RENDANG DAGING KURMA MADU ... rendang yang sedap dimakan bersama ketupat mahu pon nasi


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua...

Hari ini akak nak share resepi salah satu rendang yang akak sediakan semasa raya tempoh hari ia-itu RENDANG DAGING KURMA MADU.
Memang sedap sangat dik non.

Rendang ini disajikan dengan KETUPAT PULUT DAUN PISANG.
Dah kenyang makan pulut, akak makan juga dengan nasi.

Kalau ada yang berbaki buah kurma boleh lah diperbagaikan dengan masakan kita
Macam tempoh hari akak masak NASI MINYAK BUAH KURMA.

Dalam perancangan nak masak lagi  ni. In Sya ALLAH
Sedap wehh !!!

OK......
Jom kita layan saja resepi nya yaaaaa...




Bahan A
1 kilo daging (dihiris sederhana tebal)

Bahan B (Bahan tumis)
1 camca besar 'penuh' minyak sapi 'Ghee Blend'
1 camca besar minyak masak

8 ulas bawang putih (dihiris)
3 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan C (Dikisar halus)
4 biji bawang besar
15 biji cili kering
10 biji cili padi merah
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 1/2 camca kecil lada putih biji
3 batang serai
100 gram kerisik
1/4 cawan minyak masak
Air secukup nya untuk mengisar

Bahan D
500 gram santan pekat
1 cawan kurma madu... dalam 15 biji (dibuang biji dan di potong kecil)
1 keping asam gelugor
garam secukup nya

Bahan E
1 pokok daun ketumbar (dihiris kasar)
2 helai daun kunyit (dihiris nipis)
4 helai daun limau purut (dihiris nipis)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam kuali.
2. Tumis bahan B yang lain sehingga terbit aroma yang harum.
3. Masukkan bahan C bersama daging. Masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak di permukaan kuah.
4. Masukkan bahan D dan teruskan masak dengan api perlahan sehingga daging empuk; kuah menjadi pekat kembali dan sedikit kering. Pastikan ia dikacau selalu untuk mengelakkan bahagian bawah hangit dan berkerak.
5. Agak-agak 10 minit sebelum angkat, taburkan dengan bahan E dan ratakan sekali lagi.
6. Siap untuk di hidangkan.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Powered by Blogger.