DALCA TULANG ...versi Utara yang sedap, beraroma lagi !
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Memang dah lama nak makan roti cicah kuah dalca
Bila nak buat ja, baru perasan ada saja sayur yang tak cukup lengkap
Semalam baru tercapai hasrat selera ni
Semasa proses memasak, aroma dalca ni..
uhhh !!! menusuk hidung
Sedap nya .... aroma daun pandan dalam dalca
Bila menumis pula lagi lah..
alahaiiii
Tak sabar-sabar nak makan
Dalca ini kalau nak makan, dicadangkan kita tabur dengan sedikit bawang putih cincang fresh
Dan kalau nak pedas lagi tambahkan dengan hirisan cili padi
Boleh dimakan dengan roti bakar, roti canai atau pon bersama nasi
Sedap nya............
Jomm.. kita masak versi utara ya...

Bahan A
400 g tulang lembu
3 camca besar kacang dhal (dibasuh bersih dan direndam semalaman)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 camca besar rempah daging
3/4 camca besar rempah sup
1 camca teh serbuk kunyit
air secukup nya untuk merebus tulang
2 ulas bawang putih (diketuk lebam)
Bahan B
2 biji ubi kentang (dibelah 4 atau 6 mengikut saiz)
1 biji lobak merah (dipotong tebal)
1 biji terung bulat (dibelah 4)
1/2 camca besar lada hitam (di tumbuk halus)
1/2 kotak santan pekat (kotak kecil)
air secukup nya sebagai kuah
6 biji jagung muda (dipotong tebal)
6-8 urat kacang buncis (dikerat menyerong)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1/2 kiub pati daging lembu
sedikit garam
Bahan C
minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum buah pelaga
3 tangkai daun kari
1/2 inci halia (dihiris nipis)
1/2 mangkuk hirisan daun sup
6 ulas bawang merah (dihiris nipis)
6 ulas bawang putih (dihiris nipis)
Bahan D
4 ulas bawang putih (di cincang halus)
4 biji cili padi merah (dihiris nipis)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam periuk dan rebus sehingga daging pada tulang empuk dan angkat.
2. Sekiranya kacang dhal jenis lembut, ia akan hancur dengan sendiri. Tetapi jika masih keras, keluarkan dhal dari periuk dan blend hancur dan masukkan kembali kedalam periuk.
3. Masukkan kesemua bahan B (kecuali buncis, jagung dan bawang) kedalam periuk dan rebus dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Sekira nya ubi kentang jenis yang cepat empuk masukkan ia kemudian bersama sayuran yang lain.
4. Setelah sayuran yang dimasukkan tadi 3/4 lembut, terus masukkan baki sayur yang tinggal saperti buncis, jagung dan bawang. Perasakan dengan garam dan kiub daging.
5. Setelah kuah mendidih semula boleh lah diangkat.
6. Didalam kuali yang berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan C sehingga bawang hampir garing.
7. Angkat dan tuangkan (bersama minyak) kedalam periuk yang berisi dalca yang telah dimasak tadi.
8. Sebelum dihidangkan, tabur dengan bawang putih cincang dan cili padi potong.
* Selamat Menjamu Selera ...

Teruja nya tengok dalca tulang ni! Open for order please :)
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com
Buat untuk makan keluarga ja Fatin... Lain dari Dalca mamak yang begitu simple. Tapi yang ini memang sedap
DeleteSedapnya! Makan sambil hirup2 kuahnya.
ReplyDeleteCicah roti putih, roti canai atau makan dengan nasi putih pon sedap PH
Delete