KEK LAPIS SARAWAK (HOLIDAY INN)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....
Hari ni saya nak share resepi 'Kek Lapis Sarawak Holiday Inn' yang sangat SEDAP. Dengan texture kek yang halus ditambah dengan kelemakkan dan wangian butter yang digunakan, juga kelembutan dan kelembapan kek bertambah dengan ada nya jem dalam bancuhan tersebut.
Kaedah untuk bancuhan adunan yang selalu saya praktikkan adalah cara bancuhan yang tidak cerewet.
Jom kita semak RESEPI .....(Nota: untuk loyang 8 x 8)
BAHAN A
100g Gula Halus
200g Jem Nenas
450g Butter
30g Ovalete
300g Susu Pekat Manis
BAHAN B
10 biji Telur Gred A
BAHAN C
270g Tepung Hong Kong
BAHAN D
Mewarna Hijau, kuning dan merah
Cara-Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama sehingga habis
3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan saja.
4. Bahagikan kan kpd 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Cara-Cara melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.
8. Ulang step 3-7 diatas untuk hijau, kuning, dan Merah kembali sehingga adunan habis.
TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.
* Selamat menjamu selera .....
Cantiknya kejadian kek lapis sarwak tu... hanya yang memiliki tahap kerajinan dan kesabaran yang tinggi saja yang dapat menghasilkan kek yang sebegini... rasanya sudah semestinya sedapkan!
ReplyDeleteBetul kata Amie, Nak buat kek ni kena pastikan ada sedikit kesabaran dan kena fokus pada satu kerja saja. Tak boleh tinggal, Tapi Alhamdulillah hasil nya berbaloi..memang sedap kek ni.
ReplyDeletePernah buat kek ni..tp resipi brbeza sdikit. Rasa kek ni sangat sedap dan lmbut kalau dikukus.
ReplyDeleteSaya cukup sanjung kalau orang buat kek lapis sbb ianya memerlukan kesabaran kan.. terima kasih kerana share resipi ini.
ReplyDeleteBetul tu... Sbb saya ni paling mls nak melapis2...
Deleteagak berbeza dgn resepi ori holiday inn..thanks for sharing
ReplyDeleteKek holiday inn baru ni...
ReplyDeleteSlalu buat yg perisa milo ngan horlick tu..
Nak try buat lah yang ni... Mcm sedap jak...
klau xda tpg hong kong mcm mna ye?
ReplyDeleteTgh menggoogle cari resepi kek nie..tq :)
ReplyDeletePengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK
Nak tanya, nie pakai telur sepenuhnye ke atau putih telur sahaja?
ReplyDelete