TUMIS-TUMIS TAUHU BERAROMA
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua !!!
Hari ini saya nak kongsikan menu lauk tengahari ... 2 dalam 1. Boleh dijadikan sebagai lauk juga sebagai sayur.
Emm..... saperti biasa kalau anda perasan, kebanyakan lauk-pauk yang saya hidangkan amat simple, tak banyak ramuan yang diguna dan untuk menyediakannya pon amat mudah sekali. Langkah 1,2,3 4,5 dah siap !
Bagi saya tak semesti nya kita perlu menggunakan pelbagai bahan dalam masakan untuk menjadikan ia sedap. Yang penting apa bahan yang kita gunakan dan teknik-teknik kita memasak.
Contohnya,
1. Masakan akan menjadi kurang sedap jika bawang di mesin dalam blender berbanding jika di tumbuk.
2. Bahan tumisan mestilah betul-betul garing sebelum memasukkan bahan-bahan lain.
3. Rempah tumis mestilah benar-benar masak sehingga terbit minyak yang banyak.
4. Api yang besar/kecil semasa memasak
5. dan banyak lagi....
OK lah ... Jom kita semak RESEPI hari ini
BAHAN A
1/2 kilo daging (direbus sehingga empok dan dihiris nipis)
6 keping tauhu (dipotong 3 segi)
4 helai daun limau purut.
BAHAN B
Sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
3 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 biji bawang besar (ditumbuk)
1/2 camca besar lada hitam (ditumbuk)
2 batang serai (diketuk)
BAHAN C
Air rebusan daging + Air (sebagai kuah) anggaran 3 gelas
BAHAN D
2 biji cili merah (diketuk lebam-lebam)
1 kiub daging Lembu KNOR
sedikit garam
Cara-Cara Memasak:-
1. Daging direbus sehingga empok dan dihiris nipis.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis Bahan B sehingga hampir keperangan.
3. Masukkan Bahan C iaitu air dan masak sehingga ia mendidih.
4. Seterusnya masukkan Bahan D, tauhu dan daging.. teruskan memasak sehingga ia mendidih kembali.
5. Sebelum angkat masukkan daun Limau purut. .. SIAP
* Selamat menjamu selera ...
No comments: