SPAGHETTI BOLOGNESE ... Untuk ku !!!

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Juga........
Salam Jumaat yang barokah untuk semua ...

emmmm.....
Nampak gaya hari ini boleh rehat-rehat lah sikit
Baki lauk yang dimasak semalam masih ada lagi
Cukup lah untuk dimakan pada hari ini

Dan......

Dapat pula rezeki di pagi ini ...Semangkuk SPAGHETTI BOLOGNESE dari jiran sebelah
Disediakan oleh anak saudara yang memang rajin memasak dan kini kembali menjenguk dapur; maklum sebelum ini lebih menumpukan pada kuliah kejururawatan beliau.

Walaupon simple tapi ya ALLAH memang sedap dimakan dengan tempe goreng.
Memang kena sangat dengan selera saya

Jommm...


Bahan A
500 gram spaghetti

Bahan B (diblend halus tanpa air / ditumbuk)
8 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering

Bahan C
3 camca besar minyak zaitun atau minyak biasa
1 camca besar butter  (optional)
4 biji tomato segar (didadu)
1 camca besar tomato puri
3 biji cili kering (dihiris pendek)
1 mangkuk udang hidup yang bersaiz sederhana
1/3 kiub stok daging ayam (optional)
1 mangkuk hirisan daun parsley
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs 
Sedikit chili flakes
Sedikit garam

Bahan D
Bawang goreng
Tempe goreng
Hirisan Daun parsley

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masak air sehingga mendidih bersama 1 camca besar minyak masak. Apabila mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga lembut dan ditoskan air nya. Ketepikan.

2. Panaskan minyak zaitun dan sedikit butter didalam kuali. Tumis bahan B sehingga terbit aroma dan bertukar sedikit keperangan.
3. Masukkan tomato puri, tomato segar, stok ayam, cili kering dan masak sehingga tomato layu.
4. Masukkan udang hidup, cili flakes, daun parsley dan herba Oregano.
5. Apabila udang 3/4, terus masukkan spaghetti yang telah direbus tadi dan  perasakan dengan garam

Selamat Menjamu Selera ...




4 comments:

  1. Wah! Menariknya hidangan spaghetti!
    Selamat menyambut tahun 2017. Senyum-senyum selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun Amie. Moga tahun akan mendatang membawa lebih keberkatan dalam kehidupan kita . Aaminn

      Delete
  2. Spaghetti ada tempe goreng lagi tu mesti best barat + timur kann boleh tiru ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.