Bismillahirrohmanirrohim
Resepi hari ini NASI TOMATO lawan dengan 'Ayam Masak Ros' mamak Penang
Nanti kemudian hakak share resepi Ayam Masak Ros' yang awaresome tu ! OK !
Hari ni kita tengok resepi NASI TOMATO dulu
Cara menyediakan nasi tomato ni lebih kurang sama macam nasi-nasi yang lain
Yang berbeza cuma penggunaan bahan yang sedikit berlainan
Bercakap tentang bahan yang digunakan, sukatan yang digunakan kena 'patut-patut'
Maksud hakak jangan terlalu banyak, sebab ia boleh menyebabkan nasi melekit dan menjadi kurang menyelerakan. Contohnya terlebih tomato paste atau susu........
Kalau dah terkurang pulak dah menepati rasa kan !
Tentang tomato paste pulak, ada yang terlalu masam, ada yang sedikit manis
Jadi kena hati-hati ya
Biasa nya hakak akan rasa dahulu sebelum menyudu kan nya kedalam periuk.
Baru-baru ni hakak terbeli NASI TOMATO yang warna nya aduhai .... terlebih sudah
Merah yang amat !
.....mulut secara spontan 'Huishh !! merah nya' depan kakak yang jual tu
Dibalas kakak tu...... 'ini paste tomato mahal ni'
Nak cancel..., berasa bersalah pulak sebab kakak tu dah sendukkan
Balik.. hakak cuma makan lauk saja, nasi hakak ketepikan.
Tak selera tengok... macam letak pewarna pulak..
Dah tu berlebihan
Adoiii !!!!
Biar warna nasi sedikit pudar, yang penting rasa nya sedap
Kali ini hakak masak beras biasa saja
Kalau nak guna beras brasmati pon boleh !
Tambahkan sedikit gula batu (sedikit saja tau) supaya butiran nasi 'sedikit' berkilat (tidak sebam) dan sipi-sipi manis
Jomm ....
Untuk 2 orang makan
Bahan A
2 cawan beras (Jika menggunakan brasmati, pastikan ia direndam 1/2 jam, kemudian di toskan air nya)
Bahan B
1 camca besar 'penuh' minyak sapi 'Ghee Blend'
1 camca besar minyak masak
6 ulas bawang merah (dimayang nipis)
4 ulas bawang putih (dimayang nipis)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 helai daun pandan (dipotong pendek atau dikoyak dan disimpul)
Bahan C
* Sukatan air ... 1 beras : 1.5 air + lebihkan sedikit untuk menggantikan air yang tersejat semasa mendidih
Jadikan 3 1/2 cawan (3 + 1/2 cawan lebih)
1 camca besar tomato puri 'KIMBALL'1/2 cawan susu cair
Air biasa secukupnya
Bahan D
1 biji tomato segar (dicincang)
Gula batu sebesar ibu jari
sedikit perasa ayam (*optional. Tapi hakak tak letakkan pon)
Sedikit garam
Bahan E
Daun bawang
Bawang Goreng
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan dan panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam rice cooker. * Boleh gunakan periuk biasa
2. Tumis bahan B sehingga terbit aroma.
3. Masukkan bahan C (campuran Air), bahan D dan masak hingga mendidih. * Pastikan jangan terlalu lama didih nya kerana molekul susu akan pecah dan nampak kurang menarik.
4. Masukkan beras, ratakan sedikit, terus tutup tudung periuk dan masak saperti nasi biasa.
5. Apabila suis periuk bertukar ke 'warm mode', gembur 'sedikit' nasi supaya ia rata bercampur .
6. Tutup tudung periuk dan biarkan ia masak sempurna.
7. Tabur dengan bahan E sebelum dihidangkan.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my