Wednesday, 26 April 2017

DAGING GORENG TOMATO ... Antara resepi dari keratan Akbar


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Lauk DAGING GORENG TOMATO
Adalah antara beberapa resepi dari keratan akbar yang menjadi favourite suatu ketika dahulu.
Resepi yang disiarkan pada setiap hujung minggu dan sentiasa ditunggu-tunggu.

Masih teringat-ingat akan keenakan lauk daging ini.
Resepi asal nya tak tak tahu dimana disimpan maklum ketika itu tak terlintas nak menyimpan sebagai koleksi.

Beberapa hari lalu ingat-ingat lupa, lalu di mencuba dan alhamdulillah rasa nya lebih kurang saperti yang pernah saya sediakan dahulu.

Jommm...


Bahan A
300 gram daging (dihiris sederhana besar)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Air untuk merebus

Bahan B (dikisar kasar,)
12 biji cili merah (cili segar)
1 biji bawang besar
5 camca besar minyak masak
* Tidak menggunakan air
* Cara mengisar... kisar 1 saat  dan Off, kisar 1 saat  dan Off. Ulang beberapa kali.

Bahan C
Minyak untuk menumis
3 camca besar Sos Cili Thai 'Live'
1 biji Tomato Segar (dibelah 8)
2 keping asam gelugor

Bahan D
2 helai daun Limau Purut (dicarik)
Sedikit kicap masin Kipas Udang
Sedikit Garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam kuali dan rebus sehingga daging empuk dan air susut hampir kering.
Jika daging masih berkeadaan liat, tambahkan air lagi dan teruskan merebus.
2. Masukkan bahan B, C dan kecilkan api. Masak dengan api perlahan sehingga sambal hampir kering dan cili masak sempurna.
3. 10 minit sebelum angkat, masukkan daun limau purut dan perasakan dengan sedikit kicap dan garam. (Kicap tak perlu banyak untuk mengelakkan warna daging bertukar kehitaman).

* FHA Selemak Santan

Sunday, 23 April 2017

CUCUR & KUAH PASEMBOR MAMAK ... Memang Menyelerakan !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam berhujung minggu !!!

Saperti biasa saya suka menyediakan Cucur sebagai sarapan pagi mahu pon minum petang.
Cucur adalah kuih yang paling mudah disediakan.
Tak kisah lah samada Cucur Bawang, Cucur Udang, Cucur Jagung atau pon Cucur Sayur.
Sebenar nya cucur ini boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing.
Lagi berselera jika dapat juadah ini panas-panas !

Untuk kali ini memang sedap sangat ....
Dimakan dengan Kuah Pasembor gitu.
Tak perlu lah cukup lengkap timun, tauhu, salat bla-bla-bla....
Kalau yang simple simple begini pon dah berebut dimeja makan kannnnn !

Tapi kalau ada bahan sampingan yang lain lagi elok.

Jomm...


Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
3 camca besar tepung sagu
1/2 mangkuk besar taugeh
3 pokok kucai (dikerat pendek)
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
1 biji telur ayam
20-25 ekor udang kertas kecil

Bahan B
1 cawan air 
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Sediakan air garam dengan menyatukan bahan B. Kacau sehingga garam larut.
2. Satukan kesemua bahan A dan tuang air garam diatas sedikit demi sedikit sehingga semua menjadi sekata.
3. Panaskan minyak didalam kuali. Jemput  adunan cucur dan masukkan dalam minyak yang panas dan masak dengan api yang sederhana. Pastikan api jangan terlalu kecil kerana akan menyebabkan cucur menyerap minyak.
4. Goreng sehingga cucur kekuningan baru di alihkan.
5. Apabila cucur telah cukup masak dan sedikit garing baru diangkat dan ditoskan atas kertas minyak.



KUAH PASEMBOR

Bahan A
200 g ubi keledek berwarna oren
100 g udang kertas halus
50 g kacang tanah
8 biji cili kering
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah
2 cawan air
3 sudu besar gula putih
1/2 ketul gula melaka
1 sudu besar asam jawa dan perahkan dengan 1/4 cawan air
4 keping biskut merry
Sedikit garam
Sedikit Pewarna oren merah * jika menggunakan ubi putih

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ubi keledek dibuang kulit, direbus sehingga lembut dan dikisar halus.
2. Udang jangan dibuang kulit dan kepala nya, cuma dibasuh bersih, panaskan sedikit minyak dan goreng sehingga garing. Ini akan menjadikan kuah lebih beraroma.
3. Kacang Tanah digoreng dengan menggunakan sedikit minyak.
4. Cili kering juga digoreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup tapi jangan terlalu hitam.
5. Bawang putih dan bawang merah digoreng layu.
6. Satukan udang kering, kacang tanah, cili kering, bawang dan kisar sehingga halus.
7. Masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi bersama keledek ke dalam periok. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
8. Apabila kuah sudah mendidih kecilkan api, masukkan air asam jawa, dan gula.
9. Rendam biskut merry,  lenyekan ia dan masukkan dalam kuah yang sedang reneh.
10. Masukkan beberapa titis pewarna jika warna kuah kurang 'oren' dan perasakan dengan garam.

* FHA Selemak Santan

Tuesday, 18 April 2017

CHAR MEE ... Mee yang lembap memang menyelerakan !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

CHAR MEE ini saya sediakan beberapa hari lalu sebagai minum petang.

Resepi nya adalah sama saperti saya sediakan CHAR KWE TIAU with HOMEMADE KICAP/SOS dahulu.
Maklum makan hari tu belum puas lagi....Sedap !!!!
Cuma beza nya saya gantikan kwetiau dengan Mee.
Juga saya 'skip' telur kerana ingin menikmati rasa asli Kicap yang saya sediakan yang bersalut lembap pagi mee.

emmm... amat menyelerakan !!!!



KICAP / SOS 

Bahan A
1 kilo kerang
2 batang serai (diketuk lebam)
1 inci halia
Air untuk merebus *akan digunakan dalam penyediaan Kicap

Bahan B
2 labu bawang putih (dicincang halus)
2 biji bawang besar (ditumbuk)
12-15 biji cili kering (dimesin halus) * Boleh ditambah jika mahu lebih pedas
1 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Sos Cili Thai
2 camca besar gula putih * boleh juga gantikan dengan gula melaka
1/2 camca besar Lada Hitam (ditumbuk)
1/2 camca besar Lada Putih (ditumbuk)
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
* Tiada penggunaan garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kerang dibasuh sehingga bersih kemudian satukan dengan semua bahan A dan direbus sehingga masak.
2. Keluarkan kerang dan saring air rebusan (buangkan sedikit air dibahagian bawah yang kemungkinan terdapat baki pasir yang keluar dari kerang semasa proses merebus tadi)

3. Panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis bawang putih sehingga ia bertukar kewarna keemasan.
4. Masukkan bawang besar dan terus menggoreng sehingga bawang besar juga hampir garing.
5. Masukkan bahan B yang lain termasuk air rebusan kerang. Lebihkan kicap Manis berbanding Kicap Masin.
6. Masak dengan api yang perlahan sehingga kuah kicap susut air nya dan terbit minyak.
7. Siap dan boleh digunakan untuk menggoreng Kwetiau atau pon mee....


Bahan A
Minyak dari Kicap/Sos diatas
Sebungkus Mee (dibasuh sekejap dibawah aliran air)
Bebola Ikan
Kek Ikan
Udang Segar
Kicap/Sos diatas
Sawi
Isi Kerang
Taugeh
Telur (* Saya tak masukkan)

Cara-Cara Menggoreng
1. Masukkan sedikit minyak  kedalam kuali. Gunakan minyak yang terampai dalam Kicap/Sos Char  diatas.
2. Masukkan hirisan bebola dan kek ikan. Goreng sehingga 3/4 masak.
3. Masukkan udang dan goreng seketika.
4. Masukkan mee, sendukkan kuah Kicap/Sos  secukup nya dan ratakan sedikit.
5. Terus masukkan sawi dan isi kerang. Ratakan lagi.
6. Masukkan taugeh.
7. Jika menggunakan telur ...Tolak ketepi kuali dan pecahkan telur. Carik-carik telur dalam kuali supaya ia cepat membeku kemudian ratakan dengan mee.
8. Siap dan boleh dihidangkan ...

* FHA Selemak Santan

Friday, 14 April 2017

BERGEDIL KELEDEK BER'DAGING ... Juadah berbuka lagi


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Salam Jumaat

BERGEDIL KELEDEK BER'DAGING lauk berbuka lagi
Sebenar nya saya sediakan bergedil ini beberapa hari lalu.
Goreng hari tu separuh saja.
Separuh lagi simpan untuk stok hari berikut nya.

Tapi disebabkan hari dah petang, saya tunda saja fotographi nya ke semalam selepas goreng yang berbaki.
Yang ini saja yang tinggal untuk berbuka semalam.

Bergedil kali ini memang sedap sebab saya menggunakan ubi keledek kuning yang berkulit unggu.
Isi keledek ini amat manis berbanding keledek kuning atau oren yang biasa tu.
Jadi bila dimasak bergedil, selain pedas, lemak dan berperasa ia juga manis ubi yag sangat sedap !!!


Jommm..

Bahan A
2 ketul keledek kuning sederhana besar *keledek oren kurang sesuai kerana isi nya terlalu lembik (direbus sehingga empuk, dibuang kulit dan di lenyek/tumbuk)
200 gram daging pejal (direbus/tak perlu sampai lembut dan dihiris kecil)
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris nipis)
2 camca besar bawang goreng
1 mangkuk kecil hirisan daun sup
1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
3 biji cili padi merah (dihiris nipis)
1 camca besar tepung jagung
1 camca besar tepung sagu (Kalau tiada,boleh digantikan dengan tepung jagung)
1 camca besar sos tiram
1 biji telur kuning
sedikit garam

Bahan B (disatukan dan dikocak sehingga berbuih)
1 biji putih telur
2 camca besar air biasa

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A diatas dalam satu bekas dan digaul rata.
2. Ambil sejemput mengikut saiz bergedil yang dikehendaki, bulat-bulatkan kan dan kemudian leperkan ia. * Boleh juga dibulatkan saja ia. Buat sampai habis.
3. Panaskan minyak dalam kuali (seelok nya gunakan kuali non-stick),
4. Celup ketulan bergedil dalam putih telur dan goreng.
* Pastikan bahagian bawah bergedil sedikit keperangan baru dialihkan.
Oleh kerana kita menggunakan tepung sagu/jagung ini, In Sya ALLAH bergedil tak akan berderai.

* FHA Selemak Santan

Thursday, 13 April 2017

ASAM PEDAS DAGING TETEL ... Asam Pedas di Restoren Terkenal


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Masih lagi lauk berbuka semalam ASAM PEDAS DAGING TETEL
Teringat akan lauk ini yang pernah saya makan di satu restoren 'Asam Pedas' yang famos di Setiawangsa suatu masa dulu.
Tunggu berjam juga lah nak makan.

Untuk berbuka semalam, saya tak masak banyak
Cukup untuk 2 kali makan saja.. berbuka dan bersayur



Bahan A
300 gram daging tetel

Bahan B
Minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih (ditumbuk/cincang)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

Bahan C
2 biji bawang besar (ditumbuk)
1/2 inci halia
2 batang serai (diketuk lebam)
12 biji cili kering + sedikit belacan (diblend halus)
1/2 mangkuk kecil jus asam jawa
1 pokok daun kesom
1 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
sedikit garam 

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga bertukar keemasan.
2. Masukkan bawang besar, halia dan serai dan terus menggoreng sehingga bawang merah juga hampir garing.
3. Masukkan cili kisar dan jus asam jawa dan besarkan api. Apabila sambal mula mendidih masukkan daging perlahankan api sedikit. dan masak sehingga pecah minyak dan daging empuk. 
Jika daging masih liat lagi. boleh ditambahkan air tetapi pastikan air panas mendidih.
4. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan perasakan dengan sedikit garam.
5. Biarkan ia mendidih kembali dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

Monday, 10 April 2017

MEE SOTONG ... Menu utama Juadah berbuka


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Alhamdulillah juadah berbuka semalam MEE SOTONG

Biasa berbuka makan ala kadar saja
Tapi semalam memang tak perasan
Dah lah semangkuk besar, tambah lagi .. tentu lah kenyang yang amat

Minuman pula saya sediakan Teh Ais.

Jom...

Gambar tak berapa nak memuaskan ya..
Maklum ia diambil hampir 7. 30 malam. Dah tak ada cahaya
Walau apa pon Alhamdulillah !


Untuk 4 orang makan

Bahan A
Mee Kuning
Taugeh
Sayur Sawi
1 biji tomato segar (dibelah 8)
Limau Kasturi
Daun Bawang
Bawang Goreng

Bahan B
Minyak untuk menumis
10-12 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (ditumbuk 3/4 hancur)
1 inci halia (diketuk lebam)
1 batang serai (diketuk lebam)
2 camca teh udang kering (ditumbuk hancur)
12-16 biji cili kering (Kalau nak pedas boleh dilebihkan. Saya guna Cili Super Hot)
1 camca besar sos tiram
2 camca besar gula putih
3 camca besar 'cuka makan'
Fish Ball secukup nya
Fish Cake secukup nya
1 ketul ubi keledek bersaiz sederhana (dibasuh bersih dan direbus sehingga empuk baru dikupas kulit dan dikisar halus)  * Jika terlalu banyak kuah akan terlalu pekat dan menjadi kurang sedap
8 ekor sotong yang bersaiz besar (biarkan seekor seekor)
sedikit garam 

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga bawang bertukar warna keemasan.
2. Masukkan bawang besar, halia dan serai. Goreng lagi sehingga bawang besar 1/2 garing.
3. Masukkan udang kering dan terus menggoreng hingga terbit aroma yang harum dan bawang besar menjadi garing.
4. Masukkan cili yang telah dikisar dan perlahankan api. Masak sehingga air susut dan terbit minyak dalam sambal.
5. Masukkan sos tiram, gula dan cuka dan biarkan seketika.
6. Masukkan fish ball dan fish cake dan teruskan menggoreng sehingga 3/4 masak.
7. Masukkan ubi keledek yang telah dikisar. Biarkan seketika sebelum masukkan sotong.
8. Masak sehingga kuah mendidih semula sebelum diangkat.

* Jika nak terus masak mee pon dah boleh..
9. Apabila kuah telah mendidih, masukkan mee (pastikan mee dialirkan air/basuh sekejap untuk mengeluarkan bauan) dan sayur sawi. Biarkan seketika sebelum ratakan.
10. Tabur dengan tomato segar dan taugeh. Ratakan sedikit dan terus padamkan api untuk mengelakkan taugeh terlalu layu.

* FHA Selemak Santan

Sunday, 9 April 2017

AYAM GORENG 'LIMAU PURUT' ... Satu lagi resepi ayam goreng yang sedap dan berselera bila dimakan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Semalam saya sediakan AYAM GORENG DAUN LIMAU PURUT
Saperti Ayam Goreng Kunyit, cuma perbezaan nya saya tambahkan sedikit Sos Tiram dan yang penting hirisan Daun Limau Purut yang mana menjadikan rasa Ayam Goreng ini amat-amat sedap.

Tak percaya ?
Cuba lah....


Kali ini saya tambahkan sedikit sayur brokoli memang ngam sedap .
Jomm...


Bahan A (diperap 1/2 jam)
2 ketul dada ayam (dihiris kepada ketulan sederhana besar)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
Minyak untuk menggoreng
2 biji bawang besar (dihiris tebal)
1 camca besar Sos Tiram
7 biji Cili padi merah (dipotong menyerong)
1 biji Cili hijau (dipotong menyerong)
2 helai Daun Limau Purut (dihiris halus)
sedikit brokoli

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga 3/4 masak.
2. Masukkan bawang besar dan sos tiram.Goreng sekejap.
3. Masukkan Brokoli dan digaul-gaul biar rata.
4. Terus masukkan hirisan cili merah dan cili hijau.
5. 5 minit sebelum angkat,  taburkan hirisan daun kunyit dan ratakan.

* FHA Selemak Santan

Friday, 7 April 2017

CHAR KWE TIAU with HOMEMADE KICAP/SOS .. Juadah berbuka hari ke 4


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam Jumaat untuk semua sahabat alam maya !!!

Juadah untuk berbuka untuk puasa hari ke 4 saya sediakan CHAR KWE TIAU.
Kicap atau Sos untuk memasak mee / bihun mahu pon kwetiau jarang saya beli yang readymade.
Paling-paling malas pon saya akan masak yang simple simple sahaja kerana selalu nya yang dijual ia lebih kepada perasa tambahan dalam Sos tersebut.

Untuk lebih menyedapkanKICAP CHAR KWE TIAU kali ini saya masukkan air rebusan Kerang yang rasa nya amat manis sekali ditambah dengan aroma serai dan sedikit halia.

Fuhh !!
Memang layan betul Char Kwe Tiau masa berbuka...

Jomm...



KICAP/SOS CHAR KWE TIAU


Bahan A
1 kilo kerang
2 batang serai (diketuk lebam)
1 inci halia
Air untuk merebus *akan digunakan dalam penyediaan Kicap

Bahan B
2 labu bawang putih (dicincang halus)
2 biji bawang besar (ditumbuk)
12-15 biji cili kering (dimesin halus) * Boleh ditambah jika mahu lebih pedas
1 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Sos Cili Thai
2 camca besar gula putih * boleh juga gantikan dengan gula melaka
1/2 camca besar Lada Hitam (ditumbuk)
1/2 camca besar Lada Putih (ditumbuk)
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
* Tiada penggunaan garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kerang dibasuh sehingga bersih kemudian satukan dengan semua bahan A dan direbus sehingga masak.
2. Keluarkan kerang dan saring air rebusan (buangkan sedikit air dibahagian bawah yang kemungkinan terdapat baki pasir yang keluar dari kerang semasa proses merebus tadi)

3. Panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis bawang putih sehingga ia bertukar kewarna keemasan.
4. Masukkan bawang besar dan terus menggoreng sehingga bawang besar juga hampir garing.
5. Masukkan bahan B yang lain termasuk air rebusan kerang. Lebihkan kicap Manis berbanding Kicap Masin.
6. Masak dengan api yang perlahan sehingga kuah kicap susut air nya dan terbit minyak.
7. Siap dan boleh digunakan untuk menggoreng Kwetiau atau pon mee....

CHAR KWE TIAU


Bahan A
Minyak dari Kicap/Sos Char KweTiau diatas
Bebola Ikan
Kek Ikan
Udang
Kicap/Sos Char KweTiau diatas
Kucai
Isi Kerang
Taugeh
Telur

Cara-Cara Menggoreng
1. Masukkan sedikit minyak  kedalam kuali. Gunakan minyak yang terampai dalam Kicap/Sos Char KweTiau diatas.
2. Masukkan hirisan bebola dan kek ikan. Goreng sehingga 3/4 masak.
3. Masukkan udang dan goreng seketika.
4. Masukkan kwetiau dan sendukkan kuah Kicap/Sos Char KweTiau secukup nya. Ratakan sedikit.
5. Terus masukkan sayur kucai dan isi kerang. Ratakan menggunakan garfu untuk mengelakkan kwetiau hancur.
6. Masukkan tauhgeh dan ratakan sekali lagi.
7. Tolak ketepi kuali dan pecahkan telur. Carik-carik telur dalam kuali supaya ia cepat membeku.
8. Akhir sekali ratakan menggunakan garfu.
9. Siap dan boleh dihidangkan ...

* FHA Selemak Santan

Thursday, 6 April 2017

SAWI KUNGFU 'NYONYA STYLE' ... Juadah berbuka hari ke 3. Simple dan yang pasti sangat sedap !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

SAWI KUNGFU 'NYONYA STYLE'  untuk berbuka
emmmm... sedap nya !

Jomm ....



Bahan A
3-4 pokok 'anak sawi'

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
6 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 ketul dada ayam (dihiris kecil)
1 biji bawang besar (dibelah 2 dan dihiris sederhana tebal)
3/4 mangkuk kecil hirisan daun sup
2 keping cendawan 'telinga kera' (direndam dalam air panas selama 1/2 jam dan dihiris kecil)
1 biji cili merah atau 3 biji cili padi (dihiris menyerong)
1 cawan  air (sebagai kuah)
1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/4 kiub pati ayam
sedikit garam

Bahan C
1 camca besar tepung jagung + 3/4 air (dibancuh)
1 biji telur ayam (dikocak)
Minyak bijan

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Sayur sawi direndam sekejap untuk mengembangkan kotoran yang terlekat dan kemudian nya dibasuh bersih. Oleh kerana saya lebih suka memasak tanpa meleraikan batang nya, proses membasuh perlulah lebih teliti untuk mengelurkan kotoran yang berada dicelah-celah nya.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga menjadi warna keemasan. 
3. Masukkan isi ayam dan goreng seketika sehingga daging nya masak.
4. Masukkan bawang besar disusuli dengan daun sup. Goreng sehingga bawang layu dan daun sup benar-benar kecut untuk menerbitkan aroma yang sedap dalam sayur.
5. Masukkan cendawan dan kemudian nya cili. Goreng sehingga cendawan 1/2 masak.
6. Masukkan air, lada hitam, garam dan kiub pati ayam. Masak sehingga kuah mendidih.
7. Masukkan sayur dan biar seketika sehingga pasti sebelah bawah sudah 1/2 masak baru dialihkan.
8. Apabila pasti sayur sudah 3/4 masak terus siramkan bancuhan tepung jagung. Biarkan lagi sehingga kuah hampir mendidih semula baru di siramkan pula dengan bancuhan telur dan percikkan sedikit minyak bijan.
9. Siap untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

Wednesday, 5 April 2017

'INDONESIAN' FRIED CHICKEN WITH BUTTER SAUCE ... Juadah berbuka puasa. Sedap bangat !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Alhamdulillah hari kedua berpuasa Sunat 3 lepas.
Nak post semalam tenet merangkak-rangkak, malas nak tunggu....

OK ...........
Untuk berbuka saya sediakan 'INDONESIAN' FRIED CHICKEN WITH BUTTER SAUCE
Resepi yang saya rujuk dari blog RESEPI INDONESIA

Ciri khas ayam goreng ini adalah pemakaian 3 jenis sos iatu Kicap Masin, Kicap Manis dan Kicap Inggris.
Tetapi bagi yang susah untuk mendapatkan kecap inggris boleh gantikan dengan Sos Tiram.
Saya pulak terpaksa gantikan dengan Kiub Ayam dan sedikit Madu kerana ketika masak baru perasan yang sos tiram baru ja habis...

Rasa nya yummy !!!
In Sya ALLAH boleh buat lagi ..



Bahan A (digaul rata dan diperap 1/2 jam)
8 potong sayap ayam atau 1/2 ekor ayam (di potong kecil2)
1/2 camca besar lada hitam + lada putih  (di tumbuk halus)
Jus dari 1/2 biji lemon
sedikit garam
sedikit kunyit * saya tambah

Bahan B
Minyak untuk menggoreng ayam
2 sudu besar Butter
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 inci halia (dicincang halus)

3 sudu makan Kicap Manis
1 sudu makan Kicap Masin
2 sudu makan Kicap Ingris atau Sos Tiram * saya gantikan dengan 1/4 kiub ayam
1/2 camca besar lada hitam + lada putih  (di tumbuk halus)
1 sudu makan madu * saya tambah

1 biji bawang bombay (dihiris melintang). * Saya guna bawang besar biasa
2 batang daun bawang (dipotong ~1/2 inci)
5 biji cili padi * saya tambah
Sedikit hirisan daun sup * saya tambah
1/2 biji lemon


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Dalam kuali yang lain, panaskan mentega dengan api yang 'perlahan' untuk mengelakkan ia cepat hangus.
3. Tumis bawang putih dan halia sampai berbau harum dan sedikit keemasan.
4. Masukkan kicap manis, kicap masin, kicap inggris(sos tiram/kiub) dan lada. Aduk rata.
5. Masukan sayap ayam goreng sambil digaul rata supaya kuah meresap kedalam isi ayam.
6. Masukan bawang besar dan masak sampai layu.
7. Kemudian masukan hirisan daun bawang/sup dan cili padi.
8. Akhir sekali sebelum angkat perah jus lemon.

* FHA Selemak Santan

Monday, 3 April 2017

KWETIAU KUNGFU 'My Stail' .... sebagai juadah berbuka


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Alhamdulillah...
Semalam saya sediakan KWETIAU KUNGFU untuk berbuka 'puasa bulan Rejab'.
Juadah ini memang amat digemari keluarga saya dan saya memang dah pasti !!!!

Dulu semasa masih berkhidmat, kerap juga saya makan kwetiau lebih kurang sebegini di Kantin Tabung Haji.
Jarang terlepas..malah sentiasa tertunggu tungu
Biasa nya disediakan sebagai sarapan pagi.

Tak boleh lambat, selalu saja habis ...

Jomm tengok mpenyediaan kwetiau ini dengan stail saya..
Saya tak sediakan juadah lain cuma ini dah mencukupi.
Jadi kena sediakan lebih special sedikit


KUAH KUNGFU


Bahan A (diperap 1/2 jam)
12 ekor udang bersaiz sederhana
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 ketul dada ayam (dipotong kecil)
3/4 mangkuk kecil hirisan daun sup
3-4 cili padi
1 ketul fish cake
12 bebola ikan
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/3 kiub pati ayam
Sedikit garam
Air secukup nya sebagai kuah
1 camca besar tepung jagung + 3/4 cawan air

Bahan C
Jagung Muda
Kubis Bunga Hijau
Kubis Bunga Putih
Sedikit Lobak merah

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang sehingga masak. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga bertukar warna keemasan.
3. Masukkan isi ayam dan goreng lagi sehingga isi ayam seakan hampir garing
4. Masukkan daun sup dan cili padi. Goreng sehingga daun sup 'benar-benar kecut' untuk menaikkan aroma. (Ini rahsia menjadikan kuah lagi SEDAP !!!).
5.Masukkan Fish ball dan Fish cake. Goreng biar lama sedikit supaya ia masak elok. Kemudian terus masukkan air secukupnya.
6.Masukkan garam, kiub ayam dan lada hitam. Masak sehingga kuah mendidih.
7. Masukkan semua sayuran (dahulukan yang berubi) dan masak sehingga kuah mendidih kembali.
8. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah) dan  ratakan. Biarkan sebentar dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

KWETIAU


Bahan A
Minyak secukupnya untuk menggoreng
1/2 paket kwetiau
2 camca besar tepung jagung
2 biji telur (dikocak)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Kocak telur sehingga rata dan bahagikan kepada 2 bahagian (kerana kita akan goreng sedikit sedikit)
2. Bahagikan kwetiau juga tetapi kepada 4 bahagian (untuk 4 orang)
3. Ambil 1 bahagian kwetiau dan gaul dengan tepung jagung, kemudian gaulkan pula dengan telur dan terus goreng.
4. Balikkan setelah pasti kwetiau telah bertukar menjadi warna keemasan.
5. Apabila kedua dua belah telah masak bolehlaah diangkat dan toskan atas tisu serap minyak.

* FHA Selemak Santan