LEMPENG OAT BERMADU yang lembut sedap ... Sarapan Ibu Berpantang


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Hari ini akak nak share resepi LEMPENG OAT BERMADU yang akak sediakan untuk anak saudara 3 hari lalu, juga untuk ahli keluarga yang lain.

Resepi akak dapat dari IG Dato Siti Nurhaliza ,  resepi asal dari Susydinda.
Kata nya semasa berpantang dulu beliau disajikan dengan lempeng yang sedap ini..
Boleh rujuk DI SINI ya kalau nak tengok Dato Siti masok dapor

Lempeng ini sesuai sangat untuk ibu-ibu yang berpantang kerana ia terdiri dari campuran bahan yang amat berkhasiat belaka saperti Oat, Horlick, Kurma, Kismis dan Madu

Rasa lempeng ?????
emmm.....Sedap ! Manis ! Lembut ! nyum nyum nyum .......

Akak sekeluarga makan macam tu saja. Tak ada cicah-cicah kerana rasa lempeng ini lemak-lemak manis..

Resepi dibawah ini adalah sukatan akak hari tu yang elok-elok manis dan lembut.

Tapi terpulang kepada masing-masing samada nak lebih atau kurang lemak, lebih atau kurang lembut,  lebih atau kurang manis kerana sukatan dalam IG tu  sukatan 'ikut perasaan' kata Dato' ...

Akak tambahkan sedikit susu pekat manis untuk lebih lemak. Tapi kalau tak nak boleh dilebihkan madu untuk balancekan rasa manis lempeng.

Jom.. Jom.. Jom..


* Sukatan resepi boleh dapat 7 keping lempeng sebesar tapak tangan

Bahan A
1 1/4 cawan QuakerOat (instant)
1/4 cawan Horlick
1 cawan Susu Segar 'Dutch Lady'
1 camca besar Madu
1/4 cawan Kismis
6 biji Buah Kurma (di buang biji dan di siat-siat)
1 camca besar Susu Pekat * akak tambah, boleh digantikan dengan tambahan Madu jika mahu


Bahan B
Sedikit minyak (anggaran 1 camca kecil untuk setiap keping semasa proses membakar)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk dan digaul sehingga sebati.
2. Perap selama 10-15 minit supaya oat mesra kembang dalam cairan susu.
*Adunan ini memang 'sederhana' pekat.
*Elakkan bancuhan yang terlalu pekat kerana texture lempeng akan menjadi keras apabila siap di masak. 
Sedikit cair pon OK...janji senang nak dialihkan



3. Panaskan kuali non-stick (kuali biasa kemungkinan melekat kerana adunan lembut).
4. Sendukkan 1 senduk-kecil adunan kedalam kuali dan ratakan.
5. Agak-agak dalam 30 saat, letakkan sedikit minyak disekeliling lempeng, Angkat tepi-tepi lempeng supaya minyak masuk dibahagian bawah, supaya ia garing keperangan sekata disamping memudahkan proses membalikkan.

* Boleh juga letakkan minyak dahulu sebelum sendukkan lempeng. Tapi akak masukkan kemudian kerana akak nak kurangkan pengunaan minyak yang berlebihan dan tidak mahu ia alir ketepi kuali yang tak berkenaan.
* Pastikan masak dengan api yang kecil ya...




6. Untuk mengetahui samada lempeng telah membeku dan boleh dibalikkan, cuba sendengkan kuali, jika ia boleh bergerak-gerak dalam kuali, baru terbalikkan.


7. Bakar sehingga keemasan dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

5 comments:

  1. ngn segala isi2 dlm tuh, compom sedap nih kak.... kenyang pun iya

    ReplyDelete
  2. Berpantang hari ke 5 dan jumpa resepi ni. Nyummmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah... Selamat berpantang ya Erna. Jaga kesihatan

      Delete
  3. Thanx utk sukatan resepi ni ye puan.. Cantik elok kejadian w'pun xltk kurma n xltk susu pekat (just ltk brown sugar sket) Dah 28 hari berpantang baru buat sendiri.. Nak mintak tlg mak buatkan kesian plak nak suruh mcm2.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.