Monday, 30 May 2016

'DAGING SUP' GORENG ...lauk dengan aroma sup dan digoreng wangi

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Lagi 7 hari kita akan menyambut bulan Ramadhan kan..
Tak sabar rasa nya
Bulan yang penuh keberkatan
Bulan yang mulia..

Mari lah kita lebihkan beramal  lebih dari hari-hari biasa
Banyak kan bersedekah ya..

Insya ALLAH saperti tahun tahun lalu, saya order 'bawang goreng' dari kawan kakak pupu untuk di sedekah ke masjid untuk penyediaan bubur lambuk.
Alhamdulillah tahun ini order lebih sikit kerana rancang nak tambah lagi 1 masjid.

Lagi banyak bawang goreng lagi sedap bubur lambuk !
Lagi-lagi bawang goreng ini keluaran baru... fresh dari kuali u!
Usaha orang-orang kampung dengan bimbingan 'Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang'


Jom kita tengok lauk yang saya sediakan semalam 'DAGING SUP' GORENG
Saya suka sangat lauk ini dengan aroma sup dan daging yang digoreng wangi...

Bahan A
400 g daging
1 camca besar serbuk rempah sup (saya guna keluaran 'Faiza')
1 camca teh lada putih (ditumbuk)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/2 inci halia
3 cawan air
sedikit garam

Bahan B
1/3 cawan minyak masak

Bahan C
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
1 biji bawang besar (dihiris tebal)
5 biji cili  padi merah (dipotong menyerong)
1 biji tomato segar (dibelah 4)
sedikit kacang buncis
sedikit daun sup

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kesemua bahan A dalam kuali dan rebus sehingga air hampir kering dan daging empuk.  * Jika daging masih kurang empuk boleh ditambah air lagi dan pastikan rebus lagi sehingga air hampir kering.
2. Masukkan bahan B. Minyak boleh dikurangkan jika kurang suka berminyak. Goreng dengan api perlahan sehingga hampir garing.
3. Masukkan kicap Lemak Masin, Lemak Manis dan ratakan.
4. Masukkan bahan-bahan C yang lain dan goreng sebentar tapi pastikan jangan terlalu lama untuk memastikan kesegaran sayuran kita.
5. Siap dan bolehlah dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ..

Friday, 27 May 2016

SAMBAL BAWANG ... aduhai ! sedap nya aroma bawang

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera
Dan Salam Jumaat semua..

Dah makan tengahari atau belum ?
Kalau masih belum.. jom kita buat sambal bawang
Kalau sudah tak apa.. esok boleh lagi masak
Sedap tau kalau dapat makan dengan ikan masin
Dengan taburan bawang putih.
Amboiii..
Memang saya tak pandang kiri kanan mencolek sambal ini



Jomm sekodeng resepi

Bahan A
Sedikit minyak untuk meggoreng
3 camca makan cuka
1 tangkai daun kari
1/2 camca teh 'secukup rasa Maggie'
Sedikit garam

Bahan B
15 biji cili padi merah
15 biji cili padi hijau
3 biji bawang besar (dibelah 8)
1 inci belacan

Bahan C
8 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng setiap bahan B sekadar layu dan toskan minyak nya.
2. Tumbuk semua bahan tersebut 1/2 hancur dan ketepikan.

3. Dengan menggunakan minyak yang sama (jika berkurang boleh lah ditambah sedikit lagi kerana kita akan menggunakan minyak ini nanti) goreng bawang putih sehingga keperangan, angkat dan toskan.
4. Panaskan baki minyak dan tumis daun kari, masukkan kesemua bahan tumbuk (2) diatas.
5. Masukkan cuka, perasakan dengan garam dan 'secukup rasa'.
6. Goreng sehingga terbit aroma yang harum dan sedikit keperangan
7. Angkat dan tabur dengan bawang putih yang telah siap digoreng.
8. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

Thursday, 26 May 2016

LALA MASAK LEMAK KUNING ... dengan kuah yang manis memikat !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Lauk apa untuk makan tengahari anda ?
Kalau masak 'Lala Masak Lemak Kuning' pon sedap !
Makan dengan nasi panas-panas
Lebihkan kuah dalam pinggan nasi...
Amboii !!!
Bertambah-tambah kita makan
Cepat nya habis lauk seperiuk !

Jomm...

Bahan A
1 kilo siput lala

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk lebam)
1/2 sudu teh lada putih (ditumbuk)

Bahan C
1 batang serai yang bersaiz besar (diketuk lebam)
1/2 sudu teh serbuk kunyit

Bahan D
200 ml santan pekat (saya guna santan kotak)
3 cawan air
1 helai daun kunyit (dihiris kasar)
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga hampir keperangan.
2. Masukkan bahan C dan teruskan menggoreng sehingga serai kecut dan bawang bertukar keperangan.
3. Masukkan bahan D dan siput lala. Perlahankan api dan masak sehingga kuah hampir-hampir mendidih.
Pastikan kuah tidak terlalu mendidih untuk mengelakkan santan pecah minyak.
4. Siap dan boleh dihidangkan .

* Selamat Menjamu Selera ...

Wednesday, 25 May 2016

SIZZLING MEE ... Panas-panas ! Yummmmmy......

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Sizzling mee ini saya sediakan pada hujung minggu lepas.
Terasa tekak ini teringin benar nak makan.
Kalau ke Tesco .. Suka dan 'ralet' tengok cara si-tukang masak menyediakan mee ini.
Dari satu pan ke satu pan..
Laku bebenor !!!

Tapi saya tak lah order sebab dah beli nasi kampung.
Pernah rasa sesudu-dua mee semasa anak saudara mengorder.
Sedap juga !

Jom kita masak sendiri lagi sedapp !!!
Hidangan adalah untuk 8 orang

Bahan A
1 kilo Mee Kuning * saya guna mee kuning saja (Alirkan air dan toskan)
8 biji telur
Sayur sawi
Cili padi 

Bahan B
1/3 cawan minyak untuk menumis
1 inci halia (dihiris tebal)

Bahan C
1 labu bawang putih (ditumbuk)
2 biji bawang besar (ditumbuk)
1 sudu besar 'Penuh' udang kering (ditumbuk halus)
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 sudu besar lada putih (ditumbuk halus)
1 cawan potongan daun sup
1 biji tomato segar (dibelah 8)

Bahan D
1 sudu makan Sos Cili 'Life'
1 sudu makan Sos Tiram
2 sudu makan Sos Ikan
4 sudu makan penuh gula putih
Kicap Lemak Masin Kipas Udang (menjadikan kuah sedikit bewarna)
Kicap Manis ABC (menjadikan kuah sedikit bewarna)
8-10 biji cili kering (dikerat 2)
1/2 cawan air

Bahan E
3 potongan dada ayam (dipotong kepada potongan kecil)
8 -12 cendawan butang kering (dibersihkan dan direbus sehingga lembut)
Air secukup nya sebagai kuah (Kuah tidak perlu terlalu banyak kerana mee ini kurang berkuah sangat)
1/2 kiub Pati Ayam
Sedikit garam

Bahan F (dibancuh)
2 camca besar penuh tepung jagung (Jika kurang pekat boleh lah ditambah sedikit lagi. Kerana kepekatan bergantung kepada jenama tepung. Kadang 2 camca dah cukup pekat)
1/2 cawan air

Cara-Cara Menyediakan Kuah
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis halia bersama kesemua bahan C sehingga benar-benar garing dan kecut saperti gambar dibawah.


2. Masukkan kesemua bahan D dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan bahan E dan masak sehingga kuah kembali mendidih.
4. Bancuh bahan F sebelum dimasukkan kedalam kuah.
5. Siap.

Cara-Cara Menyediakan hidangan
1. Panaskan pan.
2. Masukkan mee kuning, sawi dan curahkan kuah yang telah dimasak.
3. Pecahkan telur dan biarkan sehingga kuah mengelegak dan telur separuh masak.
4. Siap dan boleh dihidangkan.

* Sedap makan panas-panas.

Saturday, 21 May 2016

NASI GORENG DULU-DULU... berebut-rebut makan

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...
Salam berhujung minggu

Sarapan apa pagi ini ya ?
Bihun, Nasi atau kueh ?

Saya biasa nya sarapan dengan nasi putih dengan baki lauk semalam atau kalau rajin sikit nasi goreng atau mee/bihun.

Teringin pulak nak makan nasi goreng stail dulu-dulu
Memasak cara di tahun 80'an, 90'an dan tahun tahun sebelum nya ..
Tak ada sebaraang perasa tambahan saperti Sos Tiram, Kiub Pati Ayam, Pati Pati Daging,Pati Ikan Bilis, Sos Ikan dan sewaktu dengan nya..
Tak adaaaa kan...

Tapi kenapa masakan dulu-dulu sedap !
Semangkuk nasi goreng atau bihun goreng berebut-rebut kita makan bersama adik beradik
Kenapa ya ...?
Kerana setiap masakan disediakan oleh emak, tok mahu pon nenek kita semua di masak dengan penuh kasih sayang..
Itu yang menjadikan masakan mereka begitu sedap sekali.

Jom kita kedapur kita masak stail dolu-dolu...

Bahan A (ditumbuk secara berasingan)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili kering (direndam sekejap dalam air panas dan ditoskan)
sejemput ikan bilis anggaran 20-25 ekor
1/2 camca teh lada putih

Bahan B
1 camca besar buttercup
2 sudu makan cuka
sedikit daging (dihiris kecil)
garam
1 mangkuk nasi
Sayur sawi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan butter dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga bawang bertukar hampir keperangan.
3. Masukkan cili kering, ikan bilis dan lada putih. Jika sedikit kering boleh lah ditambahkan beberapa sudu air biasa. Goreng sehingga cili kering sedikit garing.
4. Masukkan cuka, daging dan garam. Goreng sehingga daging kecut dan masak.
5. Masukkan nasi, sayur sawi dan ratakan.
6. Siap dan boleh dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

Friday, 20 May 2016

BIHUN GORENG KICAP LEMAK MANIS ...Harum dengan Udang Kepal

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum, Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera semua ..

BIHUN GORENG KICAP LEMAK MANIS
Kurang pedas..
Memang menjadi kegemaran kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak memang penggemar kicap.
Saya dulu masa kecil pon suka kicap.
Asalkan ada kicap, makan laju saja.
Makan nasi dengan kicap berlaukkan ikan goreng pon boleh bertambah-tambah nasi.

Bihun ini saya tambahkan sedikit udang kepal atau dipanggil udang geragau untuk menambahkan lagi kewangian bihun.
Saya juga sediakan daging yang direbus dengan rempah 4 sekawan untuk menambahkan lagi selera semasa makan.

Kepada yang makan pedas, boleh lah taburkan sedikit cili padi.
Nak lebih pedas lagi.. kita guna cili padi yang merah tu.
Berasap telinga tapi boleh tambah lagi 3-4 piring tu
Ahaks !

Jomm...

Bahan A
1/3 bungkus bihun. kali ini saya gunakan bihun siam yang ber'urat halus (direndam 1/2 jam dan ditoskan airnya)

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji bawang besar bersaiz besar
2 ulas bawang putih
1 camca besar Udang Kepal

Bahan C
1 camca besar Cuka Makan
1 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Sos Ikan
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk)
1/2 camca teh lada putih (ditumbuk)
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang' secukup nya
Sedikit air

Bahan D
1/2 mangkuk kubis

Bahan E
Cili padi merah
Cili padi hijau
Limau Kasturi 
Daun bawang

Bahan F (direbus sehingga empuk dan dihiris nipis) 
Sedikit daging
1/2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
Air untuk merebus
* Saya tak masukkan garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga layu dan ber'aroma.
2. Masukkan bawang putih dan udang kepal. Goreng sehingga bawang putih bertukar keperangan.
3. Masukkan bahan C dan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
4. Pastikan kuah mencukupi untuk mengembangkan/memasak bihun. Jika kurang boleh tambahkan sedikit air dan biarkan ia mendidih sebentar sebelum masukkan bihun yang telah ditoskan.
5. Ratakan bihun dengan kuah dan tutup tudung kuali. Perlahankan api sekecil yang boleh.
Biarkan bihun masak perlahan-lahan.
6. Setelah pasti bihun telah masak sempurna, masukkan sayur kubis, ratakan sekali lagi dan masak lagi selama 2-3 minit sebelum diangkat.
7. Tabur dengan bahan E dan F sebelum makan.

* Selamat Menjamu Selera ...

Wednesday, 18 May 2016

CHICKEN BLACK PEPPER .. Lauk Berbuka Puasa

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..

AYAM LADA HITAM
Lauk ini saya sediakan untuk berbuka tempoh hari.
Sebelum tu saya ronda-ronda dulu di alam maya untuk mencari-cari resepi yang memikat hati dan akhir nya Resepi Bonda menjadi pilihan
Sedap ! Isi Ayam yang begitu moist.
Emmm....
Lepas masak terus letakkan bawah tudung saji.
Tak nak tengok lama-lama takut menjilat bibir !
Ahaks !!!

Bahan A (diperap 1/2 jam)
2 ketul dada ayam (dipotong sederhana besar)
1/2 sudu kecil Lada Hitam (ditumbuk)
2 sudu besar kicap Lemak Manis
1 sudu besar Sos Tiram

Bahan B
Minyak masak untuk menumis
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1/2 inci halia (dihiris)

Bahan C
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar Kicap Lemak Manis
1/2 cawan air
Garam
Gula (* saya tak masukkan)

Bahan D
1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
3 biji cili padi merah (dipotong menyerong)
3 biji cili padi hijau (dipotong menyerong)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak. Oleh kerana saya menggunakan ayam tanpa tulang, jadi proses menggoreng adalah selama 1-2 minit sahaja. (Jika terlalu lama takut isi ayam akan menjadi keras dan hilang ke moist' an nya. Boleh juga dipanggang jika suka.
Angkat dan toskan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan B sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan C dan biarkan ia mendidih sebentar.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul kan lagi hingga sekata.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk menjadikan kuah sedikit pekat.
6. Akhir sekali masukkan cili potong sebelum angkat.

* Selamat Menjamu Selera ...

Tuesday, 17 May 2016

NASI GORENG ARAB BERDAGING .. family favourite

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..

NASI GORENG ARAB BER'DAGING
Dulu kecil-kecil selalu juga masak nasi goreng ini, memang menjadi kesukaan keluarga kerana aroma nya yang amat menyelerakan.
Sekarang pon kerap juga saya sediakan nya bila rasa-rasa kurang selera makan.
Kebiasaan nya nasi ini dimakan dengan ikan masin.
Tetapi semalam saya gantikan ia dengan daging
Kebetulan masih ada sedikit daging dalam peti sejuk beku, kalau nak dimasak gulai memang tak cukup la..

Nasi goreng ini saya sediakan untuk sarapan pagi juga merangkap makan tengahari kerana nak mengejar masa.
Semalam ada temujanji dengan pihak Honda Service Center untuk menukar Air-Bag.
Alhamdulillah tidak dikenakan sebarang bayaran.
Selamat RM !!
Lagipon penukaran ini diarahkan oleh pihak honda sendiri, bukan kita yang minta melalui message yang dihantar kepada semua pemilik kereta honda.



Jom kita terjah resepi (Untuk 2 orang makan)

Bahan A
1 camca kecil minyak sapi 'Ghee Blend' (Minyak sapi lain kurang ber'aroma)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2  ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
2 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1/2 inci halia (dihiris nipis)
1/2 camca kecil lada hitam (biar sebiji sebiji)
sedikit garam

Bahan B
Sedikit daging (dihiris kecil)

Bahan C
1 Mangkuk nasi putih
Lada hitam tertinggal dalam gambar diatas

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis kesemua bahan A diatas sehingga bawang layu dan beraroma.
2. Masukkan daging dan teruskan menggoreng. Jika sedikit kering boleh lah ditambah beberapa sudu air.
3. Setelah daging masak, masukkan nasi dan balik-balikkan sehingga rata.
4. Siap dan bolehlah dihidangkan

* Selamat Menjamu Selera ...




Friday, 13 May 2016

SAYUR LEMAK IKAN REBUS ... Masakan Kelantan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Jumaat semua ..

Hari ini saya masak Sayur Lemak
Sayur sawi ini adalah  pemberian kakak saya semalam
Kalau disimpan lama dalam peti sejuk tentu dah hilang kesegaran nya nanti

Tapi ...
Ini bukan sayur Lemak yang biasa-biasa ya ..
Sayur yang dimasak dengan ikan rebus !

Pertama kali tengok sayur dimasak sebegini di gerai Kelantan buat saya terliur.
Gerai yang diperkenalkan oleh sahabat sekerja yang juga orang kelantan ini terletak betul-betul dihadapan Pusat Zakat di Chow Kit, Kampung baru berhampiran Hospital Besar.
Macam-macam masakan kelantan ada disitu
Kalau nak datang kegerai ini kena datang awal ya...
Penuh memanjang terutama di waktu rehat makan tengahari.

Nak masak nya pon senang
Yang pasti sedap !


Jomm.......

Bahan A
2-3 ekor ikan kembong (dibersihkan, direbus dan ambil isi nya sahaja)

Bahan B
Secekak Sayur Sawi (dipotong ikut suka)
1 cawan santan pekat (saya guna santan kotak)
1 1/2 cawan air biasa
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/4 kiub pati ikan bilis
sedikit garam

Bahan C
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1 biji cili merah (dipotong menyerong)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Isi ikan yang telah direbus disatukan dengan kesemua bahan B dan dimasak sehingga hampir mendidih.
* Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak
2. 5 minit sebelum angkat masukkan bahan C.
3. Siap dan boleh dihidangkan.

* Selamat Menjamu selera ...

Thursday, 12 May 2016

TEMPE GORENG AYAM PENYET AMPANG PARK ... sedap dan teringat-ingat hingga sekarang !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..

GORENG TEMPE saja untuk berbuka semalam
Makan dengan nasi dan simpan untuk ratah-ratah sambil-sambil nonton cerekarama Astro Ria 'Semanis Honey' tu.
Suka sangat tempe ini.. tak payah sambal-sambal cicah lagi !

Sebenar nya saya teringat dan teringin nak makan Nasi Ayam Penyet yang dijual di shopping Kompleks Ampang Park, Kuala Lumpur.
Tak tahu masih ada lagi ke tidak Restoren tersebut.
Lokasi restoren ini terletak bersebelahan dengan Mc Donald di tepi jalan.

Dulu kalau terigin nak makan dan kebetulan nak balik Penang pula,  saya biasanya akan call saja sebelum keluar office.
Saya kemudian akan pikup pesanan dihadapan restoren kerana nak dapatkan parking di pusat beli belah tu kadang masalah sikit dan kebetulan pula saya singgah sekejap saja semata-smata nak ambil pesanan on-way balik Penang.
Jadi pelayan restoren akan hantar pesanan saya yang sedang menunggu dalam kereta.. senang kan.

Cakap pasal Nasi Ayam Penyet ini, apa yang menyelerakan saya adalah ayam penyet dan tempe goreng yang disediakan. Yang lain sama saja saperti restoren-restoren lain.... nasi putih, ulaman dan sambal.
Ayam nya yang amat-amat lembut dan begitu terasa rempah ratus.
Banyak serbak-serdak tepung yang begitu crispy.
Begitu juga tempe goreng yang lembut, lemak dan begitu terasa rempah nya.

Bercakap pasal tempe, sebenar nya saya dulu kurang gemar kalau makan tempe goreng kerana bagi saya ia tak terasa apa pon bila kita makan,
Tapi tempe Nasi Ayam Penye ini memang sedap.
Lembut, terasa sedikit masam-masak lemak dan juga sedikit berempah.


Akhirnya ini lah hasil tempe goreng ala  Ayam Penyert Ampang Park, setelah 'beberapa kali mencuba' nya.
Dah menjadi ..
Walla !!!!


Jom kita tengok resepi

Bahan A
3 Keping tempe (Setiap keping saya potong menjadi 3 potongan besar ).
1 keping asam gelugor yang bersaiz besar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh 'Secukup Rasa' Maggie
Sedikit garam
Air secukup nya untuk merebus (sekadar tenggelam tempe sahaja)

Bahan B
Minyak untuk Menggoreng

Bahan C (diadun dan kecairan saperti goreng pisang)
1 cawan tepung beras
1 biji telur (dikocak dan guna hanya 1/2 sahaja)
1 sudu besar air kapur
sedikit air  rebusan tempe diatas (anggaran 1/2 cawan)
2-3 tangkai daun kari (dihiris nipis) * yang ini saya tambah untuk menjadikan ia lebih beraroma
kunyit untuk memberi sedikit warna

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus selama 45 minit.
2. Selepas tempe direbus, angkat dan biarkan ia selama 1 jam untuk tempe 'mesra' dengan air rebusan rempah ratus.
3. Toskan. Simpan sedikit air rebusan untuk disatukan dengan Bahan C
4. Satukan bahan C.
5. Panaskan minyak dalam kuali, celup tempe yang telah direbus kedalam bahan C dan goreng sehingga ranggup.
6. Siap

* Selamat Menjamu Selera..

Wednesday, 11 May 2016

KARI KEMBONG BUAH MACANG .. Lauk berbuka lagi


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..

KARI KEMBONG BUAH MACANG ...
Alhamdulillah semalam saya berpuasa lagi dan saya sediakan lauk ini untuk berbuka saya.

Setelah merasa KUINI KARI BAWAL  yang diberikan oleh anak saudara saya beberapa hari lalu memang terasa-rasa keenakkan nya.
Terasa di hati nak masak sendiri pula dan makan puas-puas.
Mana cukup hari tu bagi semangkuk saja..
Keh ! Keh ! Keh !

Keenakan kari ini ditambah dengan.
...Keharuman rempah kari.
...Keharuman kuini dan kemanisan nya.
Nyum nyum nyumm !

Lalu......
Bila ke pasar tempoh hari cari cari juga buah kuini, tapi yang ada hanya buah macang.
OK boleh juga lah !
Kan macang adik beradik dengan kuini dan ia mempunyai keharuman yang lebih kurang sama dengan kuini.
Saya sambar sebiji untuk dibuat kari.

Kebetulan ikan kembong pula segar-segar, jadi saya cuba satukan kembong dan macang dalam masakan kali ini.
Tapi untuk elakkan ikan hancur,  saya goreng terlebih dahulu lah.

Jom.. saya sertakan resepi nya saperti dibawah.

Bahan A (diperap 1/2 jam)
6 ekor ikan kembong yang bersaiz besar  (dibersihkan,  diasingkan kepala dan dikelar 3)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B (Bahan tumis)
Minyak untuk menumis
1/2 camca besar halba campur
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 biji bawang besar (di hiris nipis)

Bahan C (Bancuhan Rempah)
3 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan  (Saya guna BABAS)
1 keping asam gelugor  (saiz besar) atau jus asam jawa
1 cawan air
sedikit garam

Bahan D
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air biasa

Bahan E
1 biji buah macang (dihiris menjadi potongan besar)
3 urat daun bawang (dikerat panjang ~ 2 inci)
1 biji tomato segar (dibelah 2)
6 biji cili padi hijau (menggantikan cili hijau)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan yang telah diperap sehingga 'hampir garing' (Tidak perlu terlalu garing), angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A, kacau selalu sehingga bawang bertukar keperangan dan berbau harum.
3. Masukkan bahan C yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila rempah telah mula mendidih, kecilkan api dan biarkan ia masak dengan perlahan sehingga menjadi pekat dengan minyak yang banyak bergeledangan didalam periuk. Teruskan memasak lagi selama 5 minit untuk memastikan rempah betul-betul masak.
Setiap 5 minit di kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan bahan D, sebatikan dengan rempah dan biarkan kuah mendidih semula.
6. Masukkan Ikan, bahan E  dan kecilkan api. Biar kari masak secara perlahan-lahan.
7. Siap dan boleh dihidangkan

Saperti biasa
TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 10 May 2016

AYAM SAMBAL BIJAN ... sambal pedas untuk berbuka


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera semua ..

AYAM SAMBAL BIJAN
Saya sediakan menu ini beberapa hari lalu sebagai lauk untuk berbuka.
Memang suka sangat lauk-pauk yang pedas.
Jadi untuk kali ini saya lebihkan cili padi.
Tapi kepada yang tak tahan boleh lah gantikan dengan cili hidup a.k.a cili merah yang biasa tu.

Ayam pula saya gunakan purely isi ayam tanpa tulang
Senang kan tak payah nak risau masa makan nanti


OK Jom kita terjah resepi berbuka saya yang menyelerakan ini

Bahan A (perap 1/2 jam)
2 ketul dada ayam (saya potong dalam bentuk kiub -kiub sederhana)
sedikit garam
sedikit kunyit

Bahan B(diblend kering tanpa air)
16-20 biji cili padi merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 camca makan minyak masak

Bahan C
Minyak untuk menggoreng ayam
3 camca makan minyak bijan
3/4 camca besar gula putih (untuk balancekan kepedasan)
2 sudu makan kicap manis ABC
sedikit garam
3 camca makan bijan (disangai/goreng tanpa minyak)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam selama lebih kurang 1-2 minit sahaja sekadar untuk memastikan isi ayam itu masak. Jika terlalu lama ia akan menjadi keras dan hilang juicy ayam tersebut.
2. Angkat dan toskan.
3. Kurangkan minyak dalam kuali jika berlebihan kerana kita akan menambahkan minyak bijan.
4. Panaskan kembali minyak gorengan ayam yang telah dicampur dengan minyak bijan.
5. Masukkan bahan B yang telah diblend tadi dan goreng sehingga pekat.
6. Masukkan kicap manis dan perasakan dengan gula dan garam.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan balik-balikkan.
8. Angkat dan taburkan bijan yang siap disangai.

* Selamat Menjamu Selera ...

Friday, 6 May 2016

KUINI KARI BAWAL ... memang mengancam selera


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Jumaat semua ..

KUINI KARI BAWAL...
Kari yang dimasak oleh anak saudara saya ini memang mengancam selera.
Memang tak terfikir pon nak masak kari bersama buah kuini.
Selalu nya kalau kuini ni saya buat sambal saja.

Tapi kari ini...bila dah rasa memang 'thumbs up'.
Fuyooo !!
Nak tahu rasa nya ?
Sedap gileee !!

Selain ada nya aroma kari itu tersendiri kini ditambah pula dengan aroma dan kemanisan buah kuini.
Nyum nyum nyum .......

Kehulu kehilir bila kedapur ter'bau-bau keenakan kari ini, walaupon ia tersorok dibawah tudung saji.
emmmm...tak sabar-sabar nak makan nasi

Makan sikit-sikit..
Sebab ada semangkuk ja.
Simpan sikit untuk malam nanti.
Boleh makan lagi !

Nanti kalau kepasar boleh lah cari buah kuini.
Nak masak sendiri.
Cantikkkk !

Cara memasak nya sama saperti menyediakan kari biasa, cuma hirisan buah kuini ini kita masukkan bersama-sama ikan.

Apa-apa pon saya sertakan resepi nya saperti dibawah.

Bahan A (Bahan tumis)
Minyak untuk menumis
1/2 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (di hiris nipis / tumbuk lebam)
1 biji bawang besar atau 4 ulas bawang merah kecil (di hiris nipis/tumbuk lebam)

Bahan B (Bancuhan Rempah)
3 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan  (Saya guna BABAS)
3 keping asam gelugor  atau jus asam jawa
1 cawan air
sedikit garam

Bahan C
1/3 kotak santan pekat(kotak kecil)
2 cawan air biasa

Bahan D
2 ekor ikan bawal yang sederhana besar (dibersihkan dan dikerat mengikut saiz kesukaan)
1 biji buah kuini (dihiris menjadi potongan besar)
6 biji kacang bendi

Bahan E (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
3 urat daun bawang (dikerat panjang ~ 2 inci)
1 biji tomato segar (dibelah 2)
6 biji cili padi hijau (menggantikan cili hijau)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam periuk dan masukkan bahan A. Kacau sehingga bawang bertukar keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
3. Apabila rempah mula mendidih, kecilkan api dan biarkan ia masak dengan perlahan sehingga menjadi pekat dengan minyak bergeledangan yang banyak. Teruskan memasak lagi selama 5 minit untuk memastikan rempah betul-betul masak.
Setiap 5 minit di kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
4. Masukkan bahan C dan sebatikan dengan rempah sebelum masukkan Ikan dan buah kuini/bendi.
5. Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan. Pastikan jangan dibiarkan kari mendidih terlalu lama.
6. 5 minit sebelum angkat, masukkan bahan E.

Saperti biasa
TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)

* Selamat menjamu selera ...

Thursday, 5 May 2016

KARI PEDAS PERIA ... pahit-pahit yang penuh berkhasiat


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..

PERIA..
Selain dari digoreng, sedap juga kalau di buat kari.
Tambahkan sedikit udang hidup memang kena sangat lah tu.
Rasa nya memang sedikit pahit tetapi bila dimasak dalam masakan berair, pahit nya tetap berada dalam buah itu tersendiri, yakni ia tidak larut didalam kuah.
Jadi kita tidak perlu risau kalau-kalau masakan kita akan terasa pahit nya nanti.

Saya tambahkan sedikit udang segar untuk menerbitkan kemanisan dan kelemakan udang dicelah-celah kepahitan sayuran hijau ini.

Memang saya suka !


JOM KITA LIHAT KHASIAT-KHASIAT PERIA DALAM BIDANG PERUBATAN 
Sumber :HERBA DAN TUMBUHAN

1. Haus kerana panas dalaman, demam, heat stroke (pengsan kerana kepanasan):
Sebiji peria mentah yang masih segar dicuci bersih, lalu dibelah. Buang isinya,  potong-potong secukupnya, lalu direbus dengan 3 gelas air bersih sehingga menjadi 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum.

2. Diabetes / KencingManis: 
a. 200 g buah peria segar dicuci bersih lalu dikisar. Tambahkan air minum secukupnya, lalu diperah dengan sepotong kain sampai terkumpul sebanyak 50 ml (seper-empat gelas). Perahan dihangatkan dengan api kecil selama 15-30 menit. Setelah sejuk diminum. Lakukan setiap hari.

 b. 200 g buah peria dicuci bersih lalu dihiris tipis-tipis. Rebus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum. Lakukan setiap hari.

3. Disentri (penyakit darah, cirit-birit): 
Buah peria segar dicuci lalu dibelah, isinya dibuang. Parut atau dibuat jus, airnya diminum. Segera minum air kosong. Satu kali minum 200 cc.

4. Amoebic dysentery, cirit-birit: 
Ambil akar peria yang masih segar sebanyak 30 g. Bersihkan lalu dipotong mengikut keperluan. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi 1 gelas.  Setelah sejuk disaring, tambahkan gula secukupnya lalu diminum.

5. Jangkitan cacing pada kanak-kanak: 
a. Daun segar sebanyak 7 g, diseduh (rendam agar menyerap) dengan 1/2 cawan air panas. Setelah sejuk ditapis, tambahkan 1 sudu teh madu. Kacau hingga rata, minum sekaligus sebelum makan pagi.

b. Ambil dua sampai tiga biji peria. Giling sampai halus, campur sedikit air masak. Minum, disusul dengan minum air hangat. Ramuan ini untuk mengubati jangkitan cacing gelang.

6. Menyuburkan rambut yang nipis dan kemerahan: 
a. Ambil segenggam daun peria, cuci bersih. Daun kemudian ditumbuk hingga menjadi seperti bubur, tambahkan air 3/4 gelas. Ramuan ini kemudian diperap semalaman. Pagi-pagi ramuan ini ditapis, air nya digunakan untuk membasuh kulit kepala.

b. Ambil daun peria yang masih segar secukupnya, lalu dicuci bersih. Daun peria tadi ditumbuk sampai halus, lalu diperah dengan sepotong kain. Air nya digunakan untuk disapukan pada kulit kepala. Lakukan setiap hari. Ramuan ini sesuai digunakan untuk bayi dan kanak-kanak.

7. Bisul, Bengkak Bernanah (Abses): 
Ambil segenggam daun peria, cuci bersih lalu direbus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin ditapis, air nya diminum.

8. Demam, malaria, sakit berkaitan hati, sembelit, jangkitan cacing: 
Segenggam penuh daun peria dicuci bersih, lalu ditumbuk halus. Tambahkan 1 cawan air masak, dikacau rata lalu disaring. Air saringannya ditambah sedikit garam, lalu diminum pada pagi hari sebelum makan.

9. Kencing bernanah: 
Ambil 6 helai daun peria, 2 urat akar jayanti (Sesbaniasesban Merr.), 2 keping kulit kemboja, 1 ulas rimpang temulawak, 3 ketul gula enau (sugar palm), semua herba dicuci dan dihiris kecil mengikut keperluan. Rebus dengan 4 gelas air, dicampurkan dengan gula, ditapis dan diminum.



KEUTAMAAN PENGGUNAAN 

Daun / batang: 
1. untuk kanser
2. Untuk jangkitan virus (HIV, herpes, Epstein Barr, hepatitis, influenza, dan campak)
3. Untuk jangkitan bakteria (Staphylococcus, Streptococcus, dan Salmonella)
4. Sebagai pembantu pencernaan pahit (untuk gangguan pencernaan (dyspepsia) dan pencernaan kurang sempurna (sluggish digestion)
5. untuk kencing manis

Buah / biji buah: 
1. untuk kencing manis
2. Untuk kolesterol tinggi dan tahap asid lemak (triglyceride)
3. Untuk ulser H pylori.
4. Sebagai pembantu pencernaan pahit untuk gas usus, kembung, sakit perut, dan pencernaan perlahan
5. Untuk parasit usus


Jom kita risik-risik resepi pulak..

Bahan A
2 ulas bawang merah (dimayang nipis)
2 ulas bawang putih (dimayang nipis)
1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari

Bahan B (Disatukan dan dijadikan pes)
2 sudu besar penuh 'Rempah Kari Udang  (Boleh digantikan dengan Rempah Kari Ikan)
2 keping asam gelugor
1 ulas bawang merah (dimayang nipis)
1 ulas bawang putih (dimayang nipis)
1 sudu teh lada hitam serbuk
Sedikit air

Bahan C
1 mangkuk santan cair

Bahan D
2 biji peria katak yang bersaiz panjang. Jika yg bersais kecil boleh lah guna 4-5 biji (Dibelah 2, dibuangkan biji dan empulur dan dipotong setebal 1/2 inci) 
15-20 ekor udang bersaiz sederhana

Bahan E
1 biji bawang besar (belah 4)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis kesemua bahan A sehingga bertukar keperangan dan berbau aroma daun kari yang harum.
2. Masukkan bahan B dan masak dengan api yang perlahan sehingga terbit minyak yang bergelidangan dalam periuk. Pada peringkat ini kacau-kacau selalu supaya rempah tidak berkerak. 
3. Masukkan bahan C dan kacau supaya santan bersatu dengan rempah dengan sempurna.
4. Masukkan bahan D dan teruskan memasak sehingga kuah mendidih semula.
5. Akhir sekali sebelum diangkat, masukkan bahan F.

* Selamat Menjamu Selera ...

Wednesday, 4 May 2016

AIR KELAPA KRISTAL BLENDER .. memang nyaman sekali !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..

Jika anda pernah mengunjungi Puncak Mutiara, anda tentu perasan salah satu minuman yang tercatat dalam menu disitu adalah 'AIR KELAPA KRISTAL BLENDER'.

Minuman yang mendapat permintaan ramai  pengunjung-pengunjung.
Jika rasa sekali, anda akan mengidam nak minum lagi.
Susu kambing segar yang dicampur dengan air dan isi kelapa muda.
Aduhh !!
Sungguh-sungguh nyaman sekali ....

Jika berkunjung ke Utara jangan lupa singgah di
PUNCAK MUTIARA CAFE
  Lot 179, MK 3,
  Kampung Pelet
  Kubang Semang
  Pulau Pinang, Malaysia

Tel: 1700-81-9595

Coordinate dari Google Map
  5.415249,100.456138

Atau boleh kunjungi entry saya dibawah berkaitan Puncak Mutiara
Lokasi Menjamu Selera
Menu yang mengancam selera
Melawat Ladang dan Kawasan

Jom kita tengok minuman yang saya sediakan ini

Bahan A
1 gelas Susu Kambing segar
1 gelas Air Kelapa Muda
Isi Kelapa Muda
Ketulan Ais
Gula mengikut kemanisan yang disukai

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Susu Kambing dipanaskan sebentar (Jangan sampai mendidih) dan sejukkan ia.
2. Satukan Susu Kambing, Air Kelapa, sedikit isi kelapa, gula dan ketulan ais dalam blender dan blend.
3. Tuang ke dalam gelas dan letakkan sedikit isi kelapa
4. Hidang kan sejuk-sejuk.

* Selamat Menjamu selera ...

Tuesday, 3 May 2016

KACANG RUGGED MANIS BEREMPAH ... sungguh ranggup !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..

Hari ini tanggal 3 Mei 2016
Genap lah umur saya yang ke dot dot dot ...

Umur dari hari ke hari makin bertambah
Cukup ke amalan kita untuk menuju ke alam akhirat ?
Tepuk dada tanya hati !

Dikesempatan ini...
Saya ingin mengucapkan berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah mengirimkan Untaian ucapan selamat hari kelahiran baik melalui media FB, Wsap, Blog, Histagram juga Messenger.
Moga kita semua diberi keberkatan dalam kehidupan dan berbahagia bersama keluarga.
Aminn...


Jom saya belanja Resepi Kacang Rugget yang ranggup pada hari kelahiran saya ini ...

Bahan A (jangan dibasuh dahulu sehingga tiba masa menggoreng)
500 gram Kacang Tanah mentah
minyak secukupnya (untuk goreng tenggelam)

Bahan B (diblend)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/4 cawan air
1 sudu teh 'penuh' jintan putih

Bahan C
1 1/4 cawan tepung beras (pastikan bukan 'tepung beras Campuran'. Saya gunakan cap 3 gajah) 
3/4 cawan tepung pulut
(campuran tepung beras  dan tepung pulut = 2 cawan)

1 sudu besar 'penuh' rempah kari daging
3 camca besar 'penuh' gula putih
1 biji telur ayam (gred B)
sedikit garam
1/2 cawan air  (anggaran)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Bahan B diblend halus. Jika terdapat jintan yang masih kasar, biarkan saja.
2. Satukan bahan B dan C kecuali air dan digaul rata.
3. Masukkan air sedikit sedikit sehingga kepekatan bancuhan adalah saperti 'goreng cucur bawang'.
kita tidak mahu bancuhan kita cair sebab nanti apabila kita masukkan kacang yang baru dibasuh ia akan berpalut cantik.

* Bahagikan kacang kepada 2 dan bancuhan juga kepada 2 adunan. Kerana kita akan menggoreng 2 kali.

4. Panaskan minyak dalam kuali. Sila pastikan minyak betul-betul panas yaaa...
5. Basuh separuh kacang tanah yang akan digoreng, toskan air dan masukkan kedalam separuh adunan tepung yang siap dibahagikan tadi. Ratakan dengan sempurna dan terus masukkan kedalam minyak yang panas.
Elakkan membasuh kacang terlalu awal yang akan menyebabkan kacang menyerap air dan mengakibatkan mentah didalam.
6. Perlahan kan api semasa menggoreng. Ini adalah untuk memastikan kacang masak dengan sempurna.
Kalau tahap control api di beri 10 menanda tahap maksima, tahap api yang saya gunakan adalah pada level 2. Paling kecil.
7. Kacau-kacau selalu supaya kacang terlerai antara-satu sama lain semasa menggoreng
8. Proses memasak memakan masa kerana kita menggunakan api yang perlahan.
Rasa kacang sebiji-dua dahulu, untuk memastikan ia tidak mentah sebelum diangkat dan ditoskan.
9. Simpan dalam bekas kedap udara.

* Selamat mengunyah !!!