AYAM MENTEGA RANGGUP ... Sedap di makan panas-panas !
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Salam Jumaat semua .................
Untuk hari ini kita jamu mata dengan lauk yang saya sediakan semalam.
Sedap di makan panas-panas.
Sebenar nya ini adalah kali ke 3 saya sediakan lauk sebegini dalam tempoh 2 minggu.
Saya ni kan 'antu' cili padi.
Jadi saya masukkan cili dalam kuantiti yang agak banyak.
Memang ngam habis.
Tambahan pula ada daun kari...
Sedap yang amat lah !!!!!
Jadi saya masukkan cili dalam kuantiti yang agak banyak.
Memang ngam habis.
Tambahan pula ada daun kari...
Sedap yang amat lah !!!!!
Tapi kepada yang tak berapa suka terlalu pedas, boleh lah dikurangkan... sesuaikan mengikut kepedasan kepada siapa yang nak makan tu !
Tapi kalau tak pedas langsung memang tak sedap, Jadi cili tak boleh di kecualikan tau !!!
Resepi ini saya peroleh dari dapur SKY BLUE'S KITCHEN
Resepi asal menggunakan isi ayam dari bahagian dada.
Tapi untuk kali ini saya guna ketulan isi ayam bersama tulang.
Jomm...
Bahan A
Minyak untuk menggoreng
Bahan B
2 keping dada ayam (dihiris kepada ketulan kecil)
2 camca teh gula
1/2 camca teh perencah pati ayam Tumix
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh serbuk lada putih
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 camca besar tepung jagung
Bahan C
60 gm mentega ( Boleh dilebihkan jika hendak kuahnya bersalut banyak pada ayam)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
2 tangkai daun kari (dihiris)
4 biji cili padi dicincang (Sesuaikan kepedasan)
Sedikit gula * Saya tak masukkan
Sedikit garam * Saya tambah
Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan B(kecuali tepung jagung) sehingga sebati dan diperap selama 20 minit.
2. Panaskan minyak dan dalam masa yang sama saluti ayam tadi dengan tepung jagung.
3. Goreng sehingga masak, angkat dan ketepikan.
4. Dalam kuali yang lain, cairkan mentega .
5. Masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi. Tumis sehingga naik baunya.
6. Kemudian masukkan ayam, gula dan garam. Gaul sebati.
7. Siap dan boleh di angkat untuk dihidang.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
ayam mentega memang sedap
ReplyDeleteKena pula ada cili padi memang layan.
Delete