Monday, 28 October 2013

NASI DALCA DAGING menggamit selera ...


Assalamualaikum semua...

Pernah makan nasi Dalca ?
Resepi saya kali ini Nasi Dalca Daging yang perggh !!!

emm.. tak tahu nak perincikan macam mana...

enak lah ...
memang enak ..............
....dengan tumisan dan bauan daun kari bersama rempah empat sekawan...

memang cun lah ...

Tapi ...
Kalau nak masak dalca, sila pastikan yang anda menggunakan kacang dhal yang lembut.. rebus 1/2 jam dah ok.
Jangan pula terbeli dhal yang khusus untuk dibuat tepung...yaaa.
emmm alamatnya ....rebus 1/2 hari pon belum tentu lagi walau pon dah direndam semalaman



Diatas adalah jenis-jenis kacang dhal yang dalam simpanan dapur saya.
Yang lembut tu...  ya...yang paling atas... India mari
Sebelah kiri tu saya tak pasti pula dari mana ... memang keras. Masak berjam-jam tak juga lembut
Yang sebelah kanan pula dari Australia..belum cuba masak, tapi dah terbeli. Menurut kata mamak kedai, yang ini pon keras.

Jadi kalau nak membeli, dicadangkan belilah di Kedai Mamak kerana mereka lebih arif.

Jom kita semak resepi kita kali ini ...

BAHAN A
1 kilo daging (dipotong besar)
1 sudu besar penuh rempah Kari Daging 'BABAS'
1 sudu teh serbuk kunyit
3 camca besar kacang dhal (yang lembut)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
6 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
sedikit halia (dihiris memanjang)
Air secukup nya

BAHAN B
1 1/2 kiub Daging Lembu KNOR
sedikit santan pekat
garam secukup rasa

BAHAN C
3 cawan beras (biasa atau brasmathi)
3 helai daun pandan

BAHAN D
3 camca besar minyak Sapi Ghee Blend
2 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
sedikit halia (dihiris memanjang)
5 tangkai daun kari
4 biji bawang besar (dibelah 8)
10 ulas bawang putih (dhiris nipis)
Biji gajus
Kismis Hitam

Cara-Cara Memasak Dalca :-
1. Masukkan kesemua bahan A kedalam periuk dan rebus sehingga Daging empok dan kacang Dhal lembut dan hancur.
2. Sebelum angkat, masukkan bahan B.

Cara-Cara Memasak Nasi :-
1. Masukkan kuah dalca yang telah dimasak kedalam Rice Cooker.
   (Dalam resepi ini disebabkan saya menggunakan 3 cawan beras, jadi kuah 'tanpa daging' haruslah    dengan sukatan 5 cawan). Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan beras, daun pandan dan teruskan memasak.

3. Didalam kuali , panaskan minyak sapi Ghee Blend dan tumis bahan D sehingga bawang layu dan berbau harum.
4. Tuang gorengan bersama minyak sapi kedalam nasi yang telah dimasak dan gaul sedikit. (Pastikan yang nasi telah betul-betul masak)

* Selamat menjamu selera ...





Saturday, 26 October 2013

HATI GORENG Ala.ala... TomYam


Assalamualaikum dan Salam sejahtera ...

Mencari sedikit kelainan untuk resepi Hati kali ini...

Selain dari goreng kunyit atau Masak Cabai yang menjadi kegemaran keluarga saya, saya juga suka memasak ala ala Thai... sedap juga !

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis

BAHAN B (Diperap 1/2 jam)
Hati lembu (anggaran 400 gram)
1 kiub Tom Yam KNOR
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 batang serai (ketuk lebam)

BAHAN C
2 bawang besar (dihiris tebal)
10-15 biji cili padi
Jus dari 1 biji limau kasturi
3 helai daun limau purut
Sedikit kacang panjang (dipotong serong)
sedikit kicap masin Kipas Udang

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B.
2. Tutup kuali supaya hati masak sempurna didalam dan tidak menjadi keras / liat
3. Apabila  hampir masak, masukkan bahan C. Gaulkan seketika dan boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera ...

Thursday, 24 October 2013

PUDING KELAPA .. Nona Manis Menawan


Assalamualaikum semua....

Saperti biasa sekali lagi saya layan Puding kelapa Nona yang telah diubahsuai mengikut selera saya yang gemarkan puding yang lembutttttt....gitu.

Mengikut catatan pada kotak, 86g serbuk puding cadang dicampurkan dengan 400 ml air. Tapi saya lebihkan air dan tambahkan sedikit gula

sedap nyaaaa !

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
1 kotak Puding Kelapa 'Nona' (85 g)
1000 ml air
1 sudu besar gula putih
4 helai daun pandan

Cara-Cara Memasak:-
1. Masukkan kesemua bahan A diatas kedalam periuk dan masak dengan api yang perlahan sehingga serbuk puding larut.
2. Sejukkan  ~ 5 minit dan tuangkan kedalam gelas/mangkuk.
3. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurang nya 2 jam.

* Selamat menjamu selera ...

Wednesday, 23 October 2013

MEE REBUS TULANG ...Citarasa Utara


Assalamualaikum semua.....................

Masih dalam mood Raya Haji ?

Masih ada Tulang Lembu tempoh hari ?
Daging baru lebih manis rasa nya .
Jadi apa kata kita masak Mee Rebus ....

Sedap tau ...
kalau dapat layan 'Mee Rebus' yang panas-panas diwaktu petang ketika hujan turun ....

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis
2 kuntum Bunga Lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dicincang halus atau ditumbuk)

BAHAN B
15-20 biji cili kering (dimesin halus)
2 kilo Tulang lembu
Air untuk merebus, juga sebagai kuah

BAHAN C
2 ketul ubi keledek (direbus dan dimesin halus)
segenggam kacang tanah (digoreng dan dimesin halus)
1 kiub Lembu KNOR
sedikit garam

BAHAN D
1 kati Mee kuning (dicelur sedikit dan diletakkan sedikit minyak selepas diangkat untuk mengelakkan mee melekat antara satu sama lain)
1/2 kati taugeh
Fish cake
Limau Kasturi
Daun Bawang
Cili merah/cili padi
Bawang Goreng
Kacang Goreng
Sayur sawi (direbus seketika)
* Cili Tomato (jika suka)

Cara-Cara Memasak Kuah:-
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A. Goreng sehingga bawang benar-benar garing.
2. Masukkan cili mesin dan masak sehingga terbit minyak.
3. Masukkan tulang lembu dan rebus sehingga daging pada tulang menjadi lembut.
4. Masukkan bahan C dan masak lagi sehingga kuah kembali mendidih.

* Selamat menjamu selera .....

Tuesday, 22 October 2013

NASI DAGING ... Sambal Air Asam


Assalamualaikum semua

Resepi untuk menu tengahari.....NASI DAGING
ya... Nasi Daging yang TERsedap mengikut selera saya ... yang pernah saya buat setakat ini hehehe..

Selalu nya saya buat yang biasa-biasa saja, tetapi disebab kan nak cuba sedikit kelainan saya cuba olahkan sedikit dan hasil nya OK not bad.

Perbezaaan untuk kali ini, saya tidak gunakan rempah sup bunjut untuk memasak sup tetapi saya masukkan biji rempah/ketumbar sebiji-sebiji.
Juga saya masukkan lada hitam sebiji-sebiji bersama dengan Jintan Manis.

Dan nasi yang telah dimasak saya gaulkan dengan minyak sapi Ghee Blend.

Hasil nya emmmm....

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
1 kilo Daging (dipotong besar)
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar (belah 4)
5 ulas bawang putih (belah 2)
1 1/2 sudu teh ketumbar biji
sedikit halia
Air untuk rebusan

BAHAN B
garam secukup rasa
1/2 kiub Daging 'KNOR'

BAHAN C
1 sudu makan penuh minyak sapi GHEE BLEND
1 biji bawang besar (dipotong 4)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 1/2 sudu teh lada hitam biji
1 1/2 sudu teh Jintan Manis biji
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 helai Daun pandan
sedikit halia (dihiris nipis)

BAHAN D
3 Cawan beras Brasmathi (direndam 1/2 jam dan ditapis)
1/2 cawan susu cair

BAHAN E
2 sudu besar penuh minyak sapi GHEE BLEND
sedikit daun sup
sedikit bawang goreng

Cara-Cara Memasak Sup:-
1. Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan rebus sehingga daging empok dan kuah sup cukup-cukup 5 cawan
* Nota:
   -Kalau kurang sedikit pon ok, sebab bila nak masak nasi nanti kita boleh tambahkan air untuk cukupkan.
   -Tetapi bila sup berlebihan, membazir pula kemanisan daging tu bersama kuah yang tidak dipakai).
2. Masukkan bahan B dan biarkan seketika barulah diangkat.

Cara-Cara Memasak Nasi:-
1. Panaskan minyak sapi GHEE BLEND dalam Rice Cooker dan tumis bahan C.
2. Apabila telah sedikit garing, masukkan 5 cawan Sup yang telah dimasak tadi bersama-sama dengan bahan-bahan rempah, juga daging dan 1/2 cawan susu cair.
3. Biarkan sehingga air mengelegak barulah  dimasukkan beras Brasmathi yg telah ditapiskan air sepenuhnya. Teruskan memasak.
4. Apabila butang Rice Cooker telah 'OFF' yang menandakan nasi telah hampir masak, biarkan ia seketika selama ~ 5-7 minit barulah dimasukkan bahan E dan digaul sedikit -sedikit. Tutup periuk dan biarkan ia sehingga  betul-betul masak.
----------------------------------------
SAMBAL AIR ASAM

Semua dibawah di campur sekali
2 Cili merah (* ditumbuk bersama)
Belacan(* ditumbuk bersama)
sedikit garam (* ditumbuk bersama)
15 biji Cili Padi (Potong kecil)
Air asam jawa yang pekat
2-3 biji Limau kasturi
1 biji Bawang besar (Hiris sederhana tebal)
2 biji Tomoto biji (potong 4 dan dihiris sederhana tebal)
Boleh tambahkan sedikit gula jika terasa pedas.

* Selamat menjamu selera .....

Monday, 21 October 2013

KURMA DAGING .. Berlada Hitam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ..

Jom layan Kurma Daging untuk hidangan tengahari ...
lemak-lemak pedas gitu ...

Sedikit kelainan dalam resepi kali ini ...
Dimana saya tambahkan 1 biji buah pala dalam masakan untuk dapatkan bauan pala dihujung-hujung rasa  !
Ditambah pula dengan keharuman Limau Katuri yang diperah semasa dihidangkan ... fuhh layannnn !

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
4 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
sedikit halia

BAHAN B
1/2 kilo daging
1 paket rempah Kurma 'Babas'
2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 biji buah pala (ditumbuk)
2 biji ubi kentang (dibelah 2 atau 4 bergantung kepada saiz ubi)
sedikit air

BAHAN C
Santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1 biji tomato (dibelah 2)
2 biji cili hijau (dipatahkan 2)
1 sudu teh perencah maggie 'Cukup Rasa'
garam

BAHAN D
3 biji limau kasturi (Perah untuk dapatkan Jus)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan A sehingga hampir keperangan.
2. Masukkan bahan B dan masak sehingga daging empok dan terbit minyak  yang banyak dalam rempah.
3. Masukkan bahan C dan dibiarkan sebentar sehingga santan mendidih sedikit-sedikit barulah diangkat.
4. Sebelum makan.. perah kan limau kasturi.

* Selamat menjamu selera ...

Friday, 18 October 2013

RENDANG PEDAS ... Kerang


Assalamualaikum semua...

Rendang Kerang untuk cecah Ketupat... sajian untuk Hari Raya Haji !

Nak masak rendang daging, tapi daging Korban.. Hari Raya petang baru dapat.
Jadi... masak kerang aje lah.
Tak pelik kan ...
....saja buat sedikit kelainan

Kita yang nak makan.... cecah apa-apa pon boleh ...janji sedap.

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
2 kilo kerang (direbus dan dikopek kulit)

BAHAN B
sedikit minyak untuk menumis
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari

BAHAN C (dimesin halus)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
15 biji cili padi
10 biji cili kering
1 sudu teh lada hitam
2 sudu besar minyak masak (untuk mempercepatkan dan menghaluskan kisaran)

BAHAN D
2 camca besar rempah daging
Santan dari 1 biji kelapa
4 keping asam gelugor
2 sudu teh perencah Maggie 'Cukup Rasa'
sedikit garam

BAHAN E
1 helai daun kunyit (dihiris nipis)
2 sudu makan minyak sapi Ghee Blend.

Cara-Cara Memasak :-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga keperangan.
2. Masukkan bahan C dan D dan masak sehingga pecah minyak dan pekat.
3. Akhir sekali, masukkan kerang dan bahan E.


Selamat menjamu selera ...

Thursday, 17 October 2013

KETUPAT PULUT DAUN PISANG


Assalamualaikum,

Saperti tahun-tahun yang lepas, ketupat Pulut daun Pisang menjadi kegemaran jarang dilupakan.
Kali ini saya hanya buat 400 gram Pulut saja

Jom kita semak resepi nya...

400 gram BERAS PULUT biasa
550 gram santan pekat dari 1 biji kelapa (Jika Pulut SUSU, santan lebihkan sedikit = 700 gram)
8 gram Garam halus (Sukatan garam ini sudah cukup menjadikan pulut lemak-lemak manis)
1 camca besar gula putih

3 pelepah daun pisang (dilayur diatas api terlebih dahulu)
tali rafia (dipecahkan kepada  4)

Cara-Cara Memasak Pulut :-
1. Basuh pulut beberapa kali untuk memastikan ketupat tahan lebih lama.
2. Masukkan pulut, santan, garam dan gula kedalam periuk dan tanak saperti tanak/masak nasi biasa.
3. 3-10 minit pertama selepas pulut diletakkan atas dapur, Kacau Dibahagian bawah untuk mengelakkan ia berkerak. Jangan ditinggalkan sehingga santan betul betul kering.
4. Perlahankan api sekecil yang boleh dan tutup periuk saperti memasak nasi.
5. Masak sehingga pulut masak sepenuhnya atau 3/4 masak.

6. Sudukan pulut anggaran 40 gram keatas daun pisang, gulung dengan daun pisang disusuli dengan memadatkan pulut kebahagian tengah.
7. Potong untuk memperkemaskan lebihan daun pisang.
8. Ikat dengan tali rafia. Sekiranya pulut ditanak 3/4 masak, ikatan harus dibiarkan sedikit longgar. Tetapi jika telah dimasak sepenuh nya, ikatan bolehlah diperketatkan sedikit.
9, Kukus 45 minit - 1 jam

TIPS:
Jangan di-tinggalkan pulut semasa memasak kerana santan cepat kering dan hangit.

Monday, 14 October 2013

MEE CURRY ... KERANG


Assalamualaikum semua ...

Dah lama teringin nak makan mee kari, dari minggu keminggu dok tagak-tagak nak buat...
Semalam baru...berkesempatan masak untuk juadah berbuka puasa.

emmm.. masak sendiri memang puas.
Nak kuah lebih pekat ?
Nak lebih pedas... lebih kik ?
Nak lebih masam ?
Nak lebih-lebih-lebih kerang ?
Semua boleh.... ikut saja selera kita ...........mengancam

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
8 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
sedikit minyak untuk menumis

BAHAN B (dicampur semua sekali)
3 sudu besar penuh serbuk kari Ikan 'Babas'
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
4 keping asam gelugur
sedikit garam
sedikit air

BAHAN C
Santan Cair dari 1 biji kelapa
1 sudu teh perencah Maggi 'Cukup Rasa'
2 kilo kerang (direbus dan dikopek)
8 urat kacang panjang (dipotong anggaran 1 inci)

BAHAN D
1 kati mee kuning (dicelur dengan air panas mendidih, ditapis dan diletakkan 4 sudu makan minyak masak untuk mengelakkan ia melekat)
1/2 kati taugeh
3 biji telur (direbus)
15 biji cili padi
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
Fish ball (direbus)
Fish Cake (direbus)
Tauhu (direbus)

Cara-Cara memasak kuah :-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A.
2. Apabila bawang telah bertukar keperang-perangan, masukkan bahan B. Masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak yang banyak.
3. Masukkan bahan C dan teruskan sehingga kuah mendidih kembali.

* Selamat menjamu selera ...

Sunday, 13 October 2013

RAMBUTAN OH RAMBUTAN ...


Assalamualaikum semua...

Dulu rambutan dirumah emak memang 'jenuh'... sampai tak habis-habis makan....
Walau pon banyak, rambutan yang masih hijau atau hampir-hampir busok ... jarang dibuang.

Saya tahu bukan senang nak tanam pokok buah-buahan,
Semasa emak dan ayah tanam pokok rambutan tu dulu, saya lihat ia dijaga sebaik mungkin, dibaja, disiram, dijaga dari serangga agar ia tumbuh dengan elok dan berbuah lebat  untuk anak-anak dan cucu nya kemudian hari.
Jadi selagi boleh makan, saya tak akan buang...

Pernah sekali bila dah terlalu banyak, saya bawa balik ke KL saja untuk disedekahkan di masjid berdekatan.

Tapi sekarang dah kureng.......

Nasib ada rambutan ni yang ditanam oleh kakak, dihujung dapur rumah saya.
Dapat juga makan ..................................huhuhu

Selalu, On the way balik Penang dari KL, singgah di Gerai buah di R&R Utara Selatan, sempat jeling-jeling buah rambutan yang dijual tu... teringin sangat-sangat ................






Haaa... Yang ni rambutan di rumah emak saya tu...
Lebat nya buah rambutan sampai ke tanah....u
Walaupon dah ditongkatkan, masih ada terjuntai sampai kebawah...berat.

Buah rambutan ini bersaiz besar, bulat, 100% lekang, isi yang sedikit berair dan teramat manis.
Kalau nak tahu manis atau tidak rambutan ini, boleh lah tanya semut-semut yang berumah tangga dipokok dan dibuah rambutan ini !
kikikiki....

Itu dulu .............................
4 tahun ++ lepas.....
Hari ni.... pokok dah tak nama pokok lagi....
Penyewa rumah(seorang peniaga),  bakar longgokkan sampah-sarap di bawah pokok... Jadi fikir-fikir kan lah ...........
Biasa lah orang yang menyewa, ada sesetengah (bukan semua) tak menghargai langsung harta dan penat lelah orang lain yang menanam.


Yang ini rambutan Gula Batu......
Lihatlah betapa lebat nya ia berbuah. Kemerah-merahan lagi...
Buah yang sedikit bujur, isi yang amat lekang, teramat manis dan isi yang RAPUH sekali.

Sama juga dengan rambutan kuning diatas...Kalau nak tahu manis atau tidak rambutan ini, boleh lah tanya semut-semut yang menyewa atas pokok ni !

Rambutan ini mendapat permintaan tempahan yang TINGGI dari officemate di KL...setiap minggu.
Setiap saya kali balik ke KL, penuh rambutan disumbat dalam kereta.
Nasib saya tak bawa lori....
Dari bonet, tempat duduk belakang, begitu juga tempat duduk depan. Fuhh penuh .....
Cuma belum sampai ikat atas bumbung saja lagi
hehehe...




Ha......
Ini Pembantu rumah emak, Ngarni nama nya, orang Indon.
Sebagaimana manis senyuman nya begitu lah manis rasa isi rambutan ini....
Sibuk menimbang, mengikat dan membungkus untuk memenuhi permintaan pelanggan.


Apa boleh buat, pokok makin besar, makin tinggi, buah banyak pula diatas, nak kait dah tak sampai.
Nak upah orang mengait ?
emmm..tak payah lahhhh !
Kos upah orang mengait lebih dari hasil jualan buah.... memang tak berbalaoi.  dah tu kita yang kutip, yang kita dapat PENAT

Jadi tahun lepas, saya dan pembantu rumah saya, Busri dan anak kakak, jalankan operasi menebang 3/4 bahagian pokok.
Eh tak percaya ke ? betullll
Jangan ingat orang perempuan tak boleh buat kerja orang lelaki ...
Hendak seribu daya... u
Walaupon dalam hujan, kerana SEMANGAT yang tinggi ('sedikit perasan' la....) operasi tetap dijalan kan dari pagi sehingga ke-magrib.
Kalau nak tau semangat ke tidak / bersungguh ke tidak... cuba tengok kaki seluar pon dah di sinting ke lutut....selipar pon dah entah kemana ....  kita pula yang risau

Bukan setakat menebang saja, kutip buah, timbang buah dan pembungkusan... COMPLETE !
.. untuk dibawa kepejabat keesokkan hari nya.


Harap-harap tahun depan, pokok ini akan berbuah lebih lebat lagi. In Sya ALLAH. Ameen

Wednesday, 9 October 2013

SUP EKOR LEMBU menghangatkan ...


Assalamualaikum...

Hari ni saya sajikan resepi Sup Ekor untuk makan tengahari...
Boleh juga sebagai menu untuk makan malam...

Sedikit kelainan.. sup ini ditambahkan dengan 2 sudu besar Sos Tiram ! resepi yang dipelajari dari seorang Tukang Masak dari sebuah gerai makan kegemaran saya.

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
1 1/2 kilo ekor lembu
2 biji bawang besar (dibelah 4)
10 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
2 inci halia (diketuk)
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 kulit kayu manis
1 sup bunjut ADABI

BAHAN B
2 sudu besar sos tiram
3 biji limau kasturi atau 1 biji limau nipis
10 biji Cili padi (diketuk)
1 kiub KNOR lembu
sedikit garam
sedikit Daun sup
sedikit Daun bawang
sedikit Bawang goreng

BAHAN C
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Cara-Cara Memasak:-
1. Masukkkan bahan A kedalam periuk dan rebus semua sekali.
2. Apabila ekor sudah lembut dan sebelum diangkat masukkan Bahan B.
3. Sebelum makan, tabur lagi bahan C untuk lebih wangi dan menyelerakan.

* Selamat menjamu selera...


Monday, 7 October 2013

CORNFLAKES MADU Berkismis ...



Assalamualaikum semua...

Jom layan Cornflake Madu  sambil menonton TV ...

BAHAN A 
130 gm butter
1 1/3 cawan madu

BAHAN B
1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cawan Kismis hitam

BAHAN C
Mangkuk kertas kecil secukup nya

Cara-Cara Memasak:- 
1. Masukkan butter kedalam kuali dan panaskan sehingga cair dengan api yang sederhana.
2. Masukkan madu dan ratakan.
3. Padamkan api dan masukkan bahan B. Gaul sehingga serata.
4. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dengan suhu 150 C selama 8-15 minit atau sehingga ia bertukar warna sedikit.
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas yang kedap udara.

* Selamat menjamu selera ...


Saturday, 5 October 2013

NASI GORENG KETAM



Assalamualaikum semua ....

Jom minum petang dengan menu nasi goreng ketam.

Sedap juga ..Tak sabar nak makan

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
sedikit butter
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari
2 biji cili kering (dipotong panjang)

BAHAN B (Dimesin bersama)
1/2 biji bawang besar
10 biji cili padi
sedikit kunyit
sedikit belacan
sedikit air

BAHAN C
1/2 sudu teh perencah Maggie 'Cukup Rasa'
sedikit garam
1 ekor ketam direbus dan diasingkan isi nya
1 mangkuk Nasi yang telah disejukkan


Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan butter didalam kuali.
2. Tumis bawang putih, daun kari dan cili kering. Goreng sehingga hampir keperangan.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga kuah hampir kering dan terbit sedikit minyak.
4. Masukkan  isi ketam, perencah 'Cukup Rasa', garam dan ratakan.
5. Akhir sekali masukkan nasi. Ratakan dan bolehlah diangkat.

* Selamat menjamu selera ...


Tuesday, 1 October 2013

JAPANESE CHEESECAKE ... memikat dan terpikat



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !

Jom layan Cheese Cake yang menjadi kegemaran keluarga saya.....

Tetap menggunakan resepi yang sama kerana Alhamdulillah menjadi dan yang pasti amat sedap.

Resepi ini saya perolehi dari pakar Cheese Kek terkemuka.. melalui buku masakan beliau.

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
60g Butter
250g Cream Cheese  (dipotong kecil-kecil)
120 ml Whipping Cream

BAHAN B
50g Tepung gandum (*diayak bersama)
30 g tepung jagung  (* diayak bersama)
4 biji kuning telur + 1 biji putih telur (dipukul sedikit)
sedikit essen vanila

BAHAN C
5 biji putih telur
1/8 camca teh garam
120g gula castor
1 camca teh  juice lemon

BAHAN D
1 'push up' loyang bulat bersaiz 23cm
kertas minyak
sedikit margerin
Coklat rice/coklat kepingan

Cara-Cara Memasak:-
1. Sapukan margerin pada dasar loyang dan lapikkan dengan kertas minyak.
2. Panaskan oven pada suhu 160 C.
3. Satukan bahan A didalam bekas. Letakkan ia diatas periuk yang berisi air mendidih & adunkan dengan 'whisk/pemukul telur' sehingga lembut. Angkat dari api dan biarkan ia sejuk ~ 10 minit
4. Pindahkan adunan (3) kedalam 'mixing bowl' dan masukkan bahan B dan adun/putar dengan mesin sehingga bersatu. Keluarkan dari 'mixing bowl'.  (* saya setkan kelajuan perlahan pada permulaan dan bila tepung sudah bercampur saya tukar ke kelajuan maksima dan pukul ~ 5 minit saja).
5. Dalam makkuk adun yang yang lain, Putar putih telur dan garam sehingga menjadi 'foam'. Masukkan gula & Juice lemon dan putar lagi sehingga menjadi kental.
6. Masukan 1/3 dari adunan (5) kedalam adunan (4) dan kacau secara manual. Masukan selebih adunan (5) dan sebatikan lagi.
7. Tuang adunan kedalam loyang.
    Balut bahagian bawah & tepi loyang dengan aluminium foil supaya air tidak meresap semasa membakar.
8. Letakkan loyang kedalam 'dulang pembakar yg berisi sedikit air biasa (water bath)'
9. Bakar selama 1 jam 10 minit atau sehingga kek kekuningan. (rak paling bawah dlm oven)
10. Keluarkan dari loyang dan taburkan / sagat kepingan coklat diatas kek.
11. Simpan dalam peti sejuk selama ~ 4 jam sebelum dipotong.

* Selamat menjamu selera .....