AYAM MASAK ROS MAMAK PENANG ... dah macam lauk kenduri kahwin dolu-dolu


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Saperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ...NASI TOMATO
Hari ini akak share resepi   'Ayam Masak Ros' mamak Penang 

Maaf lah ya...
Lambat.....

Moddd malas melanda
Bukan nya susah pon
semua resepi dah ada dalam blog Mamak Haji disini SIRI 3 : RESPI: AYAM MASAK ROS MAMAK PENANG

Cuma akak perlu edit cara akak ja..
Supaya senang untuk rujukan akan datang.

Itu pon susah !!!
Adoi modd moddd !



OK
Akak masak ayam ini pon dalam kuantiti separuh ja
Tapi resepi dibawah adalah untuk seekor ayam yang bersaiz besar
Jadi pandai-pandai lah adjust ye heheheheh !

Jangan risau pasti jadi nya ....
Bukan nya kita masak kek
Silap sukatan kek 'bantat'

kan kan .......

Ada setengah bahan dalam resepi ini akak tak masukkan contoh nya “Kimball Sup Tomato”, Badam dan juga karet.
Sebab nya
1. Akak tak nak lah kuah nya terlalu pekat kan. Tapi mengikut kata Mamak Haji masakan mamak Penang memang kuah pekat. Betui lah tu, cuma akak ja nak dera resepi ini sikit.
2. Tak ada stok didapur akak... hahaha

Tapi jangan risau. Rasa nya tetap mengancam
Dah rasa macam makan lauk-pauk kenduri-kendara dulu dulu pulak..

OK jomm ikut akak ke dapur




Bahan A
1 ekor Ayam (1.6 – 1.8 kg) (Potong 12)
Kunyit Serbuk
Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan B
1 Senduk Minyak Masak * boleh guna minyak goreng ayam diatas
2 batang Kulit Kayu Manis
3 kuntum Bunga Lawang
4 biji Buah Pelaga
5 kuntum Bunga Cengkih
1 helai pandan (dipotong 2″ panjang)

2 biji Bawang Besar (dihiris memanjang)

Bahan C (Dikisar halus)
1 inci Halia
1 biji Bawang Besar
5 ulas bawang putih
Sedikit air

Bahan D (Dikisar halus)
1 biji Tomato
1 batang Karot
2 camca besar Buah Badam (direbus, kemudian dibuang kulit baru dikisar)
10 biji Cili Merah /15 tangkai Cili Kering ( jika cili kering pastikan direbus dahulu)

Bahan E
1/2 Tin Susu Cair
1/2 Tin (bersaiz 225gm) “Kimball Sup Tomato”
3 sudu besar Tomato Puri

Bahan F (jadikan Pes)
1 camca besar Serbuk Jintan Putih
1 camca kecil Serbuk Jintan Manis
1 camca kecil Garam Masala.
1 camca kecil Kas-Kas (optional)
sedikit air

Bahan G 
Sedikit gula
Garam
100gm Santan Pekat *optional
Pewarna merah oren *optional

Bahan H
Daun Pudina / Saderi
Bawang goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dan perap 1/2 jam. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ketulan ayam hingga 3/ 4 masak.
* Elak terlalu garing kerana texture ayam akan menjadi keras dan sukar rempah menyalutinya.
* Sekiranya menggunakan ayam kampung disyorkan tidak perlu digoreng.
2. Panaskan minyak dalam kuali * boleh guna minyak gorengan ayam. Masukan kesemua bahan B kecuali bawang besar dan tumis sehingga terbit bau harum baru dimasukkan hirisan bawang besar. Biar sehingga bawang bertukar warna keemasan.
3. Masukkan bahan C dan kacau hingga terbit bau.
4. Masukkan bahan D, E dan kecilkan api. Masak higga terbit bau kembali.
Api yang besar akan mengakibatkan texture kuah kurang cantik dimana ia akan kelihatan berbuih apabila dihidangkan nanti.
5. Masukan bahan F dan teruskan memasak sehingga pecah minyak.
6. Masukkan bahan G dan biar hingga ia mendidih kembali.
7. Masukan ayam dan sebatikan dengan kuah. Kecilkan api apabila kuah mula mendidih selama 15min.- 20min. Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan.

8. Hidangkan dengan taburan bahan H bagi menambahkan lagi bau yang harum.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

8 comments:

  1. Replies
    1. banyak anies, akak masukkan apa yang ada didapur ja. ini pon dah sedap.
      dulu dulu lauk kenduri dimasak secara beramai berbanding sekarang secara katering. Lauk pon dan moden

      Delete
  2. sedap owh
    time kenduri kalau menu nih memang menambah2
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la bila makan ja lauk ni, seara spontan teringat ketika makan lauk kenduri

      Delete
  3. Memang sedap ni.
    Tak cukup seketul

    ReplyDelete
  4. klu nk msk nih mmg sedapnya pakai ayam pencen kan kak.... skrg dh ssh nk jumpa lauk kenduri lauk ni... dana suke msk ros gini... nostalgia btl

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dana, kenduri-kendara dulu, masak ramai-ramai. kombinasi idea terhasil lah resepi yang sedap

      Delete

Powered by Blogger.