SINGGANG KEMBONG JAMPI ... Siyesss sedap sangat
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !
Salam Jumaat ........
SINGGANG KEMBONG JAMPI
Memang patut pon Siti Sarah Raisuddin kata Shuib akan bertambah-tambah teringat-ingatkan nya selepas menikmati lauk ini.
Siyesss sedap sangat !!!
Resepi yang saya perolehi dari instagram Siti Sarah ini mengujakan saya untuk mencuba nya semalam..
Alhamdulillah syukur nikmat ALLAH.
Makan nasi berlaukkan singgang ini memang tak ingat donia, macam dah kena jampi.
Makan dengan petai mentah saja, boleh tambah berpinggan.
Berulang-ulang kedapur makan nasi
Bangun tengah malam cari lagi
Tak apa lah bukan selalu makan tengah-tengah malam kan
Kalau tak ada ikan, kuah pon cukup !!!
Boleh ke intagram saya untuk tonton video penyediaan SINGGANG KEMBONG JAMPI
Jomm..
Bahan A
16 -18 ulas bawang merah (dimayang)
5 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 inci kunyit hidup (dihiris kasar)
1 inci halia (dihiris kasar)
12 biji cili padi merah
3/4 camca besar ketumbar biji (diketuk pecah sahaja. Tak perlu hancur)
1/2 camca besar lada hitam/putih (dibiarkan sebiji-sebiji) * saya tambah
2 batang serai (dititik) * Saya tambah
2-3 keping asam gelugor
2 -3 camca besar budu
Air secukup nya sebagai kuah
Bahan B
5-6 ekor ikan kembong (boleh juga digantikan dengan sebarang jenis ikan yang disukai kecuali ikan bilis dan ikan kering... hahaha)
sedikit garam (jika perlu)
1 biji tomato segar (dibelah 4) * Saya tambah
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam periuk dan pasangkan api. Masak sehingga kuah mendidih.
2. Masukkan ikan dan perlahankan api supaya ikan masak dengan perlahan dan tidak hancur.
3. Apabila kuah hampir mendidih semula, baru, masukkan tomato segar dan tambahkan sedikit garam jika perlu
4. Masak beberapa minit lagi dan boleh di angkat untuk dihidangkan .
* FHA Selemak Santan
Tak pernah datang sini tanpa ngences.... adeeehhh...enak2 belaka hidangannya! Tambah meriah dunia masakan kita!
ReplyDeleteSaya tenguk semua rasa nak cuba, heh heh heh !!!!
DeleteLauk Amie pon sedap sedap belaka.. dah idam nak cuba beberapa resepi nanti