Friday, 27 March 2015

TOMYAM Sotong Kunyit


Assalamualaikum

Salam Jumaat semua..

Sama saperti semalam
terfikir-fikir nak masak apa ya dengan lauk sotong ni
Goreng kunyit ?
Celup Tepung ?
Sweet & Sour ?
Masak Kicap ?

nak masak senang-senang saja hari ni....
nampak gaya lauk sotong goreng kunyit ok

Potong-potong sotong, gaul kunyit dan garam
kupas ubi kentang .. potong kiub sederhana besar

goreng ubi... angkat
goreng sotong pula...
sambi-sambil goreng ....godek-godek peti ais
eh ! 
ada tomyam putih ADABI

bagus juga buat tomyam ni
ketuk 3 batang serai.. campak dalam kuali
masukkan sebungkus perencah tomyam
campur 4 mangkuk air
masukkan daun limau purut
Biarkan ia mendidih seketika
Siap...
sedap sedap sedap pulak .....

Bahan A
4 ekor Sotong (bersaiz besar dipotong mengikut saiz kesukaan)
serbuk kunyit
garam

Bahan B
1 biji Ubi kentang  (bersaiz besar dipotong kiub)

Bahan C
4 batang serai (diketuk)
1 bungkus perencah tomyam Putih ADABI
3 helai daun limau purut
1 biji bawang besar (dipotong 4)
Cili padi (jika suka pedas)

* Selamat menjamu selera ...

Thursday, 26 March 2015

AYAM PRUNE manis-manis buah


Assalamualaikum..

Buka peti ais...ada ayam and ikan
emmm... ayam !
nak masak apa ya ?
saya memang suka ayam goreng kunyit
sedikit minyak gorengan ayam di gaul dalam nasi memang mengancam selera saya
Jangan tak percaya ...
saya boleh tambah nasi hingga 3-4 pinggan
lagi lagi kalau ada
cili padi..dan nasi panas berasap
eh.. takut kolesterol naik pulak...

tapi ...
nak masak apa ya ?
nak cuba sedikit kelainan..
godek-godek google...
haaa....
dah jumpa ! Ayam Masak Prune .....dari dapor 'Masam Manis'

Boleh cuba ni
kena ubah suai sana sini nampak gaya nya, ikut bahan ja apa bahan yang ada di dapor

sedap !

Jom kita masak

Bahan A (diperap dan digoreng sehingga masak)
6 ketul potongan ayam
sedikit kunyit
garam

Bahan B
1 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga

Bahan C(dimesin halus)
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia

Bahan D
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar kicap manis ABC
1 sudu besar Sos Tiram
sedikit garam
5 biji prune (dibelah 4)

Bahan E
5 biji prune (dibiarkan sebiji sebiji)

Cara-Cara memasak
1. Ayam diperap bersama kunyit dan garam. Kemudian digoreng sehingga masak dan diangkat.
2. Sebahagian dari minyak gorengan ayam digunakan untuk menumis. Masukkan bahan B dan goreng sehingga sedikit harum
3. Masukkan bahan C dan D. Masak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan terbit minyak.
4. Akhir sekali masukkan ayam dan prune (bahan E) dan biarkan ayam 'mesra' bersama kuah anggaran 5-8 minit barulah boleh diangkat.

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 24 March 2015

IKAN MASAK CUKA... yang ber'aroma



Assalamualaikum

Ikan masak cuka memang menjadi kegemaran saya
dengan rasa cuka yang sedikit masam,
dengan aroma daun kari
ditambah dengan haruman halia
umphh...

gu kan pula dengan sambal belacan
layan nasi 2-3 pinggan
boleh saja ni.........

Jom kita terjah resepi dibawah ...

Bahan A
1/2 kilo ikan Sardin (Kalau nak gantikan dengan Ikan lain pon boleh)
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 inci halia (dihiris memanjang)
2 tangkai daun kari
2 sudu teh biji sawi

Bahan C
1/2 cawan cuka makan
1 kiub pati ikan bilis
sedikit kunyit serbuk
sedikit air untuk menjadikan ia berkuah
sedikit garam

Bahan D
2 biji bawang besar (dihiris tebal)

Cara-Cara Memasak
1. Ikan yang telah dibersihkan diperap dengan kunyit dan garam. Kemudian nya ia digoreng sehingga masak
2. Dengan menggunakan baki minyak gorengan ikan, tumis bahan B sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan C. Masak sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan Ikan. Biarkan ia mendidih semula selama 5 minit supaya kuah sedikit 'mesra' dengan ikan.
5. Sebelum angkat masukkan bahan D


Selamat menjamu selera ....

Monday, 23 March 2015

DADIH KELADI



Assalamualaikum

My favourite..........masuk mulut ja terus hilang
masuk hilang !
masuk hilang !
masuk hilang !
masuk hilang !

hahaha
resepi biasa biasa saja
simple simple
amat simple
saperti sebelum ini....dadih-perisa-keladi-selembut-salju.

Jom kita semak resepi ...

Bahan A
2 gram agar-agar tali
3 helai daun pandan
300 ml air

Bahan B
700 ml susu kotak 'Dutch Lady Full Cream'
100 gram gula putih
3-4 titis perisa Keladi (boleh dibeli dikedai menjual bahan-bahan bakery)

Cara-Cara Memasak :-
1. Masukkan kesemua bahan A kedalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga agar-agar larut.
2. Masukkan bahan B dan teruskan memasak sehingga gula larut dan susu mendidih sedikit sahaja.
3. Padamkan api dan biarkan ia sejuk sedikit  ~ 15 minit.
4. Tapis dan masukkan kedalam gelas untuk dibekukan.
5. Sejukkan dalam peti ais ~ 2 jam sebelum dimakan.

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 17 March 2015

GULAI NANGKA Mak Siti ...


Assalamualaikum semua ...

Nangka muda memang sedap kalau di buat gulai kan.
Kalau nak sedikit kelainan boleh juga dijadikan kerabu dengan perut muda lembu
emm.. bertambah-tambah nasi

Tapi kali ini ia dijadikan gulai a.k.a kari.
Dalam penyediaan gulai, rempah memang memainkan peranan utama
Lain rempah lain rasa nya
Kebiasaan nya saya menggunakan rempah BABAS
Tapi kali ini cuba menggunakan rempah MAK SITI

emm...
... kurang pedas
... kelainan rasa gulai
... kelainan haruman / aroma
dan yang pasti memang SEDAP

Jom kita semak resepi.

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
2 kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit halia (dihiris)

Bahan B
2 sudu besar penuh rempah kari daging 'Mak Siti'
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 cawan air untuk bancuhan rempah
2 keping asam gelugor
1/2 kilo daging (dipotong kecil)

Bahan C
1/2 biji nangka muda (direbus sehingga lembut dan ditoskan air nya)
Santan dari 1/2 biji kelapa
sedikit garam

Cara-cara memasak
1. Nangka direbus sehingga lembut dan ditoskan air nya
2. Panaskan minyak dalam periuk.
3. Tumis bahan A sehingga harum dan menjadi sedikit keperangan
4. Masukkan bahan B dan masak sehingga terbit minyak yang banyak dan rempah sedikit pekat.
5. Akhir sekali masukkan bahan C.
6. Teruskan memasak sehingga kuah mendidih selama 7-10 minit.

* Selamat menjamu selera ...

Friday, 13 March 2015

BIHUN GORENG Bawang Putih



Assalamualaikum ...
Salam sejahtera ...
Salam Jumaat ...

Sarapan pagi dengan bihun goreng, menjadi salah satu menu kegemaran keluarga saya
Kali ini kita layan bihun goreng bawang putih
Bawang putih memang lah digunakan dalam semua masakan
Tetapi jika kita gunakan dalam kuantiti yang lebih rasa nya menjadi sedikit kelainan.. sedap

Tetapi pastikan bawang putih tersebut ditumbuk.
Jangan sekalikali blend(mesin hancur) bawang putih
Dan bawang tersebut akan digoreng sehingga keperangan/hampir garing untuk menjadikan ia lebih enak

Jom kita semak resepi

BAHAN A
sedikit minyak
2 tongkol bawang putih (ditumbuk hancur)
2 ulas bawang merah(ditumbuk hancur)

BAHAN B
6 biji cili kering (diblend halus)
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan gula putih
5 ekor sotong hidup
sedikit kicap masin 'Kipas Udang'
1/2 kiub pati Ikan Bilis

BAHAN C
1/2 bungkus bihun (direndam 1/2 jam dan ditoskan)

BAHAN D
Segenggam Taugeh
Sayur Sawi/Kucai

BAHAN E
1 ketul Tauhu (digoreng sekejap)
Daun bawang
Cili merah
Limau (Kasturi atau nipis)

Cara-Cara Memasak
1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan A. Goreng sehingga bawang putih menjadi hampir keperangan atau sedikit garing.
2. Masukkan bahan B dan teruskan memasak sehingga kuah menjadi sedikit pekat
3. Masukkan bahan C, gaul-gaulkan seketika sahaja 
4. Tutup tudung kuali dan perlahankan api. Biarkan bihun masak dengan api perlahan.
5. Sebelum angkat masukkan bahan D
6.Hidang bihun dengan bahan E.

* Selamat menjamu selera ...



Friday, 6 March 2015

PUDING SAGU Gula Merah



Assalamualaikum

Aduhaiii sedap nya ...
Aduhaiii nyaman nya ...
Aduhaiii suka nya ....
Aduhaiii best nya ....

Biasa lah saya, kalau dah suka, akan ulang buat berhari-hari.
Bukan saya saja, jiran rumah ... anak kakak pon sama.
Sehingga kan anak saudara yang lain bersuara ... pi sana puding sagu, mai sini puding sagu, pi jalan pon bawa puding sagu....

ahaks.....hehehe

Bahan A (Puding Sagu)
1 cawan sagu kecil
3 cawan air
3 sudu besar gula putih
2 helai daun pandan simpul
Pewarna hijau dan merah (boleh gunakan sebarang warna yang disukai)

Cara memasak:
1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam. Kemudian toskan
2. Didihkan air bersama daun pandan. Kemudian masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi.
    Kacau2 selalu supaya tidak berkerak.
    Jika air hampir kering tetapi sagu masih belum jernih, boleh lah ditambah sedikit air.
3. Bila sagu hampir jenih keseluruhannya barulah dimasukkan gula.Tutup api.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang disukai.
5. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan

Bahan B (Untuk Manisan) 
1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara memasak:
1. Satukan semua bahan B diatas, masak hingga gula larut dan agak pekat.
2. Tutup api, tapis dan sejukkan.

Bahan C
1/2 kotak susu cair (Full Cream) Dutch Lady

Cara menghidang:
1. Masukkan sirap gula merah kedalam mangkuk
2. Potong sagu dan masukkan kedalam mangkuk.
3. Curahkan susu cair. Siap
4. Untuk lebih enak lagi, sejukkan dahulu sebelum makan.

* Selamat menjamu selera ....

Sumber resepi : Teratak Mutiara Kasih

Thursday, 5 March 2015

MEE GORENG Dakwat Sotong


Assalamualaikum

menu sarapan pagi saya hari ini ....
simple tapi menyelerakan ...

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dibelah 2 dan dipotong besar)

Bahan B
10 ekor sotong (dibersihkan. Biarkan Dakwat hitam yang terlekat pada kepala sotong)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Sos cili
2 sudu besar Kicap manis ABC
5 tangkai cili kering (mesin halus)
sedikit air

Bahan C
Mee kuning basah
Sedikit lobak merah
Sayur Sawi

Cara-Cara Memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bahan A sehingga naik bau dan hampir keperangan
3. Masukkan bahan B. Masak sehingga kuah hampir pekat.
4. Akhir sekali masukkan bahan C.

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 3 March 2015

PAU DONUT KENTANG Inti Daging


Assalamualaikum

Dalam seminggu ni dah masuk 3 kali buat donut guna resepi yang sama 
Kali pertama dan kedua donut biasa saja, tabur dengan gula.
Kali ni ubah sikit. Ganti gula dengan itni daging... atas permintaan kakak.

Kenapa dah 3 kali buat donut ?
emmm... kalau nak tau... kena buat dan rasa sendiri.
lembut lembut... lembutttttt...sangat... 
walaupon dah sampai ke malam......................

DOH PAU
Bahan A
1 biji kentang  (direbus sehingga masak, dibuang kulit dan dilenyek halus )
1/2 sudu teh garam
250 gm tepung gandum
1 biji telur ayam
2 sudu besar susu tepung
70 ml air ais
1 1/2 sudu besar shortening / margerin / butter(saya gunakan shortening)
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh baking powder
1 3/4 sudu teh yis segera (Mauri-pan)

Cara-Cara mengadun
1. Masukkan kesemua bahan A diatas kedalam mangkuk adun (pastikan garam dan yis dimasukan secara berasingan untuk mengelakkan yis 'mati' apabila terkena garam. Untuk lebih mudah, ikut turutan yang diatas) .
2. Putar dengan kelajuan perlahan selama lebih kurang 8-10 minit. 
3. Perap selama lebih kurang 30-40 minit supaya doh naik 2 kali ganda.
4. Tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.

5. Jemput doh anggaran 25 g setiap satu, bulat dan lobangkan untuk memasukkan inti.
6. Susun dalam dulang yang terdahulu ditabur sedikit tepung untuk mengelakkan ia melekat.
7. Biarkan selama 8-10 minit sebelum menggoreng.

INTI
Bahan B
2 sudu besar minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih

Bahan C
sedikit daging (dihiris kecil)
1 sudu besar rempah kari Daging 'Babas' + sedikit air

Bahan D
1/2 kiub pati lembu
1 sudu besar gula
sedikit garam
2 ketul ubi keledek (saya gunakan keledek yang berkulit merah kerana rasa nya lebih manis), dibuang kulit, dan dipotong kiub. Direbus separuh empuk)
Daun sup
cili merah (jika ingin sedikit pedas)

Cara-cara memasak
1, Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan B sehigga sedikit keperangan dan masukkan bahan C. Masak sehingga rempah menjadi pekat.
3. Perasakan dengan kiub daging, gula dan garam.
4. Masukkan Ubi keledek (yang telah separuh masak tadi). Tutup dengan tudung periuk dan biarkan selama 5 -7 minit.
5. Akhir sekali masukkan daun sup dan cili merah.

* Selamat menjamu selera ....

Sumber Resepi: Donut Kentang Masam Manis