BIHUN SINGAPORE


Assalamualaikum dan Salam Sejahterasemua !!!

Menu BIHUN SINGAPORE' boleh disajikan sebagai sarapan pagi atau pon untuk minum petang.
Memang sedap bau udang kering dan lada hitam .umphhh terangkat !

Jom kita semak RESEPI .....

1/2 paket bihun (beras) di rendam 1/2 jam dan disejat
4 genggam taugeh segar

BAHAN A
sedikit minyak
15 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (ditumbuk)
5 tangkai daun sup, dihiris sederhana panjang

BAHAN B
Fish Cake
Fish Ball
15 ekor udang hidup

BAHAN C
5-6 cawan air untuk dijadikan sebagai kuah (*kalau berkuah lagi sedap)
1 kiub Ayam KNOR
sedikit garam

BAHAN D (Untuk taburan)
1 biji cili merah
2 biji limau kasturi
Daun bawang
Daun sup
Kacang tanah yg telah digoreng

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bawang menjadi hampir keperangan dan daun sup menjadi layu.
3. Masukkan bahan B dan seterusnya diikuti bahan C.
4. Setelah kuah mendidih masukkan bihun.
5. Sebelum angkat, masukkan taugeh. Kacau sedikit -sedikit dan terus di angkat. (Jangan dibiarkan lama kerana taugeh akan layu dan lembik).
6. Tabur bahan D sebelum dimakan.

* Selamat menjamu selera.....

3 comments:

  1. Wow! kaya raya dengan pelbagai aksesori.... sedap!!!!!

    ReplyDelete
  2. Ayo Tunggu Apa Lagi, Segera Raih Kemenangan Besar Anda Hanya di ZeusBola Selaku Pusat Bandar Judi Online Terpercaya Dan Terbesar di Asia.

    ADA PROMO TERBARU DAN MENARIK!

    JANGAN SAMPAI KETINGGALAN!

    Segera Daftar Dan Dapatkan Jackpotmu Di Zeusbola!


    INFO SELANJUTNYA SEGERA HUBUNGI KAMI DI :
    WHATSAPP :+62 822-7710-4607


    ReplyDelete

Powered by Blogger.