NASI GORENG BELACAN WITH BUTTER ... Kesukaan saya

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

NASI GORENG BELACAN WITH BUTTER
Salah satu hidangan sarapan yang amat saya suka !
Memang saya lebih suka menggoreng nasi menggunakan butter berbanding minyak masak biasa.
kerana rasa nasi kita akan lebih beraroma dan sedap

Jomm kira sediakan ...

Bahan A
1 mangkuk nasi putih
1 camca besar butter (saya menggunakan buttercup) 
1 tangkai daun kari
1 biji bawah besar (dihiris)
2 ulas bawang putih  (dihiris)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar Kicap ikan
1 fish cake
sedikit hirisan daging
sedikit garam

Bahan B (ditumbuk lumat)
1 bji cili merah
3 biji cili padi
sedikit belacan

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumis bawang besar.
2. Biarkan bawang sedikit layu baru dimasukkan daun kari dan bawang putih. Goreng sehingga terbit aroma yang harum.
3. Masukkan hirisan daging dan fish cake. Biarkan seketika. Jika daging sedikit keras bolehlah direbus terlebih dahulu.
4. Masukkan bahan B, Sos tiram dan Kicap Ikan. Masak sehingga sambal sedikit pekat.
5. Masukkan nasi, ratakan dan perasakan dengan sedikit garam jika perlu.

* Selamat Menjamu Selera ...



2 comments:

  1. Oh, sangat unik! Tak terfikir gandingan butter dengan nasi goreng belacan. Wah, lawan dengan keropok pulak. Kena pekena dua mangkuk ni Puan!

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya tengok nasi goreng ni Fha
    belacan butter boleh try ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.