SOTONG KURITA MASAK HITAM ... Kena cuba ni !!!
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...Menu SOTONG KURITA MASAK HITAM ini saya sediakan beberapa hari lalu.
Resepi ini biasa nya khas untuk daging.
Tapi kali ini saya kenakan ia pada sotong pula
Memang sangat-sangat sedap
Dalam lauk ini saya tak masukkan gula ya...
Hanya menggunakan kicap sahaja.
Lagi pon saya memang kurang gemar lauk-lauk yang manis kecuali pajeri dan acar
Garam pon saya hanya masukkan semasa saya perap sotong itu saja.
Jomm...kita masak
Bahan A (diperap 1/2 jam)
1/2 kilo sotong kurita
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk
Bahan B
minyak untuk menumis (lebihkan sedikit dari biasa)
2 tangkai daun kari
6 kuntum bunga cengkih
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Bahan C (dikisar sehingga halus)
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan putih
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
sedikit minyak sekadar membolehkan bahan dikisar
Bahan D
1 camca kecil lada hitam (di tumbuk)
1 camca kecil lada putih (di tumbuk)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan kuali dan tumis bahan B sehingga terbit aroma yang harum dan bawang bertukar sedikit keperangan.
2. Masukkan bahan C (bahan kisar) dan masak dengan api yang kecil. Proses memasak ini sedikit lama untuk memastikan rempah ratus masak dengan sempurna dan rempah menjadi pekat dan terbit minyak yang bergedengan.
3. Masukkan bahan D. Lebihkan penggunaan kicap kerana ini akan menjadikan lebih lemak dan sedap.
4. Masukkan sotong dan ratakan. Masak sehingga air sotong susut dan kuat pekat kembali.
* Siap dan boleh dihidangkan

Kicap Lemak Manis Kipas Udang
Kicap Manis ABCCara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan kuali dan tumis bahan B sehingga terbit aroma yang harum dan bawang bertukar sedikit keperangan.
2. Masukkan bahan C (bahan kisar) dan masak dengan api yang kecil. Proses memasak ini sedikit lama untuk memastikan rempah ratus masak dengan sempurna dan rempah menjadi pekat dan terbit minyak yang bergedengan.
3. Masukkan bahan D. Lebihkan penggunaan kicap kerana ini akan menjadikan lebih lemak dan sedap.
4. Masukkan sotong dan ratakan. Masak sehingga air sotong susut dan kuat pekat kembali.
* Siap dan boleh dihidangkan
sotong kurita ni rupa mcm mn kalau fresh haha. nmpk sgt xpernah tgk. tak pernah jumpa kat pasar pulak..
ReplyDeleteBoleh google dalam internet Azura. Tapi ada yang kurang jelas.
ReplyDeleteInsya ALLAH, saya cuba potretkan bila beli nanti.