SOTO BERSANTAN ... yummy ! no nasi for today


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Hari ini hakak kongsi resepi SOTO BERSANTAN pula yang dimakan dengan  BERGEDIL UDANG  yang hakak post semalam ...


Sedap nya SOTO ni..
Memang sah hakak tak makan lain dah !
Asyik ulang makan sampai habis nasi impit

Masuk dapur lagi
Rebus beberapa paket tambahan

Jommm...


KUAH SOTO (Untuk 8-10 orang)

Bahan A
1 ekor ayam bersaiz sedang (Dipotong 8)
Air secukupnya sebagai kuah (3/4 penuh 'standard rise cooker')
1 kiub pati ayam
1/2 kotak kecil santan pekat
garam

Bahan B (di sangai/goreng tanpa minyak)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan C
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 cawan minyak (saya tambah untuk menggantikan air)
* Kegunaan minyak semasa proses mengisar adalah untuk memudahkan  proses kisaran juga rempah cepat masak dan garing.

Bahan D
3 btg serai dititik
3 sudu besar serbuk rempah sup

Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan bahan B dan C dalam blender dan kisar sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisaran diatas dan bahan D dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan  sehingga garing. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan berkerak kerana kita tidak menggunakan tambahan air.
3. Masak sehingga terbit minyak dan bau yang harum.
4. Masukkan bahan A (ksecuali santan) dan rebus sehingga ayam masak.
5. Masukkan santan dan kecilkan api. Masak sehingga kuah 'hampir' mendidih kembali dan boleh diangkat.

6. Keluarkan isi ayam.
7. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap anggaran 3-4 minit sekadar menguning bahagian luar isi ayam.
8. Siat-siatkan sebelum dihidangkan.


BEGEDIL UDANG


Resepi rujuk di BEGEDIL UDANG ... aroma tak sama macam begedil ayam, daging mahupon ikan  yang saya postkan semalam ...



SAMBAL KICAP
15 biji cili padi
2 ulas bwang putih
1/4 cawan kuah soto
Sedikit halia (anggaran 1/4 inci sahaja)
Kicap Manis Secukup nya

Cara-Cara Menyediakannya
1. Kesemua bahan diatas diblend halus.
2. Dimasak atas api sekejap sekadar mendidih sedikit terus diangkat.


BAHAN SAMPINGAN
Nasi himpit
Kacang tanah (digoreng)
Suun (digoreng)
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

6 comments:

  1. Sedap semuanya tapi yang paling sedap dan yang jadi favorite begedil udang sedap betul ..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah ya Tuhanku..meleleh airliur ni tengok, dah la saya peminat soto..hurm

    ReplyDelete
  3. apalah erti soto tanpa begedil...umpama msk nasi lemak xde sambal hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Dear Anies. Setuju sangat. tak meriah soto tu

      Delete

Powered by Blogger.