BIHUN GORENG TAUCO ... Belum rasa belum tahu keenakan nya !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Saya goreng bihun kali ini dengan sedikit kelainan dengan menambahkan sedikit tauco bersama bahan-bahan perencah yang lain menjadikan rasa bihun kali ini amat sedap.
Ini masuk kali ke 2 saya goreng bihun sebegini selepas mencuba nya.

Maklum bila dah mencuba sesuatu yang baru dan kena pula dengan selera, biasanya saya akan ulang memasak nya sehingga jemu

Sebenar nya BIHUN GORENG TAUCO  ini dah ramai yang dah mencuba.
Pelbagai versi pon...
Ada yang mencuci sedikit tauco tu untuk mengurangkan kemasinan nya dan ada yang tidak.

Tetapi saya lebih suka masukkan tanpa dibasuh untuk mengekalkan rasa nya, dengan syarat saya akan kurangkan penggunaan garam semasa menggoreng untuk mengelakkan terlebih masin.
Tambahan pula saya mencampurkan sedikit udang kering untuk menambahkan keenakan bihun ini.

Tips untuk mengelakkan bihun terputus, pastikan guna garfu untuk meratakan ya...
Jangan lupa, tutup tudung kuali dan perlahankan api sekecil yang boleh, selepas meratakan untuk memastikan bihun masak sempurna dan lembut apaabila dimakan.

Jika belum pernah rasa, mesti kena cuba ...

Kalau tak, tak kan habis semangkuk bihun tu ...

Jom.....


Bahan A
1/3 bungkus bihun (direndam 1/2 jam dalam air biasa sehingga lembut dan ditoskan air nya)
sedikit taugeh

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
6 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
1 biji bawang Besar (dihiris nipis)
1 mangkuk kecil hirisan daun sup

Bahan C
1 camca besar udang kering (direndam 10 minit, ditoskan dan ditumbuk hancur)
1 camca besar Cili Kering Kisar (sesuaikan kepedasan)
1 camca besar Taucho (Tak perlu dibasuh)

Bahan D
1 camca besar Sos Cili 'Life'
1 camca besar Gula Putih
2 camca besar Sos Tiram
Air secukup nya untuk melembutkan bihun
sedikit garam * Jika perlu

1 mangkuk kecil udang hidup (dibuang kulit) * Boleh digantikan dengan sotong, udang, ayam atau pon daging.

Bahan E
1 biji tomato segar (dibelah 8)
Sayur Kucai (dipotong 1 inci)
Lobak Merah (dipotong memanjang)

Bahan E
Cili Merah
Daun Bawang
Bawang Goreng
Daun Sup

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih sehingga bertukar sedikit keperangan.
3. Masukkan hirisan bawang besar dan daun sup. Kacau sehingga daun sup menjadi kecut untuk menerbitkan aroma yang wangi.
4. Masukkan  bahan C dan kacau seketika supaya cili menjadi sedikit garing.
5. Masukkan bahan D (kecuali udang) dan biarkan sehingga ia mendidih.
6. Apabila mendidih baru dimasukkan udang. * Jika menggantikan dengan ayam atau daging, pastikan ia dimasukkan  ketika langkah 5.
7. Masukkan bihun bersama bahan F. Kacau seketika menggunakan garfu (untuk mengelakkan ia terputus), tutup tudung kuali dan perlahan kan api. Biar selama 5-10 minit atau sehingga bihun lembut.
8. Taburkan taugeh dan ratakan sepenuhnya. Siap untuk dihidangkan.

* Tabur dengan bahan E semasa dihidangkan.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. Baca entry ni, tengok gambar dalam entry ni.. perut jadi lapar. Bila tengok waktu di jam dinding, oooo.. patutlah rasa lapar, dah lunch hour rupanya.

    ReplyDelete
  2. ooox penah cuba lg boleh buat nnt ;-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.