GULAI KAWAH KAMBING & UMBUT PISANG ...Terubat sudah selera


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Kalau duduk kampong segala-gala pokok kita boleh ditanam kan.
Cuma antara rajin dengan tidak saja.

Kalau nak kata diri akak ni seorang yang rajin, rasa nya tak.
Tapi terpaksa lah. kerana tak boleh tengok semak daun-daun dibelakang rumah.

Selalu nya diwaktu pagi adalah waktu yang akak akan luangkan untuk membersihkan daun-daun kering yang banyak beguguran dari pokok cempedak jiran.
Sapu lah mana yang patut sambil belek pokok-pokok, cabut rumput rampai dan keringkan ia dicahaya matahari sebelum dibakar pada waktu petang.

Dalam banyak-banyak pokok tu adalah dua tiga pokok pisang yang tumbuh dari benih pokok jiran yang lagi seorang.

Yang bagus nya ada pokok pisang ini, selain dari buah, akak selalu guna pakai daun nya terutama untuk menyediakan ketupat daun pisang yang kebiasaan nya akan dimasak pada hari raya DI SINIDI SINI dan juga DI SINI.



Sebenar nya tak semua daun pisang boleh diguna untuk proses membungkus.
Pernah akak beli daun pisang di pasar ketika berada di Kuala Lumpur tak lama dulu, konon konon nak masak ketupat.
Walau di layor pada api untuk melembutkan nya , ia tetap akan koyak kerana sedikit keras.
Akak tak pasti pokok pisang jenis apa. Rasa serik nak beli daun pisang di pasar...

Pokok pisang ni tak lah besar mana pon, tapi berbuah juga.
Ada dalam 3 sikat.
Kerana tak mampu menahan berat, akhir nya tumbang sebelum masak.
Dah nampak hari tu macam codong jee, jadi cepat-cepat masuk rumah cari tali,
Alih-alih keluar... dah tumbang ke tanah.

Emmm...
Makan gulai pisang lah akak beberapa hari tu.
Ada sesikat lagi boleh di masak lagi nanti.

Teringat pulak umbut, bukan senang nak dapat,
Siang-siang pokok tu dapatkan kalau nak masak untuk satu periuk.

Keluar gi kedai cari daging Kambing, ingat nak masak gulai Kawah,
Maklum akak berpuasa pulak.
Maka terhasilkah GULAI KAWAH KAMBING & UMBUT PISANG sebagai lauk berbuka.

Aroma gulai pisang ini aduhai ... maklum akak buat tumis darat !
Sedap yang amat !!!
Bertambah-tambah masa berbuka dengan nasi panas
Jomm ...


Bahan A
1 kilo daging kambing (bersama sedikit tulang)
1 paket kecil rempah kari ayam/daging
3 keping asam gelugor
1 camca teh lada hitam serbuk
1 camca teh lada putih serbuk
1 inci halia (dipotong 2)
2 helai daun salam
Air secukup nya untuk merebus

Bahan B
Umbut pisang (dibersihkan dan dipotong kepada kepingan sederhana tebal)
3 cawan santan cair
1 batang serai (optional)

Bahan C
1 cawan santan pekat
1 pokok daun ketumbar (dihiris 1 inci)
5 biji Cili padi merah
5 biji Cili padi hijau
1 kiub pati daging 'Knor'
Garam

Bahan D
Minyak masak untu menumis
1 camca besar minyak sapi 'Ghee Blend'
1 labu bawang putih (dicincang)
3 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris nipis). Lagi banyak bawang lagi sedap
3 tangkai daun kari
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 inci halia (dihiris batang mancis)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga daging 3/4 empuk.
2. Masukkan bahan B dan teruskan lagi merebus sehingga daging masak sempurna dan umbut lembut.
3. Masukkan bahan C dan perlahankan api dan biar ia mendidih kembali sebelum diangkat.

4. Dalam kuali yang lain, cairkan minyak sapi bersama minyak masak.
5. Apabila minyak panas, tumis bahan D sehingga naik bau dan bawang bertukar keemasan.
6. Tuang kan bahan tumis bersama semua minyak kedalam periuk daging.
7. Adu-aduk sedikit dan siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

7 comments:

  1. dana tak ingat pisang jenis apa yg tak sesuai utk digunakan daunnya, sbb emak penah bgtau dlu...
    sbb daunnya jenis keras ... n tak silap mak kata jantung pisang pun tak semua jenis blh msk

    dana penah sekali je rasa gulai umbut pisang ni kak, masa pg kenduri kwn kt kedah, tp tu pun dulu lah.. 15 tahun lps rasanya hehhehe.... sedap betul tgk akak nyer menu tuh, msti semerbak kari tuh kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula dana. Masa tu hajat nak makan ketupat pulut daun pisang. Last last kukus biasa ja.

      Jantung pisang pon akak dah terkena. berjam juga lah nak merebus...

      Delete
  2. umbut pisang sedap tu
    popular dekat Baling, Kedah

    ReplyDelete
  3. Masha Allah...sedapnya! Teringat tahun lepas masak kerbau dengan umbut pisang di kampung...walaaaa!

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kak fha..
    lauk2 mcam ni kalau x buat sendiri mmg xleh makan dah..Kalau dulu2 balik kampung time kenduri ada jugak hidangan macam ni..la ni semua dah moden..semua katering..minta sori nak jumpa menu authentic cam gini...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.