NASI AYAM MADU SPECIAL ...Best ever nasi ayam yang pernah makan. Amboi sedap nyeeeee !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Uikkkkkkkkkkkkkk !
Nak rekod cepat-cepat resepi NASI AYAM MADU yang disediakan anak saudara saya ini.
Takut hilang !

Nak dapat resepi ni dari beliau bukan main susah.
Hari hari nak kena hantar wsap dan msg ingatkan.
Walhal sebelah rumah ja.. keluar pintu masuk pintu

Pening nak taip dalam hp katanya
Akhir nya  saya terima 2 keping kertas lengkap dengan resepi bertulisan tangan.
Terima Kasih daun keladi ya......

em.....
Telan air liur ja bila teringat  akan keenakan nya nasi dan ayam ni

Baik beliau dan juga suami nya ......
Makin hari makin sedap juadah yang dimasak

Bab tumpang makan, komen mana yang rasa boleh diperbaiki memang serah pada saya.
heh heh heh !!!!

Tapi setakat ini apa yang dimasak memang umphhhh !!!! Terangkat betul
Tak sangka dulu masa zaman belum kahwin, jangan kata nak masak, masuk dapur pon tak nak.
Memang jauh banyak sangat perubahan ...

Saya pula sebelum ini memang suka sangat makan Nasi Ayam Hainan..
Mungkin selepas ini saya akan beralih kepada NASI AYAM MADU pulak .

Nasi nya begitu terasa keenakkan nya  ...lembut berderai
Ayam nya pula dengan berkilat, manis, rasa lemak ! .... Aduhhh ! terliur bila teringat
Sup yang terangkat heh heh heh
Kicap dan Sambal fuhh !!!

Terima Kasih ya...


Kita mulakan dengan sup ayam dulu ya, sebab nanti air rebusan ini akan digunakan untuk tanak nasi dan seterusnya .........


SUP AYAM 


Bahan A
1 ekor ayam
1/2 inci Halia (diketuk)
3 ulas Bawang Merah (dihiris)
3 ulas Bawang Putih (dihiris)
2 helai Daun Salam
1 ketul Sup bunjut
Air secukupnya
Garam secukup nya

Cara-Cara Menyediakannya
1. Masak air sehingga mendidihkan.
2. Masukkan ayam, halia, bawang merah, bawang putih dan sup bunjut. Tutup tudung periuk dan masak dengan api perlahan sehingga ayam empuk. * Ini untuk memastikan ayam masak dengan sempurna sampai ketulang dan texture ayam licin dan tidak hancur.
3. Masukkan daun salam dan perasakan dengan garam.


NASI AYAM


Bahan B
3 cawan Beras
1 camca teh Buttercup
1 camca teh Minyak Sapi
2 batang Kulit Kayu Manis
2 kuntum Bunga Lawang
6 kuntum Bunga Cengkih
3 biji Buah Pelaga
2 ulas Bawang Merah (ditumbuk)
2 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
2 helai Daun Pandan (disiat dan disimpul)
2 helai Daun Salam
1 ketul Kiub ayam

Cara-Cara Menyediakannya
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi dan buttercup. Biar seketika sehingga cair dan panas.
2. Tumis rempah 4 sekawan sehingga terbit aroma.
3. Masukkan bawang putih dan bawang merah, daun pandan dan daun salam. Masak sehingga wangi.
4. Masukkan air rebusan ayam (Sup Ayam diatas),  kiub ayam, beras dan perasakan dengan garam.
5. Masak sehingga nasi masak saperti biasa.



AYAM MADU


Bahan C
Ayam yang telah direbus diatas
5 tangkai cili kering (di rebus sehingga lembut dan dikisar tanpa air)
3 camca besar madu
1/2 inci halia (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
Kicap masin secukup nya

Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan kesemua bahan C sehingga rata kemudian baru di gaul pada ayam. Perap 1/2 jam.
2. Kemudian di gril sekejap sahaja sekadar untuk memastikan bahan perapan bersalut dan masak.
* Proses grill tak perlu terlalu lama kerana ayam sudah tersedia masak.



SAMBAL CILI 



Bahan D
4 biji cili merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit gula
sedikit garam
sedikit sup rebusan ayam (sedikit sahaja)

Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan kesemua bahan D dan kisar sehingga halus.



SAMBAL KICAP


Bahan E
Baki perapan ayam
Sedikit sup

Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan kesemua bahan E diatas dalam peruk dan masak sehingga mendidih dan pekat.
2. Siap untuk dihidangkan.



ULAM/SAMPINGAN

Bahan F
Sayur Salat
Timun
Tomato segar

Daun Sup
Daun Bawang
Bawang Goreng




nyum nyum nyum ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
em... sedap nya !!!!!!!!!!

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.