TEMPE GORENG AYAM PENYET AMPANG PARK ... sedap dan teringat-ingat hingga sekarang !
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..
GORENG TEMPE saja untuk berbuka semalam
Makan dengan nasi dan simpan untuk ratah-ratah sambil-sambil nonton cerekarama Astro Ria 'Semanis Honey' tu.
Suka sangat tempe ini.. tak payah sambal-sambal cicah lagi !
Sebenar nya saya teringat dan teringin nak makan Nasi Ayam Penyet yang dijual di shopping Kompleks Ampang Park, Kuala Lumpur.
Tak tahu masih ada lagi ke tidak Restoren tersebut.
Lokasi restoren ini terletak bersebelahan dengan Mc Donald di tepi jalan.
Dulu kalau terigin nak makan dan kebetulan nak balik Penang pula, saya biasanya akan call saja sebelum keluar office.
Saya kemudian akan pikup pesanan dihadapan restoren kerana nak dapatkan parking di pusat beli belah tu kadang masalah sikit dan kebetulan pula saya singgah sekejap saja semata-smata nak ambil pesanan on-way balik Penang.
Jadi pelayan restoren akan hantar pesanan saya yang sedang menunggu dalam kereta.. senang kan.
Cakap pasal Nasi Ayam Penyet ini, apa yang menyelerakan saya adalah ayam penyet dan tempe goreng yang disediakan. Yang lain sama saja saperti restoren-restoren lain.... nasi putih, ulaman dan sambal.
Ayam nya yang amat-amat lembut dan begitu terasa rempah ratus.
Banyak serbak-serdak tepung yang begitu crispy.
Begitu juga tempe goreng yang lembut, lemak dan begitu terasa rempah nya.
Bercakap pasal tempe, sebenar nya saya dulu kurang gemar kalau makan tempe goreng kerana bagi saya ia tak terasa apa pon bila kita makan,
Tapi tempe Nasi Ayam Penye ini memang sedap.
Lembut, terasa sedikit masam-masak lemak dan juga sedikit berempah.
Akhirnya ini lah hasil tempe goreng ala Ayam Penyert Ampang Park, setelah 'beberapa kali mencuba' nya.
Dah menjadi ..
Walla !!!!
Bahan A
3 Keping tempe (Setiap keping saya potong menjadi 3 potongan besar ).
1 keping asam gelugor yang bersaiz besar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh 'Secukup Rasa' Maggie
Sedikit garam
Air secukup nya untuk merebus (sekadar tenggelam tempe sahaja)
Bahan B
Minyak untuk Menggoreng
Bahan C (diadun dan kecairan saperti goreng pisang)
1 cawan tepung beras
1 biji telur (dikocak dan guna hanya 1/2 sahaja)
1 sudu besar air kapur
sedikit air rebusan tempe diatas (anggaran 1/2 cawan)
2-3 tangkai daun kari (dihiris nipis) * yang ini saya tambah untuk menjadikan ia lebih beraroma
kunyit untuk memberi sedikit warna
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus selama 45 minit.
2. Selepas tempe direbus, angkat dan biarkan ia selama 1 jam untuk tempe 'mesra' dengan air rebusan rempah ratus.
3. Toskan. Simpan sedikit air rebusan untuk disatukan dengan Bahan C
4. Satukan bahan C.
5. Panaskan minyak dalam kuali, celup tempe yang telah direbus kedalam bahan C dan goreng sehingga ranggup.
6. Siap
* Selamat Menjamu Selera..
No comments: