Tuesday, 31 July 2018

SOS BAWANG ... sos yang sedap dan 'tetap' menjadi pilihan keluarga !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Sebagaimana yang dijanjikan semalam, hari ini akak nak share resepi SOS BAWANG kegemaran keluarga yang dimakan dengan cucur bawang, cucur udang mahu pon cucur bilis.
Senang kata apajenis cucur lah kecuali cucur kodok kerana cucur ini memang sudah tersedia manis.

Resepi ini adalah dari arwah isteri abang pupu yang memang pakar dalam bidang masak-memasak.

Sos yang boleh dikatakan kerap disediakan kerana Sos botol memang tak ada dalam menu list keluarga kami.

Tak saperti sos cucur bawang yang lain yang agak cair, sos ini lebih enak jika dibuat pekat.
Maksud nya tak perlu diletakkan banyak air, cukup sekadar 2-3 camca besar air.

Untuk kali ini pon akak dah 'terlajak' masukkan air'. 
Itu yang nampak sedikit berair. 

Cuba lah... memang sedap sangat-sangat  !!!!




Bahan A (di tumbuk sehigga lumat)
12-15 biji cili kering (direbus lebih kurang 5-12 minit supaya lembut. Toskan air nya)
sedikit belacan
sedikit garam

1-3 camca besar air

Bahan B
3-4 sudu besar 'penuh' gula putih * Boleh digantikan dengan gula merah atau gula perang
1 1/2  camca teh asam jawa *akak guna jenama 'ADABI'
5-7 ulas bawang merah kecil (dihiris nipis)
1 biji limau kasturi atau 1/2 biji limau nipis (diambil jus nya) *optional untuk menambah aroma dan keenakan sos. Jika tambahkan jus ini, asam jawa mesti 'dikurangkan sedikit'

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Cili kering direbus lebih kurang 5-12 minit supaya lembut. Kemudian toskan air nya lalu ditumbuk sehingga lumat bersama belacan dan garam.
2. Kaup cili kedalam mangkuk. Masukkan sedikit air kedalam lesung untuk pastikan bekas-bekas cili tidak terbuang. Tuang kedalam mangkuk.
3. Satukan semua bahan tumbuk dengan bahan B yang lain dan di gaul sehingga rata.
4. Siap untuk dihidangkan.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Monday, 30 July 2018

JEMPUT-JEMPUT JAGUNG ... tips dapatkan cucur yang sedap dan lembut !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Best kan kalau dapat bersarapan JEMPUT-JEMPUT JAGUNG bersama keluarga tersayang.
Kena pula cucur di cicah dengan Sos Bawang favourite kelurga...
Makan ketika masih panas memang betul-betul layan
Sebiji sebiji masuk ke mulut.

Cara nak menyediakan jemput-jemput memang amat mudah.
Bahan asas nya sebagaimana semua tahu adalah tepung, air dan garam.

Boleh ditambah udang hidup, udang kering, ikan bilis, bawang, jagung, cili merah, sayur kucai, daun bawang atau pon taugeh.
Semua sedap !
Ikut kreativiti masing-masing untuk selera keluarga

Tapi...
Akak belum pernah campurkan hirisan Daun Sup
Pertama kali masukkan nya setelah melihat cucur yang disedikan oleh kawan ketika ber WSAP ini,..... aduhai ....sedikit kelainan rasa, sedap !

Sejak itu, akak tidak ketinggalan tambah daun sup  untuk menambah rasa cucur.


Jom kita belajar tips untuk mendapatkan cucur yang lembut...

1. Tepung juga memainkan peranan.
Pernah menggunakan tepung gandum dari jenama yang lain dari Cap Sauh, cucur akak sedikit keras.
Jadi akak sarankan tepung Sauh amat sesuai untuk cucur ini

2.Bawang juga boleh menjadikan cucur kita lembut, terutama bawang Holland. Akak suka masukkan lebih-lebih bawang... memang lebih lembut kejadian cucur.

3. Jika masukkan jagung, memadai sedikit sahaja. Terlalu banyak boleh menjadikan cucur sedikit keras.

4. Campurkan sedikit minyak masak dalam bancuhan tepung pon menjadikan cucur lebih lembut.

5. Boleh juga gantikan minyak dengan butter untuk lebih lemak.

6. Telur juga salah satu bahan yang boleh memainkan peranan menjadikan cucur kita lembut.

7. Boleh juga masukkan separuh sukatan tepung dengan Tepung Cucur Adabi.
Maksudnya kalau guna 2 cawan tepung yang digunakan, pastikan 1 cawan  tepung gandum dan 1 cawan tepung 'Cucur Adabi'

8. Buat ‘ibu’/kanji – ambil 3 camca besar tepung gandum, tuang sedikit-sedikit  air panas yang baru lepas mendidih, kacau sebati dan lembut. Kemudian baru masukkan bahan lain untuk digaul.
Ibu’/kanji akan menjadkan cucur kita tu kekal lembut walaupun cucur tu sudah sejuk. 

9. Boleh juga dimasukkan baking powder atau sodium bikarbonat atau yis mauripan. Tapi selalu nya bahan ini menjadikan cucur kita naik yang secara tak langsung texture nya akan menjadi lembut .

Jommm....
Kita belajar  masak JEMPUT-JEMPUT JAGUNG yang simple, lembut dan sedap
Psssst... Nanti akak share 'SOS BAWANG  tiptop' favourite keluarga


Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 biji bawang holland (lebihkan)
1/3 mangkuk kecil isi jagung
1/2 mangkuk kecil hirisan daun bawang
1/2 mangkuk kecil hirisan daun sup
1 biji cili merah (dibelah 4, dibuang biji dan dihiris)
2 camca besar minyak masak
sedikit udang hidup

Bahan B (dibancuh)
1 cawan air (boleh dilebihkan jika adunan tepung masih belum berpalut elok)
sedikit garam

Bahan C
Minyak secukupnya untuk menggoreng.


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan B dalam mangkuk besar.
2. Curahkan bancuhan air garam sedikit- sedikit sambil gaul.  Pastikan bancuhan jangan terlalu cair.

3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Jemput adunan tepung dan goreng sehingga keperangan.
5. Angkat dan toskan atas tissu dapur.
6. Sedia untuk dimakan.

Haa ! Nampak tak ketulan-ketulan bawang Holland... Banyak tu

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Friday, 27 July 2018

CUCUR KODOK DURIAN ... mudah dan sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Salam Jumaat kepada semua sahabat se agama.

Semalam akak buat CUCUR KODOK DURIAN

Akak tau mesti hampa kata... 
'alaaaaa... cok kodoq pon nak post kat blog, macam lah tak tau sangat !

Ikut suka akak lah hahaha..

Coq-kodok ni nampak ja macam senang.
campak-campak pisang, tepung, gula dan sedikit garam dalam bekas !
gaul-gaul, ramas-ramas pisang tu
dah siap untuk goreng

Betul tu, akak setuju sangat !

Tapi kan ...
kadang tu,  bahan yang sama, cara yang sama, tapi bila siap digoreng jadi lembik, penyet,
kadang tu keras tapi tak lah sampai keras 'kedekong'

Kena juga tahu sukatan
keranuman pisang
dan jenis tepung juga mempengaruhi 'kejadian' cucoq kita

Untuk kali ini akak tambah durian
tak banyak cuma seulas kerana kebetulan isi durian ini berisi tebal jadi dah mencukupi 
cucuq bila dimasukkan durian, memang susah sikit ia nak naik gebu, jadi jangan risau... 
janji cucoq kita lembut, sedap dan tak lembek penyek !

Berbalik pada durian
sekarang ni ramai dah sedia maklum dengan 'demam durian'
akak pon tak ketinggalan
sekali hadap akak boleh habiskan 2 bji...hahaha
risau juga tu

Jomm..........


Bahan A
250 gram pisang emas ranum (~12 biji)
110 gram tepung gandum 'Cap Sauh'
3/4 camca besar 'penuh' gula putih
1-3 ulas durian (bergantung kepada ketebalan isi. Dibuang biji)
1/2 camca teh baking powder
1/2 camca teh Sodium bikarbonat
Sedikit garam

Bahan B
Minyak secukupnya untuk goreng tenggelam

Cara-Cara Menyediakan nya
1.Satukan kesemua bahan A dalam bekas, ramas sehingga pisang hancur dan sebati. Perap selama 15 minit supaya gula sebati dalam bancuhan

2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Basahkan hujung jari. Jemput adunan tepung dan goreng sehingga ke coklatan.
4. Angkat dan masukkan dalam penapis/pinggan yang beralas 'kertas tissu dapur' untuk serap minyak lebihan.

5. Sedap makan ketika suam-suam.
Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Thursday, 26 July 2018

JERUK PETAI ... Jom DIY. Lebih sedap, lebih terjamin kebersihan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Jom kita buat JERUK PETAI
Bagi pendapat akak, adalah lebih baik buat sendiri dari beli yang dijual di luar

Kenapa akak kata macam tu ?
Sebab pernah tengok sendiri keadaan tempat jeruk 'limau nipis' diperam oleh seorang peniaga di Pasar Chow Kit suatu ketika dulu.

Masa tu memang tengah 'gila' nak menjeruk limau nipis.
Ya la.... kan dulu akak suka buat acar limau untuk dipasarkan secara kecil-kecilan dikedai-kedai runcit.
Masa tu tengah 'gila' nak belajar berniaga, padahal gaji yang dapat bulan-bulan lebih dari mencukupi.
Alhamdulillah !!! Tak habis makan pon.

Tapi sebab nak merasa juga menjadi seorang 'business women', berniaga adalah dalam lebih kurang 2 tahun.
Hujung minggu bila balik kampung akak akan masak acar, kemudian pek cantik-cantik untuk dipasarkan di Kuala Lumpur. Ada juga  letak area Bukit Mertajam di kampung ni.

Walaupon permintaan amat-amat menggalakkan, tapi akak rasa tak mampu.
Masa tu mana ada pembantu... semua buat sendiri
Dengan mengopek, membasuh, memasak, mengemas dan pek; Kemudian hantar ke kedai ....
Fuhhh ! Letih !!!!!!!

Rasa tak sesuai lah !!!!!!!!
Lebih baik kerja office, walaupon stress dengan kerja yang menimbun, tanggungjawap menguruskan System IT dan juga anak-anak buah yang berbagai kerenah ..
..
Tapi sekurang-kurang akak dah merasa jadi seorang business women... tak lah 'berkunun'

Balik pada limau nipis jeruk ini
Kalau nak beli dah lah mahal, bersih belum tentu !
Jadi akak buat sendiri

Sambil-sambil memborong limau dipasar, perasan ada juga yang menjual limau jeruk ni.
Tapiii...  ya ALLAH ! Bekas yang digunakan untuk menjeruk..  teramat-amat kotor, dah tu diletakkan dibahagian bawah meja jualan bersama jualan-jualan simpatan/stok.

Tahu-tahu saja lah kawasan pasar, dengan kotor,  berlumut, smpah-sarap, dengan tikus berkeliaran dan sebagai nya.
Belum lagi kita tengok cara penyediaan nya, bahan yang digunakan, adakah dibasuh !
Jadi selagi boleh, buat sendiri lah !

OK .. dari PETAI dah melalut ke limau pulak !

Balik pada topik kita ... JERUK PETAI
Berapa hari lalu semasa melayari laman instagram, terperasan satu entry jeruk ini lalu di wall akak.
Emmm... nampak menyelerakan sangat !
Oh !!! By Puan Sri Zanita Ramli
Patut lah ...........

Selalu juga akak skodeng posting Puan Sri ni terutama bab resepi-resepi dan jeruk menjeruk.


Jommm..
Resepi asal rujuk instagram JERUK PETAI.
Terima Kasih Puan Sri...

Akak dah buat !!!!!

Tapi rasa tak sabar nak tunggu seminggu peram,
Dari hari pertama dok asyik jeling-jeling ja balang tu bila buka peti ais.

Masuk hari kedua pagi-pagi lagi, akak sambar 5 biji... sarapan nasi
ahaks  !!!
sedap nya  !
akak suka  .....................

Jommm...
Untuk bahan-bahan nya amat mudah


Bahan A 
8 papan petai muda (dibuang urat tepi dan dipotong 2 biji-2 biji atau ikut suka kita berapa biji pon)
5 1/2 cawan air biasa
3 sudu besar garam (paras rata)
2 sudu besar gula perang (paras rata) *Optional

Cara-Cara Menyediakan nya

1. Petai di basuh bersih.

2. Didihkan air dalam periuk.

3. Masukkan petai dan celur 'KURANG 1 minit ' (Tidak perlu lama untuk mengekalkan kerapuhan nya)

2. Angkat dan toskan air nya. Rendam dalam bekas berisi air paip sehingga petai sejuk. (Akak tukar air 2 kali untuk mempercepatkan proses).

4. Masukkan dalam bekas atau balang.

5. Satukan Air, garam dan gula dalam bekas. Kacau sehingga larut dan tuang kedalam bekas yang berisi petai.



6. Ttutup tudung dan simpan dalam peti sejuk. Tapi kalau nak letak diluar pon boleh. 
Dalam seminggu dah boleh NGAPP !

* Akak tak sabar, dari hari pertama dok asyik jeling-jeling ja balang tu bila buka peti ais.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Wednesday, 25 July 2018

TUMIS 'BAYAM TANAH' ... Untuk ibu yang menyusu


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Masih lagi nak kongsikan resepi sayuran hijau, yang akak masak khas untuk anak saudara yang sedang menyusukan si-kembar lelaki
 ..... Kembar Tak Se-Iras.
.......Comei-Comei cucu Tok Ndak ni
 hehehehe !

OK...
Semalam akak dah share resepi MASAK LEMAK TURI kan.
Sedap tu !

Yang ini pulak TUMIS BAYAM TANAH


Lepas ni akak kena rajin-rajin variatikan masakan sayur hijau supaya tak jemu dimakan.

Jommmm ikut akak ke dapur

Resepi ini akak cadangkan tak perlu garam mahu pon perasa tambahan kerana kita menggunakan ikan bilis.

Baik untuk kesihatan !


Bahan A
1 ikat sayur Bayam Tanah (diambil daun dan batang yang muda sahaja, Kemudian direndam dalam air dan ditoskan. Ulang beberapa kali untuk mengasingkan kotoran terutama nya pasir)

sedikit minyak untuk menumis
1 biji cili merah (di hiris menyerong)
1/2 camca kecil lada hitam serbuk
1/3 camca kecil lada putih serbuk

Bahan B (ditumbuk 3/4 hancur)
25 gram ikan bilis (dalam sejemput)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

* Tidak perlu garam
* Tidak perlu perasa tambahan

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga bertukar keperangan serta terbit aroma.
2. Masukkan bayam (tidak perlu diasingkan batang dan daun kerana batang nya bersaiz kecil dan ia mudah masak saperti daun nya).
3. Masukkan lada serbuk dan cili merah.
4. Rata-ratakan sekejap,  dan boleh terus diangkat untuk dihidangkan. Elakkan memasak terlalu lama kerana sayur akan terlalu layu dan hilang segala zat yang terkandung.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Tuesday, 24 July 2018

MASAK LEMAK TURI ...untuk ibu yang menyusu


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Hari ini resepi MASAK LEMAK TURI pulak; khas untuk anak saudara yang sedang menyusukan si kembar.

Akak memang jarang masak sayur turi ini.
Tapi selepas dimaklumkan oleh anak saudara, doktor yang merawat beliau; doktor pakar sakit puan Prof Dr. Hamid Arshat menyarankan supaya dilebihkan makan sayuran hijau terutama Daun Turi untuk menambahkan susu badan; maklum menyusu anak kembar,
Jadi akak terus kepasar keesokan nya mencari.

Tak susah sangat nak dapatkan daun-daun kampung ni di tempat akak; sebab ada beberapa peniaga yang berniaga sayur-sayur kampung ni.

Akak ambil 2 ikat dulu.
Satu ikat akak masak lemak; satu ikat lagi simpan.
Nanti kita tengok nak masak apa pulak

Biasa lah......nak juga tumpang sekaki !
Sedap tau ! lemak-lemak manis gitu......
Maklum jarang sekali akak masak sayur ni.

Jom kita mentelaah khasiat Turi yang akak pon baru tahu banyak kebaikan untuk kita semua ..........
Di sini akak share sebahagian saja ya, boleh google untuk dapatkan lebih lanjut yang terkandung.


Sumber : KESIHATANPEDIA

Khasiat Daun Turi
Selain bunga, daunnya juga dapat digunakan sebagai bahan untuk mengubati penyakit dan meningkatkan kesehatan tubuh.
Berikut ini selengkapnya tentang penjelasannya 

Demam nifas
Kisar 1/3 genggam daun yang sudah dibersihkan bersama ¾ cawan air dan sedikit garam. Ditapis dan diminum air nya.

Penambah Susu Badan
Ambil daun turi muda secukupnya, lalu dikukus. Dimakan sebagai ulam. Boleh juga dimakan bunga turi yang sudah di masak terlebih dahulu.
  
Ubat batuk
Siapkan daun turi merah dan daun inggu masing-masing 1 genggam kemudian tumbuk hingga halus,
tambahkan jus Limau Purut. Sebatikan, perah, tapis dan minum air nya

Keputihan
Ambil segenggam daun turi putih dan kunyit sebesar ibu jari dicuci kemudian giling hingga halus. 
Tambahkan ¾ gelas air minum, diaduk, diperas, dan disaring, lalu minum air perahan tadi 2 kali sehari.

Kuku bengkak akibat tersandung ataupun terkena pukulan
Ambil daun secukupnya lalu ditumbuk hingga halus. Tempelkan diatas kuku yang sakit dan kulit sekitarnya, lalut dibalut dengan kain kasa atau sejenisnya. Ganti 2-3 kali dalam sehari.

Radang Tekak
Rebus segenggam daun turi merah dengan air bersih secukupnya, lalu saring. Apabila sudah dingin, air rebusan tadi gunakan untuk berkumur. Lakukan kumur-kumur 4 kali sehari.

Sariawan & sakit tekak
Ambil daun secukupnya, cuci bersih lalu diremas-remas dalam bekas yang sudah ditambah air matang.  Gunakan untuk berkumur


Bahan A
1 ikat Daun Turi ('Raut' dan ambilkan daun nya sahaja). 
Air secukup nya (sekadar tenggelam)

Bahan B (Di kisar sehingga halus)
30 gram / sejemput lebih sikit Ikan Bilis
3 ulas Bawang Putih
6 ulas Bawang Merah
1/2 inci kunyit hidup
sedikit air

Bahan C
2 biji ubi keledek oren (dibuang kulit dan dipotong kiub sederhana besar) * Boleh juga menggunakan ubi keledek lain
1 batang serai (diketuk)

Bahan D
1 biji cili merah (dibelah 2)
1/2 kotak santan pekat
1/2 camca teh lada hitam serbuk
1/3 camca teh lada putih serbuk
1/3 camca teh perasa Ikan Bilis (sedikit saja)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga lembut (~ 30 minit)
2. Masukkan  bahan B dan C. Teruskan merebus sehingga ubi empuk.  (akak masukkan ubi selepas langkah 1 kerana ubi oren ini mudah empuk dan untuk mengelakkan ia hancur). 

3. Apabila ubi telah empuk (test... cucuk dengan pisau), masukkan bahan D dan perlahankan api. Biar sehingga kuah mendidih kembali sebelum angkat untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Monday, 23 July 2018

PARU GORENG '9 MIX SPICE' yang sedap ... cuba yang ini jika jemu goreng goreng biasa


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Resepi untuk hari ini ini PARU GORENG '9 MIX SPICE'

Kalau jemu dengan goreng kunyit, goreng jintan dan goreng Sambal paru yang kering,
Boleh cuba resepi yang ini pulak.

Amat mudah dan yang pasti amat sedap.

Menggunakan 5 MIX Spice.... campuran rempah ratus serba guna yang akak buat khas untuk  GOLDEN CHICKEN tempoh hari.
Masukkan lagi beberapa jenis rempah tambahan untuk lebih menyedapkan saperti lada hitam, lada putih, kunyit serbuk dan serbuk buah pala.

Boleh dimasak  untuk apa saja; ayam, daging, sotong, udang, limpa mahu pon paru.

Tak rugi kalau ada 5 MIX Spice ni ..........

Hari tu akak buat sendiri ja, sebab tak sabar-sabar nak makan.

Nak mudah, boleh order dengan Izzati Sobri di FB Chef Hassan Hen Mai Kongsi Resepi.

Jommm  ikut masuk dapurrrrrrrrrrrr.


Bahan A
300 gram paru
Air secukup nya utuk merebus

Bahan B
1 1/2 Camca kecil 'penuh' 5 MIX SPICE
1/2 Camca kecil Lada Hitam Serbuk
1/2 Camca Kecil Lada Putih Serbuk
1/2 Camca Kecil Kunyit Serbuk
1/2 camca kecil Buah Pala serbuk (optional)
1/2 inci halia (di hiris batang mancis)
Sedikit Garam (optional)

Bahan C
sedikit minyak untuk menggoreng (bukan goreng tenggelam)
1-2 pelepah daun kari
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'

Bahan D
8 ulas bawang kecil (di belah 4)
10-12 biji Cili Padi (di hiris menyerong)


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Paru dipotong kepada ketulan sederhana besar untuk memudahkan proses merebus.
2. Masukkan kedalam periuk, tambahkan air dan rebus sehingga masak dan lembut.
3. Toskan air dan potong kepada ketulan saiz kecil (ikut kesukaan )
4. Perap paru dengan bahan B selama 2 jam.

5. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan paru bersama daun kari.
6. Goreng sehingga paru sedikit mengecut. ,,, Tak perlu sehingga paru kering kerana texture akan menjadi keras dan liat
7. Tambahkan kicap masin, kicap manis dan sebatikan. Lebihkan kicap manis berbanding masin.
8. Akhir sekali masukkan bahan D. Ratakan sebentar dan angkat untuk dihidangkan.


5 MIX SPICE
Bahan A
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1  1/2 camca besar ketumbar biji
* setiap satu disangai  secara berasingan sehingga wangi. Kemudian satukan dalam pengisar kering dan kisar sehingga menjadi serbuk.
* Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan ditempat kering atau dalam peti sejuk dan boleh digunakan bila-bila masa diperlukan.



Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Thursday, 19 July 2018

CURRY KALE HIJAU yang mudah dan sedap !.... tak semua sayur boleh di masak kari


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Dah jemu makan kari ayam, kari ikan dan kari daging ? Apakata kita masak kari sayur pula.
Sedap tau !
2 dalam 1.. sayur dan lauk

Tapi tak semua sayur boleh dimasak kari.
Sayur dedaun yang sedikit keras dan tak mudah lecur /lembik memang sesuai
Contoh nya Kailan dan juga Kaler Hijau

Dah beberapa kali akak masak Kari Sayur sebegini..
Sedap kalau dapat meratah !!!!!



Sedikit info tentang Sayur Kale Hijau ini...

Sayuran Kale dianggap mempunyai manfaat kesihatan. Salah satu sifat yang mendakwa sayur ini adalah penawar kepada kanser. Selain lazat, Kale juga kaya dengan nutrien. Tidak hairan jika sayur ini dipanggil ratu sayuran.

Selain kaya dengan mineral, kale juga dimuatkan dengan antioksidan vitamin A, C dan K. Karotenoid dan flavonoid adalah sejenis antioksidan yang telah terbukti berkesan dalam mencegah kanser.




10 khasiat Sayur Kale Hijau (Sumber KINI SIHAT)

1. Menyehatkan Jantung
Kale hanya mempunyai 35 kalori, tanpa lemak dan sangat membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dan sihat untuk jantung.

2. Menyehatkan Mata.
Tiap 100 gram sayur kale segar menyediakan vitamin A sebesar 9500 IU. Jumlah yang sangat tinggi dan telah memenuhi keperluan vitamin A setiap hari. Vitamin A yang diperlukan oleh badan untuk menjaga kesihatan penglihatan. Zeaxanthin dalam sayur kale diperlukan oleh retina sebagai antioxidan dan mata penjaga. Dengan mengkonsumsi sayur kale secara teratur dapat mencegah katarak pada orang tua.

3. Melancarkan Pencernaan.
Kale dapat mencegah masalah yang berhubungan dengan pencernaan, seperti sembelit dan sukar untuk buang air besar. Hal ini berkaitan serat tinggi yang ada di dalamnya.

4. Mencegah Anemia
Daun kale banyak mengandung zat besi dan asam folat. Seperti diketahui, zat besi diperlukan dalam membentuk hemoglobin sehingga mencegah penyakit kurang darah.

5. Mengatasi Penyakit Artritis.
Makan sup kale dengan rutin dapat mengobati Arthritis penyakit. Hal ini disebabkan adanya anti-inflamasi dan omega-3 di dalamnya. Sup kale juga baik dikonsumsi oleh penderita asma dan penyakit autoimun.

6. Mencegah Penyakit Liver
Kale juga bermanfaat untuk mengeluarkan racun dari badan anda. Efektivitas ini disebabkan oleh kandungan sulfur dan serat yang melimpah. Perbanyak makan bila untuk detoksifikasi sehingga mencegah penyakit hati.

7. Mencegah Tulang Keropos
Kale juga diperkaya dengan kalsium yang sangat penting untuk menjaga kesihatan tulang. Sayur kale sesuai dikonsumsi oleh wanita yang rentan terhadap osteoporosis, disebabkan kandungan kalsium dan vitamin K di dalamnya.

8. Mencegah Kanker dan Alzheimer
Sayur kale kaya akan fitonutrien dan vitamin K. Kedua nutrisi ini berkesan untuk mencegah kanker, dan baik untuk pencernaan. Vitamin K juga penting untuk mencegah pembekuan darah, yang boleh memicu kerosakan saraf di otak seperti penyakit Alzheimer.

9. Sangat sesuai untuk diet
Bagi anda yang menjalani diet program untuk menurunkan berat badan, sebaiknya masukkan sayur kale ke menu diet anda. Kale boleh disantap bersama salad sebagai makanan bebas lemak. Jumlah serat yang tinggi dan lemak yang rendah, menjadikannya sayur-sayuran sebagai makanan terbaik. Sayur ini sangat rendah kadar kalori dan gula

10. Menyehatkan Kulit dan Rambut
Sayur kale mempunyai jumlah omega 3 dan vitamin E yang berlimpah. Keduanya sangat baik untuk meningkatkan kesihatan rambut dan kulit. Dengan rutin makan sayur kale, rambut akan tumbuh lebih cepat dan kulit pun lebih cerah.

Bahan A
1 ikat Sayur Kaler  (di kerat kasar)
3 ketul dada ayam  (boleh digantikan dengan daging)

Bahan B
minyak secukup nya utuk menumis
2 ulas bawang merah (dimayang nipis)
4 ulas bawang putih (dimayang nipis)
1 inci halia (dimayang nipis)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari

Bahan C (jadikan pes)
1 biji bawang besar (ditumbuk kasar)
1/2 camca kecil lada hitam serbuk
1/2 camca kecil lada putih serbuk
2 camca besar 'penuh' rempah kari daging
sedikit air

Bahan D
1 mangkuk besar santan sederhana pekat
perasa daging/ayam
sedikit garam
1 biji cili merah / hijau (dibelah 2)
1 jemput bawang goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga terbit aroma dan bawang layu.
2. Masukkan bahan C (pes rempah), diaduk rata, perlahankan api dan masak sehingga terbit minyak.
* Kacau selalu untuk mengelakkan ia berkerak.
3. Masukkan isi ayam, kacau-kacau sekejap dan terus masukkan santan. Biar sehingga kuah 'hampir' mendidih. * Jangan terlalu lama
4. Masukkan sayur Kale, perasa dan garam. Biar sehingga kuah mendidih kembali selama 6-8 minit (atau sayur lembut ).
5. Masukkan cili hijau/merah dan tabur denag bawang goreng
6. Siap untuk dihidangkan


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Wednesday, 18 July 2018

SHEPHERD'S PIE yang lemak manis berkrim ... minum petang untuk ibu berpantang


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Hari ini nak share resepi SHEPHERD'S PIE yang lemak manis berkrim

Akak sediakan ia minggu lepas.
Teringin sangat nak makan dah lama tau
Selera nak makan ni memang lebih dari orang berpantang... ahaks !!

Ya lah..
Setiap kali pergi pasaraya Tesco tak lupa beberapa biji kentang akak akan sambar

Tapi bila balik ja, jadi lain pulak
Kalau tak jadi lauk, ia akan jadi kecut sebab dah lama tersimpan dalam bakul 'katakan',
lepas tu buang lah ...
Aduhaiiii ! Membazir

Yang ini baru jadi.... Yess !


OK...
SHEPHERD'S PIE  yang akak masak ini memang akak buat sedikit kelainan, ia-itu akak bakar ia 2 kali.
Bakar pertama adalah untuk menyebatikan dan menggaringkan ia.

Kemudian keluarkan dari ketuhar, cucuk bahagian atas dengan garfu dan tuangkan sedikit bancuhan susu kedalam nya supaya ia lembab-lembab moist dan rasa nya lemak-lemak manis gitu!!!

Kemudian bakar lagi dalam beberapa minit tambahan dan siap untuk di santap  ....

Sedap yang amat makan panas-panas...



Resepi boleh dapat 7 cup saperti diatas...

UNTUK UBI
Bahan A
5 biji ubi kentang

1 camca besar Butter
1 camca kecil lada hitam serbuk
1/2 camca kecil lada putih serbuk
1 cawan fresh milk 'Dutchlady' (atau sesuaikan dengan kelembutan kentang)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan Ubi
1. Rebus ubi kentang sehingga lembut/empuk.
2. Toskan air rebusan dan ditanggalkan kulit nya.
3. Dalam keadaan panas, masukkan butter dan dilenyek sehingga hancur.
4. Masukkan bahan A yang lain dan sebatikan sehingga rata. Ketepikan.


UNTUK INTI
Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawah merah
5 ulas bawang putih

2 ketul isi ayam (bahagian dada)

1/2 batang lobak merah
1/3 tongkol jagung

1/2 camca kecil lada hitam serbuk
1/2 camca kecil lada putih serbuk
sedikit garam

1/2 biji bawang besar Holland
hirisan daun sup
hirisan daun bawang

Cara-Cara Menyediakan Inti
1. Panaskan sedikit minya dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam, kacau-kacau hingga 1/2 masak.. sekejap saja ya
3. Masukkan lobak merah dan jagung. Masak sekejap sahaja dalam beberapa minit untuk memastikan ia tidak terlebih masak.
4. Perasakan dengan lada hitam, lada putih dan garam.
5. Padamkan api, baru masukkan  bawang Holland, hirisan Daun Sup dan hirisan Daun Bawang. Rata dan angkat.


BANCUHAN SUSU
Bahan C
200 ml susu segar 'Dutch Lady'
2 camca kecil gula putih


Cara-Cara Menyediakan PIE
1. Panaskan ketuhar suhu 180C selama 15 minit.   Api atas/bawah tanpa kipas.
... Dan pada masa yang sama
2. Sediakan bekas / acuan yang sesuai. Boleh juga masukkan dalam mangkuk besar jika suka

3. Masukkan 1 camca penuh bancuhan kentang kedalam acuan. Tak perlu diratakan.

4. Masukkan pula 1 camca besar inti atau lebih jika suka. Sama... Tak perlu diratakan

5. Tutupkan  dengan  bancuhan kentang. Juga tidak perlu dirata kan.


6. Bakar selama 30-45 minit atau sehingga bahagian atas PIE sedikit keperangan.

7. Keluarkan dari Oven, cucuk bahagian atas pie dengan garfu dan curahkan bancuhan Susu.

8. Bakar lagi selama lebih kurang 10-15 minit.
9. Siap untuk dihidangkan .





Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Tuesday, 17 July 2018

ASAM REBUS CENDAWAN yang terlajak sedap .... Tanpa 'perasa tambahan' mahupon MSG


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Baru-baru ni akak diberikan sebungkus Cendawan yang segar bugar, mak-datok !!!!
Bukan bungkus kecik dikkk, bungkus besarrrr

Selalu beli dikedai, pek kecil-kecil saja, dalam tu ada lah beberapa kuntum
Kadang tu beli 2 atau 3 bungkus untuk sekali masak

Tapi yang ini dah berkali-kali masak pon masih ada balance dalam peti sejuk lagi..

Jadi hari ini akak belanja resepi ASAM REBUS CENDAWAN
Jarang menu ini di sediakan kan.
Akak pon pirst time buat ASAM REBUS CENDAWAN ni

Sebelum ini dah masak Sayur Air Cendawan, sedap yang amatttt, 
Manis asli gitu !
Tak payah lagi letak sebarang perasa tambahan mahu pon MSG...

Nak balancekan Cendawan yang mana orang kata 'sejuk' jadi akak tambahkan sedikit lada hitam dan lada putih.
Sedaplah pulak ! 

Jommmm..



Bahan A
1 mangkuk besar Cendawan

Bahan B (kisar sehingga halus)
1 mangkuk kecil Ikan bilis ~ 35 gram
15-20 biji cili kering (sesuaikan kepedasan yang disukai)
1/2 camca kecil lada hitam biji
1/2 camca kecil lada putih biji
15 ulas bawang merah
belacan sebesar ibu jari  dan lebih kan sikit
Air secukupnya

Bahan C
1 pokok Daun Kesum
1 kuntum Bunga Kantan
2 batang Serai (diketuk)
1 inci Lengkuas (diketuk) * optional
4 keping asam gelugor (sesuaikan kemasaman yang disukai)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan B dan C dalam periuk besar. Tambahkan air jika mahukan kuah yang lebih.
2. Rebus sehingga mendidih.
3. Agak-agak ia sudah sendidih selama 8-10 minit (untuk sebatikan rasa) baru dimasukkan cendawan.
4. Kecilkan api dan biar hingga ia mendidih kembali secara perlahan. (Jangan dibiarkan terlalu lama mendidih kerana nanti cendawan jadi terlalu masak  dan layu pulak !)
5. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my