ROTI TELUR SPECIAL ... Lembut dan sedap !!!

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Selamat Berhujung minggu

ROTI TELUR SPECIAL ... Lembut dan sedap !!!
Sejak akhir-akhir ni selera sedikit berubah ...
Nak makan kuih lah, nak makan roti lah
Macam macam...

Ikut ja lah selera kita kan
Kita yang nak makan, kita masak lah
Kalau nak beli pon belum tentu tepati selera sendiri

Jadi semalam saya masak roti telur
Teringat sewaktu kecil dulu, saya lah yang selalu masak roti ini untuk adik
Boleh kata hari hari
Maklum...
Adik saya memang tak makan nasi sejak dari kecil hingga kini
Makanan asasi nya adalah roti dan yang sewaktu dengan nya

Tapi roti telur yang saya sediakan dulu tu simple ja
Cuma telur, bawang dan garam.
Kadang tu tambahkan juga daun bawang..
Nak masukkan cili atau lada tak boleh kerana tak makan pedas pula... masa tu lah

Bakar dengan margerin
Cicah Sos Tomato Ketchup

Jomm kita layan ROTI TELUR SPECIAL
Sebenar nya saya bukan lah peminat roti
Kalau makan pon paling banyak 2 keping
Tapi yang ini boleh habiskan sampai  3... kira banyak lah tu
Dan malam pula repeat lagi 4 keping

Roti ini memang lembut kerana saya masukkan Thousand Island dan Mayonise
Dan rasa nya tak boleh cakap lah.....


Bahan A
Roti putih secukup nya (yang sudah siap dipotong)
Buttercup

Bahan B
2 biji telur ayam
1 biji bawang besar (belah 4 dan hiris sederhana tebal)
1-2 biji cili  padi (dihiris nipis)
3/4 sudu teh lada hitam (yang telah ditumbuk)
1/2 camca besar Thousand Island
1/2 camca besar Mayonise
sedikit hirisan Daun Sup
sedikit hirisan Daun Bawang
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan B dalam mangkuk dan kocak-kocakkan ia.
2. Panaskan kuali pembakar roti
3. Letakkan sedikit butter dan ratakan pada dasar kuali
4. Ambil bancuhan telur dan letakkan pada sebelah muka roti, ratakan dan telangkupkan pada kuali.
5. Agak agak roti sudah keperangan baru dibalikkan dan bakar pada sebelahan yang satu lagi.
6. Ulang sehingga habis bancuhan telur.

* Selamat Menjamu selera ...


4 comments:

  1. Wah, sedap ni! Yang PH pernah makan ialah roti telur biasa aje.

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya nampak roti telor ni..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.