BIHUN GORENG BAWANG BESAR supper sedap !


Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Jalan-Jalan...
Saya ni memang suka dan gemar berjalan-jalan ke rumah sahabat alam maya.
Salah seorang sahabat yang kerap saya berkunjung ke rumah nya adalah Puan Azie.
Disamping berkongsi resepi memasak, beliau tidak lokek berkongsi ilmu lain yang telah  dipelajari untuk dijadikan sebagai panduan bersama.

Dah sampai ke rumah beliau, rasa tak sah kalau tak jengok dapur nya, Tengok apa sajian yang beliau sajikan untuk keluarga.
Menarik dan sedap semua nya !

Ada beberapa resepi yang telah saya cuba, salah satu nya adalah Mee Hoon Goreng Yang Sangatlah Sedap Nyer
Ini adalah kali ke 3 saya memasak menggunakan resepi ini.
Sedap !
TQ Azie...

Jom cuba
Resepi dibawah saya olahkan sedikit mengikut bahan-bahan yang ada

Bahan A
Minyak untuk menumis
1/2 bungkus bihun (Kali ini saya guna Bihun Siam kerana ia lebih halus) - direndam hingga lembut & ditos

Bahan B
1 biji bawang besar (dihiris)

Bahan C (ditumbuk)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sejemput atau anggaran 20-25 ekor ikan bilis

Bahan D
10 biji cili kering (diblend- Kali ini saya tumbuk)

Bahan E
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap lemak manis 'Kipas Udang'
1 sudu besar gula putih
1/3 kiub 'Pati Bilis'
Garam

Bahan F
4 ekor sotong (yang bersaiz besar) atau udang

Bahan G (Hiasan)
Bawang goreng
Daun Bawang

Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis Bahan B (hirisan bawang besar) sehingga naik bau. Bawang ini lah yang menjadikan sambal kita 'lebih sedap dan lebih wangi'.
2. Masukkan Bahan C (bahan tumbuk) dan kacau rata sehingga naik bau.
3. Masukkan pula Bahan D (cili tumbuk) dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
4. Setelah cili garing, masukkan sedikit air diikuti Bahan E dan F(Sotong). Masak seketika kerana tidak mahu sotong terlalu masak.
5. Kemudian masukkan Bihun. Kacau rata, tutup kuali dan kecilkan api. Biar selama 5-7 minit supaya bihun masak secara perlahan.
6. Masukkan taugeh dan ratakan untuk kali ke 2. Siap
7. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

* Selamat menjamu selera

5 comments:

  1. Ada versi vegetarian tak untuk bihun goreng ini tanpa sos tiram atau kicap lemak manis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lilynne... jika kurang gemar Sos Tiram dan Kicap, boleh diabaikan bahan tersebut dan gantikan dengan 'tambahan/lebihkan' bawang putih (ditumbuk) dan bawang besar yang mana akan menjadikan masakan kita lebih manis asli bawang, lebih sedap dan bihun lebih wangi. Tetapi pastikan bawang putih ditumbuk (bukan di blend) dan digoreng sehingga hampir garing

      Delete
  2. hmmmm bawang besar tu kasi kelainan kan?

    Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

    ReplyDelete
  3. As salam dear. Sgt kagum dg gambar masakan yg dipersembahkan. I ada sent PM kt facebook

    ReplyDelete
  4. Resepi kedai saya mudah saja,guna sos cili cap jagung,sos tiram tak guna,tradisionaal sikit,cuma ganti cili kering ja tak guna,pakai saja sos cili.cuka sikit,petuanya lebihkan gula sikit,org2 tua suku bihun goreng saya,menu wajip dikedai saya,lg satu.goreng sangai udang kering tampa kulit,bland halus,tumis skali dgn bawang besar.wangi udang,cari tak jumpa pun udang,ha ha ha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.