NASI GORENG TELUR ASIN ... mudah dan sedap menyelerakan sebagai sarapan pagi


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Akak memang suka nasi goreng..
Kali ini sarapan nasi Goreng Telur Asin pulak
Tak payah mana pon nak sediakan nya

Ada telur asin sebiji dua,
Serba sedikit sayur
Ada udang hidup, ayam atau daging pon boleh
Tumbuk bawang dengan cili. Kalau nak lebih pedas tambah cili padi.

Fuhh !
Memang sedap ...

Jom


Untuk 2 orang makan

Bahan A
1/2 camca besar Butter
4 ulas bawang putih (cincang halus)
1 mangkuk besar nasi putih

Bahan B (ditumbuk)
1 biji bawang besar
5 biji cili padi (ikut kepedasan yang di sukai)

Bahan C
2 biji telur asin (direbus sehingga masak dan di lenyek sehingga hancur).
Sedikit Daun Bawang

Bahan D
1/2 camca besar Butter
1/2 mangkuk kecil Udang Segar (dibuang kulit)
1/3 batang lobak merah
4 urat kacang buncis
1/2 camca teh lada hitam serbuk
1/2 camca teh lada putih serbuk
1/2 camca besar Sos Tiram.

Cara-Cara Menyediakannya
1. Cairkan butter dan tumis bawang putih sehingga wangi.


2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau sehigga layu.


3. Masukkan nasi putih, ratakan sebelum diangkat dan ketepikan.



4. Cairkan butter dan masukkan telur asin yang telah dihancurkan, Kacau sehingga berbuih.



5. Masukkan udang, kacang buncis dan lobak merah. Kacau.


6. Perasakan dengan lada serbuk dan Sos Tiram.


7. Akhir sekali masukkan nasi yang telah di goreng sebelum nya.


8. Ratakan dan siap untuk dihidangkan dengan daun bawang.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

10 comments:

  1. Tak pernah lagi SA buat nasi goreng telur asin..menarik ni..nak cuba la

    ReplyDelete
  2. masalah skrg telur asin x berapa nk masin...geram betul sy...lemak je rasanya... nk wat telur asin sendiri mmg x reti reti komplen je hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak masin ke Anies ?
      Mungkin juga si pembuat kurangkan kemasinan telur untuk menjaga kesihatan semua kot...
      Tapi setakat ni yang akak beli. OK je. Tak lah masin melampau

      Delete
  3. Harum aroma nasi goreng guna butter ye FHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Amie.. saya suka goreng nasi menggunakan butter.
      Selain aroma yang menyelerakan, yang pasti rasa nya lagi sedap

      Delete
  4. tak penah try nih kak, tlr masin pun jrang2 ada kt umah... nk puasa nih ada lah nnti

    ReplyDelete
  5. Memang sedap.akak pon baru cuba. Dlm tempoh kurang sebulan lbhkrg..... dah 3 kali akak masak

    ReplyDelete
  6. Betul....siapa x pernah try...kena try...mmg sedap...nak buat sahur...uih berselera ank2 semua elpon pedas sikit tpi sedap....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.