MEE CURRY PENANG ... yang awesome



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Hari ini nak share menu mee yang saya sediakan beberapa hari lepas....
MEE CURRY PENANG !
Mee kari yang sedap sangat mengikut selera saya dan keluarga.

Kuah nya pula tidak terasa sangat rempah-kari nya kerana saya hanya menggunakan sebungkus kecil rempah sahaja.
Jadi kepada yang tak berapa suka kari yang pekat, tak ada alasan untuk menolak.
Kepada yang suka lebih boleh ditambah 1/2 paket lagi .........

Yang menambahkan keenakan mee ini adalah kerana adanya air rebusan kerang disamping isi ayam yang manis.
Ditambah dengan kelemakan buah keras disamping santan sebagai bahan kesemestian.

Memang sedap..
Sekejap sahaja licin...dan saya perlu kedapur semula untuk membasuh periuk.

Jomm..


Bahan A
2 kilo kerang
Air secukup nya untuk merebus kerang.
1 batang serai (diketuk)
1/2 ekor ayam (dipotong kpd 4 bahagian)
1 kilo mee kuning
1 mangkuk besar taugeh

Bahan B (Bahan tumis)
sedikit minyak untuk menumis
6 ulas bawang merah (di mayang)
6 ulas bawang putih (di mayang)
1 inci halia (dihiris kasar)
2 tangkai daun kari
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
8 kuntum bunga cengkih

Bahan C (Satukan untuk dijadikan pes)
1 bungkus (25g) rempah kari daging
6 ulas bawang merah (ditumbuk)
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit air

Bahan D (dikisar halus)
10 biji cili kering (sesuaikan kepedasan yang disukai)
1 camca kecil lada hitam
1 camca kecil lada putih
3 biji buah keras
Sedikit air untuk proses mengisar

Bahan E
1 kotak santan 'KARA'
2 batang serai (diketuk lebam)
2 biji tomato segar (dibelah 8)
2 keping asam gelugor

Bahan F
2 biji telur ayam
1/2 ketul kiub pati ayam
Sedikit garam

Bahan G
Kacang panjang
Cili merah
Limau Kasturi/Nipis
Bawang goreng
Daun bawang

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kerang dibasuh sehingga betul-betul bersih. Masukkan kedalam periuk bersama serai dan air. Kemudian direbus sehingga masak.
2. Angkat dan asingkan kerang dari air rebusan dan dikopek kulit nya.
* Pastikan air rebusan kerang tidak dibuang.

3. Dalam periuk besar, panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga terbit aroma dan bawang hampir garing.
4. Masukkan bahan C, D dan sebatikan. Perlahan kan api dan masak sehingga rempah menjadi pekat, sedikit garing dan terbit minyak.
5.Masukkan bahan E, ayam dan sedikit air. (Tidak perlu banyak kerana kita akan tambah air rebusan kerang nanti). Masak sehingga kuah mendidih semula dan pastikan api tidak terlalu besar.
6. Apabila ayam telah sempurna masak, baru di masukkan isi dan air rebusan kerang.
7. Jika suka kacang panjang yang dimasak,  ia boleh lah dimasukkan pada peringkat ini.
8. Biar sehingga kuah mendidih semula baru dicurahkan bancuhan telur.
9. Perasakan dengan kiub ayam dan garam.
10. Isi ayam dikeluarkan dari periuk dicarik-carik kecil sebelum dihidangkan dengan bahan F.


Cara-Cara Mencelur Mee
1. Masak air sehingga mendidih membuak-buak.
2. Masukkan mee dan kacau sedikit di dalam air rebusan supaya ia masak sekata.
*Pastikan mee tidak berketul sebelum dimasukkan kedalam periuk. Sila leraikan ia jika perlu.
3. Agak-agak mee sudah sempurna masak, terus di angkat kedalam penapis.
* Jangan terlalu lama proses mencelur ini kerana mee yang dijual memang sudah 3/4 masak.
4. Tuangkan 3-4 sudu minyak keatas mee dan ratakan menggunakan sudu. Boleh juga menggunakan chopstick
5. Hasil nya mee tidak melekat antara satu sama lain.


* FHA Selemak Santan

2 comments:

  1. Masha Allah! Sedapnya! Rindu kerang.....nangeess!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu sekilo RM 3-4 ringgit saja Amie...
      Baru ni dekat RM 9 sekilo. Adoiiii !!
      Nak makan punya pasal terpaksa juga

      Delete

Powered by Blogger.