Friday, 31 August 2018

Hari Kemerdekaan yang ke 61 !

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum !
Salam Sejahtera !
Salam Kasih !
Salam Jumaat  !
dan ...

Salam Kemerdekaan yang ke 61 !


31 Bulan 8,57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara 
Selamanya...

Kita Merdeka 

Sayangi Malaysiaku 
Sayangi Malaysiaku 
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Jangan lemah bangunlah 

Buat baru semula 
Percayalah hari ini 
Kita punya 
impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi Negara 
Selamanya...

Kita Merdeka 

Sayangi Malaysiaku 
Sayangi Malaysiaku 
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Merdeka

Merdeka
Merdeka

Kita Merdeka 

Sayangi Malaysiaku 
Sayangi Malaysiaku 
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Sayangi Malaysiaku

Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Ini Kita Punya

Thursday, 30 August 2018

ROTI TELUR LEMAK MANIS ... Sarapan yang mudah dan sangat sedap


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Selamat pagi..
Jom kita sarapan dengan ROTI TELUR LEMAK MANIS

Sebenar nya nak menyediakan roti telur ini tak lah susah sangat.
Boleh masukkan apa saja yang kita suka kedalam bancuhan telur tu.
Kalau nak tambahkan  Cheese pon boleh, tapi akak tak letak sebab tak berapa suka.

Suka cara masak sebegini saperti yang pernah masak ketika akak kecil dulu untuk adik akak yang gemar sangat makan Roti Telur.
Yang menjadi salah satu makanan asasi nya kerana adik akak tak makan nasi, cuma roti saja....

Jomm... cuma kali ini akak tambahkan sedikit Thousand Island. Nak masukkan mayonise pon boleh...


Bahan A
Roti secukupnya (dipotong kepada kepingan)
Sedikit butter
Kepingan Cheese *optional

Bahan B
3 biji telur ayam (di kocak)
1 biji Bawang Holland (dipotong kiub)
1 biji Cili Merah (dihiris nipis)
2 biji Cili Padi (dihiris nipis) * optional kalau nak lebih pedas 
1/2 camca besar Gula Putih
1/3 camca teh Lada Hitam serbuk
1/3 camca teh Lada Putih serbuk
1 camca besar Thousand Island
1 camca besar Moyanise *optional
Hirisan Daun Bawang
Hirisan Daun Sup
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan B dalam mangkuk dan ia kemudian nya dikocak sehingga rata.

2. Panaskan kuali dengan api yang kecil.
3. Masukkan sedikit butter dan ratakan.
4. Ambil sekeping roti, sudukan bancuhan telur keatas nya dan ratakan lalu terus di tekap kedalam kuali. Biar seketika sehingga telur membeku baru digerak-gerakkan roti itu dalam kuali untuk mendapat 'kegaringan' yang sekata.
* Pastikan roti tidak 'ditekan' untuk mengelakkan ia menjadi mampat dan texture kurang menarik.

5. Apabila sudah pasti permukaan roti telah bertukar keperangan baru lah ia diterbalikkan. Teruskan memasak sehingga permukaan sebelah lagi juga sedikit keperangan.
6. Siap untuk dihidangkan.

* Pastikan bancuhan telur diletakkan atas roti sebaik ingin membakarnya untuk menyelakkan telur menyerap kedalam roti jika dibiarkan terlalu lama terdedah.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Tuesday, 28 August 2018

AIR SARBAT ... ini baru betul-betul sirap legend !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Pernah minum AIR SARBAT ?
Ini  betul-betul air legend tau ............

Sekarang ini memang susah benar nak menikmati air yang sedap ini.
Kalau ada pon biasa nya dihidangkan dalam majlis-majlis keramaian di kampung-kampong yakni di kenduri kahwin di belah Utara ini.
Itu pon kalau adalah..
Ditempat lain akak kurang pasti .

Akak pernah minum air ini sewaktu kecil dulu... dah berpuluh tahun tu
Tapi ketika itu tak tahu pon nama ia air sarbat.

Bila abang akak datang bertandag bulan lepas, akak saperti biasa akan hidangkan air sirap ros yang kebetulan akak masak untuk hari raya Aidil Fitri tempoh hari.
Dari situ abang akak cerita pasal AIR SARBAT ini,
Beliau bersungguh-sungguh bercerita dimana beliau ketika itu bersama bapa saudara ke kedai mamak yang terletak bersebelahan Balai Polis Bukit Mertajam untuk membeli ramuan Sarbat.

Jadi beliau cadangkan kepada akak untuk dapatkan kalau ada.
Kata nya lebih sedap dari air sirap ros.

Betul tu.
Bila akak dah masak dan rasa akan air ini, barulah  tahu ini lah  air yang pernah akak minum dulu terutama dalam majlis kenduri kahwin.
Memang sedap sangat-sangat tau ........


Ini lah ramuan SIRAP SARBAT.
Sebungkus ini harga nya RM10 dan boleh masak sehingga 10 kilo gula. Tapi terpulanglah nak lebihkan gula jika mahu kurangkan aroma nya ketika minum atau lebihkan.

Boleh cuba cari di kedai Mamak yang menjual 'rempah ratus'.
Kedai-kedai biasa rasa nya tak ada.


Macam biasa akak kadang terlebih rajin kan...heh hehh hehhh !
......maka terhasil lah saperti diatas.

Ada kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, bunga ros, jintan manis, jintan putih dan beberapa lagi bunga-bungaan dan akar kayu yang akak pon tak kenal...

Maklum ini pertama kali akak masak, jadi risau juga masa nak masak pertama kali tu,
Ya lah kan ada jintan manis, jintan putih dan rempah 4 sekawang yang biasa nya digunakan dalam masakan daging dan ayam tu.
Jadi akak cuma masak 1/3 bahagian dulu dengan 3 kilo gula.

Tapi jangkaan akak meleset...
Bila dah rasa, rasa macam tak cukup pulak sirap tu.
Sekarang ini akak ketepikan sementara waktu milo ais minuman harian akak.
Hari hari bergelas dengan AIR SARBAT
Sirap yang dimasak tempoh hari pon dah tak banyak tinggal dalam peti ais
Lepas ni nampak gaya kena masak lagi ...

Jom akak tunjukkan cara nak menyediakannya PATI SIRAP SARBAT


Untuk pertama kali, akak masak 1/3 bungkus dulu

Bahan A
1/3 bungkus ramuan AIR SARBAT
3 kilo Gula Putih
3 botol Air biasa
25-30 helai Daun pandan (Akak masukkan lebih sebab rumah akak ada banyak daun pandan)
beberapa titis pewarna merah

1 kaki persegi Kain putih (boleh guna 'kain tudung lama' yang dibasuh bersih)
lebihan kain putih sebagai tali pengikat

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Basuh ramuan AIR SARBAT dan toskan air.

2. Tumbuk semua bahan sehingga 3/4 hancur.
Jangan dikisar ya..........


3. Masukkan dalam kain yang disediakan.

4. Ikat dengan kuat supaya tidak akan terbuka semasa proses merebus nanti. Ketepikan.

5. Sediakan periuk dan masukkan daun pandan yang disiat-siat dan disimpulkan.

6. Masukkan gula secukupnya.

7. Masukkan bungkusan yang berisi ramuan SARBAT dan tambahkan beberapa titis pewarna.

8. Tambahkan air secukup ya dan rebus sehingga 1 1/2 - 2 jam atau lebih.

9. Selepas sirap masak biarkan bungkusan ramuan didalam air sirap selama beberapa jam lagi sehingga sirap sejuk untuk mendapatkan aroma yang lebih.
10. Keluarkan bungkusan berisi ramuan SARBAT dan tapis sirap untuk mengeluarkan 'rampai' jika ada sebelum dimasukkan kedalam botol untuk disimpan dalam peti sejuk.

Cara-Cara menghidangkan nya
1. Masukkan sedikit sirap sarbat kedalam jug,
2. Tambahkan air secukupnya mengikut kemanisan yang dikehendaki.
3. Masukkan ketulan ais.
4. Siap untuk dihidangkan
Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Monday, 27 August 2018

SUP TULANG QURBAN 'REMPAH SANGAI' ... sup yang sedang-sedang pekat sedap bila dihirup !



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Akak masak SUP TULANG QURBAN  semalam.
Kali ini bahan-bahan rempah nya akak campurkan rempah sup dan rempah yang akak beli di Mekah beberapa tahun dulu.
Kalau tak ada boleh gantikan dengan rempah yang akak nyatakan dalam resepi dibawah ini ya...

Rempah-rempah ini disangai terlebih dahulu untuk menaik kan lagi aroma nya yang menjadikan sup kita bertambah sedap.

Sup ini tidak cair tetapi sedang-sedang saja dan memang menyelerakan !!!
Akak masak lebih untuk ratahan dan juga dimakan dengan roti dan nasi ....

Jom kita ke dapur ...


Bahan A
2 kilo tulang bersama sedikit daging
air secukup nya untuk merebus

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
8 ulas bawang merah (dihiris)
1 labu bawang putih (dicincang)
2 inci halia (dihiris tebal)
2 batang kulit kayu manis sepanjang 2 inci setiap satu
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

Bahan C (disangai/goreng tanpa minyak sehingga wangi)
1 camca besar 'penuh' rempah sup

1 camca besar 'penuh' rempah kurma
1/2 camca teh kunyit serbuk *
1/2 camca teh lada putih serbuk *
1/2 camca teh lada hitam serbuk *
*Akak gantikan dengan rempah yang dibeli di Mekah

Bahan D
1-2 biji ubi kentang (dikupas kulit dan dipotong kepada ketulan sederhana besar)
1 biji lobak merah (dipotong kepada ketulan sederhana besar)
1-2 biji tomato (dibelah 4)
1/2 kiub pati daging 'KNOR'
sedikit garam

Bahan E
Hirisan Daun Sup
Hirisan Daun Bawang
Bawang Goreng


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satu kan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga empuk.
Akak guna pressure cooker dan tempoh merebus 40 minit bermula dari masa ia mula mendidih.
2. Keluarkan lemak yang terampai dengan mengaut keluar dari permukaan sup.  Baki lemak yang masih tinggal boleh dikeluarkan dengan mencelup bungkusan plastik yang berisi ketulan ais ke dalam sup untuk membekukan lemak.

3. Panaskan minyak dalam periuk yang lain dan tumis bahan B sehingga wangi dan sedikit keperangan.
4. Masukkan bahan C (rempah sangai) dan di aduk sekejap lalu terus dimasukkan air rebusan bersama tulang dan daging, Tambahkan air jika kuah tidak mencukupi. * Akak masak seperiuk hampir penuh  'rice cooker'. Juga masukkan bahan D dan masak sehingga ubi empuk.
5. Sebelum angkat masukkan separuh dari bahan E. Siap
6. Semasa meghidang taburkan separuhlagi bahan E.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Saturday, 25 August 2018

MASAK LEMAK HALBA 'JERUK KUBIS PANJANG' ... memang puas hati sangat. Sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

MASAK LEMAK 'JERUK KUBIS PANJANG'  resepi untuk hari ini.
Tapi akak masak beberapa hari yang lalu, sebelum raya Qurban lagi.
Tak boleh tengok JERUK KUBIS PANJANG ni dalam peti ais, maklum asyik buka tutup peti ais tentu nampak kan
Terliur akak !

Ini homemade tau ....
Bukan beli punya.
Kalau buat jeruk sendiri memang terasa amat-amat puas hati.
Tak ada perasaan was-was
Kerana kebersihan nya tentu lebih terjamin.

Nak tahu cara menyediakan nya, boleh rujuk di sini JERUK PAK CHOY.

Yang ini akak masak separuh dulu, maklum kubis tu besar, jadi semasa menjeruk hari tu akak potong 4 bahagian siap-siap.


Bahan A
1/2 biji Jeruk Kubis Panjang (Tak perlu dibasuh. Hanya ditoskan air rendaman)
10 ekor Udang Besar
Sedikit Minyak untuk menumis

Bahan B (dikisar halus)
4 ulas Bawang Putih
8 ulas Bawang Merah
8 biji Cili Padi Hijau
8 biji Cili Padi Merah
1/2 inci Halia
1/2 inci kunyit hidup atau 1 camca teh kunyit serbuk
1/3 camca teh Biji Halba
20 gram/Sejemput ikan bilis (ditumbuk kasar)
Sedikit air

Bahan C
1/2 kotak Santan Pekat 'KARA'
Air secukupnya sebagai kuah
1 batang Serai (diketuk)

Bahan C
1 helai daun Kunyit (dihiris halus)
3 helai daun Limau Purut (dihiris halus)
1 keping Asam Gelugor
1/2 camca teh 'Perasa Ikan Bilis'
Sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan B dan biji halba. Kacau sehingga hampir kering / air susut.
2. Masukkan bahan C, sebatikan dan sederhanakan api. Pastikan dikacau selalu untuk mengelakkan santan pecah. 
3. Apabila kuah 'hampir-hampir' mendidih, terus masukkan Jeruk Kubis, Udang dan semua bahan C. Perlahankan api dan teruskan masak sehingga kuah hampir mendidih semula.
4. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Thursday, 23 August 2018

DAGING QURBAN & AIR ASAM MUDAH & SEDAP... Selamat Menyambut Hari Raya Qurban


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Pergi ke masjid bersama bapa
Seiring berjalan sesama rakan
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha
Salah Silap harap di maafkan

Selamat  Hari Raya Semua .....

Raya Haji tahun ini akak tak masak apa-apa menu yang istimewa.
Kuih raya puasa hari tu pon masih ada lagi.
Akak cuma sediakan SIRAP SARBAT untuk minuman harian saja.
Nanti selepas pilih foto yang sesuai, akak share ya resepi nya ...

Hari ini kita tengok lauk yang disediakan semalam selepas menerima daging Qurban pemberiaan kakak sebelah rumah.

Rebus ringkas-ringkas aja, dengan halia dan tambahkan sedikit garam apabila daging telah masak sempurna.
Akak sengaja masak sebegitu kerana nak menikmati kemanisan daging segar, jadi sayang kalau dimasukkan serai, hilang rasa asli daging.



Daging yang siap rebus dan dihiris ini akak 'gu' kan  dengan air asam yang pekat, melekat dan meleleh sedap !
Cukup dengan lauk ini, akak boleh menambah berpinggan nasi sambil menghirup kuah sup rebusan daging ........fuyooo !

DAGING REBUS


Bahan A
Daging lembu
Air untuk merebus secukup nya
1/2 inci halia (dihiris tebal)
1 batang serai (optional) * akak tak masukkan
Sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Daging jangan dihiris tetapi biarkan ia dalam keadaan seketul besar. Ini adalah untuk mengekalkan ke'moisan' daging.  * Daging yang dihiris terlebih dahulu akan menyebabkan texture daging menjadi keras.
2. Tambahkan air sehingga ia 3/4 tenggelam, halia dan tutup tudung periuk. Rebus dengan api perlahan.
3. Agak-agak ia telah 1/2 empuk, alihkan daging supaya bahagian bawah daging berada diatas dan teruskan merebus sehingga masak sempurna.
4. Tambahkan garam dan biarkan ia mendidih selama 5 minit sebelum di keluarkan dari periuk dan di hiris sederhana tebal.
5. Siap untuk dihidangkan.

AIR ASAM 


Bahan A
2 camca teh 'penuh' Asam Jawa 'ADABI
5 biji bawang merah (dihiris nipis)
10 biji tomato ceri kuning (dibelah 2 setiap biji)
10 biji tomato ceri merah (dibelah 2 setiap biji)
10 biji cili padi merah *ikut kepedasan yang disukai (di hiris)
10 biji cili padi hijau *ikut kepedasan yang disukai  (di hiris)
2 biji limau kasturi (diambil jus, dan kulit nya dihiris nipis)
1 biji limau kasturi (dibelah 2)
1 camca besar 'penuh' gula putih
sedikit belacan (dipicit-picit supaya hancur)
sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit air

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A diatas dalam mangkuk, dikacau sehingga rata dan diperap selama 15 minit sebelum dihidangkan.

SUP DAGING


Bahan A
Air rebusan Daging
Hirisan Daun Sup
Hirisan Daun Bawang
Bawang Goreng

* Tak perlu sebarang perasa tambahan

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan air rebusan daging kedalam mangkuk dan tabur dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Monday, 20 August 2018

KETUKA BAKAR & SAMBAL BERKERISIK ... akak dah tau selera keluarga. Kalau sambal kerisik, tak boleh sikit sebab semua nak menghirup !



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Akak ke pasar tani hari beberapa hari yang lalu, bila ternampak saja akan ikan ketuka ini, terus terlintas dikepala.... kalau Masak Asam Pedas atau bakar tentu sedap !

Jadi akak pon apa lagi sambar lebih kurang 8 ekor yang bersaiz besar jugak lah.
Pilih yang dah disiap siang walaupon harga nya sedikit mahal tetapi amat memudahkan dan mempercepatkan semasa di dapur.
Maklum ikan ketuka yang sama spesis dengan ikan pari ni, cara siang nya tak sama saperti ikan-ikan yang lain.

Bila di dapor,
Akak kena buat pilihan samada........
Masak Asam Pedas atau Bakar ?
Masak Asam Pedas atau Bakar ?
Masak Asam Pedas atau Bakar ?

Emm . ..
Akhir nya akak pilih Bakar
Akak 'gu' kan dengan Sambal Berkerisik !

Kerana akak dah tau selera keluarga
Depa ni kalau sambal kerisik, tak boleh sikit... ,tak cukup !

Semua pakat nak hirup kuah sambal ni....
Bukan depa saja, akak pon sama
Sedap yang Amatttt ! Jom cuba , betul betul sedap ni !

Yesss akhir nya akak sediakan semangkuk besar................

Jom kita tinjau bahan-bahan nya

SAMBAL KERISIK

Bahan A (dikisar sehingga halus)
4 biji cili merah
8 biji cili padi merah *sesuaikan kepedasan yang disukai
1 1/2 camca besar 'penuh' kerisik
sedikit belacan
sedikit air

Bahan B
3 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris tebal)
2 biji tomato segar (dibelah 4 dan dihiris tebal)
8 biji tomoato ceri merah
8 biji tomato ceri kuning
1/2 camca teh lada hitam biji serbuk * akak lupa nak masukkan
5 camca besar 'penuh' gula putih *sesuaikan kemanisan yang disukai
1 1/2 camca besar 'penuh' pes asam jawa 'Adabi'
Sedikit air * jika inginkan berkuah
sedikit garam

Bahan C
2 camca besar beras * akak lupa nak masukkan

Bahan D
4 biji limau kasturi (dibelah 2 dan diperah jus nya, kulit jangan dibuang, boleh dihiris halus atau dimasukkan begitu saja)
4 biji limau kasturi (dibelah 2 sahaja)
1 pokok daun ketumbar (dihiris kasar)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan kuali (Jangan dimasukkan minyak ya...).
Dalam masa yang sama alirkan air pada beras untuk mengeluarkan kekotoran jika ada. Toskan dan terus masukkan ia kedalam kuali dan digoreng dengan api yang 'sedang'.  Pabila beras sudah kelihatan bertukar warna, terus diperlahankan api yang kecil. Teruskan menggoreng sehingga semua beras kelihatan betul betul keperangan.  * Beras yang garing adalah lebih beraroma. 

Pastikan beras selepas dibasuh terus digoreng untuk mengelakkan  air meresap dalam butiran beras,
juga pastikan beras dikacau selalu untuk mengelakkan ia hangus.

2. Alihkan beras kedalam mesin 'pengisar kering' dan kisar sehingga halus. Tetapi jika masih ada biji-biji sedikit tak apa dah di kira OK lah tu. Apabila dikisar serbuk beras kelihatan keputihan ya....

3. Satukan kesemua bahan A dan beras sangai di dalam mangkuk dan digaul sehingga rata.
4. Akhir sekali masukkan limau kasturi, daun ketumbar dan ratakan sekali lagi.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Ini lah hasil nya, tara .............

IKAN BAKAR

8 ekor ikan ketuka (boleh digantikan dengan ikan apa sahaja saperti cencaru, pari, kembong, mahu pon udang dan sotong)
1 camca teh 'penuh' kunyit serbuk
sedikit garam
Daun pisang secukup nya

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ikan disiang dan gaul dalam campuran garam dan juga asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Kemudan dibasuh bersih.
2. Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam dan perap selama 1/2 jam.

3. Letakkan sekeping daun pisang dalam kuali. Susun ikan.

4. Ambil sehelai lagi daun pisang untuk menutup bahagian atas.
5. Pasang api yang kecil dan masak sehingga matang.

6. Alihkan ikan apabila pasti bahagian bawah telah masak sempurna

6. Siap untuk dihidangkan , tada .................


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Saturday, 18 August 2018

MEE HOON 'TOMYAM KUNG' ... Rugi kalau tak cuba resepi yang terlajak sedap ini !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

MEE HOON TOMYAM KUNG ini akak sediakan 2 hari lepas sebagai minum petang.

Memenuhi selera ramai ahli keluarga, tomyam akak kali ini dimasak kurang kepedasan nya.
Bukan sedikit kurang nya. Tapi boleh dikatakan tak terasa pedas pada tekak akak.
Kalau ikut selera sendiri, memang suka yang kaw-kaw pedas, kalau boleh sampai berasap telinga baru terasa kick !

Tomyam putih !
Rasa tomyam dengan rasa lemak, masam, masin, manis udang, aroma daun limau purut dan daun ketumbar juga sipi-sipi rasa halia dan lengkuas  memang sedap sangat-sangat.
Tumbs up to Puan Roha Hassan, rakan FB yang telah sudi berkongsikan resepi TOMYAM SANTAN ini.

Kalau ada yang rancang untuk menyediakan tomyam, akak sarankan cuba resepi ini, In Sya ALLAH tak akan menyesal.
Repeat masak mungkin ada, macam akak ni.
Dalam tempoh 2 minggu, ini kali ke 3 akak masak.

Psss.. Dengar kata rumah sebelah tak cukup semangkuk besar yang akak bagi. Sedap giler kata nya !
heheheh... kan dah kata

Resepi dibawah, akak adjust mengikut selera keluarga


TOMYAM KUNG

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
8 ulas bawang merah (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih  (dihiris nipis)

Bahan B
3 camca besar pes cili  * akak tak masukkan sebab keluarga tak nak pedas
1 inci lengkuas (diketuk)
1 inci halia (diketuk)
6 batang serai  (diketuk)

Bahan C
Air secukupnya sebagai kuah
1 kotak kecil santan KARA
1 1/2 kiub tomyam
8 camca besar sos nampla /ikan
sedikit garam

Bahan D
1/2 kilo udang besar
1 biji lobak merah (dipotong kiub)

Bahan E
15 putik jagung
2 peket cendawan tiram * akak tak masukkan
2 tangkai daun bawang * akak tak masukkan
6 tangkai cili padi (diketuk) * akak tambah sikit ja. tapi ikutlah  kepedasan yang disukai
6 helai daun limau purut (dikoyak)
8 biji limau kasturi (diambil jus dan kulit jangan dibuang)
1 pokok daun ketumbar (dihiris kasar)
1 labu bawang besar

1 biji tomato (dibelah 4)
10 biji tomato ceri merah
10 biji tomato ceri kuning

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga layu.
2. Masukkan bahan B. Jika menggunakan cili pes, pastikan masak sehingga terbit minyak.
3. Masukkan bahan C, sederhanakan api dan masak sehingga 'hampir mendidih'. Jangan dibiar kuah mendidih keterlaluan kerana texture santan akan 'pecah'.
4. Masukkan bahan D dan perlahankan api.
5. Agak-agak udang separuh masak terus masukkan bahan E. Biar sehingga kuah kembali mendidih  dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

MEE HOON

Bahan A
1 bungkus mee hoon beras

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Mee Hoon direndam dalam air paip selama 30-1 jam sehingga lembut.
2. Toskan air rendaman.
3. Panaskan air yang banyak dalam periuk sehingga mendidih.
4. Celur mee honn sehngga 3/4 masak ~ 5 minit.
5. Angkat dan toskan air nya.... Pastikan jangan di basuh mee hoon yang telah dicelur ini ya.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Wednesday, 15 August 2018

LEMPENG NESTUM ... Sarapan Untuk Ibu Yang Berpantang


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Selepas menikmati keenakan LEMPENG OAT BERMADU  tempoh hari, akak cuba pulak sediakan LEMPENG NESTUM untuk anak saudara akak.

Dalam penyediaan lempeng Oat, bancuhan adunan haruslah lembut untuk mendapatkan texture kuih yang cantik dan sedap kerana oat akan mengembang dan menyerap cairanr dalam adunan apabila siap dimasak,

Berbeza dengan Lempeng Nestum, jika bancuhan nya lembut, kita akan menghadapi sedikit kesukaran semasa proses  membakar nya. Jadi pastikan adunan nya sedikit keras ya.......

Rasa nya memang umphh !
Jomm kita masuk dapurrrr ........





Bahan A
1 1/2 cawan nestum
3 camca besar susu pekat manis
2 cawan susu segar 'Dutch Lady'
2 camca besar madu
1 cawan tepung gandum (jika adunan lembik semasa memasak, boleh ditambah sedikit lagi tepung)

Bahan B
Sedikit kismis
Sedikit minyak zaiton / jagung (anggaran 1 camca kecil untuk setiap keping semasa proses membakar)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk dan digaul sehingga sebati.
*Pastikan adunan mesti pekat 

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick *kuali biasa kemungkinan tepung akan melekat).
3. Sendukkan 1 senduk-kecil adunan kedalam kuali dan ratakan. Dan tabur sedikit kismis diatas nya.
4. Biar sehingga bahagian bawah kuih telah sedikit mengeras sebelum membalikkan.
5. Masak sehingga keemasan sebelum diangkat.

* Pastikan guna api yang kecil ya...



Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Tuesday, 14 August 2018

JERUK KUBIS PANJANG ... menjeruk lagi nampak gaya, sebab akak dah suka !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Akak menjeruk lagi !
Belum puas makan Jeruk Pak Choy, terbaru akak menjeruk Kubis Panjang pulak.

Dalam perancangan nak masak mcam -macam
Kita tengok nanti ya...

Jom ...
Langkah nak menyediakan nya boleh rujuk disini JERUK PAK CHOI

Akak nak ingatkan .....
Pastikan jeruk ini disimpan dalam 'Peti Sejuk ya !
Bila nak masak baru dikeluarkan. OK !

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my