A

A

AYAM SAMBAL BIJAN ... sambal pedas untuk berbuka


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera semua ..

AYAM SAMBAL BIJAN
Saya sediakan menu ini beberapa hari lalu sebagai lauk untuk berbuka.
Memang suka sangat lauk-pauk yang pedas.
Jadi untuk kali ini saya lebihkan cili padi.
Tapi kepada yang tak tahan boleh lah gantikan dengan cili hidup a.k.a cili merah yang biasa tu.

Ayam pula saya gunakan purely isi ayam tanpa tulang
Senang kan tak payah nak risau masa makan nanti


OK Jom kita terjah resepi berbuka saya yang menyelerakan ini

Bahan A (perap 1/2 jam)
2 ketul dada ayam (saya potong dalam bentuk kiub -kiub sederhana)
sedikit garam
sedikit kunyit

Bahan B(diblend kering tanpa air)
16-20 biji cili padi merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 camca makan minyak masak

Bahan C
Minyak untuk menggoreng ayam
3 camca makan minyak bijan
3/4 camca besar gula putih (untuk balancekan kepedasan)
2 sudu makan kicap manis ABC
sedikit garam
3 camca makan bijan (disangai/goreng tanpa minyak)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam selama lebih kurang 1-2 minit sahaja sekadar untuk memastikan isi ayam itu masak. Jika terlalu lama ia akan menjadi keras dan hilang juicy ayam tersebut.
2. Angkat dan toskan.
3. Kurangkan minyak dalam kuali jika berlebihan kerana kita akan menambahkan minyak bijan.
4. Panaskan kembali minyak gorengan ayam yang telah dicampur dengan minyak bijan.
5. Masukkan bahan B yang telah diblend tadi dan goreng sehingga pekat.
6. Masukkan kicap manis dan perasakan dengan gula dan garam.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan balik-balikkan.
8. Angkat dan taburkan bijan yang siap disangai.

* Selamat Menjamu Selera ...

No comments:

Powered by Blogger.