Saturday, 31 December 2016

SAMBAL GORENG JAWA PETAI ...Ke Meja Makan ku hari ini. Sedap sungguh ! Terima Kasih

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

'Rezeki jangan di tolak' .. Kata orang tua
Memang tak tolak pon !!!
hehehe ........

Hari ini  SAMBAL GORENG JAWA PETAI
Yang dimasak oleh anak saudara yang seorang lagi pulak.

Masing-masing dah menunjukkan kepakaran dalam urusan masak-memasak.
Kebetulan sedang bercuti dikampung
Apa lagi nak buat... masak lah
Boleh lah saya rehat-rehat
Kurang sikut masa didapur

Saya pernah coretkan resepi beliau di sini SAMBAL GORENG JAWA ... antara yang paling sedap pernah makan !

Jomm....
Hari ini ada petai lagi
nyum nyum nyum !!!!

Bahan A
Minyak untuk menggoreng
3 keping Tempe *
2 ketul Tauhu  *
1 biji ubi Kentang  *
5 ketul Hati Ayam/Pedal
10-12 ekor Udang Hidup sederhana besar (dibuang kulit)
* Dipotong sederhana besar

Bahan B (Diblend halus menngunakan minyak masak / tanpa air)
Sedikit minyak
12 ulas Bawang merah
5 ulas Bawang putih
1 camca besar udang kering
2 helai daun salam (segar)
6-8 biji Cili Padi (optional)
1 inci Halia

Bahan C
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang' (lebihkan)
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
Sedikit kunyit

Bahan D
1 biji Lobak Merah
4 urat Kacang Panjang
Kubis
Fucuk
Biji Petai

Bahan E
Soun (direndam)
Cili Merah
Cili Hijau

Cara-Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan A diatas secara berasingan dan ditoskan minyak.
* Udang digoreng sekejap sahaja untuk mengelakkan menjadi liat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan B sehingga bawang bertukar keperangan dan terbit aroma yang sedap.
 * Bawang blend pastikan ia digoreng hampir garing untuk menghasilkan aroma yang sedap dalam masakan.
3. Masukkan bahan C dan goreng seketika.
4. Masukkan sayur-sayur mentah (bahan D).
5. Apabila sayur sudah 3/4 masak, masukkan bahan A yang telah digoreng tadi dan Suun. Gaul rata.
6. Sebelum angkat masukkan Cili Merah dan Cili Hijau untuk menjadikan ia lebih berwarna warni
7. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...


Friday, 30 December 2016

SPAGHETTI BOLOGNESE ... Untuk ku !!!

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Juga........
Salam Jumaat yang barokah untuk semua ...

emmmm.....
Nampak gaya hari ini boleh rehat-rehat lah sikit
Baki lauk yang dimasak semalam masih ada lagi
Cukup lah untuk dimakan pada hari ini

Dan......

Dapat pula rezeki di pagi ini ...Semangkuk SPAGHETTI BOLOGNESE dari jiran sebelah
Disediakan oleh anak saudara yang memang rajin memasak dan kini kembali menjenguk dapur; maklum sebelum ini lebih menumpukan pada kuliah kejururawatan beliau.

Walaupon simple tapi ya ALLAH memang sedap dimakan dengan tempe goreng.
Memang kena sangat dengan selera saya

Jommm...


Bahan A
500 gram spaghetti

Bahan B (diblend halus tanpa air / ditumbuk)
8 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering

Bahan C
3 camca besar minyak zaitun atau minyak biasa
1 camca besar butter  (optional)
4 biji tomato segar (didadu)
1 camca besar tomato puri
3 biji cili kering (dihiris pendek)
1 mangkuk udang hidup yang bersaiz sederhana
1/3 kiub stok daging ayam (optional)
1 mangkuk hirisan daun parsley
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs 
Sedikit chili flakes
Sedikit garam

Bahan D
Bawang goreng
Tempe goreng
Hirisan Daun parsley

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masak air sehingga mendidih bersama 1 camca besar minyak masak. Apabila mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga lembut dan ditoskan air nya. Ketepikan.

2. Panaskan minyak zaitun dan sedikit butter didalam kuali. Tumis bahan B sehingga terbit aroma dan bertukar sedikit keperangan.
3. Masukkan tomato puri, tomato segar, stok ayam, cili kering dan masak sehingga tomato layu.
4. Masukkan udang hidup, cili flakes, daun parsley dan herba Oregano.
5. Apabila udang 3/4, terus masukkan spaghetti yang telah direbus tadi dan  perasakan dengan garam

Selamat Menjamu Selera ...




Wednesday, 28 December 2016

SOTONG BAKAR ... Memang Sedap. Sekali rasa nak buat lagi !!!

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Jomm kita masak SOTONG BAKAR
Nak buat tak lah susah sangat.
Kalau beli mau berapa RM tuuuuuu.........

Tapi yang pasti yang ini memang berbaloi
Sedap sangat !!!!

Nak bakar pon boleh guna oven atau bakar atas bara api
Tapi kalau nak mudah atas dapur biasa pon boleh..

Jomm....


Bahan A
1/2 kilo sotong yang bersaiz besar (cuci bersih dan toskan air nya)

Bahan B (diblend halus)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
2 biji cili padi merah
2 camca teh lada hitam

Bahan C
sedikit minyak untuk menumis
4 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh pati ayam
sedikit garam
1 sudu makan kicap masin
1 sudu teh kunyit serbuk

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bahan B sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan C dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia hangit.
3. Masak sehingga 'betul-betul pekat' dan angkat.
    Sila pastikan pes ini betul-betul pekat ya.....

4. Gaulkan dengan sotong dan perap selama 2 jam sebelum dibakar.

Jika menggunakan oven, setkan suhu 180 C dan bakar dengan api atas sahaja dan pintu oven yang terbuka untuk mengelakkan kepanasan yang terlampau.

Semasa membakar, pastikan tidak terlalu lama untuk mengelakkan isi nya menjadi liat dan keras
Agak-agak dah masak terus angkat.

* Selamat Menjamu Selera ...


Tuesday, 27 December 2016

FRITTERS KELEDEK BER'JAGUNG ... Sedap makan panas-panas !



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini saya nak kongsi resepi FRITTERS KELEDEK BER'JAGUNG
Memang sedap sangat bila dapat makan panas-panas.

Sebenarnya
Nak kata dah jemu cucur keria...
Rasa nya belum lagi
Tapi sengaja pelbagaikan menu keledek ini
Kebetulan ada 2 tongkol jagung yang diberikan oleh jiran sebelah
Maka jadilah FRITTERS KELEDEK BER'JAGUNG

Saya memang tak sediakan sebarang sos untuk dijadikan bahan cicah
Sebab
Saya mahu rasa keenakan asli keledek goreng ini saja

Jomm kita masuk dapur ...


Bahan A
1/2 cawan tepung gandum
1 biji ubi keledek oren yang bersaiz sederhana (dikupas kulit dan disagat kasar)
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
3/4 cawan butiran isi jagung
2 biji telur ayam
1 biji cili merah (dihiris nipis)
1/2 cawan isi udang hidup
sedikit daun kucai (dikerat pendek)
sedikit daun bawang (dikerat pendek)
sedikit daun sup (dikerat pendek)
sedikit garam

Bahan B
Minyak untuk goreng tenggelam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana besar.
2. Dan dalam masa yang sama satukan kesemua bahan A dalam mangkuk yang besar. 
Elakkan dari diadun terlalu awal kerana bancuhan akan menjadi sedikit berair disebabkan air keledek yang keluar.
3. Apabila minyak sudah panas, terus sudukan adunan keledek ini kedalam minyak.
4. Alihkan cucur apabila bahagian bawah sudak bertukar kekuningan.
5. Apabila cucur sudah masak, angkat dan toskan diatas penapis yang beralaskan tisu serap air.

* Selamat Menjamu Selera...



Monday, 26 December 2016

LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA ... Lemak Manis Sedap !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Posting untuk hari ini adalah sayur yang dimasak oleh kakak saya...LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA
Bukan senang nak dapatkan umbut kelapa tau.........
Kalau ada pokok yang ditebang boleh lah makan

Umbut kelapa ini adalah bahagian batang pohon kelapa yang masih lembut terletak di hujung atas pokok kelapa. Ia mirip pangkal pokok pisang dan bewarna putih. Juga ia mirip rebung atau tunas pokok buluh.

Jomm... 
Kebiasaan nya umbut ini dimasak lemak putih. 
Kalau kena gaya, rasa nya memang manis ....

Bahan A
Umbut kelapa (dari sepohon pokok)
1 mangkuk udang hidup
1 camca kecil udang kering (ditumbuk halus)
1 camca kecil lada hitam biji (ditumbuk halus)
1/2 camca kecil lada putih biji (ditumbuk halus)
1 mangkuk santan cair

Bahan B
2 mangkuk santan pekat
2 biji bawang besar (dibelah 8)
2 biji cili merah (dipotong menyerong)
sedikit garam

Bahan C
Bawang Goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Umbut kelapa dibersihkan dengan menanggalkan kulit yang sedikit keras dibahagian luarnya untuk mendapatkan isi yang putih lembut di dalam nya. Kemudian sagat atau hiris nipis.
2. Satukan kesemua bahan A didalam periuk dan rebus dengan api yang sederhana sehingga santan mendidih dan umbut 1/2 masak. Kacau-kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak.
3. Perlahankan api dan masukkan kesemua bahan B dan perasakan dengan garam.
4. Kacau-kacau selalu dan apabila santan kembali mendidih boleh lah diangkat.
5. Tabur dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...


Sunday, 25 December 2016

MENGASAH BAKAT ... Sudut Fotography

HITAM PUTIH
Time: 2.46 p.m
Picture Sytle : Portrait,
ISO : 400,
Aperture: 5.0,
Shutter Speed: 1/40,
White Balance: Day,
Metering: Evaluative
Point of Interest: Lada dalam cawan
Flash : NO

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini saya kongsikan foto-foto yang saya telah ambil beberapa hari lalu, juga termasuk foto hari ini yang telah saya postkan dalam instagram 'fhaselemaksantan'.

Seronok dan enjoy sekali bila dapat joint dengan phoographer-photograper dari negara seberang. Kebanyakan mereka memang amat berbakat dalam ilmu ini. 
Foto-foto yang dihasilkan amat menarik dan begitu kreatif sekali.
Walaupon begitu mereka tidak kedekut dan selalu nya akan berkongsi ilmu apabila di ajukan soalan dan kemuskilan.

Dalam group fotography tersebut, satu tema akan diberikan pada setiap hari.
Terpulang lah samada kita nak sumbangkan foto atau tidak.
Foto-foto yang menarik akan dipilih oleh team terlantik dan keputusan akan diumumkan pada penghujung hari ia-itu selepas insyak.
Tiada hadiah yang diberikan.
Tetapi ilmu fotography yang dikongsi bersama, dapat diasah dari hari kehari.

Sebagai ahli, kita jangan malu-malu untuk bertanya...
Sebab semua orang akan bermula dari bawah !

Jomm ...kita tinjau foto-foto saya

EMBUN PAGI
Time: 12.49 p.m
Picture Sytle : Portrait,
ISO : 200,
Aperture: 2.2,
Shutter Speed: 1/640,
White Balance: Day,
Metering: Evaluative
Point of Interest: Embun
Flash : NO


REMPAH RATUS
Time: 2.20 p.m
Picture Sytle : Portrait,
ISO : 1000,
Aperture: 4.5,
Shutter Speed: 1/40,
White Balance: Day,
Metering: Evaluative
Point of Interest: Buah Pelaga Putih
Flash : NO


TRAVELLING STUFF
Time: 2.05 p.m
Picture Sytle : Portrait,
ISO : 200,
Aperture: 4.0,
Shutter Speed: 1/50,
White Balance: Day,
Metering: Evaluative
Point of Interest: RM
Flash : NO

Thursday, 22 December 2016

KERIA KAYU MANIS ... ber'aroma dan yang pasti sedap. Tips menggaul ubi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Masih lagi dalam selera kuih keria..

Pantang habis saja ubi
Pergi kedai cari lagi
Beli lagi
Buat lagi
Goreng lagi
Dan makan lagi ....

Dah macam ketagih kuih-kuih manis pulak sekarang...

OK
Kali ni kita aromakan keria kita dengan serbuk kayu manis
Memang saya suka sangat. Harum, sedap, sedap dan sedap !!!!!

Sesuatu yang saya belajar kali ini adalah semasa menggaul seelok nya elakkan menggunakan tangan kerana selain ia melekat-lekat, adunan tersebut juga menjadi se olah lembik dan mengakibatkan proses membentuk begitu sukar sekali.

Sebelum-sebelum ini, ingatkan menggunakan tangan tepung akan menjadi lebih rata..

Tetapi setelah menggunakan camca, saya dapati saya hanya menggunakan tepung dalam kuantiti yang sedikit sahaja dan adunan menjadi sedang-sedang dan mudah pula nak dibentuk.

Kebetulan untuk kali ini...
Air gula yang saya masak terlebih pekat pulak
Hasil nya .....
Cucur saya nampak saperti berkedut kan ?

Tapi yang pasti
Keri kali ini amat sedap, manis dan beraroma
I likeeeeeeeeeeee

Jomm.........

Resepi lebih kurang sama saperti KERIA GULA MERAH dan KERIA GULA TABUR yang saya sediakan hari tu. 

Bahan A 
Minyak untuk goreng tenggelam
Sedikit minyak akan digunakan semasa membentuk
600 g ubi keledek (saya gunakan ubi oren. Kalau dapat yang kuning lagi sedap)
100 gram tepung gandum. * Bergantung kepada jenama. Ada tu masukkan sedikit pon dan mencukupi

Cara-Cara Menyediakannya
1. Basuh keledek bersih-bersih.
2. Masukkan kedalam periuk dan tambahkan air sehingga tenggelam.
3. Rebus sehingga empok. Semasa pertengahan rebusan, balik-balikkan ubi supaya ia masak sekata.
4. Cucuk ubi dengan hujung pisau atau garfu, jika ia menjunam dengan mudah ini menandakan ubi telah empok.
5. Padamkan api dan toskan air nya. Isikan air biasa kedalam periuk supaya proses meng'empok terhenti dan memudahkan kulit dikupas.
6. Tumbuk atau lenyek ubi sehingga hancur.
7. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit dan gaul sekata menggunakan senduk/camca. Agak-agak adunan dah boleh dibentuk tak perlu lagi masukkan tepung.

* Elakkan menggunakan tepung terlalu banyak kerana texture cucur akan menjadi keras. Agak-agak sahaja

Cara Membentuk
8. Sapu sedikit minyak pada dulang untuk meletak cucur.
9. Basahkan hujung jari/tapak tangan dengan sedikit minyak.
10. Ambil secubit adunan ubi anggaran sebesar 2 biji guli. Bulat-bulatkan dan tekan hujung jari ditengah nya yang dengan sendiri akan leper dan berlubang.
11. Buat sehingga habis.

12. Panaskan minyak dalam kuali non-stick.
13. Goreng cucur sehingga masak. Balik-balikkan supaya ia masak dengan sekata.



PROSES MENYIRA

Bahan B
1 1/2 keping gula melaka
1/2 cawan air
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan  dalam kuali (kecuali serbuk kulit kayu manis) dan masak sehingga gula hancur dan pekat dan berbuih-buih.
* Jika gula masih belum hancur, tambahkan sedikit lagi air.
2. Masukkan kulit kayu manis dan ratakan.
3. Masukkan kesemua cucur kedalam kuali dan balik-balikkan ia supaya gula bersalut dengan sekata.
* Jangan biarkan cucur terlalu lama dalam kuali kerana ia akan mengecut
4. Angkat dan boleh dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...


Monday, 19 December 2016

UBI KEMILI KELAPA PARUT ... sedap makan dengan kopi O panas !!!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

UBI KEMILI
Juga dikenal sebagai UBI KELING bagi sesetengah orang dan sesetengah kawasan.
Sekarang ini memang sedang musim ber'ubi.

Walau pon sedang dalam musim, susah juga nak dapat terutama dikawasan bandar atau kawasan yang kurang mendapat sambutan.

Macam di kawasan saya, di utara ni, ubi ini ada dijual di Pasar Tani, Pasar Pagi dan pasar-pasar dalam kawasan perkampungan.
Saya juga dimaklumkan di sebelah pantai timur pon tengah banyak sekarang ini.

Kebiasaan orang, ubi ini akan direbus dan dimakan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit gula dan garam.
Tetapi..........
Sebenar nya ubi ini amat sedap jika dimasak kari bersama Ikan Sembilang, Keli mahu pon Ikan Sungai yang lain.
Sila rujuk disini KARI SEMILANG UBI KEMILI.

Juga boleh dimasak lemak atau dibuat sayur bersama sayuran lain.

Jomm........
Semalam saya rebus saja dan cicah dengan kelapa parut.
Sebagai minum petang dan simpan sedikit untuk 'nyam-nyam' semasa menonton cerekarama 'Isteri Tuan Ihsan' .

Bahan A
Ubi kemili secukup nya
Kelapa parut putih (yang sederhana muda)
Sedikit gula
sedikit garam

Cara-Cara menyediakan nya
1. Ubi kemili dimasukkan kedalam bekas yang berisi air, digosok-gosok dan dikocak-kocak untuk menanggalkan pasir yang melekat pada kulit nya dan kemudian ditapis.
2. Ulang beberapa kali sehingga pasti tiada pasir yang masih melekat.
* Jangan dikupas kulit nya.
* Akar-akar ubi yang sedikit tu boleh dibiarkan ataupon di buang jika mahu..
3. Apabila pasti tiada pasir lagi, masukkan ia kedalam periuk dan isikan air paras tenggelam ubi.. lebih kan air.
4. Rebus selama 20-30 minit atau sehingga ubi empuk. 
Sekejap saja sebenar nya masa yang diambil.

Kelapa Parut
5. Satukan kelapa parut, gula dan sedikit garam dalam mangkuk dan ratakan ia.
6. Siap dan boleh dihidangkan bersama ubi.



Friday, 16 December 2016

TELUR AYAM TUA 'LEMAK LADA HITAM' ... kebetulan rezeki saya


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam Jumaat kepada semua..

Lauk hari ini saya sediakan  TELUR AYAM TUA 'LEMAK LADA HITAM'
Lauk yang sangat istimewa

Telur ayam tua...
Telur yang masih berada dalam perut ayam dan belum sempurna kejadian nya ketika ayam itu disembelih.
Selalu nya telur ini adalah dari baka 'ayam telur'.

Untuk pengetahuan..
Ayam secara umum nya boleh dibahagikan kepada  2 jenis,
Satu yang diternak untuk mendapatkan telurnya
Dan satu lagi untuk daging nya

Istilah ayam pencen diberikan kepada 'ayam telur' yang sudah tua dan kurang lagi mengeluarkan hasil
Isi ayam ini memang liat dan amat sesuai dibuat rendang.
Jadi bila ayam disembelih selalu nya terdapat berketu-ketul telur yang masih kecil di dalam perutnya.

Teringat dulu arwah ayah saya pernah menternak jenis 'ayam telur' ini telah tamat jawatan dalam perkhidmatan di sektor awam.
Penjadi seorang penternak yang berjaya dikampung sekadar untuk mengisi masa yang terluang.

Beratus-ratus ekor juga lah
Ayam-ayam ini akan ditempakan dalam sangkar besi besi yang dibuat khas untuk mereka..seekor 1 sangkar.
Saya ketika itu menjadi salah seorang pemungut telur.
Kadang tu sengaja tunggu telur ayam tergolek-golek keluar dari sangkar.

Pada masa tu nak makan telur pon rasa dah tak nak.
Apa lagi telur ayam tua.
Telur kembar ...  2 kuning dalam 1 biji  pon dah menjadi kebiasaan.

Tapi untuk ini kebetulan rezeki saya
Saya pergi kepasar pon dah hampir tengahhari
Selalu tak pernah nampak
Biasa nya telur ini dijual sekali dengan ayam
Tapi untuk penjual ini ia siap diproses dan dijual berasingan
Senang lah..
Sepinggan RM3. Dua pinggan RM 5
Hehehe  ... saya ambil semua
Masak 2 kali ..2 resepi

Jomm.......

Bahan A
Semangkuk besar Telur Ayam Pencen (Jika terdapat usus telur jangan dibuang. Basuh bahagian dalam usus dengan mengalirkan air kedalam nya)
1 biji ubi kentang yang bersaiz besar (dipotong ikut suka)
1 biji lobak merah  (dipotong ikut suka)
1 helai daun kunyit (dihiris lebar)
3 tangkai  atau 6 helai daun limau purut (dikoyak)

Bahan B
Minyak untuk menumis
8 ulas bawang merah (ditumbuk 3/4 hancur)
8 ulas bawang putih (ditumbuk 3/4 hancur)
3 batang serai (ditumbuk lebam)
2 inci lengkuas (ditumbuk lebam)
2 inci halia (ditumbuk lebam)
1 camca teh serbuk kunyit
sedikit hirisan daun sup

Bahan C
1/2 camca besar lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 camca besar lada putih (ditumbuk halus)
200 ml santan pekat
Air secukup nya sebagai kuah
3 keping asam gelugor
3/4 kiub 'ayam'
garam

Bahan D
1 biji limau nipis
Bawang goreng
Hirisan cili padi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan B sehingga bawang bertukar keperangan dan betul-betul garing.
2. Masukkan kesemua bahan C.  Jika kentang yang digunakan berisi keras, boleh lah dimasukkan bersama bahan C.
3. Masak dengan api perlahan sehingga kuah mula mendidih baru dimasukkan lobak merah, telur, daun kunyit dan daun limau purut.
4. Teruskan memasak dengan api yang perlahan sehingga kuah mendidih sekali lagi barulah diangkat.
5. Perah jus limau kasturi dan tabur bawang goreng semasa dihidangkan. Boleh ditambah cili padi untuk lebih rasa pedas.

* Selamat Menjamu Selera ...


Thursday, 15 December 2016

KARI SEMILANG UBI KEMILI ... Lauk orang lama


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Pernah makan ubi kemili ?
Ada juga yang kenal ia sebagai ubi keling.

Kalau dapat cicah dengan kelapa muda parut yang digaul dengan gula dan garam.
Minum pula kopi O panas.
Aduhaiiii  betapa nikmat nyaaaaaaa......

Kebetulan sekarang ini tengah musim.
Pantang jumpa terus saya beli.
Separuh dah di simpan untuk nak di rebus buat cicah-cicah dengan kelapa parut nanti.

Separuh yang ini saya masak KARI SEMILANG UBI KEMILI
Kalau yang belum pernah makan, caya cadangkan cuba lah
Memang sedap sangat
Rasa kari akan sedikit manis-manis ubi
Arwah emak memang suka sangat

Kalau nak dimasak kari, pastikan ubi nya dibuang/tanggalkan kulit terlebih dahulu.
Cara nak menanggalkan kulit nya mudah saja... basuh ubi terlebih dahulu. Kemudian rendam dalam air dan dengan menggunakan jari kita boleh menanggalkan kulit nya dengan mudah.
Tapi kalau ubi dah terlalu banyak, tentu remehkan....
Tak apa..
Masukkan saja ubi yang telah dibasuh tadi ke dalam guni dan 'tonyoh-tonyoh' guni tersebut. Dengan cara ini kulit nya akan tertanggal.
Elakkan dari mengikis kulit ubi dengan pisau kerana ini akan menukarkan warna isi ubi menjadi keperangan.

Jommm.... 

Bahan A
Sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 camca besar halba campur

Bahan B 
2 paket rempah kari ikan
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 camca besar lada hitam (ditumbuk)
asam jawa sebesar 1 1/2 ibu jari  (jus 3 kali perahan)
3 mangkuk kecil ubi kemili
sedikit garam

Bahan C
4 ekor ikan semilang/keli (dibersihkan dan dipotong 3 mengikut saiz ikan)
3 cawan santan cair
sedikit daun kesom

Bahan D
1 biji tomato segar (di belah 2)
4 helai daun bawang (di kerat sepanjang ~ 2 inci)
1 biji cili hijau (dibelah 2 jangan sampai putus dan dibuang biji nya atau di patah kan)

Cara-Cara Menyediakan nya
1.Ubi kemili harus ditanggalkan kulitnya. Caranya ...
Basuh ubi terlebih dahulu dari pasir-pasir yang terlekat. Kemudian dengan  menggunakan jari ‘gosok’ kulit ubi ke-arah hadapan dan dengan sendiri nya kulit akan tertanggal.
Tetapi jika ubi dalam kuantiti yang banyak, masukkan saja ubi yang telah dibasuh tadi ke dalam guni dan 'tonyoh-tonyoh' guni tersebut secara. Dengan cara ini kulit nya akan tertanggal.
Elakkan dari mengikis kulit ubi dengan pisau kerana ini akan menukarkan warna isi ubi menjadi keperangan apabila terkena udara.

Jika terdapat ubi yang bersaiz besar, seelok nya dibelah 2.

2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan A sehingga bawang layu, terbit aroma dan bertukar hampir keperangan.
3. Masukkan bahan B, besar kan api dan biar sehingga rempah mendidih.
4. Kecilkan api dan teruskan memasak dengan api yang perlahan sehingga rempah menjadi pekat dan terbit minyak yang banyak.
 Pastikan ia kerap di kacau supaya rempah tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan santan, daun kesom, sebatikan; kemudian baru dimasukkan ikan.
6. Apabila nampak kuah mula mendidih kembali, terus masukkan bahan D dan kecilkan api.
7. Biar sehingga kuah mula mendidih kembali boleh lah terus diangkat.

Elak dari membiarkan kari mendidih terlalu lama.

* Selamat menjamu selera ...



Wednesday, 14 December 2016

DALCA TULANG ...versi Utara yang sedap, beraroma lagi !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Memang dah lama nak makan roti cicah kuah dalca 
Bila nak buat ja, baru perasan ada saja sayur yang tak cukup lengkap
Semalam baru tercapai hasrat selera ni

Semasa proses memasak, aroma dalca ni..
uhhh !!! menusuk hidung 
Sedap nya .... aroma daun pandan dalam dalca
Bila menumis pula lagi lah..
alahaiiii
Tak sabar-sabar nak makan 

Dalca ini kalau nak makan, dicadangkan kita tabur dengan sedikit bawang putih cincang fresh
Dan kalau nak pedas lagi tambahkan dengan hirisan cili padi

Boleh dimakan dengan roti bakar, roti canai atau pon bersama nasi
Sedap nya............

Jomm.. kita masak versi utara ya...

Bahan A
400 g tulang lembu
3 camca besar kacang dhal (dibasuh bersih dan direndam semalaman)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 camca besar rempah daging
3/4  camca besar rempah sup
1 camca teh serbuk kunyit
air secukup nya untuk merebus tulang
2 ulas bawang putih (diketuk lebam)

Bahan B
2 biji ubi kentang (dibelah 4 atau 6 mengikut saiz)
1 biji lobak merah (dipotong tebal)
1 biji terung bulat (dibelah 4)
1/2 camca besar lada hitam (di tumbuk halus)
1/2 kotak santan pekat (kotak kecil)
air secukup nya sebagai kuah

6 biji jagung muda (dipotong tebal)
6-8 urat kacang buncis (dikerat menyerong)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1/2 kiub pati daging lembu
sedikit garam

Bahan C
minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum buah pelaga
3 tangkai daun kari
1/2 inci halia (dihiris nipis)
1/2 mangkuk hirisan daun sup
6 ulas bawang merah (dihiris nipis)
6 ulas bawang putih (dihiris nipis)

Bahan D
4 ulas bawang putih (di cincang halus)
4 biji cili padi merah (dihiris nipis)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam periuk dan rebus sehingga daging pada tulang empuk dan angkat.
2. Sekiranya kacang dhal jenis lembut, ia akan hancur dengan sendiri. Tetapi jika masih keras, keluarkan  dhal dari periuk dan blend hancur dan masukkan kembali kedalam periuk.
3. Masukkan kesemua bahan B (kecuali buncis, jagung dan bawang) kedalam periuk dan rebus dengan api yang perlahan sehingga mendidih.  Sekira nya ubi kentang jenis yang cepat empuk masukkan ia kemudian bersama sayuran yang lain.
4. Setelah sayuran yang dimasukkan tadi 3/4 lembut, terus masukkan baki sayur yang tinggal saperti buncis, jagung dan bawang. Perasakan dengan garam dan kiub daging.
5. Setelah kuah mendidih semula boleh lah diangkat.

6. Didalam kuali yang berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan C sehingga bawang hampir garing.
7. Angkat dan tuangkan (bersama minyak)  kedalam periuk yang berisi dalca yang telah dimasak tadi.

8. Sebelum dihidangkan, tabur dengan bawang putih cincang dan cili padi potong.

* Selamat Menjamu Selera ...




Tuesday, 13 December 2016

NASI LEMAK HALBA ... Set Breakfast 2

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Posting untuk hari ini...
Menu semalam, Nasi lemak sebagai sarapan pagi  juga merangkap makan tengahhari.
Hidangan yang kenyang hingga ke petang

Set Nasi lemak yang lengkap..
... NASI LEMAK HALBA yang sangat beraroma
... SAMBAL MACKEREL LIMAU KASTURI yang sangat sedap
... TELUR DADAR JAGUNG MUDA  yang sungguh lembut
... TELUR REBUS
... KACANG GORENG
... IKAN BILIS RANGGUP
... ULAM TIMUN


NASI LEMAK HALBA


Nasi lemak yang sederhana lemak nya tetapi amat beraroma. Texture nasi ini juga amat lembut tetapi lerai sebutir-sebutir.

Walau sesedap mana pon lauk yang disediakan jika nasi kurang menjadi; akan mematahkan selera makan kita kan ...
Jadi cara penyediaan nasi harus dititkberatkan.
Saya memang amat suka nasi yang lembut.

Kebiasaan nya sukatan air saya adalah 2 kali sukatan beras.
Walau bagaimana pon ini bergantung kepada jenis beras dan banyak nya nasi yang nak dimasak.

Jika banyak;  selalu nya saya akan darab 2 dan tolak 1 atau 2 cawan sukatan air kerana tempoh untuk beras mendidih akan mengambil masa dan akan menjadikan beras terlalu lama berendam dalam air pula.

Bahan A
2 cawan beras
1/2 cawan santan pekat (saya guna santan kotak. Jika santan fresh lagi sedap)
3  1/2 cawan air
1 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)
1/2 inci halia (dihiris nipis memanjang)
1/2 camca teh lada hitam biji
1/4 camca teh halba biji
1/4 camca teh jintan manis biji
1 biji bawang besar (sederhana besar / dibelah 8)
1 camca besar minyak masak
seketul gula batu sebesar ibu jari
sedikit garam
* santan + air = 4 cawan (walau bagaimana pon ini bergantung kepada jenama beras)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A diatas dalam rice cooker dan masak saperti nasi biasa.


SAMBAL MACKEREL LIMAU KASTURI

Sambal ini saya belajar dari Cik Su yang berniaga Nasi dan Lauk Pauk di salah satu gerai yang berlokasi di bangunan Darby Park suatu ketika dahulu.
Gerai Cik Su ini memang menjadi tumpuan kakitangan PNB dan sekitar kawasan situ.
Berderet-deret orang beratur untuk menikmati juadah tengah hari.

Sambal ini menggunakan cili padi dan limau kasturi yang menjadikan sambal lebih-lebih sedap.

Bahan A
1 tin ikan Mackerel 230g (Saya menggunakan cap Ayam kerana isi ikan nya tidak terlalu lembut berbanding brand X yang lain)
Hanya menggunakan 1/3 dari tomato sos dalam tin ikan

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Bahan C (diblend sehingga halus)
10 biji cili kering
15 biji cili padi merah (tangkai nya tidak perlu dibuang)
sedikit air

Bahan D
1/2 cawan jus asam jawa (asam sebesar ibu jari)
1 biji terung bulat (dibelah 4)
3 biji limau kasturi (diambil jus nya)
2 biji limau kasturi (di belah 2 sahaja)
1 biji bawang besar (dibelah 8)
1/4 kiub pati ikan bilis
sedikit garam
* saya tak masukkan gula. Cuma manis bawang sahaja 

Cara-Cara menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga terbit aroma dan bawang bertukar menjadi keperangan.
2. Masukkan bahan C, jus asam jawa dan terung. Masak dengan api sederhana sehingga sambal menjadi sedikit pekat dan terbit minyak yang bergeledangan.
3. Masukkan ikan mackerel, sos tomato ikan dan bahan D yang lain. Perasakan dengan garam.
4. Apabila sambal mendidih kembali bolehlah diangkat.


TELUR DADAR JAGUNG MUDA

Telur dadar yang amat-amat menyelerakan.
Texture yang amat lembut kerana mayonise adalah salah satu bahan yang diguna pakai semasa menyediakannya
Sedar tak sedar.. dah kosong piring telur.

Bahan A
2 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
1 biji cili merah (dihiris nipis)
1 camca besar mayonise
1/2 mangkuk hirisan daun bawang
1/2 mangkuk hirisan daun sup
5 biji jagung muda (dihiris sederhana tebal)
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
sedikit garam

Bahan B
sedikit Buttercup

Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan kesemua bahan A dan kocak sehingga rata.
2. Panaskan butter dalam non stick pan.
3. Curahkan bancuhan telur kedalam pan dan ratakan bahan-bahan sayur.
4. Tutup kuali dan masak dengan api yang perlahan sehingga telur masak sempurna.
* Tidak perlu diterbalikkan.


BAHAN SAMPINGAN LAIN
Telur rebus
Kacang Goreng
Timun
Ikan bilis Goreng


* FHA Selemak Santan