JERUK PAK CHOY .... dah lama teringin sangat nak makan
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Jeruk sayur !
Rasa-rasa belum pernah akak makan, jauh sekali masak untuk keluarga.
Tapi kerap ternampak ia dijual oleh nyonya yang menjual bersama sayur-sayuran., bila ke pasar basah dipekan Bukit Mertajam tempat akak tinggal.
Bila ternampak jeruk ini disediakan oleh sahabat kita Puan Sri Zanita Ramli di sini JERUK KAI CHOY, perasaan ingin membuat nya meluap-luap, tambahan pula baru baru ini akak telah berjaya menghasilkan JERUK PETAI.
Akak harap, dengan siap nya jeruk ini nanti, boleh lah masak 'Asam Pedas Sayur Jeruk' pulak.
Tunggu ya, In Sya ALLAH akak akan share nanti.
Sekarang jom kita fokus pada JERUK PAK CHOY atau JERUK ANAK SAWI ni dulu ya.
Bahan-bahan nya amat mudah, ia-itu bahan utama sayur anak sawi(pak choy) atau kai Choy.
Bahan A
Sayur kai choy secukup nya *akak gantikan dengan 2 ikat sayur Pak Choy 'anak sawi'
Bahan B
1 cawan gula putih atau gula organik
1 cawan cuka epal *akak guna cuka makan biasa saja
5 1/2 cawan air biasa
4 sudu kecil *Walaupun resipi tersebut mencadangkan 4 sudu kecil, tapi jeruk ini sedap dan tidak masin bila di masukkan 3 sudu besar garam.
Bahan C
Air sejuk bersama ketulan ais
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Sayur pak Choy di bersihkan dahulu.
2. Satukan air, cuka, gula dan garam ke dalam bekas yang besar , balang atau tupperware. Kacau sehingga gula dan garam larut dan ketepikan.
3. Sediakan bekas yang berisi air sejuk bersama ketulan ais.
4. Dalam masa yang sama, masak air sehingga mendidih.
5. Celur sayur selama 30 saat atau lebih sikit bergantung pada saiz besar batang daun.
6. Toskan air dan rendam sayur dalam air sejuk, sehingga suhu panas sayur turun / sejuk
7. Toskan dalam penapis atau perah sayur perlahan-lahan untuk keluarkan air lebihan
8. Masukkan sayur ke dalam balang/bekas plastik yang berisi larutan cuka tadi. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk.
* Jeruk sayur ini boleh dimakan selepas 24 jam dan ianya boleh tahan selama 6 bulan.
Mudahkan !!!!!
Selamat mencuba ................
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
macam sedap. nanti nak try
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap. Akak dah masak tadi..asam pedas
DeletePasti sedap buat sendiri..dijamin halal
ReplyDeleteBetul.. Yg penting bersih dan halal
DeleteSha tak pernah makan sayur jeruk.. teringin juga nak cuba.. Macam senang je tengok akak buat..
ReplyDeleteNampak sedap ni..boleh sgt nk cuba
ReplyDeleteboleh ke tahan sampai 6 bulan. kenapa saya buat simpan dalam 2 minggu jeruknya dah hancur
ReplyDeletemungkin sayur tu kurang segar
DeleteMungkin juga sayur tu dah dicelur terlebih masa. Cuma agak2 30 saat ja dik
Deletekak boleh share asam pedas jeruk sayur
ReplyDelete