Friday, 28 September 2018

JEMPUT-JEMPUT KACANG DHAL ... di Wanita Hari Ini (WHI) TV3


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Idea nak mencuba JEMPUT-JEMPUT KACANG DHAL ini  tercetus ketika akak menonton MHI TV3 beberapa minggu lalu.

Dah lama menyimpan keinginan mencuba nya yang kebetulan stok kacang dhal akak dah beli  bersama rempah ratus ketika ke pekan Kepala Batas.

Jadi 2 hari lepas sebelum tidur akak rendam 3/4 cawan kacang dan ia mengembang lebih kurang sekali ganda keesokkan nya.
Risau juga nak buat semua takut tak sedap dan tak habis... membazir pulak

Jadi akak asingkan separuh, masak separuh sahaja
Tapi bila dah masak, aduhaiiiiiiii !! sedap nya !
Akak memang suka !

Sambil menggoreng sambil ngap !
Sambil menggoreng sambil ngap !
Jadi akak dah tak perasan berapa ketul dah masuk dalam mulut !

Kebetulan semalam akak ada hal diluar, jadi akak simpan separuh. Ingat nak dimakan bila balik nanti.

Mak aiiii !!
Lalu saja tepi meja sambar sebiji
lepas tu sambar lagi sebiji, 
lepas tu sambar lagi sebiji,
Last tinggal 2 biji ja dalam piring. hahaha !!! 

Pssss ! Akak makan begitu sahaja tanpa SOS. sedap U !
Nyesal tak buat habis...


Adunan ini boleh dapat dalam 30 biji kot ... dah tak kira sebab banyak hilang semasa menggoreng !

Bahan A (dikisar halus)
1/3 cawan kacang dhal *
3/4 camca kecil jintan putih /halus
1/2 cawan air
* Kacang dhal dibasuh bersih dan kemudian nya tambahkan air melebihi paras kacang kerana ia akan mengembang sekali ganda. Rendam semalaman. 
Keesokkan nya dibasuh lagi sebelum dikisar

Bahan B
~ 25-30 gram ikan bilis (Seelok nya bilis ditumbuk. 'kisar' kurang sedap)
~ 1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 biji bawang besar Holland (dibelah 16 dan dipotong kasar) 
3 tangkai cili kering (dihiris/gunting halus)
3 tangkai daun kari (dihiris/gunting halus) * Kalau pelepah kecil guna 5 tangkai
2 camca besar minyak masak
sedikit garam

35-40 ekor udang kecil (dibuang kulit) * 1-2 ekor udang untuk setiap biji jemput-jemput

Bahan C
Minyak secukupnya untuk goreng tenggelam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Bahan A dikisar sehingga halus dan kemudian nya di tuang kedalam mangkuk besar.
2. Masukkan 3/4 cawan tepung gandum bersama kesemua bahan B kecuali udang dan digaul sehingga sebati. Jika rasa adunan kurang pekat baru ditambah sedikit lagi tepung.
* Jangan terlalu pekat kerana kacang dhal bila dah masak texture nya tak saperti cucur bawang biasa. Jadi biar sedikit cair dari biasa cucur bawang (sedikit sahaja !!)

3. Akhir sekali baru masukkan udang dan diratakan.


4. Panaskan minyak didalam kuali. 
5. Jemput adunan bersama seekor udang untuk setipa biji dan digoreng sehingga keemasan sebelum angkat dan ditoskan atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak jika ada.
*  Cucur ini kurang serap minyak
6. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Wednesday, 26 September 2018

MIANG KHAM ... Citarasa Thai My Stail


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Tekak ni amat terasa nak makan MIANG KHAM sebab ramai kata sedap !
Cara nak makan saperti sireh yang mana bahan isi nya akan diletakkan diatas sehelai daun dan dilipat-lipat terus ngap...

Tapi idea nak menjadikan ia saperti kerabu tercetus setelah sahabat wsap terlebih dahulu mencuba nya yang kemudian dimakan bersama nasi.
Rasa nya manis dan memang sedap, lagi-lagi jika tergigit kacang yang goreng ranggup dan sedikit masam hirisan limau nipis...

Jom kita tengok  video yang akak rujuk ini.



Jom kita masuk dapur ...

Bahan A
20 helai daun kaduk * pilih yang tidak berapa tua (dihiris nipis)
1 cawan kacang tanah (disangai dan dibuang kulit. * Akak goreng)
1 biji limau nipis  (pilih limau yang kulit tidak berapa tebal) atau 5 biji  limau kasturi (di potong kepada ketulan kecil)
1 biji bawang besar (dipotong kasar)
1 camca besar udang kering (direndam 10 minit dan disangai)
5 biji cili padi (di hiris nipis)
3/4 cawan kelapa parut * kalau dapat yang sedikit kasar lagi elok (disangai hingga keperangan)
1 inci halia (dihiris saperti batang mancis)

1 batang serai (dihiris nipis) * akak tambah
3 helai daun limau purut (dihiris nipis) * akak tambah

Bahan B (dikisar halus)
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 camca besar udang kering (direndam 10 minit)
1 camca teh belacan
sedikit air

Bahan C
3 camca besar gula perang
2 camca besar Sos Ikan
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan B dan C kedalam periuk dan masak sehingga pekat, angkat dan ketepikan.
2. Satukan bahan A ke dalam mangkuk besar yang lain dan campur ia sehingga rata.
3. Sebaik nak makan baru di campurkan dengan sos, digaul rata dan siap untuk dihidangkan


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Saturday, 22 September 2018

MEE SOTONG ... Jom Singgah Makan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Semalam ke Farmasi di Bandar Perda tujuan nak beli ubat untuk kucing-kucing akak,
Entah macam mana boleh tersinggah di Restoren MEE SOTONG ini.

Plan asal nak makan Beriani Paha Kambing di Restoren Puncak Muatiara ja
Sebab rasa malas pulak nak masak..
Tapi bila sampai di traffic light, sambil menunggu lampu merah, terpandang restoren ini yang terletak dikiri jalan.

Terfikir dalam hati... macam mana rupa Mee Sotong ni ?
Sedap ka tak sedap ?
Nak cuba lah .............

Memang akak tak  tahu ini restoren Mamak,
Kalau tahu dari awal mungkin akak tak singgah...sebab akak agak cerewet sikit pasal makan direstoren mamak ni
Tapi bila dah belok masuk baru perasan.


Tapi disebabkan keadaan dapur nya agak bersih... saperti biasa akak akan tinjau-tinjau dulu sebelum ON !

Pass ! Teruskan hasrat dan keinginan nak mencuba nya.
Lupa nak habaq... dapur goreng menggoreng memang terletak didepan restoren
Jadi senang nak pantau...



Saperti biasa akak akan jengguk tengok kuah-kuah yang digunakan sebelum order.




Disebab kan restoren ini restoren MEE SOTONG, jadi akak pilih Mee Goreng Sotong,
Sepinggan RM 5.50 sahaja

Kalau nak mee goreng biasa, maggie dan nasi goreng pon boleh.. macam juga saperti restoren-restoren lain.

Tapi yang special nya Mee Goreng Sotong dan Mee Kuah Sotong.



OK lah ! Sedap
Kalau berkesempatan boleh cuba pulak Mee Kuah Sotong nak tahu sedap ka tidak !

Tapi lain kali ........kena pesan kurangkan minyak !
Masa makan tak perasan sebab dah lapar kan...
Tapi bila beberapa jam makan baru terasa ditekak

Macam biasa akak perasan restoren- restoren mamak memang banyak menggunakan pencelup dalam masakan mereka !
mmmm....

LICIN !!!!
....Sebab Sedap !
....juga sebab tak nak membazir, selagi boleh makan jangan di tinggalkan !

Sambutan amat menggalakan dan kebanyakan Order Mee Goreng Sotong berbanding Mee Kuah Sotong !

Tempat parking yang banyak

Kalau ada yang datang ke Penang boleh lah singgah di RESTOREN MEE SOTONG yang terletak diseberang jalan / hadapan UiTM Permatang Pauh

Yang ini cawangan, restoren utama di Kepala Batas. OK !
RM 16.50 untuk 3 pinggan..

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Friday, 21 September 2018

UNGKEP AYAM STYLE JAWA ... sedap masakan jawa ini


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Salam Jumaat semua !

Isnin, Selasa ... dah Jumaat. Kemudian Sabtu dan Ahad.
Kembali Isnin...
January, February ... dan sekarang dah minggu ke 3 September
Lepas tu hujung tahun, disusuli tahun baru.

Sekarang bila dah bersara ni, amat-amat terasa sangat masa berjalan ! bergitu cepat ! bersilih berganti !
Berbanding dulu yang terlalu sibuk dengan projek dipejabat... sampai tak ingat dunia luar.
Bom kalau meletup dipejabat sebelah pon akak tak perasan... Itulah dulu

Jadi kita semua termasuk diri akak harus pandai agih-agihkan masa dan lebihkan amalan untuk akhirat. In Sya ALLAH !

OK berbalik kepada resepi hari ini... UNGKEP AYAM STYLE JAWA
Nak cari sedikit kelainan sebab dah tak tahu nak masak apa dengan isi ayam.
Teringat resepi Ungkep !
Search internet lah macam biasa ............
Terjah dapur Che Mat Gebu blog Dapur Tanpa Sempadan

Che Mat guna ketulan ayam, tapi akak gantikan dengan isi ayam bahagian dada dalam 4 ketul.
Terima Kasih Che Mat ! Akak share resepi di sini ya.
emmm, sedap resepi ini !

Akak ni ....
Sejak menjak makan BRENGKES hari tu BRENGKES DAGING QURBAN dan BRENGKES IKAN JENAHAK, dah mula minat masakan yang ada iras-iras.

Jom masak !


Bahan A
3-4 ketul isi ayam bahagian dada
1 camca teh kunyit serbuk
Sedikit garam

Bahan B (Dikisar halus)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 biji cili hijau
10 - 15 biji cili padi merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup

Bahan C
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan D
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
1 camca besar gula melaka * akak guna gula kabung
Garam secukup rasa
Perasa tambahan *optional

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Isi ayam dipotong kepada ketulan sederhana, digaul dengan kunyit dan garam. Perap 1/2 jam
2. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.

3. Panaskan minyak goreng ayam tadi dan tumis bahan B hingga mendidih dan harum.
4. Masukkan bahan D kacau rata dan perlahankan api. Masak sehingga pekat dan terbit minyak yang banyak.
5. Akhir sekali masukkan isi ayam dan teruskan memasak selama 8-10 minit lagi.  Masak dengan api sederhana hingga hampir kering.
6. Siap untuk dihidangkan.

* Resepi asal menggunakan potongan ayam bersama tulang dan ia tidak digoreng. Jika pilihan saperti resepi asal ini maka ayam harus dimasukkan bersama bahan D dengan sedikit air supaya ayam masak sempurna.
Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Thursday, 20 September 2018

PASTRY FRUITS CAKE ...Tambah -tambah sedap bila dah tinggal baki yang seconet tu . Rasa macm nak buat lagi...

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Tentu ramai dah mencuba kek yang viral ini kan..
Akak macam biasa...baru ja mencuba nya.
Selalu terlewat keretapi.
Tapi tak apa, jangan tertinggal sudah.. ahaks!

Lambat buat sebab... bersebab.
Kena tunggu sampai betul-betul teringin nak makan baru boleh.
Maklum akak tak berapa gemar sangat kek kek ni,
Makan tu memang makan, tapi tak banyak sebab manis-manis ni tk berapa gemar.

Tapi kek yang ini memang sedap.
Dengan aroma limau, vanila dan buah-buahan memang menarik !!!
Tambah -tambah sedap bila dah tinggal baki yang seconet tu .
Rasa macm nak buat lagi...
Ha Ha Ha...kan dah kata.

Pssss......
Dasar kek akak nampak macam keperangan kan ! nampak saja ! tapi tak hangit.....
Sebab akak pi letak pada aras paling bawah dalam oven.
Sepatut nya aras 2 dari bawah.
Maklum lama tak masak kek ...............

Resepi kek akak che-duk dari IG Zila
TIPS dari blog CITARASAWAN
TQ Sahabat !!!



Bahan A
100 gram pure butter * Akak pakai 'BUTTERCUP' 
160 gram gula kastor
50 gram plain yogurt

Bahan B
3 biji telor saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kulit limau (parut kulit kuning sahaja. Elak lapisan kulit ke-2 yang bewarna putih kerana ia sedikit pahit)
210 gram tepung naik sendiri * Akak guna 210 gram tepung gandum + 1 sudu teh baking powder

Bahan C
Buah-buahan campur secukupnya * Akak guna strawberry, cherry dan peach
2-3 camca besar gula kastor

Bahan D
Loyang 8x8 inci
Kertas minyak

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Griskan bahagian bawah/dasar dan tepi loyang. Kemudian alas dasar dengan kertas minyak dan pastikan dilebihkan di bahagian tepi untuk memudahkan kek dikeluarkan nanti. Ketepikan.

2.  Buah-buahan di bersihkan, dilap kering dan ditoskan air manisan jika ada. Kemudian  dibelah 2 jika perlu dan ketepikan.

3. Panaskan oven, api atas/bawah tanpa kipas dengan suhu 170c.

4. Satukan bahan A dan pukul dengan whisk sehingga sebati. * Tak perlu terlalu lama dan jika terdapat cairan butter dibahagian bawah aduan, biarkan saja, tidak perlu risau.
5. Masukkan telor sebiji-sebiji sambil adunan di pukul.
6. Masukkan essen vanilla dan sebatikan.

7. Masukkan tepung, kulit limau dan gaul rata dengan spatula secara manual.
8. Tuang adunan ke dalam loyang dan ketepikan.

9. Tabur gula keatas buah-buahan, ratakan dan susun/letakkan buah-buahan diatas adunan dalam loyang tadi. Pastikan buah jangan ditekan kerana ia akan mendap kebawah. 

10. Masukkan kedalam oven pada aras 2 dari bawah dan bakar selama  30 hingga 35 minit. Cucuk  dengan lidi dan jika permukaan lidi keluar kering ia menandakan kek telah masak. Jika tidak, boleh di lebihkan 5-8 minit lagi.

Jangan di bakar sehingga permukaan terlalu perang kerana texture kek akan menjadi keras.


TIPS Supaya Buah Tidak Tenggelam
Sumber CitarasaWan

Mengaul buah dengan gula boleh menyebabkan buah berair dan hilang bentuk apabila di bakar Jadi boleh cuba kaedah ini...
1. Setelah masukkan adunan, hentakkan loyang sebanyak 3 @ 4 kali, Supaya tiada ruang udara di dalam. Kemudian baru susun buah-buahan.
2. Buah dalam tin hendaklah di toskan airnya dan keringkan di atas tisu dapur supaya tidak berair.
3. Hiris buah tebal sedikit supaya tidak tenggelam.

4. Susun / letakkan buah-buahan diatas permukkaan. Pastikan buah jangan ditekan kerana ia akan mendap kebawah. Buah sendiri nya akan nampak sedikit tenggelam kedalam apabila adunan naik semasa dibakar.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Wednesday, 19 September 2018

CUCUR NASI ... sangat-sangat lembut ! sangat-sangat sedap !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Dengar kata CUCUR NASI ini pernah viral pada tahun lepas, 2017, tapi akak tak perasan ...
Cuma beberapa hari lalu saja baru berkesempatan mencuba nya

emm... memang sedap ! memang lembut !
Akak memang suka sangat !

Yang ini kali ke 2 akak masak selang beberapa hari.
Kalau ada yang belum pernah makan, kena cuba ni
In Sya ALLAH tak menyesal !
Sangat-sangat lembut ! Sangat-sangat sedap !

Resepi akak dapat dari blog ZAZA.
Resepi asal dari FB HAJA SALEH
Terima Kasih ya....

Disini akak adjust sedikit resepi  nak ikut selera keluarga...


Bahan A
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 cawan ikan bilis (35 gram)
1 biji cili merah
3 biji cili padi
sedikit garam

Bahan B
1 biji  bawang besar 'holland' yang bersaiz besar (dibelah 16 dan dihiris kasar/kiub) * Bawang Holland lebih sedap untuk dimasak cucur
1 1/2 cawan hirisan daun sup
1 camca besar 'penuh' tepung gandum
udang hidup * optional

Bahan C
Minyak secukup nya untuk goreng tenggelam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus dan bercampur.
Untuk memudahkan proses kisaran, guna 'batang plastis pengisar' yang  dibekalkan bersama mesin.

2. Keluarkan bahan kisar dan masukkan kedalam mangkuk besar
3. Tambahkan bahan B kedalam bancuhan tepung dan ratakan sehingga sebati. Tujuan tambahan tepung dalam bahan B adalah untuk memekatkan adunan kerana jika berada bersama bahan A sebelum ini, proses kisaran akan lebih sukar kerana aduanan terlalu pekat.
Adunan tepung ini memang lembut dari 'cucur bawang' biasa. Tetapi jangan risau kerana apabila digoreng ia akan kembong dengan sendiri nya.

4. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas untuk mengelakkan cucur serap minyak. Tapi jangan lah pulak sampai berasap  .... hehehe
5. Jemput adunan dan goreng. Apabila cucur telah bertukar kekuningan baru dialihkan.
6. Apabila cucur sepenuh nya bertukar kekuningan, angkat, saringkan minyak dan letak diatas 'tissu dapur' untuk menyerap lebihan minyak.
7. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Monday, 17 September 2018

CUCU KEMBAR TOK-NDAK ... moga menjadi anak-anak yang soleh

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Hari ini kesibukan sedikit !
Tak sempat nak taip panjang lebar,
Jadi jom kita layan ja foto-foto Cucu Kembar dengan Umi nya..
a.k.a cucu kesayangan semua

Umar AlKhattab bin Mohd Areffin (Abang)

Muhammad bin Mohd Areffin (Adik)
Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Friday, 14 September 2018

ALHAMDULILLAH. Tahniah atas kurniaan ALLAH setelah hampir 8 tahun menunggu.



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Tahniah kepada anak saudara Siti Nurul Jannah dan pasangan Mohd Areffin yang telah menerima cahayamata 'kembar lelaki tak seiras'  Umar AlKattab dan Muhammad. 

Selama 8 tahun tak jemu-jemu berusaha secara tradisional disamping berulang alik ke hospital Seberang Jaya cuba berubat untuk mendapatkan zuriat.
Pada 2017, akak mencadangkan supaya berjumpa dengan pakar Prof Dr Hamid Arshad, di Kuala Lumpur FB Dr Hamid Arshad , setelah beroleh sedikit pengalaman dari kawan sepejabat yang juga mengalami masalah sukar mendapatkan zuriat suatu ketika dahulu.

Setelah menjalani rawatan lapariscopy pada Ogos 2017, alhamdulillah syukur kepada ALLAH beliau disahkan hamil 2 bulan berikut nya. 

Sembilan bulan selepas, pada 25 Jun 2018 maka lahirlah pasangan Kembar Lelaki ini di Hospital Seberang Jaya Penang secara pembedahan.

Abang diberi nama Umar AlKattab manakala adik bernama Muhammad mengambil sempena nama Nabi Muhammad SAW dan sahabat karib nya Umar AlKattab.

Comelkan kedua-dua cucu TokNdak ni  ....

Dan semalam 13 September 2018,  kembali mengunjungi klinik Prof Dr Hamid Arshad untuk berkhatan. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala nya .....

Kepada  Umar AlKattab dan Muhammad....
Moga menjadi anak-anak yang Soleh, Beriman dan Bertakwa kepada ALLAH, Bijak Cerdik Pandai, Jujur, Amanah, Baik kepada umi ayah dan semua orang, Berjaya dalam kehidupan, diberi kesihatan yang baik dan tidak lupa untuk sentiasa mengirimkan doa-doa kepada Tok-nenek yang terdahulu dari kita.....Itulah doa-doa Tok Ndak setiap solat kepada cucu-cucu kesayangan dan harapan ini.

Kepada pasangan yang sukar mendapatkan zuriat, period tidak teratur atau apa-apa masalah yang tidak normal...jangan tunggu lama, berjumpa lah pakar. Ini mungkin salah satu sebab nya.

Kalau nak dibandingkan dengan klinik-klinik pakar yang lain., kos rawatan di  klinik pakar Dr Hamid Arshad ini adalah antara yang termurah.
Kalau tak silap akak sekali rawatan lebih kurang RM 150 sahaja, sama juga saperti kalau kita ke klinik pakar kerajaan yang lain.
Cuma untuk rawatan intensif atau pembedahan, kos nya adalah lain...ini pon setelah beberapa kali melalui rawatan biasa dan susula dan jika masih tidak berjaya maka baru dicadangkan rawatan intensif atau jika didapati ada masalah kesihatan.

Perkhidmatan di klinik ini memang tip-top kerana tugas mereka adalah menjurus kepada masalah wanita sahaja dan telah lama beroperasi dan alhamdulillah ramai yang berjaya beroleh zuriat dengan izin ALLAH.

Kepada adik-adik anak-anak..  jika ada masalah wanita atau sukar mendapatkan zuriat,  jangan tunggu lama-lama. Terus buat temu janji kerana ramai yang beratur menunggu giliran, boleh berbulan baru dapat tarikh temu....

Kepada Prof Dr Hamid Arshad... Terima Kasih  atas perkhidmatan dan nasihat yang diberikan. Moga ALLAH terus berikan kesihatan yang baik agar boleh terus berbakti dengan kepakaran Pof kepada  masyarakat terutama pasangan yang masih menunggu zuriat. Aamiiin.

Kita hanya mampu berusaha, ALLAH jua yang menentukan nya.


Muhammad (Adik) dan Umar Alkhattab (Abang)



Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Thursday, 13 September 2018

BRENGKES DAGING QURBAN ... masih lagi dengan lauk brengkes yang sedap ini


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Semalam akak masak brengkes lagi, tapi kali ini BRENGKES DAGING pulak
Makan nasi  berlaukkan BRENGKES IKAN JENAHAK hari tu  memang berselera sangat.

Boleh juga tambah dengan sedikit percikkan kicap lemak masin ketika makan, memang makin bertambah yummy !!!

Sedikit ubahsuai antara resepi BRENGKES IKAN JENAHAK hari tu dengan semalam adalah kali ini akak 'sangai/goreng kering' biji ketumbar untuk menaikkan lagi aroma nya, lebihkan cili kering 'superhot' kerana lebih suka lauk yang pedas 'berdesing', tiada penggunaan perasa tambahan tapi akak gantikan dengan gula kabung supaya rasa nya ada sipi-sipi manis.
Kebetulan limau nipis terlupa nak dibeli, jadi akak gantikan dengan limau kasturi, Kulit-kulit nya akan campak sekali dalam periuk tu

Memang layan makan nasi panas-panas, agak-agak 3-4 pinggan juga lah makan selepas solat magrib. Tapi senduk nasik dalam kuantiti yang sedang-sedang ja, supaya nasi sentiasa panas ketika dimakan !!!
hahaha !
layan ja lah selera, tumpang tengah berselera !!!


Bahan A (diperap 1/2 jam)
350-400 gram daging (dipotong kepada ketulan sedang)
1 camca teh Kunyit Serbuk
Sedikit garam

Bahan B (dikisar halus)
20 biji Cili Kering 'Superhot' (boleh diganti dengan cili kering biasa dan ikut kepedasan yang disukai)
5 ulas Bawang Putih
7 ulas Bawang Merah
2 1/2 camca besar makan Ketumbar Biji (disangai terlebih dahulu) * Ini ja yang tinggal / kehabisan stok

Bahan C
1/2 cawan minyak
1/2 santan kotak kecil 'KARA' (jika santan yang diperah, pastikan ambil bhg pekat/kepala santan sahaja)
3 biji Limau Kasturi (diambil jus nya) 
Perasa pilihan (boleh tambahkan perasa daging/ayam, gula atau hirisan daun ketumbar jika suka)* Akak masukkan 1 camca besar gula Kabung 
Sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga masak (tak perlu terlalu lama atau terlalu kering) , angkat dan ketepikan.

2. Menggunakan minyak goreng daging yang sama, panaskan ia dan tumis bahan B sehingga pecah minyak menggunakan api sederhana panas.
3. Masukkan daging dan tuangkan santan pekat.
4. Masak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi betul-betul pekat dan keluar minyak yang banyak.
5. Tambahkan garam / perasa pilihan.
6. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis dan sebatikan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Tuesday, 11 September 2018

BRENGKES IKAN JENAHAK ... Masakan Tradisional Melayu Cocos memang sedap!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Selamat menyambut Awal Muharam 2018
Moga hari-hari mendatang kita adalah lebih baik dari sebelum.
Aaminn !


BRENGKES IKAN JENAHAK !!!

Buat pertama kali akak mencuba Masakan Tradisional Melayu Cocos yang mana akak rujuk resepi  dari blog Amie di sini Brengkes Ikan Belais
Ini kes selepas terpandang posting dalam FB Amie yang menyediakan Brengkes Ikan Patin baru-baru untuk Bonda tersayang.

Bahan-bahan yang digunakan amat ringkas sekali tapi....
Ya ALLAH ! harum nya satu rumah akak
Tak sabar nak makan.

Memang sedap sangat.
Nanti akak nak cuba Masakan Tradisional Melayu Cocos yang lain pulak.

Terima Kasih Amie,
Akak share kan resepi nya disini ya.....


Bahan A (diperap 1/2 jam)
3 potong ikan Jenahak (boleh digantikan dengan ikan lain)
1 camca teh Kunyit Serbuk
Sedikit garam

Bahan B (dikisar halus)
10 biji Cili Kering
4 ulas Bawang Putih
6 ulas Bawang Merah
4 camca besar makan Ketumbar Biji (direndam dalam air panans mendidih dahulu dan ditoskan air nya)

Bahan C
1/2 cawan minyak
1 santan kotak kecil 'KARA' (jika santan yang diperah, pastikan ambil bhg pekat/kepala santan sahaja)
2 biji Limau Nipis (diambil jus nya) 
Perasa pilihan * Akak masukkan 1/2 camca teh Perasa Ikan Bilis 'KNOR'. Kalau nak sedikit manis boleh tambahkan sedikit gula
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Goreng ikan (bahan A) sehingga masak, angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga pecah minyak menggunakan api sederhana panas.
3. Masukkan ikan dan tuangkan santan pekat.
4. Masak dengan api perlahan sehingga kuah mulai pekat dan keluar minyak. Jangan selalu diterbalikkan ikan kerana isi ikan akan pecah.
5. Tambahkan garam / perasa pilihan.
6. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis dan balik-balikkan ikan perlahan-lahan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Friday, 7 September 2018

KARI AYAM SPECIAL yang sangat-sangat sedap... Nasi akak dah hanyut !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Salam Jumaat semua !

Kari ayam yang akak masak ini ala-ala Kari Ayam Nasi Kandar yang pernah di kongsi tak lama dulu disini KARI AYAM NASI KANDAR ... Mamak Haji dengan sedikit  ubah suai mengikut selera terkini.

Dan hasil nya kari menjadi lebih sedap hinggakan kuah dalam pinggan nasi akak melaut banjir.
Bila dah melaut begini teringat suatu ketika dulu, zaman kanak-kanak; suka sangat makan nasi yang terendam dalam kuah kari.
Nak pulak, ditambahkan sedikit kicap
Kemudian siap ada ulam timun segar krup-krap krup-krap makan !

Memang fav ketika tu.
Kena pulak makan dengan nasi panas berasap.

Kadang  tinggal ketulan ayam atau ikan saja dalam periuk, kalau ada kuah pon sikit ja.

Perghh !!!


Bahan A
1/2  ekor Ayam seberat ~ 700 gram (di potong kepada 6 atau 8  ketulan dan dibersihkan)
2 biji kentang sederhana besar (di buang kulit dan di belah 4)
1 liter air atau mengikut kepekatan yang disukai (sebagai kuah)

Bahan B
1/2 cawan minyak masak
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

1 helai daun pandan  (dikerat sepanjang 2 inci)

Bahan C
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)

Bahan D (Pes Bawang)
1 inci halia
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
* Semua ditumbuk. Jangan kisar kerana rasa nya kurang sedap

Bahan E (Pes Rempah)
2 paket serbuk kari ayam/daging Babas  *Boleh kurangkan kepada 1 1/2 paket jika mahu kari yang kurang pekat
1/2 camca teh jintan putih serbuk *
1/2 camca teh jintan manis serbuk *
1/2 camca teh lada hitam serbuk *
1/2 camca teh lada putih serbuk *
1 camca besar kas-kas
2 keping asam gelugor
sedikit air panas mendidih
*  Seelok nya kisar sendiri. Kerana yang dijual dipasaran kemungkinan bercampur tepung dan rasa nya kurang.

Bahan F
1/2 cawan santan pekat (optional) 
1/2 kiub pati ayam * optional
1/2 camca besar minyak sapi 'GheeBlend'
1 batang serai (diketuk)
1 biji Tomato (dipotong dan dipenyekkan).
1 biji cili hijau (dibelah dua) 
1 biji bawang besar holland (dibelah 8)
Sedikit garam

Bahan G
3 tangkai daun pudina
 tangkai daun ketumbar (dikerat sepanjang 4 inci)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B (kecuali daun pandan) sehingga terbit aroma.
2. Kemudian baru masukkan daun pandan dan perlahankan api.
3. Masukkan bahan C dan goreng sehingga ia bertukar kepada warna keemasan baru dimasukkan bahan D (pes bawang) .
4. Bila campuran ini mula keluarkan aroma terus masukkan bahan E (pes rempah). Kecilkan api supaya rempah tidak hangus dan masak sehingga terbit minyak dan rempah menjadi pekat.
5. Masukkan ketulan ayam dan sebatikan dengan bahan rempah... sekejap sahaja.
6. Masuk segera air diikuti ubi kentang, besarkan api dan biar kuah mendidih selama  5 minit.
7. Kecilkan api dan biarkan ia dalam keadaan reneh selma 10-15 minit lagi atau sehingga ubi kentang dan ketulan ayam masak sempurna.

Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya. 
Sekiranya kuah anda pekat dan ingin cairkan jangan gunakan air biasa tetapi gunakan air mendidih. Bila gunakan air biasa kari anda akan wujudkan dua lapisan, dengan rempah kari akan terapung di atas permukaan atas dan air dibawah.

8. Masukan bahan F dan kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas permukaan kari.
9. Bila kuah kari mula mendidih semula, terus padamkan api.
10. Tabur dengan bahan G dan tutup tudung periuk supaya aroma nya terperangkap.

* Selamat Menjamu Selera ...


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my