NASI AYAM HAINAN yang terlajak sedap ........





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ...

Hari ini saya nak kongsi resepi nasi ayam Hainan yang Alhamdulillah 'memang-memang-memang' terlajak sedap'.

Sebenar nya hajat hati tu nak buat saperti 'Nasi Ayam Yunnan' yang famous di KL dan Bangi tu.
Tapi tang nasi tu masih belum menjadi lagi saperti yang di idamkan walaupon dah belajar dari 'Tokey' nasi ayam tu. Mungkin ada beberapa tips yang masih terlindung.   Tak apa pelan-pelan.

Walau bagaimana pon apa yang terhasil adalah diluar jangkaan.
Bak kata orang sekarang  'Terlajak sedap' ... setanding dengan nasi ayam Yunnan tu.

Nasi ayam nya lembuutttt sangat sebiji sebiji walaupon saya menggunakan beras biasa.
Ayam yang begitu 'moist'
Sambal dan Kicap yang amat menyelerakan
Sup yang simple tapi memang terangkat habis.
* Sehinggakan saya boleh makan dan 'tambah berpinggan' nasi dan sup sahaja setelah kehabisan ayam.

Dah sebut pasal nasi ayam Yunnan ni, siapa-siapa yang dok KL boleh lah singgah di PNB Darby Park untuk menikmati nasi ayam ini. Atau yang tinggal di bangi pon boleh cari restoren nya. Boleh search Google.
Nasi nya memang sedap ! Lemak dan terasa. Nasi ayam yang 'Paling Sedap' yang pernah saya beli.
Semasa saya masih berkhidmat di Bangunan PNB boleh dikatakan ini lah menu saya hari hari selain dari 'Nasi Ayam Goreng Kunyit' yang dijual kedai bersebelahan.
Saya ni boleh dikatakan dah jadi pelanggan tetap di situ, adik/Tokey disitu pon dah tahu selera saya, kalau saya pergi je, mesti  mereka akan sediakan Cili Padi khas untuk saya dan 'SUP nak lebih'
Harga nya RM6 satu set..masa tu lah, sekarang kurang pasti. Tapi jangan risau ayam nya memang banyak ! Puas makan

Dah tinggal jauh ni, kalau nak makan nasi ayam kena masak lah jawap nya

Jom kita semak resepi nasi ayam Hainan yang 'memang terlajak sedap' ni..
Kalau tengok pada resepi rasa saperti biasa saja kan..
Tapi tektik memasak/menyediakan yang berlainan menjadikan masakan kita rasa tidak sama saperti biasa.
Ini adalah kali pertama saya memasak nasi menggunakan lemak ayam dan dengan menggunakan beras biasa pon nasi saya saya menjadi 'seroi' tapi teramat lembut sekali.

Untuk 10 orang makan

Bahan A (Sup)
Ayam 1 ekor (dipotong kepada 4 bahagian, di asingkan lemak-lemak ayam)
1/2 periuk air ('rice cooker standard size') yang akan menenggelamkan keseluruhan ayam semasa merebus
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam

Bahan B
daun sup
daun bawang
bawang goreng

Bahan C (Perapan ayam)
Kicap masin 'Kipas Udang'
2 sudu besar Sos Tiram

Bahan D-1(Nasi)
* Minyak dari Lemak ayam
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun pandan (dikerat 4)
1/2 sudu teh kunyit serbuk

Bahan D-2
6 pot beras (anggaran 800 gram)
10 pot air
1/2 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam

Bahan E (Sambal Cili)
10 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 sudu besar gula putih
jus air limau kasturi dari 3 biji
sedikit garam

Bahan F (Kicap)
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
Kicap manis 'Kipas Udang'
lebihan dari bahan perapan ayam (C)
sedikit minyak dari gorengan ayam

Bahan G
Timun
Tomato biji
Daun Salat

Cara-Cara Memasak Sup
1. Didihkan air dalam periuk sehingga ia 'mendidih membuak-buak'.
2. Kecilkan api sekecil-kecil yang boleh dan masukkan betulan-ketulan ayam dan tutup tudung periuk. Biarkan ayam masak secara perlahan sehingga air mendidih kembali  (anggaran masa 1.30 jam bergantung kepada saiz ayam dan kuantiti air)
3. Keluarkan ayam dari periuk dan masukkan kedalam bekas yang berisi 'ketulan ais + air sejuk'. Ini adalah untuk memastikan yang proses memasak isi ayam terhenti yang akan menjadikan isi ayam terasa begitu 'moist' sekali.
4 Dalam periuk berisi rebusan ayam,  masukkan hirisan halia, bawang putih, garam dan kiub KNOR.
5. Siap. Sebelum hidang taburkan dengan bahan B

Cara-Cara Memasak Ayam
1. Keluarkan ayam dari air rendaman ais dan lumur dengan bahan C. 
2. Perapkan selama 10 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam secara 'Touch and Go' ia-itu anggaran 10-15 saat sahaja sekadar memastikan sos tiram dan kicap melekat pada ayam. Tidak perlu terlalu lama kerana isi ayam telah pon masak dan untuk memastikan ia kekal 'moist'.
4. Renjis dengan Minyak bijan semasa menghidangkan nya 

Cara Memasak Nasi
1. Dalam kuali, masukkan lemak-lemak ayam dan goreng sehingga ia cair (tidak perlu ditambah sebarang minyak semasa menggoreng).
2. Dalam 'rice cooker', masukkan minyak ayam dan tumis bahan  D-1 sehingga bawang putih 'betul-betul garing'.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan di toskan air nya. Goreng seketika anggaram masa 5 minit. Ini adalah untuk memastikan beras tidak hancur semasa proses memasak.
4. Masukkan air, kiub ayam dan garam. Rata kan dan biarkan nasi masak saperti biasa.

Cara Menyediakan Sambal Cili
1. Kisar kesemua bahan E kecuali jus air limau kasturi dan garam.
2. Apabila siap masukkan baru dimasukkan jus air limau kasturi dan garam dan ratakan.

Cara Menyediakan Kicap
1. Satukan bahan F dalam periuk dan masak seketika sekadar ia mendidih
Pastikan bahan tumisan untuk nasi betul betul garing

Beras yang digoreng seketika

Ayam yang direndam dalam ketulan ais



10 comments:

  1. Salam,

    Kak Gee mendera jiwa dan raga sayaaaaa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, Nak ubat ye Honey ? Haaa,....Kena masuk dapur masak !

      Delete
  2. as slm kak gee.. sy bru berkesempatan cuba resepi nasi ayam akk ni.. memang sedap.. mabeles.. en somi pn suka.. cara masak ayam tu pn best.. ayam tu juicy sgt.. x kering.. thank ye kak.. share resepi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Selamat mencuba.
      Saya memang menggunakan resepi ini setiap kali menyediakan nasi ayam. kerana hasil nya ...isi ayam nya amat juicy dan lembut, texture nya tak sama spt ayam yang direbus spt biasa.
      Sup nya pula amat sedap walaupon simple bahan nya

      Delete
  3. Salam kak gee.ayam tu rebus selama satu jam setengah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah Air mendidih membuak-buak, terus kecilkan 'api SEKECIL-KECIL YANG BOLEH' dan masukkan ayam, kemudian tutup tudung periuk supaya wap tidak keluar dan biarkan ayam masak perlahan-lahan. Memang mengambil masa sedikit tapi mungkin tak sampai 1.30 jam, bergantung kepada saiz ayam dan kuantiti air

      Apabila air rebusan 'hampir-hampir mendidih' boleh lah dipadamkan api.
      ** Tak perlu sampai mendidih pon untuk mendapatkan isi ayam yang 'moist'...

      Delete
  4. Alhmdulillah,da test..mmg mabeles dan sy suka sgt..trima ksh n mhon halal resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan terima kasih kerana mencuba.
      Resepi yang selalu saya guna pakai bila masak nasi ayam...suka sangat

      Delete
  5. Keren Infonya jangan lupa main kesini untuk kawan kawan yang suka main slot online pulsa tanpa potongan ya

    WDRSLOT
    https://167.71.208.137/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.