KUINI KARI BAWAL ... memang mengancam selera
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Jumaat semua ..
KUINI KARI BAWAL...
Kari yang dimasak oleh anak saudara saya ini memang mengancam selera.
Memang tak terfikir pon nak masak kari bersama buah kuini.
Selalu nya kalau kuini ni saya buat sambal saja.
Tapi kari ini...bila dah rasa memang 'thumbs up'.
Fuyooo !!
Nak tahu rasa nya ?
Sedap gileee !!
Selain ada nya aroma kari itu tersendiri kini ditambah pula dengan aroma dan kemanisan buah kuini.
Nyum nyum nyum .......
Kehulu kehilir bila kedapur ter'bau-bau keenakan kari ini, walaupon ia tersorok dibawah tudung saji.
emmmm...tak sabar-sabar nak makan nasi
Makan sikit-sikit..
Sebab ada semangkuk ja.
Simpan sikit untuk malam nanti.
Boleh makan lagi !
Nanti kalau kepasar boleh lah cari buah kuini.
Nak masak sendiri.
Cantikkkk !
Cara memasak nya sama saperti menyediakan kari biasa, cuma hirisan buah kuini ini kita masukkan bersama-sama ikan.
Apa-apa pon saya sertakan resepi nya saperti dibawah.
Bahan A (Bahan tumis)
Minyak untuk menumis
1/2 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (di hiris nipis / tumbuk lebam)
1 biji bawang besar atau 4 ulas bawang merah kecil (di hiris nipis/tumbuk lebam)
Bahan B (Bancuhan Rempah)
3 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan (Saya guna BABAS)
3 keping asam gelugor atau jus asam jawa
1 cawan air
sedikit garam
Bahan C
1/3 kotak santan pekat(kotak kecil)
2 cawan air biasa
Bahan D
2 ekor ikan bawal yang sederhana besar (dibersihkan dan dikerat mengikut saiz kesukaan)
1 biji buah kuini (dihiris menjadi potongan besar)
6 biji kacang bendi
Bahan E (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
3 urat daun bawang (dikerat panjang ~ 2 inci)
1 biji tomato segar (dibelah 2)
6 biji cili padi hijau (menggantikan cili hijau)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam periuk dan masukkan bahan A. Kacau sehingga bawang bertukar keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
3. Apabila rempah mula mendidih, kecilkan api dan biarkan ia masak dengan perlahan sehingga menjadi pekat dengan minyak bergeledangan yang banyak. Teruskan memasak lagi selama 5 minit untuk memastikan rempah betul-betul masak.
Setiap 5 minit di kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
4. Masukkan bahan C dan sebatikan dengan rempah sebelum masukkan Ikan dan buah kuini/bendi.
5. Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan. Pastikan jangan dibiarkan kari mendidih terlalu lama.
6. 5 minit sebelum angkat, masukkan bahan E.
Saperti biasa
TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)
* Selamat menjamu selera ...
No comments: