A

A

MASAK LEMAK 'NEGERI SEMBILAN' ITIK SALAI.... memang terlajak sedap !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ...

Lauk tengahhari ini MASAK LEMAK 'NEGERI SEMBILAN' ITIK SALAI.
Baki Itik Salai yang dibeli tempoh hari di Kuala Pilah Negeri Sembilan masih tersimpan dalam sejuk beku. 
Hari tu dah masak separuh di sini RENDANG ITIK SALAI.

Hari ni masak 1/4 bahagian saja.
Simpan lagi suku untuk lain kali pula.
Walau pun saya masak suku bahagian, tapi dapat banyak ketul juga sebab itik yang saya beli ini bersaiz besar.

'Masak Lemak Negeri Sembilan' adalah masak lemak tanpa menggunakan bawang.
Sambil masak lauk, masak nasi ! Nak makan panas-panas !

Walaupon tak dimasukkan bawang putih mahu pon bawang merah,
Tapi rasa nya.....Tetap Sedap !
Habis 3 pinggan juga lah ......sambil makan sambil nonton tv.


Jomm...

Bahan A
10-12 ketul potongan itik salai
2 batang serai (diketuk lebam)
1 keping asam gelugor
1 inci halia (di ketuk lebam)
1 inci lengkuas (di ketuk lebam)

Bahan B (di blend halus)
25 biji cili padi hijau
10 biji cili padi merah * Saya tambahkan untuk lebih pedas
1 inci kunyit hidup
sedikit air

Bahan C
1 helai daun kunyit (dihiris lebar)
1/2 kotak santan pekat
sedikit air sebagai kuah
1/2 kiub pati ayam/daging
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan bahan A dan B kedalam periuk dan masak dengan api yang sederhana sehingga isi itik menjadi lembut dan semua bahan /perencah sedikit pekat dan 'berpalut mesra' dengan isi itik.
2. Baru dimasukkan santan pekat dan lain-lain bahan C. Perasakan dengan garam.
3. Masak dengan api perlahan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
4. Siap untuk dihidangkan.


No comments:

Powered by Blogger.