Wednesday, 31 October 2018

SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI ... sungguh merecik-recik sedap nya !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ..........

Nampak gaya nya, akak kena mula latih diri untuk masak menu yang lebih sihat lagi.. sebab kebelakangan ni penyakit tangan kebas kembali lagi, 
Dulu pernah sekali, lama juga lepas makan ubat, buat fisio dan berkat doa, alhamdulillah dah berkurang.

Dan baru baru ni akak check kolesterol akak naik sedikit, mungkin ini penyebab nya
emmm nampak gaya nya kena control-control makan dah .

Jadi buat permulaan akak masak stim je lah.
Menu dari Thailand boleh rujuk disini IKAN SIAKAP STIM VERSI THAILAND

Kat pasar tu, kadang ada perkhidmatan menyiang ikan,  Kadang tu tak ada ........
Tapi kalau nak masak pada hari yang sama elok lah diminta si penjual tu siang kan awal-awal..
Tapi macam akak ni, kadang beli banyak sekali, 2-3 hari baru masak, jadi lebih elok  siang sendiri bila confirm dah nak masuk kuali.


Dulu akak guna pisau untuk membuang sisik ikan,
Sekarang dah pakai alat ini.. ... tapak paku yang diguna untuk mencucuk bunga hiasan. 
Bagus juga fungsi nya sebab mudah sangat untuk menanggalkan sisik, 

Ini lah hasil nya.....


Jom kita tengok resepi pulak

Bahan A
1 ekor ikan siakap 
1 batang serai (dikerat menyerong. Ambil bahagian pangkal ubi sahaja manakala bahagian atas masukkan kedalam bahan D )
sedikit akar dan daun ketumbar (dikerat sepanjang 1 inci)

Bahan B (Tabur diatas ikan)
1 batang serai (dikerat menyerong. Ambil bahagian pangkal ubi sahaja manakala bahagikan atas masukkan kedalam bahan D )
3 helai daun limau purut (carikkan)

Bahan C (Sos)
8 ulas bawang putih (dicincang halus)
5 camca besar Sos Ikan
1 biji limau nipis (diambil jus nya)
20 biji Cili padi merah dan hijau (dihiris nipis)
Sedikit gula kabung / Merah
Sedikit gula putih  
sedikit Daun Ketumbar (dikerat pendek) 

Bahan D (Air kukusan)
2 batang serai (bahagian hujung dari bahan A dan B)
3 helai daun limau purut
Air secukup nya untuk proses mengukus

Cara-Cara Menyediakan nya

1. Ikan dibuang sisik,dibelah perut dan dibersihkan.
2. Masukan bahan A yang lain (serai dan daun /akar ketumbar) kedalam perut ikan dan ketepikan.

3. Dalam bekas pengukus, satukan bahan D didalam nya dan pasangkan api.


4. Letakkan periuk kukus yang berlubang diatas nya dan letakkan bekas yang berisi ikan tadi, dan
tabur dengan bahan B.

5.Tutup tudung pengukus dan kukus selama 15-20 minit atau sehingga ikan masak.

6. Untuk Sos... Satukan kesemua bahan C kedalam mangkuk. Jus yang terhasil dari proses mengukus juga disatukan dalam mangkuk ini (Asingkan daun limau purut dan serai).
7. Ikan kukus dipindahkan kedalam mangkuk hidang dan curahkan sos ke atas nya,
8. Siap untuk dihidangkan

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Tuesday, 30 October 2018

LIDAH GORENG DAUN KUNYIT .. simple tapi lagi sedap dengan aroma daun kunyit


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lidah lembu yang akak beli hari tu masih ada baki 1/4 bahagian lagi kan !
 3 hari lepas akak dah share resepi SUP LIDAH yang ringkas dan sedap tanpa perasa tambahan !

Jadi hari ini kita jamu dengan resepi LIDAH GORENG DAUN KUNYIT pulak

Cara memasak nya mudah saja saperti kita goreng kunyit biasa tu,
Cuma 5 minit sebelum angkat, masukkan hirisan daun kunyit, kacau-kacau seketika dah boleh diangkat untuk dihidangkan.

Rasa nya memang tentu jauh berbeza dengan goreng kunyit biasa,
Sebab nya daun kunyit ini ada aroma nya tersendiri.

Jom lah cuba !,
Boleh guna resepi yang sama untuk ayam dan juga daging

Bahan A
1/4 bahagian lidah lembu
Air secukup nya untuk merebus sehingga lembut

Bahan B
3/4 camca teh kunyit serbuk
1/2 camca teh lada hitam serbuk
Sedikit garam

Bahan C
Sedikit minyak
1/2 inci halia *optional
3 biji bawang besar (dihiris tebal)
1 biji cili merah (dihiris menyerong)
30-35 biji cili padi kampung (merah dan hijau) * Boleh diganti dengan cili merah atau cili padi biasa
1 helai daun kunyit (dihiris nipis)
Sedikit kicap lemak masin 'kipas udang'
Sedikit kicap lemak manis 'kipas udang'

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Lidah dibasuh bersih dengan mengikis lendir-lendir dan kotoran (jika ada) menggunakan pisau dan kemudian nya ia dibilas bersih.
2. Masukkan kedalam periuk yang berisi air dan rebus kan ia sehingga lembut.
3. Keluarkan lidah dan kikis / tanggalkan kulit keras dibahagian luar.
4. Potong kepada ketulan mengikut saiz yang disukai dan gaul dengan bahan B, kemudian nya diperap 1/2 jam

5. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan lidah yang telah diperap tadi bersama hirisan halia. Goreng jangan terlalu lama kerana lidah sebelum ini telah pon masak.
6. Seterusnya masukkan bahan C yang lain dan ratakan (agak-agak 5 minit sahaja untuk mengelakkan bawang menjadi terlalu layu) boleh lah diangkat untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Saturday, 27 October 2018

SUP LIDAH ... mudah dan sedap tanpa perasa tambahan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada yang biasa makan lidah lembu tentu tahu betapa sedap dan nikmat nya nya rasa daging dibahagian ini
Texture daging yang kenyal-kenyal ditambah dengan rasa nya memang amat sedap apabila dikunyah.

Untuk kali ini akak masak sup untuk dimakan bersama bihun goreng yang akak masak di sini MEE HOON BAWANG CILI BILIS GORENG
Akak masak 3/4 bahagian untuk sup ini dan baki akak GORENG DAUN KUNYIT,
In Sya ALLAH resepi akan menyusul nanti ..

Kalau dari segi harga pulak ....
Jangan tak tahu yang harga bahagian lidah ini sama saperti harga daging... sekilo RM 36 di kawasan akak.
Mahal tu dek !!!!
Dah tu susah nak dapat, pesan pon kadang diambil orang lain...
Kerap sangat menjadi rebutan dipasar-pasar, al-maklum seekor lembu hanya ada 1 lidah sahaja berbanding daging yang mudah di dapati.

Untuk resepi sup lidah, akak memang tak masukkan sebarang perasa pon, kerana ia memang amat manis dan sedap berbanding rasa daging ...
Tiada sebarang rempah-rempah lain dimasukkan kerana akak masak sup versi jernih kerana nak menikmati kenakan bahagian ini

Jom kita tengok resepi mudah akak ini


Bahan A
Lidah lembu secukup nya * akak masak 3/4 bahagian sahaja
Air secukup nya untuk merebus

Bahan B
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis

3 biji bawang besar (dibelah 8)
6 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris kasar)
1/2 camca teh lada hitam serbuk
1/2 camca teh lada putih serbuk
Sedikit garam

Bahan C
Sedikit hirisan daun sup
Sedikit hirisan daun bawang
Bawang Goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Lidah dibasuh bersih dengan mengikis lendir-lendir dan kotoran (jika ada) menggunakan pisau dan kemudian nya ia dibilas bersih.
2. Masukkan kedalam periuk yang berisi air dan rebus kan ia sehingga masak.
3. Keluarkan ia air rebusan di simpan untuk proses seterus nya.
4. Dengan menggunakan pisau, kikis / tanggalkan kulit dibahagian luar lidah. Proses ini sepatutnya mudah.

5. Seterusnya hiris daging kepada saiz ketulan yang disukai dan kemudian nya masukkan semula kedalam periuk yang berisi air rebusan tadi.
6. Masukkan bahan B yang lain dan masak sehingga daging lembut.. ~ 20-30 minit tambahan.
7. 5 minit sebelum angkat, tabur separuh dengan bahan C dan siap untuk dihidangkan.

8. Sebelum makan tabur sedikit lagi bahan C kedalam mangkuk yang berisi sup.. dan selamat menghirup sup yang lazat ini .


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Thursday, 25 October 2018

SAMBAL TUMIS TALANG KERING ... bukan mudah nak dapat rasa sesedap air tangan arwah emak ! Kena simpan resepi ...



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pagi ni akak buat entry yang serba ringkas ya
Kalut nak pi kebun
Kena pi awal ni sebab sekarang ni dalam pukul 1.30 tengahhari saja dah mendung lepas tu hujan lebat.
Selalu nya akak balik kebun paling lewat pukul 2.30 pm
Paling awal sampai kebun lebih kurang 9.30 pagi

Resepi ini walau pon ramai pernah masak, akak pon dah banyak kali masak tapi selalu nya tak jadi sesedap air tangan arwah emak.

Tapi kali ini,  Alhamdulillah...
Akak kena simpan resepi ini walaupon biasa-bisa saja pada semua tapi ia adalah untuk rujukan hari mendatang akak.

Akak masak sambal ini petang, lepas balik kebun,
Lapar sangat, dah tak tahu nak masak apa,
Akak capai ikan talang kering, kebetulan ada stok dalam peti sejuk,
Kalau lauk lain kena rendam bagi cair dulu sebab beku dalam peti,

Akak fikir nak masak sambal tumis saja, sebab kebetulan ada balance cili kisar dengan bawang dalam peti ais.
Nasi pulak akak masak nasi lemak lagi, walaupon dah berkali-kali akak masak dalam tempoh terdekat ini, selagi sedap selagi tu akak masak.
Tak ada timun, tak ada ikan bilis, tak ada kacang, cukup sambal ikan kering ini

Akak hiris 2 biji bawang besar tambah dalam sambal sebab tengok macam cili nya tak berapa pekat,
Alhamdulillah kejadian sambal akak ini sebiji macam arwah emak masak, sedap sangat !!!!
Sambal yang tak diletakkan gula, cukup rasa ikan kering dan rasa masam, masin dengan yang aroma nya sedap sekali

Sedap sebab lapar... salah satu nya
Tapi bila kenyang pon, akak asyik ulang nasi berkali-kali,
Habis nasi lemak, akak ulang dengan nasi putih biasa pulak ........

Juga untuk keesokkan nya pon makan sehingga baki bekas-periuk pon sayang nak dibasuh, akak gaul dengan sedikit nasi ...
emmmmmmmmmm...


Bahan A
12-15 ketul ikan talang kering bersaiz sebesar ibu jari tangan
minyak untuk menggoreng

Bahan B (digoreng selama 1-2 minit secara berasingan dan dikisar halus)
15 biji cili kering
1 biji bawang merah (dipotong 4)

sedikit air

Bahan C
2 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
8 biji cili padi merah (di potong kasar) * untuk menambah kepedasan dan sedap
1 camca teh pes asam jawa 'Adabi'
Sedikit belacan
Sedikit garam *jika perlu

* Tidak dimasukkan gula


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan goreng cili kering dan bawang merah selama 1-2 minit secara berasingan dan kemudian nya dikisar sehingga halus.

2. Menggunakan minyak yang sama, goreng ikan talang kering sehingga masak, biarkan sedikit garing (warna bertukar kecoklatan) baru sedap.

3. Menggunakan minyak goreng ikan kering, tumis bahan kisar. Biar sehingga cili masak sedikit dan air mulai susut.
4. Masukkan bahan C yang lain dan perlahan kan api, masak sehingga kuah pekat dan terbit minyak.
* Minyak tak lah sebanyak/bergelidangan terbit kerana kita masukkan bawang hiris kemudian. Cuma sedikit sahaja... tak apa abaikan pasal minyak tu, yang pasti sambal ini memang sedap !!!
5. Siap untuk dihidangkan .
Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Wednesday, 24 October 2018

KENGSOM ... Asam Pedas Thai yang sangat sedap


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kebelakangan ni dapur akak jarang berasap disiang hari,
Maklum asyik berulang-alik ke kebun .
Status terkini... keadaan kebun dah 90 % cerah tapi tak lah sebersih ikut kemahuan akak !
Ada sikit lagi rumput nun dibelakang, juga akar akar pokok yang terjojol keluar.

Nasib baik pihak sekolah yang berdekatan hantar jentera 'Backhoe' untuk korek/tolak  rumput dan lalang, juga ranting-ranting kayu mati.

Lebih Kurang Macam ni lah 'Backhoe' tu. Gambar ihsan Google

Kalau akak buat semua jenuh berbulan baru siap.

Tapi kalau buat sendiri memang lah lambat sebab cara akak bila tebas, bukan tebas kot atas, tapi akak akan cabut sampai akar tunjang,
Kebaikan cara ini, tanah kita lebih bersih dan cantik.

Berbanding bila guna 'backhoe' di korek nya tanah-tanah tu dengan kuku gergasi, dah jadi tak rata tanah akak tu, berlubang-lubang. tinggi rendah.
Walau apa pon akak tetap bersyukur.
Disamping nak tanam sedikit pokok buah-buahan, akak plan nak bagi sekolah sebelah guna tanah untuk meletak kenderaan sekolah, kakitangan dan waris murid. 
Bukan sewa pon, bagi guna secara percuma dari dibiarkan begitu saja, pahala In Sya ALLAH untuk diri akak, saudara-saudara akak, arwah emak, ayah, datuk, nenek dan moyang-moyang sekalian.

Walaupon backhoe dah tarah, akak tetap membanting tulang juga,
Cabut mana yang tertinggal, sapu dan bakar sendiri.

Hari tu akak ada cakap dekat mudir sekolah nak supaya sampah2 tu dibakar.
Rupa nya kesesokkan hari, backhoe angkut keluar dari tapak. Dengan sampah, dengan tanah.
Mungkin dia lupa nak maklumkan pada pekerja nya ...

Haii makin rendah lah tapak tanah kebun akak !
Aduiiiiii !
Lambat sikit ja akak sampai kebun, dah separuh diangkut.
Nasib akak sempat halang yang  separuh lagi,
Jadi akak buat sendiri lah bakar dan tarik pelan-pelan, maklum kudrat perempuan.

Jadi bila balik tu tentu kepenatan,
Masak tentu tah kemana kannnnn !

Nasib ada jiran sebelah,
Kadang bila masak lauk special, adalah sepinggan / semangkuk untuk rumah akak.
Kalau tak ada pon, akak akan masak yang simple-simple saja..

OK lauk hari ini dari jiran akak Chef Nurul Jannah
Sedap tau ......

Jom kita tengok...
Dalam penat-penat, sempat lagi snap foto 
hahahaha !
Dah minat kan,
Kena pulak lauk special macam ni .........




Bahan A
1 ekor Ikan siakap saiz besar (dipotong 4)

Bahan B (di kisar halus)
8 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering
6 biji cili padi merah (ikut kepedasan yang disukai)
1/2 inci belacan (dibakar)
1 inci kunyit hidup
1/2 camca teh biji lada putih
1/2 camca teh biji lada hitam
Sedikit air

Bahan C
2 camca kecil Pes  Asam Jawa (ikut kemasaman yang disukai) * Boleh digantikan dengan jus limau kasturi / limau nipis
4 cawan air (sebagai kuah)
2 camca besar Sos Ikan
sedikit garam

Bahan D
1/3 biji nenas (dibelah 4 dan dihiris tebal)
Secekak sayur kangkung , sawi , rebung atau kailan * Ikut citarasa

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan B dan C dalam periuk dan rebus sehingga mendidih.
2. Masukkan nenas dan biar selama 5 minit baru dimasukkan Ikan dan perlahankan api, masak sehingga kuah mendidih kembali dan ikan masak sempurna.
3. 5 minit sebelum angkat baru masukkan sayur kangkung atau sawi.
4. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Sunday, 21 October 2018

MEE HOON BAWANG BILIS CILI GORENG ...sedikit kelainan yang amat sedap berselera

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat berhari minggu semua !
Selamat bersantai bersama keluarga tersayang di hari cuti ini.

Sarapan apa pagi-pagi ini ?
Kalau ada yang merancang nak goreng bihun, mee atau pon kwetiau, apa kata cuba buat sedikit kelainan saperti akak ni

Kita goreng semua cili, bawang dan ikan bilis sebelum tumis
Sedap tau !

Sejak menjak akak masak sambal tumis untuk nasi lemak hari tu, yang mana semua bahan ini akak goreng  dulu, dah saya satu kesukaan pula .

Jommm... masuk dapur !
Sat lagi akak nak ke kebun pula !
Sibuk dua minggu kebelakangan ni 


Bahan A
3/4 bungkus bihun (direndam 1/2 jam dan ditoskan air)

1 mangkuk besar taugeh (akak tak masukkan / tak ada stok)
1 ikat daun kucai (dipotong sepanjang 1 inci)
1 batang lobak merah (dipotong ikut suka)

Bahan B (digoreng selama 1-2 minit secara berasingan sebelum dikisar halus)
sedikit minyak masak
10-15 biji cili kering (ikut kepedasan yang disukai)
1 biji bawang merah (dibelah 4)
8 ulas bawang putih

sedikit air

Bahan C
2 jemput ikan bilis ~anggaran 35 gram  (digoreng selama 2 minit dan di tumbuk 3/4 hancur)

Bahan D
3 keping kek ikan (dipotong tebal)
15 biji bebola ikan (dibelah 2)
2 camca besar sos tiram
1 camca besar gula putih / perang
2 biji tomato segar (dibelah 4)
Tomato Sos * Optional / Akak memang tak nak masukkan
Udang hidup  / sotong / daging secukup nya
Sedikit air  * untuk melembutkan bihun semasa masak
sedikit garam
* Akak memang tak masukkan kicap sebab nak bihun ini bewarna merah ceria..

Bahan E
Daun Bawang
Daun Sup
Bawang Goreng
Cili Padi/Merah

Cara-Cara Menyediakan nya
1.  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng setiap bahan B secara berasingan selama 1-2 minit sehingga ia layu. Untuk cili boleh dilebihkan tetapi jangan sampai menjadi hitam/hangus. Kemudian nya di kisar dengan sedikit air sehingga halus

2. Ikan Bilis juga digoreng tetapi kemudian nya ditumbuk. Elakkan dikisar kerana ia akan rasa sedikit hampas, juga akan kurang terasa dalam masakan kita.

3. Panaskan kembali baki minyak goreng ikan bilis (kurangkan jika berlebihan), tumis semua bahan kisar sehingga harum dan air sedikit susut.
4. Masukkan ikan bilis dan terus masak sehingga terbit minyak.
5. Masukkan bahan D yang lain dan masak sehingga kuah mendidih.
6. Baru masukkan bihun. (jika menggunakan lobak merah, boleh dimasukkan ketika ini), ratakan  dan kemudian nya tutup tudung periuk supaya bihun masak sempuna/lembut dan tidak hancur. Kecilkan api sekecil yang boleh dan terus masak selama 10 minit
7. Masukkan bahan A yang lain (taugeh dan sayuran), rata kan sempurna dan boleh diangkat.
8. Tabur dengan bahan E sebelum dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Wednesday, 17 October 2018

NASI LEMAK R&R BUKIT GANTANG yang sedap.... alhamdulillah selepas try and error berkali-kali, akhir nya .....


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Alhamdulillah saperti yang dijanjikan hari ini akak nak share resepi Nasi Lemak yang akak cakap sebelum ini.
Nasi Lemak yang sangat-sangat sedap yang di jual di R&R Bukit Gantang, Lebuh Raya Utara Selatan arah ke Utara.

Cara nak menyediakan nasi nya...
Nasik !!!! Bukan Sambal !
Kalau sambal boleh ikut selera memasing.
Nak cuba Sambal akak pon boleh, rujuk di sini SAMBAL NASI LEMAK YANG SEDAP atau
SAMBAL NASI LEMAK SOTONG KERING ... serius gila...amat sedap !

Akak tak pasti apa bahan yang dimasukkan,
Tetapi nasi nya memang sedap !! Kalau rasa 'nasi sahaja' tanpa sambal dah terasa lemak ! lemak ! dan lemak !... bukan lemak nasi lemak biasa-biasa

Resepi akak mungkin tak sama, atau mungkin sama.
Sebab kalau dah tahu senang lah kannnnnnnnnnnn !

Tapi, setelah mencuba berkali-kali setiap kali masak nasi lemak alhamdulillah akak berjaya dapat rasa saperti mana yang akak mahu.

Kalau ikut komen anak saudara akak pulak, kata nya nasi akak lebih sedap lagi...pulak !

Sebenar nya nasi lemak sebegini pernah akak makan dulu-dulu sewaktu akak kecil lagi, Masa tu keluarga akak menetap di pekan Bukit Mertajam di Quarters Balai Bomba yang mana tepi balai tersebut ada sebuah kedai Kopi yang menjual nasi lemak seorang makcik. Nasi nya macam ni lah sangat-sangat sedap...


Nasi lemak versi akak yang part bawang merah, biji halba tu akak tambah sendiri ikut selera akak.
Tapi, kalau di R&R tu tak ada lah macam tu
Juga kalau ke R&R, jangan pula jangka kan nasi yang sebegini besar n padat dengan telur rebus dan ikan kering seketul besar.
Kat sana tu cuma sambal bilis dan ikan kering biasa saja... tapi tu pon sedap yang amat... larisssss

Part letak minyak masak pulak akak belajar dari jiran akak dulu yang berniaga nasi lemak, kata nya supaya nasi senang dibungkus dan tidak berderai...

OK... Jadi kalau ada yang nak cuba boleh cuba tau....


Jommm kita tinjau di dapur

Boleh dapat ~ 5 bungkus nasi lemak 'padat'


Sukatan cawan periuk nasi standard

Bahan A (Asas)
2 1/2 cawan beras
4 1/4 cawan air * Yang ini ikut sukatan anda masak nasi biasa. Sebab ada yang suka nasi keras, ada suka lembut. Akak pulak memang suka nasi lembut.
4 camca besar santan pekat * santan pekat tidak mempengaruhi kelembutan nasi, jadi tak perlu kurangkan air
1/2 inci halia (dihiris kasar)
3 helai daun pandan (disiat & disimpul)
garam secukup rasa


Bahan B (optional)
1/3 camca teh biji halba * menambah aroma
1 biji bawang merah kecil (dihiris nipis) * menambah rasa manis
2 camca besar minyak masak * Supaya nasi tidak berderai semasa membungkus

Bahan C (rahsia nasi)
Setiap bahan yang dibawah ini adalah untuk membantu menerbit dan menambah rasa lemak nasi supaya ia akan lebih terasa, bukan nya untuk memasam atau memanis kan nasi. Jadi penggunaan ia mestilah dalam 'kuantiti yang berpatutan', contoh jika letak asam gelugor lebih... nasi akan rasa sedikit kemasaman, terlebih gula batu... nasi menjadi sedikit manis dan jika terlebih aji... boleh menjadikan nasi terasa 'hayai' kata orang utara.

..gula batu sebesar camca teh.
..asam gelugor yang bersaiz camca teh  *basuh '10 minit awal (jangan rendam) supaya ia kembang dan mudah mesra dalam nasi semasa proses memasak.
..aji nomoto sikitttttt saja * hujung-hujung camca teh atau secubit menggunakan hujung 2 jari yang biasa akak buat. 
Ihsan Google
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua dalam periuk, sebatikan dan masak saperi nasi biasa.

2. Selepas lampu periuk bertukar ke warm, gembur nasi sedikit dan terus tutup tudung supaya nasi masak sempurna.






OK Selamat Mencuba...dan makan !

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Monday, 15 October 2018

SAMBAL NASI LEMAK SOTONG KERING ... serius gila...amat sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Akak masak nasi lemak lagi, maklum anak saudara akak tu bila akak bagi nasi bungkus yang akak beli di Kantin Sekolah dekat kebun akak, dia tanya nasi lemak ke ?

emm dah tau dah ni mesti ngidam nasi lemak dan SAMBAL NASI LEMAK YANG SANGAT SEDAP yang akak masak tempoh hari.

Untuk makluman adik-adik dan sahabat sahabat akak sekalian, alhamdulillah akak dah dapat resepi NASI LEMAK BUKIT GANTANG versi akak setelah beberapa kali try and error.

Ini response akak terima dari ahli keluarga sebelah rumah... ps... akak tak sempat nak tanya dah terima WSAP


OK..
Oleh kerana permintaan ramai, juga dari diri akak hehehe !, akak masak Sambal Sotong pulak dengan sedikit ikan masin.
Versi yang sama saperti SAMBAL NASI LEMAK YANG SANGAT SEDAP tempoh hari tetapi sedikit upgrade menjadikan sambal ini betul-betul meletop dari sebelum ! Sedap tau !!!!!!


Beza nya ........
Semua bahan-bahan akak goreng, Kemudian tambahkan ikan bilis tumbuk 'manja-manja', dan daun pandan 2 kali 'masuk' .

Jom hari ini akak share Sambal dulu ya..
Nasi akak masak sikit saja untuk diri akak sebab nak kekebun pagi-pagi ni, petang nanti In Sya ALLAH akak masak nasi dan share esok atau kemudian ya..

Berbalik kepada Sotong Kering yang nak buat sambal ini, akak teringat Sotong ini yang menjadi kegemaran arwah abang akak.
Dulu akak kerap beli di Pasar Chow Kit yang memang ada banyak pilihan

Tapi di Penang ni susah sikit nak dapat, dah tu pulak mahal yang amat !
Tak ada pulak 'ketulan batu putih (Abu Chang)'  bahan yang digunakan untuk melembutkan sotong. Aduhaiiiii

Bercakap pasal  'ketulan batu putih' ini, ia amat penting tau, Tak ada alamat ya  sotong yang dimasak aduhaiiii ! keras, liat yang teramat-amat walaupon akak dah rendam dengan air panas berulang-ulang kali selama sehari, lepas tu rebus pula berjam-jam.. tak ada beza pon.


Penyelesaian nya akak terpaksa potong nipis dan kecil-kecil, kalau tidak nanti ada yang ketepikan/tak makan, sayang ! Bukan murah ... akak beli 4 ekor dekat RM 50, sekilo harga nya RM 100.
Kalau di Chow Kit rasa dalam harga tu juga tapi tak lah sampai RM 100.

Jom... jangan lupa try, kalau tak ada sotong ini boleh juga guna sotong biasa atau ikan bilis sahaja, tapi pastikan bahan-bahan dan cara memasak nya sebegini ........

Kali ini sambal nya akak masak LEBIH !


Bahan A
2 ekor sotong kering saperi diatas (direndam bersama ketulan batu putih selama semalaman, kemudian dibilas beberapa kali, sebelum dipotong kepada kepingan kecil)

Bahan B
Minyak untuk menggoreng
70  biji cili kering (Cili Kering akak panjang sejengkal, kalau yang pendek tu boleh lah dilebihkan)
2 biji bawang besar (belah 4)
8 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering
2 camca besar ikan bilis
Belacan sebesar 2 ibu jari
* Semua bahan diatas digoreng secara berasingan selama 1-2 minit. Untuk cili kering tu lebih kan sedikit kerana ia banyak. Tapi jangan sampai hanggus, Tak perlu tunggu sehingga cili bertukar warna

Sedikit air untuk proses mengisar (tak perlu banyak)

Bahan C
3/4  cawan minyak masak
1 camca kecil 'penuh' pes asam Jawa 'ADABI'
3 helai daun pandan (disiat dan disimpul)

Bahan D
60 gram ikan bilis (ditumbuk 'manja-manja'/ lebam saja)
Gula kabung sebesar 4 ibu jari *
4 camca besar gula perang *
Sedikit garam
* Boleh masukkan gula kabung semua atau gula perang semua. Tambah atau kurang gula mengikut kemanisan yang disukai 

3 helai daun pandan... tambahan (disiat dan disimpul)
Tiada perasa tambahan


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Oleh kerana akak tak ada 'ketulan batu putih' diatas, selepas sotong direndam, akak potong kecil kecil sebesar 2 batang mancis dan rebus selama lebih kurang 1 jam, selain melembutkan nya juga menghilangkan bau sotong. Kemudian toskan air dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana dan goreng setiap bahan B secara berasingan untuk menerbitkan rasa yang lebih sedap dan sambal yang beraroma.
* Pastikan jangan terlalu lama terutama cili kering kerana ia cepat hangus.
3. Kemudian kisar bahan B dengan sedikit air sehingga halus.

4. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dan masukkan bahan C.
5. Masak dengan api yang perlahan sehingga sambal menjadi 3/4 pekat dan pecah minyak.
6. Masukkan sotong yang telah direbus dan bahan D kecuali daun pandan.
7. Teruskan memasak sehingga sambal kembali pecah minyak dan menjadi betul-betul pekat,
 baru masukkan tambahan daun pandan, dan masak lagi selama 20-30 minit dengan api perlahan.
8. Siap untuk dihidangkan

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Friday, 12 October 2018

BAWAL GORENG CUKA ... yang sedap dan sesuai kepada yang kurang berselera


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...


Ikan Goreng Cuka ini akak masak dah lama dalam pengujung tahun lepas.
Tapi terlupa pula nak dikongsikan.

Kadang tu gambar-gambar semua dah siap edit, cuma malas nak menyediakan entry, itu yang menyebabkan sampai terlupa.

Jomm...
Masak cuka sebenar nya elok untuk yang tak ada selera, kerana masakan ini ada rasa masam, manis, masin, pedas dan lemak ikan bawal yang membantu untuk membuka selera kita kembali.


Bahan A (gaul dan diperap 1/2 jam)
1 ekor ikan bawal. Boleh digantikan dengan ikan lain (dibersihkan dan dipotong kepada saiz yang lebih kecil)
sedikit kunyit  sebuk
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dimayang nipis)
4 ulas  bawang merah (dimayang nipis)
1 inci halia (di potong saperti batang mancis)
2 tangkai daun kari
1 camca teh biji sawi
1/2 camca teh halba

Bahan C
1/4 cawan cuka makan
3/4 cawan air
2 camca kecil gula
1 camca besar sos tiram *optional
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang' * optional
Sedikit garam

Bahan D
2 biji bawang besar (dipotong baji)
10 urat kacang buncis (dipotong menyerong)
1/2 biji lobak merah (dipotong panjang 2 inci dan dibelah 4 atau lebih) *
1/2 biji timun (dipotong panjang 2 inci, dibelah 4 dan dibuang empulur) 
 tak masukkan sb tak ada stok 

Bahan E
2 biji cili merah / cili hijau (dibelah 2. Biji buang atau tidak.. ikut suka)  * Boleh diganti dengan cili padi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga masak. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama (jika berlebihan bolehlah dikurangkan), tumis bahan B sehingga naik bau yang harum.
3. Masukkan bahan C masak sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan bahan D, biarkan sehingga sayur 1/2 masak
5. Terus masukkan Ikan yang telah digoreng dan bahan E. Ratakan.
6. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Wednesday, 10 October 2018

AYAM KAPITAN ... Lama mengidam lauk ini, memang yummy dan sedap sangat!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Keinginan nak merasa lauk AYAM KAPITAN memang dah lama,
Cuma baru ini berkesempatan untuk menikmati nya kerana kebiasaan nya ayam akan di masak kari, goreng dan masak cabai atau masak yang biasa-bisa tu.

Kerap kali mengintai lauk ini di Dapur Tanpa Sempadan yang di sediakan oleh Che Mat Gebu.
emmmm.... tengok foto-foto nya pon dah tau menyelerakan akak !

Menurut  beliau, resepi ini adalah resipi orang peranakan kaum Baba Nyonya yang mana masakan mereka juga boleh dikatakan fusion, iaitu menggabungkan bahan2 tertentu dalam masakan. Kari kapitan terkenal di Penang dan ia adalah salah satu masakan orang2 peranakan yang tersohor. 

Kuahnya masakan ini agak sedikit pekat dan rasanya tidak berapa pedas, tapi oleh kerana akak suka masakan pedas maka akak lebihkan cili kering.
Sesuai dimakan bersama nasi panas dan boleh juga dicicah dengan lempeng atau roti.


Resepi asal boleh rujuk disni AYAM MASAK KARI KAPITAN.
Terima Kasih Che Mat


Bahan A
1/2 ekor ayam (dipotong kepada ketulan sederhana)
4 helai daun limau purut
1/2 camca teh lada sulah * akak masukkan 1/2 camca teh lada hitam serbuk dan 1/2 camca teh lada putih serbuk yang dikisar sendiri

Bahan B
1/2 cawan minyak
1 cawan pati santan
1 biji limau nipis (perah jusnya) * akak gantikan dengan 2 biji limau kasturi
Gula secukup rasa * Akak tak masukkan
Garam
Air secukupnya

Bahan C (dikisar halus)
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras
4 biji cili merah * akak masukkan sebiji sahaja
8 tangkai cili kering * akak gunakan cili kering superhot ~ 12 biji
1 inci kunyit hidup
2 batang serai (hiris)
1/2 inci belacan
2 camca besar minyak masak * akak tambah untuk melancarkan proses kisar
Sedikit air

Bahan D (untuk hiasan)
Bawang goreng
Daun pudina

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ayam dipotong kecil atau ikut suka, cuci dan toskan, kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum hingga rata dan perap 15 minit. Cuci kembali hingga bersih. tos dan ketepikan.

2.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis  bahan C sehingga harum dan terbit minyak yang banyak. Pastikan guna api kecil dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia berkerak.
3.  Bila sudah naik minyak, masukkan ayam, daun limau purut dan lada hitam/putih, gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
4. Tuang sedikit air dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih kembali.
5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak hingga kuah pekat sedikit dan ayam masak.
6. Masukkan jus limau nipis (yang ni anda agak2 lah yea, masukkan sikit dulu, kacau dan rasa kuahnya, kalau perlu baru tambah lagi). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
7. Tabur bawang goreng dan hias dengan daun pudina sebelum dihidangkan..

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my