Wednesday, 30 August 2017

LEMAK CILI PADI TALANG MASIN versi 'UTARA' ... lebih beraroma lebih sedap. Jom tonton YOUTUBE


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

LEMAK CILI PADI TALANG MASIN versi 'UTARA' ini saya sediakan pada hari ahad lepas.
Sambil memasak tu sambil shoot video.
One man show...

Nak mencuba sedikit kelainan selain mencari dan belajar ilmu baru.
Kalau asyik shoot foto saja, kadang tu boring juga..

Mungkin ramai dah pakar dalam penyediaan video kan..
Saya pula baru nak berjinak-jinak,,,
Masih di peringkat asas, banyak yang perlu dipelajari,
Banyak yang harus di timba dan di gali ....

Sekarang ini memang tengah semangat nak belajar.
Rasa 'geram' juga tengok video-video yang menarik.
Rasa 'jelous' pon ada..
Itu yang menaikkan lagi semangat saya

Kadang tu bila tonton video yang menarik, akan di ulang-ulang hingga dapat sedikit ilmu yang terselit,
Saperti juga ilmu fotography dulu, saya akan belek setiap gambar yang saya minat dan cuba berimaginasi dan peraktik kan sehingga saya capai apa yang ada mahukan.

Ini lah yang menaik kan semangat untuk terus belajar.
Harap semangat ini tidak luntur.

Jangan kecam ya bila tengok video saya...
Bila tengok part bawang / part 'magic',  saya akan ketawa sendiri... rasa macam kartun pulak hehehe....
Tapi tak apa.. Janji kita belajar teknik nya !

Jom tonton youtube 'FHA Selemak Santan'
Jangan ketawa dan jangan kecam ya ...





Bahan A
Tulang Ikan Talang secukup nya (saya guna bahagian kepala)
3/4 biji nenas muda (dikupas kulit, dibelah 2 dan dipotong tebal)
Jika menggunakan nenas yang manis, seelok nya direbus dahulu untuk mengurangkan rasa manis. Yang ini saya menggunakan nenas muda yang sedikit masam, jadi saya tidak merebus nya.

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
2 pelepah daun kari
1/2 camca kecil halba biji
2 batang serai (diketuk)
3 keping asam gelugor
1 mangkuk besar santan cair
1 mangkuk kecil santan pekat
2 helai daun kunyit (disiat kasar)
2 helai daun limau purut (dikoyak)

Bahan C (ditumbuk kasar)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

Bahan D (dikisar halus)
30-40 biji cili padi hijau (ikut kepedasan yang disukai)
1 inci kunyit hidup (saya guna 1 camca kecil kunyit serbuk)
sedikit air

* Tidak ditambah garam kerana ikan sudah tersedia masin

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan C, daun kari dan halba biji. Kacau sehingga terbit aroma.
2. Masukkan bahan D dan Serai. Masak sehingga bawang benar-benar layu dan cili masak.
3. Masukkan santan cair dan ratakan dengan bahan tumis.
4. Masukkan ikan kering dan asam gelugor. Masak sehingga santan mula mendidih.
5. Masukkan nenas, seterusnya santan pekat, daun kunyit dan daun limau purut.
6. Perlahan kan api dan biar hingga kuah kembali mendidih secara perlahan.
7. Siap untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

Tuesday, 22 August 2017

LEMAK CILI PADI IKAN PUYU ...bab-bab masak lemak, serah pada jiran sebelah !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

LEMAK CILI PADI IKAN PUYU
Disediakan oleh anak saudara saya juga...
Oh ! .. Best nya
Saya cuma 'sua' mangkuk kosong saja....
hahahaha !

Anak saudara saya ini, boleh dikatakan kini amat mahir dalam bab masak memasak.
Terutama sekali masak lemak.
Apa saja masak lemak cakap saja.. lemak nogori ! lemak Johor ...
Memang sedap belaka !
Dengan pekat, melekat, aroma nya dan rasa,
Fuhh  !!!!

Maklum...
Boleh dikatakan kerap juga beliau sediakan untuk suami nya yang amat gemar sekali masakan masak lemak ini.
Kalau ada masak lemak, berpinggan nasi ditambah youuuu !

Beberapa ilmu telah diperturunkan dari ibu mertua kesayangan kepada beliau untuk suami nya
Dari ipar yang tak lokek resepi.
Juga rakan-rakan nya semasa di kuarters yang turut berkongsi resepi.

Jomm ....
Untuk kali ini beliau sediakan LEMAK CILI PADI IKAN PUYU
Ikan digoreng terlebih dahulu untuk mengelakkan ia hancur disamping menghindarkan bau hanyir.



Bahan A
10-12 ekor ikan puyu
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B (ditumbuk)
8 ulas bawang putih
12 ulas bawang merah
30 biji cili padi hijau
1/2 inci kunyit hidup

Bahan C
minyak untuk menumis
2 batang serai (diketuk)
2 inci lengkuas (diketuk)
1 inci halia (dihiris kasar)

Bahan D
1 kotak kecil santan 'KARA'
1  mangkuk air
1 helai daun kunyit (dihiris lebar)
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut (disiat-siat)
8 biji cili padi
2 keping asam gelugor
1/3 kiub pati Ikan Bilis
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ikan puyu disiang, kemudian dilumur dengan sedikit garam dan jus limau untuk menghilangkan lendir dan bau. Bilas sehingga bersih.
2. Lumur ikan dengan garam dan kunyit. Perap selama 1/2 jam kemudian digoreng sehingga garing.
Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis  bahan B dan C. Kacau sehingga bawang benar-benar layu dan terbit aroma.
4. Masukkan santan pekat dan air. Sebatikan. Masak dengan api perlahan sehingga santan kelihatn hampir mendidih (tapi jangan sampai menggelegak).
5. Masukkan ikan yang telah digoreng, daun kunyit, daun salam, daun limau purut, cili padi segar dan asam gelugor.
6. Perasakan dengan sedikit garam dan kiub ikan bilis.
7. Biarkan sehingga kuah kembali merenih selama 1 minit baru lah diangkat untuk dihidangkan.


* FHA Selemak Santan

Monday, 21 August 2017

KERANG GORENG CILI ...tak pedas tapi manis isi kerang



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Siang tadi tak sempat nak jerngah blog.
Banyak pulak urusan yang kena selesaikan.

KERANG GORENG CILI
Lauk kerang ini disediakan oleh anak saudara saya juga.
Biasa nya kalau saya, cuma rebus dengan sedikit serai dan halia atau buat lemak kuning sahaja.

Tapi kali ini digoreng bercili.
Kalau tanya saya, memang saya kata sedap kerana kemanisan kerang tak berkurang berbanding kalau dimasak dalam bentuk berkuah.

Nak kata pedas tak juga pedas.
Tapi memang manis, tambahan pula kerang ini bersaiz besar-besar belaka.
Tak tahu pula dimana beliau beli kerang ini

Biasa kalau dipasar basah yang bersaiz sedang pon dah hampir RM 8 sekilo.
Yang ini 3 kali ganda saiz yang biasa saya beli

Dalam foto macam biasa saja kan saiz nya
Tapi sebenar nya besar tu ...


Bahan A
1 kilo kerang
3 batang serai (diketuk)
7 tangkai cili kering (dikisar halus dengan  sedikit air)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili thai LIFE
sedikit minyak untuk menumis
sedikit Daun ketumbar.

Bahan B (ditumbuk)
5 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Resepi ini tidak menggunakan garam kerana kita guna sos tiram. disamping isi kerang memang sudah tersedia ke asinan nya.

Cara-cara menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B bersama serai sehingga wangi.
2. Masuk cili kering yang telah dikisar tadi. Tambahkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
3. Masuk kerang dan ratakan sambal, Tutup tudung kuali dan perlahankan api supaya isi kerang masak sempurna dalam tempoh yang singkat dan dengan ini dapat mengekalkan kesegaran nya.

* FHA Selemak Santan

Friday, 18 August 2017

ASAM PEDAS MELAKA 'PERIUK TANAH' ... Aduhh !!! Sedap nya. Lepas makan tadi, cepat-cepat minta resepi !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera !

Salam Jumaat semua .......

Hari ini sebelum sempat masuk dapur, anak saudara dah maklum yang beliau sedang masak ASAM PEDAS MELAKA.

Fuhh !! Pucuk dicita Ulam mendatang.
Memang sedap ni !!!!!!

Asam pedas memang kegemaran saya sejak dari kecil lagi.
Tapi dulu saya cuma tahu asam pedas rebus sahaja. Sebab emak kerap sediakan menu ini.
Pernah minta emak buatkan saya kuah yang lebih kerana saya memang suka sangat menghirup !
Tapi emak kata, kuah kena padan dengan ikan. Kalau lebih sangat tak ada rasa manis lagi.
Maklum dulu mana ada kiub-kiub bagai ni...
Tambahan pula emak memang tidak menggunakan perasa aji pon dalam semua masakan.
Cuma harapkan manis ikan dan bawang merah sahaja.

Bila dah besar ni baru tahu rupanya ada asam pedas sebegini tapi kuah nya lebih pekat.
Saya biasa sediakan Asam Pedas berkuah pekat. Tetapi yang disediakan oleh anak saudara ini bagi saya amat-amat sedap sangat.
Tambahan ia dimasak dalam periuk tanah.

Lepas makan tadi, cepat-cepat minta resepi ...
Nanti boleh masak sendiri...


Bahan A
1 kilo Ikan Pari
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
3 urat daun bawang (dipotong panjang ~ 2 inci)
3 biji tomato segar (dibelah 2)
4 biji timun kecil (dibelah 2)
8 biji bendi

Bahan B
Minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan manis (di sangai dan tumbuk)
1 sudu kecil jintan putih (di sangai dan tumbuk)
1 sudu kecil biji lada hitam (di tumbuk)

Bahan C (dikisar halus)
4 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1/2  inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai
sedikit air

Bahan D (dikisar halus)
15 biji cili padi
15 biji cili kering
Belacan

Bahan E
4 tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan (di belah 2)
3 helai daun limau purut
3 helai daun salam (pengganti ajinamoto)
1 sudu kecil kerisik
Air Asam jawa
Gula
Garam
Air secukup nya

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam periuk tanah.
2. Tumis bahan B hingga terbit aroma.
3. Masukkan bahan C dan masak hingga sedikit kering.
4. Masukkan bahan D dan masak dengan api perlahan hingga pekat dan terbit minyak.
5. Masukkan bahan E dan Ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah mendidih.
6. Akhir sekali masukkan bahan A yang lain.
7. Biar seketika sehingga mendidih kembali sebelum diangkat untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

Thursday, 17 August 2017

SAMBAL TERASI MATANG ... Tak tahan tengok-tengok saja. Jom lah ...



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Yang pernah makan sambal ini tentu tahu betapa nikmat dan sedap nya.
Kalau dimasukkan beberapa biji cili padi...
Aduhaiii tak tahu nak cerita macam mana.
Maklum saya ni kan peminat cili padi.

Jadi .. kepada yang belum pernah, harus mencuba tau.

Nak menyediakan pon tak lah sesusah mana.
Saperti kita menyediakan sambal belacan juga
Cuma tambahan bahan saperti bawang merah dan ikan bilis.
Dan....
Semua bahan-bahan termasuk cili dan belacan akan digoreng menggunakan sedikit minyak sehingga ia layu.
Kemudian nya baru ditumbuk...
Masukkan sedikit gula putih untuk balancekan kepedasan sambal

Menitik-nitik air liur teringat sambal ni !
Adusssss....

Kali ini saya makan dengan bunga betik yang direbus dengan asam gelugor untuk mengurangkan rasa kelat.

Jomm..........



Bahan A
6 biji cili merah
8 biji cili padi merah (boleh dikurangkan jika tak tahan pedas)
10 ulas bawang merah
sedikit belacan
sejemput ikan bilis

Bahan B
sedikit minyak untuk menggoreng
sedikit garam
sedikit gula putih
2 biji limau kasturi (ambil jus nya)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis sehingga 3/4 garing. Angkat dan toskan minyak.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama goreng belacan selama 2 minit. Angkat dan satukan dengan ikan bilis.
3. Goreng pula bawang, cili merah dan cili padi sehingga layu. Angkat dan satukan dengan ikan bilis.
4. Masukkan kesemua kedalam lesung, tambahkan garam dan tumbuk sehingga 3/4 lumat.
5. Kaup kedalam mangkuk dan tambahkan gula dan perah jus limau kasturi.
6. Masukkan baki minyak goreng tadi dan gaul sebati.
7. Siap untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

Wednesday, 16 August 2017

AYAM GORENG 'TOMYAM KUNYIT' ...Simple tapi sedap menyelerakan. Tak pandang kiri kanan !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Saya ni memang peminat tegar Ayam Goreng Kunyit mahu pon Daging Goreng Kunyit.
Tapi dengan syarat mesti di letakkan Cili Padi.
Kalau tak dimasukkan semasa goreng, ber ulamkan cili pon dah mencukupi.
Janji pedas..

Berpinggan-pinggan saya boleh habiskan nasi.

Kali ini saya cuba olahkan sedikit gorengan ini dengan memasukkan kiub Tomyam, serai dan campakkan sedikit daun limau purut yang disiat kasar.
Jangan lupa masukkan serbuk lada hitam ya....

Tambah-tambah kali ini saya menggunakan ayam bahagian dada. Jadi tempoh masa tak lah lama sebab menggunakan api yang besar saperti masakan digerai tu kan

Dah hasil nya isi ayam tidak keras dan memang sedap sangat-sangat

Adoiii....
Saya makan memang tak tengok kiri kanan lagi
heheheh !!!


Bahan A (digaul rata dan diperap 1/2 jam)
2 ketul dada ayam bersaiz besar
1 camca kecil serbuk kunyit
1/2 camca kecil jintan manis (ditumbuk)
sedikit garam

Bahan B
Minyak untuk menumis
1 batang serai (dititik)
1 kiub Tomyam
2 biji bawang besar Holand (dipotong baji)
8 biji cili padi hijau (dipotong menyerong)
8 biji cili padi merah (dipotong menyerong)
2 helai daun limau purut (dikoyak)
1 1/2 camca teh lada putih 'AjiShio'

Cara-Cara Penyediaan nya
1. Satukan kesemua bahan A dan perap selama 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam. Besarkan api dan kacau dengan cepat.
3. Terus masukkan serai, kiub tomyam yang di 'peroi'. Kacau rata.
4. Agak-agak ayam dah masak, masukkan bawang besar, cili potong, daun limau dan renjiskan dengan lada hitam. Kacau lagi dan terus angkat untuk mengelakkan bawang menjadi terlalu layu.

* FHA Selemak Santan

Monday, 14 August 2017

GEPUK DAGING ... masakan Jawa lagi. Tak rugi mencuba. Memang sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Lagi masakan jawa...
Tapi kali ini EMPAL atau GEPUK DAGING
Resepi dari sahabat instagram dari seberang... 'Isna Sutanto'. Terima Kasih ya ...

Cara penyediaan lauk ini saperti dendeng daging tetapi yang ini rasa nya lebih lemak dan lebih sedap kerana menggunakan santan dan bahan tambahan.

Resepi asal tidak menggunakan cili merah kerana ia dimakan bersama sambal terasi.
Tetapi oleh kerana saya tak mnyediakan sambal, jadi saya campakkan cili merah dan cili padi yang di tumbuk kasar 5 minit sebelum daging diangkat dari api.

Jomm...


Bahan A
500 gram daging
2 batang serai (dititik)
3 helai daun salam
2 helai daun limau purut
50 gram gula merah (saya gantikan dengan 1/3 ketul gula kabung)
1/3 mangkuk kecil jus asam jawa
750 ml santan dari 1/2 biji kelapa
sedikit garam

Bahan B (dikisar halus)
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 camca besar ketumbar biji
1 1/2 inci lengkuas
sedikit air

Bahan C 
minyak untuk menggoreng
7 biji cili merah *(diketuk kasar)
10 biji cili padi merah * (diketuk kasar)
* Saya tambah

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Rebus seketul besar daging sehingga masak. (Tidak perlu sampai lembut tetapi hanya sekadar ia masak dan tiada darah yang mengalir kerana kita akan merebus kemudian).
Saya tutup periuk semasa merebus supaya cepat masak didalam nya. Tetapi pastikan menggunakan api yang kecil dan sentiasa dijaga dan dikacau supaya air rebusan tidak meruap keluar.
2. Angkat dan biarkan sejuk seketika. Hiris searah serat daging, jangan terlalu nipis sekitar 1. 5cm.
3. Daging diketuk ala-ala manja hingga melebar tetapi jangan sampai hancur dan ketepikan.

4. Masukkan daging semula kedalam air rebusan daging bersama bahan A yang lain dan bahan B. Rebus sampai daging empuk dan air rebusan susut.
Pastikan jangan terlalu sering dikacau untuk mengelakkan daging hancur.
5. Angkat dan sejukkan.

6.Panaskan minyak dalam kuali. Goreng daging bersama serai dan daun-daun rebusan sehingga keperangan atau boleh sehingga kering sedikit jika suka.
7. Sebelum angkat masukkan cili merah dan cili padi. Gaul rata dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

Friday, 11 August 2017

SINGGANG KEMBONG JAMPI ... Siyesss sedap sangat


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Salam Jumaat ........

SINGGANG KEMBONG JAMPI
Memang patut pon Siti Sarah Raisuddin kata Shuib akan bertambah-tambah teringat-ingatkan nya selepas menikmati lauk ini.
Siyesss sedap sangat !!!
Resepi yang saya perolehi dari instagram Siti Sarah ini mengujakan saya untuk mencuba nya semalam..

Alhamdulillah syukur nikmat ALLAH.
Makan nasi berlaukkan singgang ini memang tak ingat donia, macam dah kena jampi.
Makan dengan petai mentah saja, boleh tambah berpinggan.

Berulang-ulang kedapur makan nasi
Bangun tengah malam cari lagi
Tak apa lah bukan selalu makan tengah-tengah malam kan 
Kalau tak ada ikan, kuah pon cukup !!!

Boleh ke intagram saya untuk tonton video penyediaan SINGGANG KEMBONG JAMPI

Jomm..


Bahan A
16 -18 ulas bawang merah (dimayang)
5 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 inci kunyit hidup (dihiris kasar)
1 inci halia (dihiris kasar)
12 biji cili padi merah
3/4 camca besar ketumbar biji (diketuk pecah sahaja. Tak perlu hancur)
1/2 camca besar lada hitam/putih (dibiarkan sebiji-sebiji) * saya tambah
2 batang serai (dititik) * Saya tambah
2-3 keping asam gelugor
2 -3 camca besar budu
Air secukup nya sebagai kuah

Bahan B
5-6 ekor ikan kembong (boleh juga digantikan dengan sebarang jenis ikan yang disukai kecuali ikan bilis dan ikan kering... hahaha)
sedikit garam (jika perlu)
1 biji tomato segar (dibelah 4) * Saya tambah

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam periuk dan pasangkan api. Masak sehingga kuah mendidih.
2. Masukkan ikan dan perlahankan api supaya ikan masak dengan perlahan dan tidak hancur.
3. Apabila kuah hampir mendidih semula, baru, masukkan tomato segar dan tambahkan sedikit garam jika perlu
4. Masak beberapa minit lagi dan boleh di angkat untuk dihidangkan .

* FHA Selemak Santan

Wednesday, 9 August 2017

CHINESE GREEN ONION PANCAKES ... Ranggup makan panas-panas. Sedap nya ....


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Semalam saya sediakan CHINESE GREEN ONION PANCAKES sebagai sarapan pagi.
Sedap makan panas-panas sebab ia masih berkeadaan ranggup sangat-sangat.

Ditambah dengan aroma minyak sapi.
Bercakap berkenaan minyak ini, keluarga saya memang suka bakar roti saperti ini menggunakan minyak sapi.
Nak lebih sedap guna jenama 'Ghee blend'.
Boleh layan berkeping...

Roti ini biasa nya dimakan dengan Sambal Manis, Sambal Bilis atau apa saja sambal.
Tapi oleh kerana saya suka makan begitu saja, jadi saya tambahkan lebih bahan tabur saperti, udang, sedikit cili api dan renjesan lada hitam.

Rasa nya saperti roti canai kerana menggunakan bahan yang lebih kurang sama tetapi lebih ranggup kerana ia dicanai nipis dan berinti.

Lagi sedap bila semasa makan tu tergigit taburan daun bawang segar diatas..

Kepada rakan instagram saya...
Terima kasih Intan Zubaidah ... @Zubaidanintan for the resepi
dan Helena Rizanie ..... @through_helenalens


DOH
Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 camca teh susu tepung *
2 camca teh susu pekat manis  *
1/2 cawan air panas
1/4 cawan air biasa
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan garam dan air, kacau sebati dan ketepikan.
2.  Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, susu tepung dan susu pekat manis.
3. Tuang air panas kedalam adunan tepung, kacau cepat dengan senduk kayu.
4. Tuang air garam kedalam adunan dan uli dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Balut dengan plastic wrap, perap selama 20 minit.


BAHAN SAPU
Bahan B
1/4 cawan tepung gandum
3 camca besar minyak jagung
sedikit garam (Kurangkan jika tambah Lada Hitam 'Ajishio')

Cara-Cara Menyediakan nya
Dalam mangkuk kecil, gaulkan tepung, garam dan minyak sehingga sebati.


BAHAN TABUR
Bahan C 
1/2 cawan hirisan daun bawang
1/2  cawan hirisan daun sup 
Cili merah/Padi (dicincang kecil) 
Udang Hidup (dibuang kulit dan dicincang kecil) 
Lada Hitam 'Ajishio'

Nota: * Saya tambah


MINYAK MASAK
Bahan D
Minyak masak
* Saya gantikan dengan Minyak sapi Ghee Blend


Cara-Cara Mencanai
1. Bahagikan doh kepada 4 bahagian.
2. Tabur sedikit tepung pada dulang canai. Canai doh dengan roller 'senipis yang boleh'. Jika tebal roti kita kurang sedap dan menjadi kurang ranggup.
3. Letak sedikit bahan sapu dan taburkan bahan C
4. Gulung memanjang,
5. Tekan-tekan dengan jari dan ambil 1 sdt bahan sapu, ratakan.
6. Gulung lagi sehingga berbentuk spiral shell.
7. Saya skip langkah 5.

8. Ulang process pada kesemua 4 bahagian.

9. Canai tipis kesemua bahagian dengan roller.
10.Panaskan kuali leper atau non stick dengan api kecil sederhana
11. Letakkan sedikit minyak sapi dan ratakan pada permukaan kuali.
12. Masukkan pancake dan masak sehingga keperangan dan garing.
13. Letakkan sedikit lagi minyak sapi dipemukaan atas pancake sebelum dibalikkan.

14. Gunakan kedua belah tangan, dan tepuk pancake hingga sedikit renyuk saperti roti canai.
15. Sajikan panas-panas dengan cili kicap atau sambal.


Monday, 7 August 2017

SAMBAL TEMPOYAK DAUN ...Mana boleh tahan tengok dapur jiran sebelah. Aduhh !!! Sedap nya !!!



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

3 hari lalu sempat jalan-jalan ke rumah Amie. Bila dah mai jauh ni tak nak lepaskan peluang jenguk-jenguk ke dapur..
emm  Sambal Tempoyak Daun .. patut semerbak bau  ! Kecur tengok !

Rancang nak masak bila-bila nanti, mungkin minggu depan..
Kebetulan anak saudara ke Kuala Lumpur 2 hari lalu, plan nak minta tolong belikan tempoyak yang ada dijual di Bukit Gantang bila dalam perjalanan balik nanti.

Tapi semalam bila ke pasar tani Penanti, terperasan ada tempoyak disitu.
Tak lepas peluang..
Apalagi terus tinjau-tinjau sayur daun Pucuk Ubi, Pucuk Labu, Udang, Petai dan Cili Padi.
Akhir nya terpaksa beli Sayur Turi. sebagai ganti Pucuk Labu.

Balik saja,  terus kedapur.
Bersilat 'bagai' siapkan bahan-bahan
Dek nak cepat dan tak sabar nak makan, hirisan daun-daun hijau, saya TER' hiris sedikit kasar .
Udang pulak saya cuma bersihkan pasir di kepala dan badan saja. Sayang pula nak tanggalkan kulit nya.
hehehe ..

Tapi rasa nya tetap umphh !! Walaupon tak secantik Sambal Amie.
Tak apa nanti In Sya ALLAH boleh buat lagi sampai puas hati

Amie, saya paste resepi di sini. Terima Kasih ya ......

Jommm kita ke dapur.
Aduhhh !!! Sedap nya


Bahan A
10 tangkai pucuk ubi – asingkan tangkainya
5 helai daun kunyit
5 tangkai pucuk labu – ambil daunnya *Saya gantikan dengan Daun Turi
3 helai daun cekur
1 cawan isi petai
1 cawan isi udang segar
4 sudu besar tempoyak
700 ml santan dari sebiji kelapa
1 keping asam gelugur
Gula secukup rasa
Garam
1 kiub pati Ikan bilis * Saya tambah

Bahan B (ditumbuk / kisar):
30 biji cili padi kampung
5 batang serai – hiris nipis
2 cm kunyit hidup

Cara-Cara Menyediakan nya
1.  Daun ubi, daun kunyit, daun labu(turi) dan daun cekur dimayang halus.  Kemudian ramas-ramas sedikit dan cuci bersih. Toskan.
2. Jerang santan dalam kuali. Masukkan semua bahan tumbuk, tempoyak dan asam gelugur.
3. Kacau sekali-sekala dan apabila kuah mulai pekat, masukkan kesemua bahan hirisan. Gaul rata.
4. Masukkan petai dan udang.
5. Apabila petai dan udang telah berubah warna, tambahkan garam,kiub bilis dan gula secukup rasa.
6. Padamkan api dapur.

* FHA Selemak Santan

Saturday, 5 August 2017

GEREH SEPAT LEMAK NANAS ...Himpunan Masakan Jawa



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Belek-belek buku resepi yang dibeli oleh anak saudara 'Himpunan Masakan Jawa' beberapa hari lalu.
Terpandang akan resepi ini GEREH SEPAT LEMAK NANAS.
'Gereh' bahasa Jawa yang membawa maksud 'Ikan kering'.

Baca-baca resepi macam tak banyak beza dengan dengan masak lemak disini.
Tapi foto yang dipaparkan memang terliur dan kecur dibuat nya...  !!!

Yang menarik saya untuk mencuba nya adalah ia menggunakan Ikan Sepat Masin.
Kebiasaanya kalau masak lemak saya selalu menggunakan isi atau tulang ikan talang.
Ikan sepat biasa nya saya goreng sahaja.
Itu yang teruja sangat nak mencuba ....

Manakala nanas yang digunakan haruslah dicelur terlebih dahulu untuk mengurangkan rasa manis buah yang kurang sesuai untuk masak lemak.
Kalau untuk masakan Pajeri, saya tak akan celur nenas itu, kerana pajeri memang manis. Jadi kemanisan nenas memang sesuai sangat.

Jomm...


Saya olah sedikit mengikut selera keluarga

Bahan A
sedikit minyak
6-7 ekor Ikan sepat masin
300 g nanas (dibersihkan, dibelah 2 dan dipotong sederhana tebal)

Bahan B (ditumbuk)
10-12 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

Bahan C
1 inci halia (dihiris kasar)
1 inci lengkuas (dititik)
2 batang serai (dititik)

Bahan D
400 ml santan cair
400 ml santan pekat
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit
3 helai daun salam
garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ikan sepat masin dipotong 2, kemudian direndam dalam air biasa selama 5 minit dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Masak air dalam periuk sehingga mengelegak, masukkan nenas dan  celur hingga air megelegak semula terus diangkat dan toskan air nya.

4. Panaskan minyak dalam periuk yang lain dan tumis bahan B dan C. Goreng sehingga bawang hampir garing yakni bertukar sedikit keemasan.
5. Masukkan bahan D (kecuali santan pekat dan garam), Ikan sepat dan nanas. Perlahankan api dan masak hingga kuah mendidih. 
6. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam. 
7. Masak hingga kuah 'hampir' mendidih semula dan boleh diangkat untuk dihidangkan. *Elakkan santan mendidih kerana ia akan pecah minyak.
* FHA Selemak Santan

Friday, 4 August 2017

DONUT SAMBAL MANIS ... Viral dikalangan ahli keluarga



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Salam Jumaat semua !!!!

DONUT SAMBAL MANIS
Saya sediakan untuk minum petang semalam.

Kali ini saya sediakan pulak.
Yang ini dah masuk kali ke 3 disediakan dalam tempuh kurang seminggu.
Memang viral dikalangan ahli keluarga saya kerana keenakan sambal nya.
Walaupon ramuan nya nampak mudah dan ringkas, tetapi bila dipalut pada donut yang digoreng lembut dan ditabur dengan hirisan daun bawang...

Fuhh !!!
Sebiji -sebiji masuk mulut.
Sedap betull...

Maaf...
Dalam foto ni terlupa pula nak ditabur hirisan daun bawang. Tapi jangan lupa ya !
Tabur dengan hirisan DAUN BAWANG !!!!  tau !!!!!!!!



Sebelum-sebelum ini anak saudara saya yang sediakan.
Semalam saya pulak.

Resepi donut nya saya rujuk Donut Kentang Tahrunnisah .
Sambal Manis pula resepi Nurul Jannah dan Areffin Bleez.

...  Terima Kasih semua 



DONUT KENTANG

Bahan A
1 biji kentang  (direbus sehingga empuk, dibuang kulit dan dilenyek halus)
70 ml air ais
1 1/2 camca besar shortening / margerin / butter (saya gunakan shortening)

Bahan B (Satukan dan dikocak)
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam

Bahan C
250 gm tepung gandum (diayak)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh baking powder
1 3/4 sudu teh yis segera (Mauri-pan)

Cara-Cara Mengadun Doh
1. Satukan semua bahan C didalam bekas yang besar dan dicampur rata.
2. Masukkan kentang yang telah dilenyek dan sebatikan.
3. Masukkan telur, ratakan sekali lagi.
4. Tuangkan air ais sedikit demi sedikit sambil gaul hingga adunan menjadi kental.
5. Akhir sekali masukkan shortening dan uli hingga adunan lembut, menjadi elastik dan tidak melekat di tangan.
6. Tutup doh dengan tuala dan simpan di tempat yang hangat hingga adunan doh naik 2 kali ganda. Anggaran 40 minit.
7. Selepas doh naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbukkan ia untuk mengeluarkan angin.

8. Sediakan dulang yang ditabur sedikit tepung untuk mengelakkan doh melekat.
9.  Jemput doh anggaran 25 g setiap satu, bulat-bulatkan, kemudian leperkan sedikit dan lubang kan dibahagian tengah. Boleh juga tekap menggunakan acuan donut selepas dileperkan. Susun dalam loyang.
10. Biarkan selama 8-10 minit sebelum menggoreng.
Pastikan jangan dibiar doh terlalu lama 'naik', sukar untuk menggoreng kerana texture tepung akan menjadi lembut.

11. Panaskan minyak yang banyak. Pastikan minyak tidak terlalu panas kerana doh akan cepat bertukar keperangan dan hangus.
12. Masukkan doh kedalam minyak dan sentiasa balik-balikkan ia supaya masak dan naik kembang dengan sekata.
13. Goreng hingga agak kecoklatan sedikit (tetapi jangan sampai hitam) supaya bahagian luar sedikit 'mengeras' untuk memudahkan kita 'menggolek'  dalam sambal nanti .


SAMBAL MANIS


Bahan A (disatukan dan dikisar halus)
6 biji Cili Kering (Ikut kepedasan yag disukai) 
2 biji Cili Kering 'Superhot' * Optional
2 biji Bawang Besar
sedikit belacan
sedikit air

Bahan B
Anggaran 1/5 ketul Gula Kabung
atau 2 camca besar gula merah (dicampur sedikit air dan ditapis untuk mengasingkan pasir jika ada) 
2 camca besar gula putih
Asam Jawa sebesar ibu jari (dicampurkan sedikit air, sebatikan dan disaring. Ulang 3 kali)
Sedikit Garam

Bahan C
Minyak untuk menumis (Dilebihkan sedikit untuk menggaringkan sambal dan memudahkan proses mengaul)
1 tangkai Daun Kari
Hirisan Daun Bawang

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A.
2. Masukkan bahan B. Masak dengan api perlahan sehingga sambal menjadi pekat dan terbit minyak.
3. Agak-agak sambal sudah pekat, masukkan donut yang telah digoreng tadi, tabur daun kari dan terus padamkan api.
4. Terus ratakan sehingga semua nya berpalut cantik.
5. Masukkan kedalam pinggan hidang dan tabur dengan hirisan daun bawang.



Thursday, 3 August 2017

MEE CURRY PENANG ... yang awesome



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Hari ini nak share menu mee yang saya sediakan beberapa hari lepas....
MEE CURRY PENANG !
Mee kari yang sedap sangat mengikut selera saya dan keluarga.

Kuah nya pula tidak terasa sangat rempah-kari nya kerana saya hanya menggunakan sebungkus kecil rempah sahaja.
Jadi kepada yang tak berapa suka kari yang pekat, tak ada alasan untuk menolak.
Kepada yang suka lebih boleh ditambah 1/2 paket lagi .........

Yang menambahkan keenakan mee ini adalah kerana adanya air rebusan kerang disamping isi ayam yang manis.
Ditambah dengan kelemakan buah keras disamping santan sebagai bahan kesemestian.

Memang sedap..
Sekejap sahaja licin...dan saya perlu kedapur semula untuk membasuh periuk.

Jomm..


Bahan A
2 kilo kerang
Air secukup nya untuk merebus kerang.
1 batang serai (diketuk)
1/2 ekor ayam (dipotong kpd 4 bahagian)
1 kilo mee kuning
1 mangkuk besar taugeh

Bahan B (Bahan tumis)
sedikit minyak untuk menumis
6 ulas bawang merah (di mayang)
6 ulas bawang putih (di mayang)
1 inci halia (dihiris kasar)
2 tangkai daun kari
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
8 kuntum bunga cengkih

Bahan C (Satukan untuk dijadikan pes)
1 bungkus (25g) rempah kari daging
6 ulas bawang merah (ditumbuk)
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit air

Bahan D (dikisar halus)
10 biji cili kering (sesuaikan kepedasan yang disukai)
1 camca kecil lada hitam
1 camca kecil lada putih
3 biji buah keras
Sedikit air untuk proses mengisar

Bahan E
1 kotak santan 'KARA'
2 batang serai (diketuk lebam)
2 biji tomato segar (dibelah 8)
2 keping asam gelugor

Bahan F
2 biji telur ayam
1/2 ketul kiub pati ayam
Sedikit garam

Bahan G
Kacang panjang
Cili merah
Limau Kasturi/Nipis
Bawang goreng
Daun bawang

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kerang dibasuh sehingga betul-betul bersih. Masukkan kedalam periuk bersama serai dan air. Kemudian direbus sehingga masak.
2. Angkat dan asingkan kerang dari air rebusan dan dikopek kulit nya.
* Pastikan air rebusan kerang tidak dibuang.

3. Dalam periuk besar, panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga terbit aroma dan bawang hampir garing.
4. Masukkan bahan C, D dan sebatikan. Perlahan kan api dan masak sehingga rempah menjadi pekat, sedikit garing dan terbit minyak.
5.Masukkan bahan E, ayam dan sedikit air. (Tidak perlu banyak kerana kita akan tambah air rebusan kerang nanti). Masak sehingga kuah mendidih semula dan pastikan api tidak terlalu besar.
6. Apabila ayam telah sempurna masak, baru di masukkan isi dan air rebusan kerang.
7. Jika suka kacang panjang yang dimasak,  ia boleh lah dimasukkan pada peringkat ini.
8. Biar sehingga kuah mendidih semula baru dicurahkan bancuhan telur.
9. Perasakan dengan kiub ayam dan garam.
10. Isi ayam dikeluarkan dari periuk dicarik-carik kecil sebelum dihidangkan dengan bahan F.


Cara-Cara Mencelur Mee
1. Masak air sehingga mendidih membuak-buak.
2. Masukkan mee dan kacau sedikit di dalam air rebusan supaya ia masak sekata.
*Pastikan mee tidak berketul sebelum dimasukkan kedalam periuk. Sila leraikan ia jika perlu.
3. Agak-agak mee sudah sempurna masak, terus di angkat kedalam penapis.
* Jangan terlalu lama proses mencelur ini kerana mee yang dijual memang sudah 3/4 masak.
4. Tuangkan 3-4 sudu minyak keatas mee dan ratakan menggunakan sudu. Boleh juga menggunakan chopstick
5. Hasil nya mee tidak melekat antara satu sama lain.


* FHA Selemak Santan