SEDAP.

Juga di entry ini FHA nak ucapkan Terima Kasih  kepada anak saudara FHA, ia-itu Siti Nurul Jannah (yang dalam majalah / gambar diatas  tuuuuu...), yang tak jemu-jemu membantu FHA di dapur  !

Kepada sahabat-sahabat semua, jangan ketinggalan dapatkan senaskah untuk simpanan, kerana banyak resepi FHA boleh anda cuba,  In sya ALLAH sedapppp.

* esok pagi, cepat-cepat pi kedai beli na .....

* FHA Selemak Santan