NASI GORENG KARI & AYAM GORENG RANGGUP ...Sarapan mudah dan sedap menyelerakan !


Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Saya masih lagi dengan posting resepi sarapan pagi.
Tapi kali ini NASI GORENG KARI bersama AYAM GORENG RANGGUP

Mudah sangat menyediakan nya tapi dengan syarat mesti ada kuah Kari.
Tak kisah lah kari ikan, ayam mahupon daging.

Untuk menambah keenakan ini nasi goreng ini, saya makan bersama AYAM GORENG RANGGUP.

Saya memang suka nasi goreng sebegini, tambahan jika digoreng nasi tu lembap-lembap.


NASI GORENG
(2 orang makan)

Bahan A
1/2 camca besar butter (saya guna jenama 'Buttercup')
1 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (di cincang kasar)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
5-6 biji cili padi (di cincang kasar) * sesuaikan kepedasan

Bahan B
1 mangkuk nasi putih
Kuah Kari secukupnya (kari ikan, ayam atau daging)
Isi Ikan/Daging/Ayam *Jika suka boleh ditambah. Tetapi pastikan diasingkan tulang dan kemudian nya dicarik-carikan isi
Sedikit Kicap Masin

Bahan C
Daun bawang
Bawang Goreng
Tomato Ceri

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumis bahan A sehingga layu dan terbit aroma.
2. Masukkan nasi putih dan curahkan kuah kari, tambahkan sedikit kicap.
3. Jika mahukan sedikit lembap boleh direnjis sedikit air panas. Ratakan. Siap. 
4. Tabur bahan C sebelum dihidangkan.



AYAM GORENG RANGGUP

Bahan A
5 ketul potongan ayam
1 biji telur ayam (gred C)
1/2 camca kecil lada hitam serbuk
1/2 camca kecil lada putih serbuk
1/2 camca kecil serbuk perasa ayam 'KNOR'
1/2 camca kecil gula
1/2 camca teh kunyit serbuk
sedikit garam

Bahan B
Minyak untuk goreng tenggelam
Tepung jagung secukup nya

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam bekas dan perap 1-2 jam (Lagi lama lagi sedap/semalaman)
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
3. Golekkan ayam dalam tepung jagung hingga rata. Ketuk-ketukan ayam untuk asingkan lebihan tepung.
4. Goreng sehingga masak. Jika ayam jenis bertulang, seeloknya ditutup kuali semasa menggoreng supaya bahagian dalam masak sempurna.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. Replies
    1. Sarapan selalu akak sediakan yang mudah ja Hans.Maklum aktiviti pagi memang penuh..

      Delete
    2. janji sedap dan berkhasiat :)

      Delete
  2. simple tp msti sedap nih kak.....

    sebelum ni kalau sambal sadin tak abis dana bt ns grg sadin, pasni nk buat ns grg kari pulak lah.... dr membazir dpt jd lauk baru

    ReplyDelete

Powered by Blogger.