LEMPENG SAMBAL TOTOK ... Sarapan di pagi Aidil Adha

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum ..

Hari ini saya nak share resepi LEMPENG SAMBAL TOTOK yang saya sediakan dipagi Aidil Adha.
Malam semalam saya masak lagi
Dan pagi ini pon menu yang sama.
Saya suka sangat kerana texture lempeng ini amat lembut sekali dan sedap sangat.
Sambil masak, sambil makan...
Angkat ja dari kuali....ngap gap ngap !
Makan panas-panas memang sedap ...
Habis masak... perut pon dah kenyang
Terus basuh kuali dan mangkuk adunan

Tak sempat nak simpan untuk petang
hehehe ....




Saya dapat 11 keping lempeng untuk 1 adunan ini

Bahan A
2 camca besar 'SAMBAL TOTOK'
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 biji telur ayam
1 pokok daun bawang.. (Hiris pendek)
2 biji bawang besar.. (Hiris kecik)
3 biji cili padi.. (klu beli yg krg pedas)
Sedikit garam (klu kurang masin)
Sedikit minyak masak

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Semua campur sekali dgn camca sehingga rata.
2. Panas kan 'kuali non stick'.
3. Masukkan 1 camca teh minyak dan pastikan minyak betul betul panas.
*Jika minyak kurang panas, lempeng tidak akan ber' rongga2 kecil.

4. Masukkan 1 'sudu adunan.. (Saya guna sudu yg bersaiz BESAR utk ini) . Tak payah lenggang.
Biar kan Lempeng masak/bertukar keperangan baru dialihkan.

* Selamat Menjamu Selera ...


2 comments:

  1. macam nak buat je lah lempeng ni
    nampak pun sedap dan lembut..

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah & follow akak..
    sedapnyer..terliur plak tgk gambar..tiba2 rasa lapar petang2 nih...
    hehehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.