KETUPAT PULUT DAUN PISANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari Raya, Tentu dah banyak buat kuih kan...
Saya kalau tak ada aral melintang, In Syaa ALLAH plan nak mula esok, buat ala kadar saja.
Esok dah mula cuti... cuti panjang.....

Raya ni anda buat lemang ke ketupat ?
Saperti tahun-tahun lepas saya akan buat ketupat. Tapi bukan ketupat daun palas tapi  daun pisang.
Kenapa ? Kerana ketupat ni akan emm............berbau lebih wangi dari ketupat daun palas.

Terkini Ketupat raya 2017

Jom kita semak resepi nya...

1 kilo BERAS PULUT biasa
1 1/2 kilo Santan Pekat dari 4 biji kelapa (Jika Pulut SUSU, santan lebihkan sedikit = 1750 gram)
18 gram Garam halus (Sukatan garam ini sudah cukup menjadikan pulut lemak-lemak manis)
2 camca besar gula putih

5-6 pelepah daun pisang (dilayur diatas api terlebih dahulu)
Tali rafia pula jika yang jenis tebal tu boleh lah dipecahkan kepada  4 supaya lebih halus tali nya.
Kalau rafia yang jenis nipis, 2 atau 3 pecahan pon boleh

Cara-Cara Memasak Pulut :-
1. Basuh pulut beberapa kali untuk memastikan ketupat tahan lebih lama.
2. Masukkan pulut, santan, garam dan gula kedalam periuk dan tanak saperti tanak/masak nasi biasa.
3. 3-10 minit pertama selepas pulut diletakkan atas dapur, Kacau Dibahagian bawah untuk mengelakkan ia berkerak. Jangan ditinggalkan sehingga santan betul betul kering.
4. Perlahankan api sekecil yang boleh dan tutup periuk saperti memasak nasi.
5. Masak sehingga pulut masak sepenuhnya atau 3/4 masak.

6. Sudukan pulut anggaran 40 gram keatas daun pisang, gulung dengan daun pisang disusuli dengan memadatkan pulut kebahagian tengah.
7. Potong untuk memperkemaskan lebihan daun pisang.
8. Ikat dengan tali rafia. Sekiranya pulut ditanak 3/4 masak, ikatan harus dibiarkan sedikit longgar. Tetapi jika telah dimasak sepenuh nya, ikatan bolehlah diperketatkan sedikit.
9, Kukus 45 minit - 1 jam

TIPS:
Jangan di-tinggalkan pulut semasa memasak kerana santan cepat kering dan hangit.

4 comments:

  1. salam. waaa..sedappnyaa. my mom akan buat ketupat ni every raya :)

    ReplyDelete
  2. w'salam, sama lah kita ya, sedap kan ...

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tahu asal ketupat ini dari mana?

    ReplyDelete
  4. Kt kg sy Semanggol Perak memang buat ketupat ni d samping ketupat daun palas
    Dr kecil smpi skrg dh umur 54 taon pon dok buat ketupat ni lg.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.