BINGKA UBI NYONYA ... Lembut dan Sangat Sedap. Resepi mesti cuba !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

BINGKA atau BENGKANG kata orang utara  macam akak ni.

Ini pertama kali akak masak tau  ....
hahahaha
Almaklum lah akak bukan jenis orang yang suka makan kuih-muih
Lebih kepada nasi dan lauk pauk saja.

Bukan kata tak makan, 
Makannnn !
Kalau ada tu boleh lah ambil seketul dua.

Kalau berbuka puasa pon akak lebih kepda nasi atau kuih yang pedas pedas
Tapi kalau tak adapon tak apa, yang pasti nasi mesti ada.

Bila anak saudara beri kan Ubi Kayu hasil tanaman ditepi rumah, akak terpaksa terima, kerana rezeki tak boleh ditolak.
Tapi akak cuma ambil seketul saja, tak nak banyak takut tak habis

Dalam kepala terfikir apa lah yang dimasak dengan ubi kayu ini,
Hari tu dah buat sira gula, 
Goreng pon sudah,
Rebus cicah pon sudah,

Entah macam mana idea datang nak cuba buat bengkang.
Tapi tak pandai lah pulak,
Terus teringat Che Mat Gebu, sebab akak rajin juga lawat dapur Che Mat.
Maka terhasil lah KUIH BINGKA UBI NYONYA hasil lawatan akak  DI SINI.


Akak bagi sepiring dua pada jiran-jiran sebelah rumah untuk rasa ,
Hasil nya semua memuji sedap sangat-sangat !!!

Akak pon dah mula terpikat dengan kuih ni, dari tak suka dah jadi suka pulak !







Menurut kata Che Mat, ada 2 cara penyediaan bengkang ini.

Pertama air ubi akan ditos/perah dan kemudian biarkan air perahan tadi dalam 10 - 15 minit untuk mendapatkan sagu ubi yang mendak. Buang airnya dan ambil sagu tadi dan masukkan kembali ke dalam ubi parut, gaul rata.

Kaedah lagi satu, tak perlu perah. Gaul sekali harung macam resepi ini.

Menurut kata Che Mat lagi, resipi kuih bingka nyonya ini beliau dapat dari satu buku resipi orang peranakan.
Beliau dah pernah cuba sebelum ini  dan kata nya serius sedap dan lembut.
Ini yang membuat akak berkobar-kobar nak cuba...

Dalam penyediaan kuih bengkakng ini, kena tunggu ia betul2 sejuk baru potong.
Tapi setengah orang suka makan panas-panas.

Oleh kerana akak baru belajar masak, saya akak turut apa cadangan Che Mat.
Lain kali dah pandai boleh lah 'derhaka kan' resepi ini
hahaha...
Jangan Marah ya Che Mat dan terima kasih atas perkongsian.



Jom kita tengok bahan-bahan yang di gunakan ...


Bahan A
500 gram 'parutan' ubi kayu
225 gram gula halus  * che mat taruk 180 gram saja/ Akak pula guna  150gram saja, kerana akak pakai gula kasar yang lebih manis dari gula halus.
1/2 camca teh garam
70 gram kelapa parut putih
250 ml santan pekat * jika guna santan kotak 200 ml, sila tambah air biasa 50 ml
2 biji telur gred A
2 camca teh esen vanilla
2 camca besar 'penuh bun-bun' mentega
1/4 camca teh pewarna kuning makanan

Bahan B
Loyang/Tin pembakar (8 inci X 8 inci x 3 inci) * akak guna acuan cifon cake 8 inci
Alumium foil * akak tak pakai 


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan oven pada suhu 190C , Api atas, bawah dan tanpa kipas.

2. Cairkan mentega dan biarkan ia sejuk pada suhu bilik. Ketepikan.



3. Lenser tin pembakar dengan mentega, alas dengan aluminium foil dan biarkan berlebih pada bahagian kanan dan kiri tin. (Tujuannya ialah bila kuih masak, senang nak tanggalkan kuih dari tin). Lenser kan juga aluminium foil tadi. Ketepikan.
* akak tak pakai aluminium foil.



3. Dalam satu bekas, masukkan kelapa parut, garam dan ubi parut, kacau hingga rata dan ketepikan.





4. Sementara itu dalam bekas lain, masukkan gula dan telur. Kacau dengan whisk hingga sebati dan berkrim.



5. Tuang santan pekat dan kacau rata.



6. Masukkan bancuhan ubi parut tadi, gaul hingga sebati.



7. Masukkan pewarna kuning makanan, esen vanilla dan mentega cair. Gaul hingga rata dan sebati.



8. Sementara itu masukkan Loyang/Tin pembakar (kosong)  ke dalam oven dan biarkan  ia panas selama 10 minit.



9. Berhati2 keluarkan tin dari oven dan curah bancuhan kuih bingka ubi ke dalamnya. Ratakan dan masukkan kembali ke dalam oven.




10. Bakar selama 55 minit hingga 1 jam atau hingga permukaan kuih kelihatan kering keperangan. Uji dengan mencucuk lidi sate pada bahagian tengah kuih, jika keluarnya bersih, tanda kuih anda cukup masak.

Untuk mendapat permukaan kuih yang keperangan, tukar fungi api oven pada 'grill' (api atas saja dan tanpa kipas). Bakar untuk 5 - 8 minit lagi. * Jangan tinggal untuk mengelakkan ia hangus !!!!



11. Sejukkan kuih sebelum dipotong.  Kek akan lekang dari tin pembakar apabila ia berada pada suhu bilik.

Selamat Menjamu Selera ...



Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

6 comments:

  1. Wah nampak sedap, boleh try ni, buat makan petang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi. lembut, beraroma dan amat sedap...

      Delete
  2. sedapnya kak, msti wangi betul bau semerbak bingka tuh....

    walaupun tgk mcm mudah tp, mmg tak tercapai akal nk mencuba hehhehe...dana klu dessert ni mmg tak geng, klu bt jarang2 sgt nk menjadi hehehhe

    ReplyDelete
  3. bahan tak sihat - gula, Buttercup campuran marjerin, pewarna, telur (ayam diberi makanan GMO jagung,soya)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.