Monday, 27 January 2014

ICE-CREAM MALAYSIA Bubur Kacang Hijau


Assalamualaikum semua...

Teringat zaman kanak-kanak dulu
pernah buat ice-cream ni untuk dijual...
saja suka-suka... belajar-belajar berniaga

macam-macam perisa ada............
Sirap, Oren, Asam Boi, Bubur Kacang dan macam-macam lagi lah...
alhamdulillah 
tiap-tiap hari habis

Jom kita semak resepi

BAHAN A
1 mangkuk kecil Kacang Hijau (direndam semalaman)
Air secukup nya
8 helai daun pandan

BAHAN B
Santan dari 2 biji kelapa (Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat)
gula merah mengikut kemanisan yang disukai (dicampur air dan ditapis dahulu untuk mengelakkan pasir jika ada)
sedikit gula putih
sedikit garam

Cara-Cara:-
1. Rebus semua bahan A diatas sehingga kacang empok.
2. Masukkan bahan B dan biarkan seketika sehingga mendidih kembali, kemudian diangkat.
3. Sejukkan sebelum dibungkus.

Thursday, 23 January 2014

SUP SOTONG ...Berlada Hitam


Assalamualaikum semua..

Tengahari ni makan lauk apa ya ???
Tentu sedap kan .......

Resepi saya hari ni lauk sotong lagi dan lagi..hehehe
Menu SS (SIMPLE dan SIHAT)
Sesuai kepada yang sedang berdiet...............

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
1 kilo Sotong (dibersihkan dan disumbat kepala nya kedalam badan dan dikelip dengan pencukil gigi)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
8 ulas bawang putih (biarkan sebiji-sebiji)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
10 biji tomato ceri
1 helai daun limau purut
5 biji cili padi (diketuk lebam-lebam)
Air secukup nya sebagai kuah
1/2 kiub Pati ikan bilis KNOR
sedikit halia (dihiris tebal)
garam
(*saya tidak letakkan serai)

Cara-Cara Memasak
1. Masukkan semua bahanA kedalam periuk dan rebus sehingga mendidih.
2. Siap.
Simple kan hehehe !

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 21 January 2014

MASAK LEMAK SOTONG Belimbing Buluh ...





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Sotong, Udang ...
Sotong, Udang ...
Sotong, Udang ...
emmm....................
dalam seminggu lepas, itu ja banyak dijual di 'merkit' Bukit Mertajam, ikan kurang 
Merkit ?
ya.. merkit
.............. pasar
orang-orang kita kat sini speking english
Market.. dah jadi 'merkit' ikut lidah orang melayu
hehehe

Malkumlah cuti seminggu
jadi hari-hari kepasar
nak beli ikan untuk kucing
sambil-sambil  tu jenguk-jenguk juga ikan untuk makanan harian

udang tak boleh makan selalu...kolesterol tinggi
jadi on je Sotong
Nampak gaya nya dalam sejarah lah hari-hari lauk sotong

OK jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Untuk menumis)
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar (ditumbuk)
8 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
30 biji cili padi kampong (ditumbuk)
3 batang serai (Ketuk)
Sedikit halia sebesar ibu jari(diketuk)

BAHAN B
Santan Pekat dari 1 biji kelapa
1 kilo Sotong (Janggut dan kepala sotong di sumbat kedalam badan sotong dan ia kemudian di klip dengan 'lidi pencukil gigi'
1 kiub Pati Ikan Bilis KNOR
Sedikit garam

BAHAN C
Belimbing buluh
1 helai daun kunyit
1 helai daun limau purut

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bawang betul-betul layu
 ..jika tidak masak lemak akan menjadi kurang menyengat/sedap.
3. Masukkan bahan B dan biarkan ia mendidih perlahan-lahan (Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan menjadikan kurang menarik)
4. Sebelum angkat masukkan bahan C

* Selamat menjamu selera ....

Sunday, 19 January 2014

BIHUN GORENG Daun Saderi


Assalamualaikum semua...

Jom kita bersarapan pagi dengan bihun goreng daun saderi...
Secara tak langsung kita dapat menyihatkan badan dengan khasiat-khasiat yang terkandung dalam sayuran ini ...

Berikut adalah kelebihan dan khasiat yang terkandung dalam Daun Saderi ini yang saya petik dari sumber wakyasatria dan wikipedia.

Sederi mempunyai banyak kandungan gizi antara lain, (per 100 gr): a. kalori sebanyak 20 kalori, b. protein 1 gram c. lemak 0,1 gram d. hidrat arang 4,6 gram e. kalsium 50 mg f. fosfor 40 mg g. besi 1 mg h. Vitamin A 130 SI i. Vitamin B1 0,03 mg j. Vitamin C 11 mg Dan 63% bagian dapat dimakan. Daun seledri juga banyak mengandung apiin, di samping substansi diuretik.

Berdasarkan kandungan-kandungan tersebut, seledri dapat digunakan untuk pencegahan beberapa jenis penyakit, diantaranya

1. Ubat untuk membersihkan ginjal
Pertama, ambil seikat daun seledri dan cuci sampai bersih. Kemudian potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Rebus selama sepuluh minit dan dinginkan. Kemudian saring, masukkan ke dalam botol yang bersih dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk simpanan. Minum satu gelas setiap hari dan anda akan melihat bahwa semua garam dan racun yang menumpuk akan keluar melalui air kecili. Anda juga akan merasakan perbezaan dalam tubuh yang belum pernah rasakan sebelumnya. Daun seledri dikenal sebagai bahan pembersih yang terbaik untuk ginjal.

2. Reumatik
Potong 1 genggam daun dan batang seledri kecil-kecil, lalu direbus dalam 2 gelas air sampai susut menjadi 1 gelas. Setelah dingin, saring dan air saringannya diminun sekaligus

3. Mata Kering
Makan daun seledri sebagai ulaman segar bersama-sama dengan nasi. Lakukan tiap hari. Cuci daun seledri, daun bayam dan daun kelor (Moringan oleifera lamk.) masing-masing 1/3 genggam sampai bersih, lalu giling sampai halus. Tambahkan garam dapur seujung sudu teh dan ¾ cawan air masak. Ramas campuran ini sampai rata, kemudian perah dan saring. Minum air perasannya sekaligus, lakukan 3 kali sehari.

4.Tekanan Darah Tinggi
Cuci 100 gr seledri sampai bersih, lalu ditumbuk sampai halus. Tambahkan 1 cawan air, lalu di saring. Selanjutnya panaskan sehingga mendidih. Setelah dingin, bagi untuk 2 kali minum, pagi dan siang hari. Atau cuci 16 batang seledri sampai bersih dan potong-potong secara kasar, dan masukkan ke dalam periuk , tambahkan 2 gelas air bersih lalu rebus sampai airnya menjadi ¾ nya. Setelah dingin, airnya diminum dan seledrinya dimakan. Lakukan 2 kali sehari, masing-masing separuhnya.

5. Bronkitis
Cuci 60 gr seledri segar, 10 gr kulit jeruk mandarin kering dan 25 gr gula aren sampai airnya menjadi separuhnya. Setelah dingin saring dan air saringannya dibagi untuk 2 kali minum, pagi dan sore hari, masing-masing ¾ gelas.

6. Batuk
Cuci 30 gr seledri segar seutuhnya, lalu potong-potong seperlunya. Selanjutnya rebus dalam 3 gelas air bersih. Setelah dingin, saring dan tambahkan madu secukupnya. Gunakan ramuan ini untuk 2 kali minum, pagi dan sore hari.

7. Kolik
Sediakan 60 gr seledri segar , 1 ruas jari tangan jahe merah dan sepotong gula aren. Cuci bahan-bahan tersebut dan potong-potong seperlunya, lalu rebus dalam 2 gelas air bersih sampai tersisa separuhnya. Setelah dingin, saring dan air saringannya diminum sekaligus.

8. Sebagai Penyubur Rambut
Cuci 7-10 tangkai daun seledri sampai bersih, lalu tumbuk halus. Setelah dikeramas, gosokan tumbukan daun seledri tersebut ke kulit kepala dan rambut secara merata sambil dipijat ringan. Setelah selesai, bungkus rambut dengan kain selama kurang lebh 1 jam. Selanjutnya, bilas rambut dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.

Jom kita semak resepi ...  Untuk 5 orang makan

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan udang kering (ditumbuk)
1sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 pokok daun saderi dihiris sederhana tebal
1 ketul dada ayam (dipotong kecil)

BAHAN B
1 Lobak Merah (dihiris nipis memanjang)
Air secukup nya sebagai kuah
1 kiub pati Ayam KNOR
sedikit garam

BAHAN C
Bihun (direndam dahulu)
Segenggam taugeh

BAHAN D
Daun bawang
Cili merah
Bawang Goreng

Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A. Goreng lama sehingga bawang putih dan daun saderi hampir garing.
2. Masukkan bahan B dan masak sehingga kembali mendidih. Pastikan air lebih kerana bihun ini sedikit berkuah.
3. Masukkan bihun dan biarkan seketika sehingga bihun lembut.
4. Sebelum angkat masukkan taugeh.

* Selamat menjamu selera ..


Friday, 17 January 2014

NASI ARAB... Kabsa Kambing



Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah hari ni laksana sudah kenduri Doa Selamat dan Tahlil untuk arwah Ayah, Mak, Abang Chik, Abang Desa, Tok, Tok Wan, Tok Nenek, Tok Nek Jah, Tok-Tok Guru, Guru-guru, Saudara-mara, saudara se Islam semua.

Buat kecil-kecilan saja... adik beradik, anak-anak menakan, kak pupu, cucu menakan hehehe...
Kenduri yang tak dirancang...
Alang-alang dah kepasar tu, langsung timbul rasa nak buat kenduri ....

2 hari lepas dah rasa dah macam nak makan Nasi Arab.
alih alih bila jengok dapur Amie.. langsung tambah-tambah tergoda.

masak nasi 1 periuk rice cooker penuh 'sendat-sendat'.
beras 1 kilo 300 gram
Kambing 1 kilo ++
Tambah ayam 1 ekor... saya masak Ayam Goreng Hainan
Buat air asam saja kerana kurang gemar cili Nasi Arab

Nasi habis...
Kambing habis...
Ayam pon habis ...
Air Asam habis
Sup Hainan juga habis ...

Alhamdulillah...
habis...
licin...
tak membazir ...
Biar tak cukup..jangan membazir ...

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A (Rempah Kabsa)
1.5 sudu kecil lada hitam
2 sudu kecil Jintan manis
1.5 sudu kecil rempah biji
20 biji buah pelaga
20 kuntum bunga cengkih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar minyak masak (untuk memudahkan proses kisaran)
Limau Kering (tidak dimasukkan kerana tak dapat cari dipasaran)

BAHAN B
1.3 kilo Daging Kambing

BAHAN C
Air sup yang akan digunakan - 11 cawan
10 helai Daun Pandan
1 kiub Daging Lembu KNOR
Sedikit garam

BAHAN D
1.3 kilo Beras Brasmathi 'Extra Panjang' - sukatan 7 cawan  (direndam 30 minit) 
sedikit kismis
1/2 tongkol jagung (saya tambahkan, nak menghabiskan baki nasi ayam hainan tempoh hari)

Cara-Cara Memasak:-
1. Bahan A dikisar sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisaran, air dan daging Kambing kedalam periuk pressure cooker dn masak sehingga empuk.
Saya timekan tempuh masa periuk berbunyi (menandakan sedang mendidih) selama 25 minit saja.
Pastikan air untuk merebus tidak terlalu banyak kerana jika berlebihan akan membazir. Jika tidak cukup untuk memasak nasi, air boleh ditambah nanti

3. Sesudah daging empok, asingkan ia dari air rebusan
4. Masukkan 11 cawan air rebusan dan bahan C kedalam rice cooker dan rebus sehingga mendidih
5. Masukkan bahan D dan teruskan memasak.
6. Agak-agak 5 minit sebelum suis rice cooker tukar ke 'Warm', kacau nasi sedikit supaya bahan-bahan rempah yang berada diatas nasi becampur rata.
7. Jika suis rice cooker telah bertukar ke 'Warm', biarkan ia selama 15 minit sebelum periuk dibuka.

BAHAN E (Air Asam. Campur semua sekali)
15  biji cili padi (dimesin)
4 biji cili merah (dimesin)
sedikit belacan (dimesin)
4 biji tomato biji bersaiz besar (dipotong kecil-kecil)
2 ulas bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
2 biji limau nipis
sedikit garam

Ayam goreng Hainan dan Sup boleh tengok di SINI

* Selamat menjamu selera ...


Tuesday, 14 January 2014

NASI AYAM HAINAN Mentega Jagung



Salam Malidul Rasul semua...

Makan tengahari ni sedikit special... Nasi Ayam Hainan Mentega Jagung..

Sesuai kepada yang amalkan diet sihat

Sup yang disediakan amat ringkas bahan nya tetapi menyelerakan
Tidak perlu rempah 4 sekawan
Tidak perlu rempah sup
Tidak perlu minyak untuk menumis.
Yang penting... air yang dimasak mestikan mendidih membuak-buak, baru lah dikecilkan api dan dimasukkan ayam.

Jom kita semak resepi.....Jom cuba


BAHAN A (SUP)
1/2 periuk air 
1 ekor Ayam (dipotong mengikut saiz kesukaan)
1 inci Halia (dihiris nipis dan memanjang)
4 ulas Bawang Putih (dihiris nipis)
1/2 kiub pati Ayam 'KNOR'
sedikit Garam
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
(Nota:TIDAK PERLU rempah 4 sekawan, Rempah Sup,Bawang besar atau minyak utk menumis)

Cara-Cara memasak Sup
1. Masak air dalam periuk sehingga mendidih 'Membuak-buak'.
2. Kecilkan api sekecil-kecil yang boleh. Kemudian masukkan ayam.
3. Tutup periuk dgn tudung supaya wap ayam tidak keluar.
4. Biarkan ayam masak perlahan-lahan sehinggga air sup hampir mendidih kembali (sedikit dah mencukupi)
5. Sebelum angkat, masukkan bawang putih, halia, garam dan kiub KNOR.
6. Siap Sup

BAHAN B (AYAM HAINAN)
ayam yg telah dimasak dalam sup diatas
Kicap Masin Kipas udang
Sos tiram
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-Cara memasak Ayam
1. Lumurkan ayam yg telah direbus perlahan diatas dan dengan bahan B  (ada kadar)
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Masukkan ayam yg telah dilumur dan goreng selama 1 minit SAJA (sekadar kicap melekat pada ayam. Jika lama texture ayam yang lembut dan licin akan rosak)
4. Angkat dan renjiskan sedikit minyak bijan atas ayam sebelum dihidangkan.

BAHAN C (NASI)
1 camca besar ButterCup
1 inci halia (dihiris sederhana tebal)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
10 kuntum bunga Cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

BAHAN D
2 camca besar Butter
5 helai daun pandan
Sedikit kunyit serbuk
1/2 biji Jagung
8 cawan air (Bergantung kepada Jenis beras)
4 cawan Beras (Beras Cap Rambutan)
Sedikit garam (Pastikan garam mencukupi kerana lemak butter akan lebih terasa) 

Cara-Cara Memasak Nasi
1. Cairkan 1 sudu butter kedalam rice cooker.
2. Tumis semua bahan C diatas. Sentiasa dikacau sehingga  bawang bertukar menjadi keperang-perangan.
3. Masukkan bahan D dan teruskan memasak saperti biasa.
4. Apabila suis rice cooker berada pada mode warm, biarkan nasi 10 minit sebelum digaul/ratakan

BAHAN E (KICAP)
sedikit minyak gorengan ayam diatas
Kicap manis kicap udang (lebihkan)
Kicap Masin kicap udang (1/4 dari kicap manis diatas)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk halus)

Cara-Cara Memasak Kicap
1. Panaskan minyak dalm periuk dan masukkan kesemua bahan E diatas.
2. Masakan sehingga kicap mendidih, bolehlah diangkat.

BAHAN F (CILI)
3 biji Cili merah
2 ulas bawang putih
4 sudu besar gula putih
1/4 biji limau nipis (Perah dan diambil Airnya)
sedikit garam

Cara-Cara Penyediaan Cili
1. Mesinkan kesemua diatas.
* Jangan dicampur dengan air tambahan untuk memastikan kepekatan cili.


BAHAN G (ULAM)
Daun Salat
Timun
Tomato ceri
Lobak Merah

* Selamat menjamu selera ...

Sebahagian dari bahan-bahan yang digunakan :-


Monday, 13 January 2014

MASALA MASALODEH ...yang ranggup


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kuih ini......
ada yang kata masalodeh,
ada yang panggil Vada,
juga ada yang sebut vadai....
yang pasti ia adalah kuih yang sama.
rasa nya sedikit berjintan dan ranggup !

Amat menyelerakan....
Sesuai untuk sarapan pagi, juga enak sebagai hidangan minum petang.

Jom kita semak Resepi ...

BAHAN A
Minyak untuk menggoreng (goreng tenggelam)

BAHAN B
250 gram Kacang Dhal (direndam 4-5 jam, kemudian di blender tanpa air, tidak perlu dimesin semua terlalu hancur, jika ada yang masih berketul dibiarkan saja)
1 biji bawang besar (dibelah 8, dan dihiris sederhana tebal)
3 biji cili kering (dihiris nipis)
1 sudu teh jintan manis biji (ditumbuk halus)
1/2 sudu teh jintan manis biji (x perlu ditumbuk)
1 batang kulit kayu manis (ditumbuk halus)
2 tangkai daun kari (dihiris nipis)
sedikit daun sup (dihiris sederhana tebal)
sedikit garam

Cara-Cara Mengadun.
1. Satukan semua dalam satu bekas dan campurkan sehingga serata.
2. Jemput anggaran 50 gram dan dibulat-bulatkan dan ditekan sedikit supaya menjadi sedikit leper.
3. Goreng tenggelam dalam minyak yang panas.

* Selamat menjamu selera ...

Thursday, 9 January 2014

MASAK LEMAK CILI PADI AYAM ...Citarasa Johor



Assalamualaikum semua...

Hari ini baru berkesempatan untuk postkan satu lagi menu yang telah dimasak oleh Chef Jannah beberapa hari lepas. ...Resepi 'Masak Lemak Cili Padi Ayam' 

Kalau kita teliti..resepi masak lemak ini 
...ada yang yang tak masukkan bawang,
...tetapi ada juga yang masukkan
Kedua-kedua nya memang sedap ! 
Masing-masing mempunyai rasa tersendiri

Tetapi jika kita masukkan bawang, kita harus pastikan yang bawang tersebut digoreng sehingga betul-betul layu, jika tidak akan terasa sedikit kurang ...

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Untuk menumis)
Sedikit minyak untuk menumis
15 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
10 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji buah keras (ditumbuk)
3 batang serai (Ketuk)
20-30 Cili Padi (Mesin halus). * Lagi sedap kalau guna cili padi kampong
1 sudu teh Serbuk Kunyit
Lengkuas..sebesar 2 ibu jari (Ketuk)
Sedikit halia sebesar ibu jari(diketuk)

BAHAN B
Santan Pekat dari 1 biji kelapa
3 keping asam gelugor
1 ekor ayam (dipotong mengikut saiz kegemaran)
Sedikit garam

BAHAN C
4 biji tomato segar (dibelah 2 jika bersaiz besar)
1 kiub Pati Ayam KNOR
1 helai daun kunyit (Di hiris nipis)
3 helai daun limau purut

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bawang betul-betul layu atau 
hampir keperangan ..jika tidak masak lemak akan menjadi kurang menyengat/sedap.
3. Masukkan bahan B dan biarkan ia mendididih perlahan-lahan (Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan menjadikan kurang menarik)
4. Tutup periuk jika mahukan ayam masak dengan sempurna.

5. Sebelum angkat masukkan bahan C

* Selamat menjamu selera ....


.

Saturday, 4 January 2014

SAMBAL TEMPE Aroma Garlic..


Assalamualaikum semua ..

Hari ini saya nak kongsikan lauk tempe yang telah dimasak oleh Chef Jannah ... 
Citarasa Jawa ..

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari

BAHAN B (dimesin halus)
sedikit belacan
12 biji cili kering (direbus dan ditapis)
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar ikan bilis

BAHAN C
sedikit air asam jawa
2 sudu besar gula putih
sedikit garam

BAHAN D
3 keping tempe (dihiris nipis dan digoreng dengan api perlahan sehingga ranggup)
Sedikit kacang tanah (digoreng)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A.
2. Apabila bawang telah sedikit garing, masukkan bahan  B dan C. 
3. Masak dengan api yang perlahan sehingga pekat.
4. Masukkkan tempe yang telah digoreng dahulu,kacang goreng dan hirisan bawang putih.
5. Siap.

* Selamat menjamu selera ...

Friday, 3 January 2014

EN SI FLORECIENTE AMOR ...Semekar Cinta


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa sarapan anda hari ini ?

Sedap juga sesekali kalau bersarapan ala-ala Minah Spanish ... 
Dengan roti yang begitu ranggup dibahagian luar setelah dibakar... memang sedap

Fizikal roti baguette ini kalau tengok dengan mata kasar, memang tak teringin nak beli pon !
Dengan panjang, keras 'kedegung' .. emm  boleh makan ke ?
Tapi bila dah dibakar, roti ini akan dengan sendiri nya menjadi lembut dan ranggup dibahagian luar.

Sedap pula ..
Jom kita  semak resepi ...

BAHAN A
sedikit 'ButterCup'
Roti Premium baguette (dipotong menyerong, setebal 1 inci- dipotong 5 keping sahaja)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)

12 biji Tomato ceri (dibelah 2)
3 Frankfurter Ayam  Berlada Hitam 'AYAMAS' (direbus dan dihiris sederhana tebal)
Salad hijau dan Merah
Sos Salad MayoLite 'Lady's Choice'
Sos Salad Thousand Island 'Lady's Choice'

Cara-Cara Menyediakan:-
1. Roti yg telah siap dipotong, di sapu sedikit butter di kedua-dua bahagian permukaan dan diletakkan bawang putih cincang dan tekan sedikit supaya ia melekat pada roti
2. Panaskan kuali leper, letakkan sedikit butter dan tekap kan roti, Bakar dengan api yang perlahan untuk mendapatkan roti yang lembut dibahagian dalam dan rapuh dibahagian luar.
3. Angkat dari kuali, letakkan sedikit Sos Salad Thousand Island, dan susun sayur salad, Frankfurter, tomato biji dan seterusnya Sos Salad MayoLite dan Thousand Island.
4. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat menjamu selera