KWETIAU GORENG KICAP 'PEDAS' ...yang sedap dan mengancam selera !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Kepada yang berkerja di sektor swasta mahu pon kerajaan , selamat bekerja ya ....
Kepada suri rumah sepenuh masa tak kurang juga sibuk nya kan !
Yang dah bersara tu boleh lah relax-relax tumpukan perhatian pada keluarga atau setidak tidak nya boleh lah berhobi sakan !

OK lah ...
Hari ini saya nak share resepi resepi KWETIAU GORENG KICAP 'PEDAS'
Kalau nak lagi sedap boleh lah dilebihkan Kerang Rebus
Tapi yang ini saya masukkan daging sahaja kerana asal nya tak rancang pon nak goreng kwetiau.

Pernah suatu ketika dahulu saya sediakan 1 dulang penuh
Sekejap ja dihidangkan habis licin.. tak cukup
Tapi ketika itu saya masukkan isi kerang yang banyak
Yang ini, saya tambahkan cili padi. Sebab saya kan peminat cili yang tegarrrr !

Resepi nya simple saja
Cuma saya menggunakan kicap. Tiada garam ya

Jomm...

Bahan A
1 paket kwetiau (anggaran 500 gram)
1 mangkuk taugeh

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
2 biji bawang besar (dihiris)
10 ulas bawang putih (dihiris)
10-12 biji cili padi merah (dihiris)
2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 mangkuk hirisan daging (jika daging sedikit liat, seeloknya dihiris kecil-kecil)
Kicap pekat masin 'Kipas Udang'
Kicap pekat manis 'Kipas Udang'
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 keping fish cake
1 biji tomato segar (dibelah 8)

Bahan C
Limau kasturi/nipis
Daun bawang
Daun sup

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga bawang putih sedikit kecut.
3. Masukkan daging. Jika daging sedikit keras boleh la dimasukkan 1 cawan air dan dimasak sehingga air nya sedikit kering.
4. Masukkan cili padi dan lada hitam dikacau seketika dan masukkan kicap manis, kicap masin, sos tomato, sos tiram dan fish cake. Pastikan lebihkan kicap manis berbanding kicap masin dalam nisbah 7:2
5. Apabila kuah sedikit pekat, masukkan hirisan tomato segar. 
6. Biar sehingga mendidih kembali dan masukkan kwetiau, ratakan,tutup tudung kuali dan perlahankan api.  Biar ia masak selama 3-5 minit.
7. Sebelum angkat, masukkan taugeh segar, ratakan sekali lagi dan boleh diangkat utuk dihidangkan.



2 comments:

Powered by Blogger.