CRISPY CHICKEN RENDANG ...Chef Gregg Wallace n John Torode nak yang ranggup ya ? Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Kecoh sebentar di laman media sosial beberapa hari lalu apabila kisah 'ayam rendang tak ranggup'  yang menyebabkan wakil dari negara kita, Zaleha Kadir Olpin tersingkir daripada pertandingan MasterChef UK. 
Berita ini betul-betul tular sehingga mendapat perhatian Chef Wan, Datuk Najib dan Tun Dr Mahathir . Juga netizen seluruh dunia.

Al-kisah bermula dimana juri rancangan tersebut  Gregg Wallace dan John Torode mengkritik mengatakan ayam rendang yang dimasak tidak rangup dan garing.

Alahai Chef ! Chef !
Nak yang ranggup ya ?


Jom ikut akak  ke dapur............

Hakak nak share resepi CRISPY CHICKEN RENDANG yang hakak masak beberapa hari lalu.
Maaf lah lambat sikit post dalam blog ni ya

Harap harap Chef berdua tu puas hati lah yeeee !


Nak sediakan CRISPY CHICKEN RENDANG ambil masa sedikit ..
Sebab nak bagi ia sedikit membeku sebelum kita menggoreng
Kalau tidak nanti rempah nya akan hanyut dalam adunan tepung tu...

Tapi berbaloi dik non ...
Kita pon sedia maklum masakan rendang memang dah tersedia sedap kan
Di goreng pula sehingga ranggup,
memang berbaloi menjadi pilihan keluarga nanti

Untuk adunan tepung, akak guna tepung sagu
Tapi kalau tak ada, boleh gantikan dengan tepung ubi kayu, maklum lah tepung sagu susah nak dapat dipasaran.
Yang ini pon akak beli di kedai bakeri di Kuala Lumpur tak lama dulu... Kedai bakeri BAGUS.

Adunan tepung ini In Sya ALLAH amat-amat ranggup.


Rendang yang dimasak se elok nya biar sampai kuah nya pekat.

Dah masak...
Salutkan setiap ketulan ayam tu dengan kuah dan simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku supaya kuah rendang sedikit mengeras
Kalau tidak nanti, bila dah celup dalam adunan tepung ia akan 'hanyut'  pulak.

Nak senang masak sehari sebelum, simpan semalaman, pagi esok boleh terus goreng
Tapi kalau tak sabar kena tunggu lah beberapa jam bergantung kepada peti-sejuk masing-masing  ya...

Nak mudah...
Akak sediakan bidio..
Maklum mood rajin sikit .
Harap-harap ia membantu lah

Tapi jangan lupa pakat-pakat SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE  bidio-bidio FHA Selemak Santan  ya..

Setakat ni dah siap 29 semua nya
Tapi sebenar nya ada beberapa lagi dalam PC akak. Nak tunggu mood akak datang untuk proses edit..
huhuhu ....



RENDANG AYAM



Bahan A
4- 6 ketul paha ayam (atau 1/2 ekor ayam)
2 keping asam gelugor
1 kotak kecil santan pekat
1 helai daun kunyit (dihiris nipis)
1 pokok daun ketumbak (dihiris kasar)

Bahan B (dikisar sehingga halus)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
3 batang serai
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
20 biji cili kering (ikut kepedasan disukai)
1/2 cawan minyak masak
Air secukup nya (jangan terlalu banyak. Sekadar memudahkan proses kisar sahaja)

Bahan C
Plastik untuk melapik * akak guna plastik bungkusan makanan ja
Dulang / pinggan yang tahan sejuk beku

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A, asam gelugor dan santan dalam kuali. Nyalakan api dan masak sehingga ia mendidih.
2. Masukkan ayam, ratakan dalam rempah dan masak dengan api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
3. Apabila kuah telah pekat, kecilkan api untuk memudahkan ia terbit minyak.
4. Tabur hirisan daun kunyit dan daun ketumbar. Teruskan memasak lagi  selama 5 minit sebelum diangkat.

5. Alaskan dulang/pinggan dengan plastik.
6. Salutkan ketulan ayam dengan rempah ratus rendang dan susun dalam dulang.
7 Simpan dalam peti sejuk bahagian 'beku' selama sekurang-kurang nya 3 jam atau ia mengeras. 

Beku yang saya maksudkan ini tak sementinya keras saperti 'ayam kentuky' yang dijual dalam pek itu.
Memadai kuah pada ayam tidak lebur apabila kita celup dalam adunan tepung nanti. Tetapi jika mahukan ia membeku sepenuhnya pon boleh....
* Peranan minyak yang membeku dalam kuah rendang membantu kuah melekat pada ketulan ayam.




TEPUNG RANGGUP


Bahan A
1 cawan tepung sagu
1 1/2 cawan tepung beras campuran
2 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh perasa ayam
1/2 sudu teh lada hitam serbuk
150 ml air 
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk dan adun sehingga sebati. 



 CARA MENGGORENG AYAM
1. Panaskan minyak dalam kuali dahulu ya.
2. Apabila minyak dah betul-betul panas baru keluarkan ayam dari peti sejuk dan terus celup dalam adunan tepung dan goreng. Buat satu persatu ya ....
3. Goreng sehingga tepung keperangan. 
* Tetapi jangan terlalu lama sangat kerana ayam sudah tersedia masak kan. Memadai pabila pasti tepung salut dah masak.
* Jangan risau tepung ini In Sya ALLAH amat ranggup.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

6 comments:

  1. kalau rendang krispi..memang terbaik la..nak cuba jugalah kalaua ada dijual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada di ikea hanafi. Tapi nampak macam ayam goreng di curah kuah rendang ja. Kena cuba ni

      Delete
  2. gigih betul akak kite ni nk cabar chef yg konon2 hebat sgt tu...syabas kak! dia x tau anak melayu mmg pantar dicabar wpn dgn masakan ;-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.